Monday, November 2, 2009

Kucipta Khas Buatmu, SAHABAT SEJATI

 SAHABAT SEJATI

Sahabat sejati telahku temui,
Tersemat di hati sanubari,
mungkinkah ini satu realiti,
ataukah sebuah mimpi,



Kau sahabat sejati akhlakmu peribadi,
Jadi suri dan tauladan diriku ini,
semoga tuhan terus memberkati,
Persahabatan kita ini,



Sahabat.... kaulah sahabatku,
tempatku bermanja dan mengadu,
di kala sepi kau sudi menemaniku,
di kala duka kaulah penghibur hatiku...



Kini, kusyukuri... nikmat kurniamu Ilahi,
kerana menganugerahi sahabat sejati...



Sahabat...... kau di ibaratkan bulan purnama,
menerangi alam kegelapan malam....
tanda kejujuran dan keikhlasan...
kita di dalam persahabatn.





PENCIPTA LAGU & LIRIK : KAMARUDIN TOYO
KULIAH USULUDDIN UNIVERSITI AL-AZHAR

"semangat pengembara ilmu"

Assalamualaikum.

ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

selamat mengunjungi dan menziarahi blog baru ana.

insyaAllah jika kita buat sesuatu amalan itu kerana Allah swt, nescaya amalan itu akan diterimanya, walaupun amalan itu sekecil zarrah, dan amalan itu pasti akan mudah untuk diamalkan. sebab dialah Allah yang mempermudahkan segala-galanya.


Mudah-mudahan apa yang ana buat ini diterima Allah sebagai ibadah dan dakwah tarbiah buat insan-insani yang dahagakan ilmu dan dakwah.


erm, sebelum ana menulis blog sebagai pengisian dan santapan nasihat kerohanian kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri atau belum kenal. elok kiranya ana memperkenalkan status ana ( penulis blog.gambar kanan ) supaya lebih di kenali dengan lebih dekat lagi.


Nama ana Kamarudin bin Toyo, kelahiran anak borneo tawau, Sabah. berumur 25 tahun. Baru sahaja mendirikan rumah tangga iaitu pada 31 julai 2009, bersama isteri tersayang ( maimun mahmud ) berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. juga berumur 25 tahun. Sekaligus penawar hati yang dihadiahkan Allah buat insan yang memerlukan kasih sayangnya. hanya diberi dan dianugerahkan nikmat mahupun ujiannya itu, sesuai dengan kesanggupan hambanya.


Taraf pendidikan sekarang, mahasiswa Al-Azhar As-Syarif Kaherah, Mesir dalam jurusan Usuluddin.


Masih sebagai seorang penuntut ilmu yang sering mendambakan ilmiah2 warisan para anbiya'. Adapun tunggaknya ialah akidah yang benar yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ulama' adalah pewaris Nabi '. Siapa sahaja yang bergelar Ulama' tidak kira Ulama' itu berada di timur ataupun barat ia tetap pewaris nabi, asalkan ilmu yang dimiliki diamalkan ( Ulama' Amilin ). Nabi pula tiada meninggalkan harta mahupun duit, akan tetapi meninggalkan ilmu. Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud :

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya, iaitulah Al-Quran dan Sunnah".


Siapa yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw sebagai pegangan hidup, dia tidak akan tersesat walaupun dia seorang yang muda dan remaja serta di mana sahaja dia berada dia tidak akan sesat, lebih-lebih lagi dia berada dalam kumpulan manusia yang menuntut ilmu, sebab merekalah yang mempelajari 2 warisan peninggalan Rasulullah s.a.w itu. Mereka insan terpilih... dipilih oleh Allah s.w.t... diharapkan kebaikan terbit dari mereka ... 

Allah ingin menganugerahkan kebaikan buat mereka... ( من يريد الله به خيرا يفقهه في الدين) " siapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah s.w.t nescaya dia berikan kefahaman agama padanya" . Mereka sangat beruntung dan bertuah... mereka juga dijanjikan berbagai-bagai nikmat samaada di dunia mahupun di akhirat. Walaubagaimanapun, untuk dapatkan kebaikan dan ilmu mestilah melazimi diri untuk menuntut ilmu dan berusaha untuk mengamalkannya.


wallahu a'lam.... jumpa dalam pengisian selanjutnya... insyaAllah.







Related Posts with Thumbnails