Thursday, March 25, 2010

Yakinlah Dengan Doa

Seorang adik tanya saya, kenapa kadang-kadang Allah tidak memakbulkan doa kita ?

Saya jawab ", Allah memakbulkan doa hambanya. itu janji Allah di dalam Al-Quran, sepertimana firmannya yang bermaksud " berdoalah kamu kepadaku, nescaya aku akan perkenankan permintaanmu ".
 
Kalau kita selalu berdoa pada Allah, tetapi tidak di makbulkannya juga, mesti ada sebabnya, dan pasti tersirat hikmahnya. Dengan doa yang kita pinta adakalanya Allah ganti dengan menghapuskan dosa.  Dan Adakalanya Allah kabulkan di waktu yang sesuai. Adakalanya Allah jauhkan dengan bala musibah. Dan perkara sebegini selalu berlaku pada kita sebagai hambanya. Walaubagaimanapun, bersangka baik sebelum berdoa kepada Allah itu adalah perkara yang terpuji, manakala HUKUM bersangka baik pada Allah pula adalah WAJIB

Kalau kita tahu dan faham maksud dan takrif doa dari segi bahasa ( seru/menyeru/memohon ) dan istilahannya ( meminta @ memohon kepada Allah dengan khusyu', khudu' dan tawadhu' ya'ni merendahkan diri ) , Sesuai pula dengan adab-adab dan syarat-syaratnya insyaAllah doa yang kita panjatkan padanya dikabulkan dengan izinnya.

Kalau kita tidak faham apa maksudnya, kenapa kita berdoa dan bagaimana adabnya ketika berdoa kepada Allah, maka, bagaimana mungkin doa kita akan terkabul. Kita kena ingat yang Allah itu baik, dan tidak diterma doa dan permintaan melainkan yang baik-baik belaka. Dan kita kena ingat juga bahawa, segala perbuatan yang haram menjadi penyebab terhalang diterimanya doa. 

Kalau ada masa terluang, bolehlah buka dan baca hadis 40 imam An-Nawawi, hadis yang ke-10. Sebab hadis ke 10 itu jelas memberitahu kepada kita, kenapa doa tidak dimakbulkan Allah. Dan syarahan hadis tu pula ada menyelitkan kisah zaman Anbiya' Alaihimussolatuwassalam Ajmain dan cerita Ibrahim Adham ketika ditanya soalan oleh orang ramai, kenapa doa kami tidak diterima Allah sedangkan kami selalu berdoa padanya ? Ibrahim bin Adham menjawab", sebab hati kamu telah buta dengan sepuluh perkara ". Rajin-rajinlah baca buku tu deq !. Wallahu Alam.

Sedikit tambahan, itulah sebabnya betapa pentingnya untuk kita menghadiri majlis ilmu, berkawan dengan orang2 yang soleh, membaca buku2 ilmiah dan sebagainya, adalah untuk menambahkan kefahaman yang jelas pada kita berkenaan sesuatu ilmu yang kita ingini dan pelajari. Bukan itu sahaja yang kita perolehi walhal pahala pun dapat.

 Nabi SAW ada menyebut dalam hadis baginda ", Berdoalah pada Allah Hal keadaan kamu yakin yang doa kamu diterima ". Kalau kita yakin dengan doa yang kita minta itu dikabulkannya ,insyaAllah kita pasti dapat apa yang dihajati. Tapi kalau kita LALAI, berdoa sambil lewa, bermain-main, minta benda yang karut marut, minta diluar batas kemampuan, terburu-buru,Meminta pada Allah perkara yang tidak masuk akal dan yang seutara dengannya, maka mana mungkin terkabulnya doa tersebut. 

Apapun... yakinlah dengan doa !.


Kamarudin Toyo
Kuliah Usuluddin,
Univ Azhar Mesir.





Tuesday, March 23, 2010

Kenangan Picture Ceramah



Klik Jak...!


Selamat Menonton...

Sunday, March 21, 2010

Hukum Menggunakan FaceBook

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? 
 
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? 

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?


Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? 
 
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN 
 
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.
d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
Dipetik Daripada Uataz Zaharudin..

Friday, March 19, 2010

Blog Baru Buat..Boleh Ziarah Sekarang !


Alhamdulillah... Blog ni baru jak siap sepenuhnya... 

InsyaAllah Start Hari Ini Ana Akan Cuba Menyampaikan Dakwah Melalui Laman Blog ni... 

Nabi Muhammad SAW Bersabda :

" Sampaikanlah Apa Yang Kamu Tahu Daripadaku Walau Sepotong Ayat "

" Siapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Dipelajarinya ( Diketahuinya ) Nescaya Allah Akan Mewarisi Ilmu Yang Belum Diketahuinya "

Apa Sahaja Yang Kita Lakukan Kerana Allah
Untuk Mencari Keredhaannya
Samaada Dengan Menggunakan Tangan untuk Menulis, 
Kaki Untuk Berjalan Menuntut Ilmu, 
Mulut Untuk Bercakap Memberi Nasihat, 
Dan Hati Yang Bersih Untuk Mewujudkan Keikhlasan
Dan Menjauhi Sifat-Sifat Mazmumah,
Itu Semuanya Mendatangkan Maghfirah Dan Keberkatannya, 
Dan Secara Tidak Langsung Kita Berada Dalam Keadaan Jihad Fi Sabilillah. 

Semoga Bermanfaat Untuk Ummah...
Ameen!



Kamarudin Toyo
Kuliah Usuluddin
Universiti Al-Azhar





Tuesday, March 16, 2010

Bakal jadi Ayah, insyaAllah

         Alhamdulillah wa syukrulillah diatas nikmat yang dikurniakan Allah. Baru berapa bulan saya berkahwin, terasa damai dan tenteram jiwa, itulah hikmah perkahwinan yang Allah sebutkan dalam AYATUL HUSNA nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud,

" Dan tanda-tanda kekuasaan Allah, ia menciptakan bagi laki-laki isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya diantara kamu ( suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pengajaran bagi orang-orang yang mahu berfikir " (surah rum ayat 21).

Semua hikmah perkahwinan ada di sebutkan dalam ayatul husna di atas, jelas...

         Tapi apa yang saya mahu tuliskan di sini bukannya pasal yang demikian itu, tapi berkenaan tentang cahaya mata QURRATUAINI kedua ibu dan ayahnya.

sekarang ni, Isteri saya sudah hamil 5 bulan, Alhamdulillah... gembiranya bila mendengar yang isteri saya sudah hamil dan yang lebih mengembirakan lagi apabila anak dalam kandungan itu anak pertama buat kami...dan bakal lahir di bumi anbiya' Ardul Kinanah.. semoga Allah merahmatimu wahai bakal anakku...

Saya pulak tak lama lagi jadi 'ayah' dan isteri saya pula menjadi 'ibu' insyaAllah.

erm, baru-baru ni, saya bawa isteri saya pergi berjumpa dengan Dr azzah di sebuah klinik yang bernama KLINIK DR AZZAH di hayyu sabiek, untuk periksa, scan dan apapa yang berkaitan buat ibu yang mengandung...

berdebar juga menanti keputusannya,

Dipendekkan cerita...lama juga kami menunggu sebab yang datang bertemu dengan Dr tu bukan kami jak, ramai lagi, termasuk pelajar dari filipin, indon dan Arab sendiri. Selepas beberapa jam kami menunggu Dr memanggil isteri saya,DR memberitahu yang isteri saya mengandungkan seorang anak perempuan ( wallahu alam), Syukur Alhamdulillah,Dan dijangka anak sulung saya akan lahir sekitar bulan 6 insyaAllah, moga Allah permudahkan.. insyaAllah akan disambut dengan penuh kegembiraan dan diselit dengan selawat/azan dan kalimah Allah yang Esa, insyaAllah amin.


KAMARUDIN TOYO
UNIV AL-AZHAR
USULUDDIN

Sunday, March 14, 2010

Untukmu Penawar Hatiku

Buat isteriku yang tercinta… (",)

Semoga Allah merahmati hidupmu…Dan memberkati setiap gerak langkahmu ketika menjejakkan kakimu ke bumi anbiya’ atau ardul kinanah Negara mesir ini…. Moga niat di hati kecilmu sentiasa berbisik bahawa aku datang ke sini adalah untuk melaksanakan tanggungjawabku buat suamiku yang disayang dan yang  sudah sekelian lama di rindui … dan aku juga sentiasa membisikkan dihatiku bahawa niat di hatiku datang kesini juga adalah untuk menuntut ilmu Allah, seperti sahabat-sahabatku yang lain.

Abg yakin yang engkau pasti akan gembira ketika melihat lirik wajah suamimu setelah sebulan lebih membujang kerana engkau tiada disisi … aku tahu engkau juga sangat memahami diri suamimu, dan engkau selalu mendorongnya kearah perjuangan yang diredhai ilahi.

… Abg  juga tahu yang engkau faham kenapa suamimu meninggalkan dirimu dalam saat seperti itu… kerana suamimu meninggalkanmu selama itu adalah kerana Dia ingin menuntut ilmu yang juga dikira sebagai jihad di jalan Allah swt… seperti mana sabda Nabi saw “ siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada dalam jihad fi sabilillah sehinggalah dia pulang ke rumahnya ”.


insyaAllah dengan izin Robbul Izzati pada 16/11/2009 yang pasti sampai ke destinasi yang dinanti-nanti, isteriku yang tersayang akan sampai di airport masri. aku pasti zaujahti juga merasai apa yang ku rasai. Oleh kerana kita berjauhan pada lahiri… namun, kita tetap berdekatan pada hakiki. Sebenarnya Allah sedang menguji keimanan dan kesabaran kita, sejauh mana kita mampu merealisasi reality dalam senario sebegini,  kita hanya mampu menatap wajah dalam mimpi, menjenguk gambar dalam memory, merenung dan muhasabah diri, berangan-angan menyentuh reality, mungkin juga, ada masanya kita tangisi kerana merindui pertemuan yang memang benar-benar dinanti-nanti,  itu sahaja yang kita mampu lakukan

Wahai isteriku yang kucintai Saat  engkau meletakkan kaki di bumi anbiya’ ini, sudah mesti engkau dapat merasai betapa nikmatnya rohani dan jasmanimu apabila membuka mata sendiri, terasa hidupmu bagai disinari mentari yang menyinari cahaya pagi… wah, indahnya saat itu.

Engkau adalah permaisuri hatiku, penyejuk mata hatiku, penawar hatiku, dan semua yang ada padamu adalah milik suamimu… itu hakikat disisi tuhanmu…. Aku harap kedatanganmu ke bumi anbiya’ ini, adalah datang dengan membawa sejuta pengharapan dan kejayaan yang menjadi obor semangat buat suamimu yang kau sayangi…

Semoga hubungan kita diredhai ilahi… Amin ya Robbi... (",)
Related Posts with Thumbnails