Thursday, April 22, 2010

Tolong Kawan Ibarat Darling, Syukran !

Alhamdulillah.... Hikmah disebalik ujian Allah adalah untuk menguatkan syakhsiah peribadi hambanya, yang juga boleh kita simpulkan sebagai Tarbiyyah Kesolehan Hati bagi mereka yang sabar dan tidak putus-putus berdoa serta mengharap keredhaan dan keampunannya.. Rahmatnya sangat Luas... Keluasan yang mengatasi kemurkaanya. 

" Rahmat Allah Dekat Kepada Mereka Yg MUHSININ ".

Dia menyukai hambanya selama mana hambanya berusaha untuk melakukan kebaikan tersebut. Bagi mereka yang belum merasakan Rahmatnya yang sangat meluas, Cukuplah dia tahu bahawa kehidupannya di dunia ini merupakan satu rahmat dari Tuhannya.. Dan bagi mereka yang sudah merasakannya, diharap ianya berterusan dan bukan hanya sekadar dipinggiran.. " Yang Bila kaya lupa daratan, Bila senang kufur pada Tuhan, Bila berilmu sombong pada rakan, Bila Hebat dan Berkuasa lupa orang bawahan... Nauzhubillah Min Dzalik ( Aku Mohon Pelindung Pada Allah Dari Semuanya Itu )... Akan tetapi sampai ke pertemuan dengan Tuhannya.

Salah satu rahmatnya ialah kegembiraan dan Berlemah lembut yakni beradab kepada semua makhluknya.. Samada dari Kalangan Manusia mahupun Haiwan.

" Katakanlah wahai Muhammad saw, Dengan sebab rahmat daripada Allah lah yang menyebabkan kamu bergembira. Dan itu adalah lebih baik dari apa yang mereka himpunkan " 

" Maka dengan sebab Rahmat dari Tuhanmu lah kau berlemah lembut dengan mereka, Kalaulah kau berkeras hati dengan mereka nescaya mereka melarikan diri ( menjauhkan diri ) dari kau.." Maka maafkanlah mereka, dan mohonlah keampunan utk mereka, dan bermesyuaratlah kepada mereka...... ila akhir Al-ayaat...".

1) Kegembiraan. Semua orang pernah mengalaminya, kegembiraan yang kita rasakan ianya daripada Allah itu adalah lebih baik daripada kegembiraan yang kita buat-buat samada utk diri sendiri ataupun orang lain.

2) Lemah Lembut. Sifat ini juga salah satu sikap muslim mukmin yang terbaik," Saidina Umar Al-Khattab Radiallahu anhu penah kata bahawa kebaikan itu mudah, iaitulah perkataan yang lemah lembut dan muka yang berseri-seri. Dan Nabi saw juga mengakui bahawa orang seperti ini adalah orang yang beriman. " Jika gembira dengan kebaikan, sedih dengan kejahatan, maka ketahuilah DIAlah orang BERIMAN.

Ini cuma sekadar pembuka bicara.. Apa yang ingin saya maklumkan ialah ada 3 perkara :

1) Bermula hari ini saya sudah tidak lagi berkampung di Dukyah, Saya sudah berhijrah sekaligus bermukim di Walidain, Hayyu Asyir. Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membantu mempermudahkan segala proses pemindahan barang petang tadi. ( Syukran Ust Ikram Penang/Ust faizi/us Ghani/Us Rahman/Us Pokju Trengganu/Ust Tamin dll ) Allah jualah yang dapat membalas kebaikan kalian semua.. 

Berat sama dipikul Ringan pula sama di jinjing, 
Duit banyak dalam sampul, Tolong kawan Ibarat Darling 
 Itulah perumpamaan Ku ciptakan buat kalian.. huhu.. moga tersenyum.

" Allah akan membantu hambanya selama mana hambanya membantu saudaranya ", 
 
Tolong menolong didalam kebaikan itu adalah merupakan kebaikan yang Allah nyatakan dalam Quran, 

" Bertolong bantulah kamu di dalam kebaikan dan takwa..., Dan janganlah kamu bertolong bantu dalam melakukan dosa dan permusuhan ".

" Tidak sempurna Iman salah seorang dari kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri " ...

2) Peperiksaan Semester 2 yang bakal tiba, doakan agar saya dipermudahkan menjawab.. InsyaAllah saya juga akan mendoakan kalian.. dan jangan lupa doakan untuk kengkawan sama.. " Doa saudara kepada saudaranya 'makbul' diterima Allah swt, dgn syarat tidak memberitahunya yang aku sudah doakan kau... utk mengelak riak dan penyakit2 hati mazmumah lain.. Bila kita berdoa misalnya " Ya Allah Rahmatilah si Karim..... maka Malaikat juga turut mendoakannya 'Engkau pun sama'.. maksudnya apa yang kita doakan utk org lain samalah kita doakan utk diri sendiri.. So, Doa lah yang baik2 ! 

Baik untuk orang lain, baik juga untuk kau, Jahat untuk orang lain, jahat juga untuk kau..

3) InsyaAllah, mengikut kiraan dan jangkan, sekiranya tiada aral melintang, Zaujah akan bersalin sekitar bulan Jun/8 hari bulan... Allah jua yang maha tahu dari segala pengetahuan hambanya... mungkin awal dari jangkaan ataupun lewat sedikit.. itu kehendak dan kekuasaannya, Saya/zaujah tiada apa yang boleh kami tentukan, melainkan hanya mampu bersedia dari 'Alif ila Ya' @ Dari  'A to Z'. Kemungkinan tarikh bersalin itu akan bertembung dengan jadual exam, Wallahu A'lam... 

Bagi mereka yang sudah berpengalaman, diharap dapat berkongsi pengalaman tersebut ! . 

Ketahuilah wahai saudaraku !, nombor 3 ini adalah pengalamanku yang pertama 'First Time'... Banyak juga kawan  yang bertanya, Apa perasaan ndak lama lagi jadi Abi ? huhu.. saya rasa sama jak dengan perasaan ibu n ayah kita sewaktu first time Ibu melahirkan anak...

"Ermm Indahnya Hidup jika Syurga Perhiasan Dunia  ditaati, 
terpancar sinar Nur Ilahi di wajah Ibu Mithali... 
Anak solehah semua mesti miliki, 
Agar menjadi permaisuri hati ummi dan Abi, 
Semuanya Bukan untuk di tandingi atau di sombongi, 
Tetapi mendidik menjadi perhiasan duniawi Wa Ukhrawi serta cintakan Nabi, 
Agar mendapat ihsan dan kasih sayang Ilahi, 
Untuk menuju Syurga yang hakiki  kekal abadi..."


"Ya Allah Engkau yang mengetahui dan menentukan segalanya, semua kehendak dan kekuasaanmu, Jika engkau jadikan sesuatu itu mudah tentu ianya mudah walaupun sukar pada nazhor al-ain(pandangan mata). Dan jika engkau ingin menjadikan sesuatu yang mudah itu sukar maka engkau juga boleh melakukannya menurut kehendakmu.. Maka Ya Allah aku mohon padamu Mudahkanlah...!".  Ameen!

Ya Allah kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh solehah, yang sejuk mata memandang dan yang mentaatimu ya Allah dan RasulMu Muhammad saw, serta mentaati kedua ibubapanya. Jadikanlah kami orang2 yang bertakwa, dan imam pemimpin yang Adil, yang meletakkan Al-Quran dan sunnah didahulukan sebelum akal kami sendiri.. Ameen !


KAMARUDIN TOYO
KULIAH USULUDDIN
UNIV AL-AZHAR ASY-SYARIF





Saturday, April 17, 2010

Kita Milik Allah


Jom dengar Tazkirah sambil menyelami isi tersurat kita milik Allah !
Berceramah di Masjid Sultan Sulaiman, Pelabuhan klang, Selangor. 
Masa ni ndak kahwin lagi...

Begitulah... setiap yang hidup pasti sampai waktu yang membuatkan dia merasa tidak lagi hidup di dunia ini..  Saya ataupun anda.. Samada kita suka ataupun tidak, itulah hakikat yang dialami oleh semua yang bergelar hamba Allah.  Pasti akan meninggalkan dunia ini. Mungkin hari ini sahabat kita pergi meninggalkan kita, esok pula jiran kita, lusa pula pemimpin kita... kita tidak tahu sejauh mana kehidupan kita, adakah kita akan meninggalkan dunia ini hal keadaan orang lain menangis atau gembira, atau kita rasa gembira ataupun bersedih.. semuanya itu dalam genggamannya... moga kita mati dalam keadaan yang Allah redha. ameen..

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati".

Semua akan merasainya,
Semua akan mengalaminya,
Semua akan menghadapinya,
Semua akan dipanggil kepadanya,
Semua akan pulang ke Asalnya,


Semua akan meninggalkan kisah-kisah manisnya, kisah pahitnya, akan meninggalkan keluarganya, anak-anaknya, sanak saudaranya, hartanya dan apa sahaja yang dimilikinya... masa tu tiada lagi milik kita...  Kenapa semua ini akan terjadi... Rupanya Allah ingin menguji amalan hasanah kehidupan kita.

Ertinya" Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzhahirkan keadaan kamu : Siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya dan ia maha kuasa ( membalas amal kamu) lagi maha pengampun, ( bagi orang-orang yang bertaubat )." 
-Surah al-mulk, Ayat 2-

 Allah s.w.t Pencipta kita.
 Allah yang menciptakan 'Mati' Dan 'Hidup.
 Allah mahu menguji siapa yang terbaik amalannya.
 Allah Maha Mulia lagi Maha pengampun.


Akurlah dengan takdirnya tanpa mempersoalkan kehendaknya.. Kematian itu suatu kepastian, pemergian pasti berlaku walaupun tiada yang menyangka. Soal muda, kecil, sihat, tua, dan yang tidak masuk akal... akan terjawab dengan takdirnya, Allah yang tentukan segala-galanya, kuasanya mengatasi segala-galanya, kehendaknya mengatasi kehendak dan keperluan kita. Apa yang menjadi signifikan dalam soal ini ialah bersedia dan buat persiapan sedaya yang mampu, jemputannya melalui malaikat petugasnya bukan boleh di tunda. Ia tetap ada dan akan tiba saatnya.

Saya pernah memberitahu anda melalui blog ini dan kuliah-kuliah saya bahawa kita bukan kekal, kita bukan selama-lamanya, kita adalah kita... kita milik Allah... kita mesti tunaikan haknya... Kita mesti ada perasaan cinta pada Allah... Kita mesti ada persediaan bertemu dengannya... kita mesti ada keinginan untuk berjumpa dengannya.... kita mesti ada amalan takwa........ kita mesti ada iman untuk berjumpa dengannya.... kita mesti sucikan hati dari kekotoran dakwat dunia untuk bertemu tuhan yang maha suci dari segala-galanya... kita mesti ada ilmu yang kita amalkan.... kita mesti ikhlas dalam amalan berkenaan sebelum bertemu dengannya... kita mesti jadi anak yang soleh solehah untuk bertemu dengannya... kita mesti infaqkan harta dunia di jalannya bekalan harta alam baqa' kita... kita mesti ada niat berjihad sebelum bertemu dengannya... kita mesti ada niat untuk syahid di jalannya sebelum dia memetik roh kita... kita mesti bela Islam dan memperjuangkannya demi redhanya... kita mesti ikut sunnah Rasulullah s.a.w... kita mesti ada semuanya tu.... mesti ada !!!

 Ini adalah nasihat yang berguna, bagi orang yang berguna, jadi mainan dan ejekan bagi  mereka yang hina, Dan boleh juga menjadi obor semangat mencari akhirat bagi mereka yang mendapat rahmat, dan  boleh juga jadi fitnah bagi mereka yang cinta dunia dan menafikan pertemuan dengan tuhannya..

Rasanya ia berkesan. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan agar kita ingat pada Allah... Semua ini adalah peringatan-peringatan yang bisa melembutkan hati kita untuk menerima nur hidayah Allah s.w.t.

Sunnat kita mendoakan orang yang dah pergi meninggalkan dunia menuju Awal Akhirat dengan kita berdoa apabila lalu ditepi kuburan, " Assalamualaikum ya Ahli Al-Qubur, semoga Allah merahmati kamu, kamu telah mendahului kami, Insya Allah kami akan menyusur kemudian.( kamu mati dulu dan kami akan mati seperti kamu juga)" Hikmahnya agar kita ingat bahawa kita juga akan pergi seperti mereka, pergi yang tidak akan kembali lagi buat kali yang kedua.


Peringatan ini buat diri saya, diri anda, sesiapapun yang bergelar hamba kepada Allah s.w.t.


"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul-khatimah, kami berlindung kepadamu daripada mengakhiri dunia ini dalam keadaan su'ul-khatimah.. "
Ameen..!




Kamarudin Toyo
Universiti Al-Azhar As-Syarif
Kuliah Usuluddin.

    Monday, April 12, 2010

    Anta-shin, Awak China?

    Indah sejarah dari cerita.... Ibarat orang yang buta rupa...

    Begitulah perumpamaan yang saya berikan buat anak-anak Arab Mesir terutamanya di kediaman perkampungan dukya yang saya berkampung ini. 

    Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah ketika saya sedang membawa zaujah di sebuah taman yang dikenali sebagai taman  'Hadiqah Al-Firdaus', pada hari isnin, jam 5 petang, 12 april 2010, untuk menemani zaujah  beriadhah sambil makan angin dan menghirup udara segar ciptaan Allah s.w.t, lebih-lebih lagi sekarang ni masuk musim bunga.

    Subhanallah.....

    Itulah ungkapan yang terucap dibibir sebelum melafazkan kecantikan ciptaannya..sejuk mata memandang kawasan persekitaran yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang baru tumbuh subur dan mekar.

    Ramai juga yang beriadhah di taman tersebut. Terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung sekitar 5-8 bulan, dan di temani suami-suami tercinta dan sanak saudara yang lain.( kerana menggikut kajian, ibu yang mengandung lebih mudah melahirkan anak sekiranya banyak berjalan). huhu, sebenarnya itulah juga tujuan saya dan zaujah datang ke taman tersebut. Islam menggalakkan kita untuk berusaha dan berikhtiar disamping kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. 

    Ketika kami sedang berjalan sekitar taman, kami terserempak dengan 5 orang pelajar-pelajar sekolah arab yang baru pulang dari sekolah, yang juga mungkin ingin beriadhah dan me'realese tension' selepas penat menghadiri kelas. 3diantaranya adalah lelaki dan 2 perempuan yang kebetulan melalui jalan yang bertentangan dengan kami..sewaktu saya sedang asyik beriadhah sambil bercerita dengan zaujah. Tiba-tiba mereka muncul dihadapan sambil ketawa melihat kami... salah seorang pelajar perempuan mengeluarkan suara dengan nada berkata,'

    " Ni hau maa ? hik hik hik" tersengih....

    Dia ketawa sambil bertanya khabar berbahasa china seperti itu... kami tidak menjawab soalannya, sebab kami tahu mereka memang nak mengusik2 ataupun sekadar bermain2..dah biasa macam tu.. husnuz zhon... Moga Allah beri hidayah pada kita semua untuk sentiasa bersangka baik.

    Saya memandang zaujah sambil tersenyum," inilah arab mesir, entah madah sejarah apa yang mereka pelajari sampai ke tahap tidak boleh bezakan mana satu rupa melayu dan yang mana satu rupa china."

    Saya mula terfikir..kenapa ya..orang-orang arab mesir ini selalu memanggil saya (orang malaysia umumnya) dengan gelaran sin yang bermaksud china.Atau mereka hanya kenal orang Asia ni hanya china sahaja. Tak faham...tak faham...

    Saya tidak faham sejarah apa ? dan bentuk rupa bagaimanakah ? rupa orang china yang mereka pelajari di sekolah, hingga.. apabila melihat warga malaysia saja di cop warga sin(china). mahu dikatakan buta huruf tak sesaui pula, buta negara dan asia pun susah jugak,sebab nanti nak cari dalam kamus dewan takda jumpa pulak maknanya... pelik-pelik... 

    Saya ibaratkan mereka ni sebagai orang yang buta rupalah ...huhu... ye la, subjek apa yg mereka berlajar disekolah sampai orang malaysia sendiri pun mereka tidak kenal !. unik-unik jugak tapi pelik.

    "Din..orang arab mesir ni memang begitu, kadang-kadang mereka bilang kita ni orang jaban(jepun).. pelikkan..? jawapan kawan saya sewaktu saya bertanya padanya sewaktu ketika dahulu."

     Sewaktu mula2 digelar orang sin china tu, adalah jugak sedikit perasaan bangga dan teruja.. sebab dibilang china..haha.. pergi mana pun orang arab akan cakap awak dari chinakah? kadang2 dijerit semacam orang kampung kebarusan jumpa artis...  membuatkan kita jadi fobia dan takut..  dek kerana selalu sangat dipanggil china saya rasa bosan jadinya dan saya abaikan setiap kali jeritan dan seruan orang arab yang memanggil tu..

    "Awak orang chinakah?, "Awak orang chinakah?".

    Persoalan ini selalu diajukan kepada saya, bukan saya jak bahkan boleh dikatakan majoriti orang malaysia di mesir ini. Dulu saya ingatkan sebab motor yang saya tunggangi, kerana motor saya made in china... kemana2 jak saya bawa motor tu, orang2 arab akan seru dengan teriakan "sin..sin." rupa-rupanya memang mereka buta rupa.. dah tabiat agaknya..

    Adakalanya mereka berbisik 'sin, sin..dengan kawan apabila melihat kami.. itu kalau perempuan arab, kalau lelaki arab pula... walaupun kau dekat diteriaknya juga, ibarat orang yang berada jauh 500 meter.. bayangkan..?.


    Sampailah sekarang perkataan itu masih berkumandang di suara diorang tatkala melihat saya. kekadang saya berhenti dan bersalam jugak dengan orang yang berteriak memanggil tu, 

    "Saya katakan yang saya bukan dari china !, tapi dari malaysia", oh..oh.. dia ternganga."

     Itulah lain kali jangan main hentam seru jak... ta'aruf dulu baru seru..!.  huhu, Gurauanku...

    Arab mesir..! oh... arab mesir...! kenapalah kamu macam ni... pergilah melancong2 ke negara luar, tak pun layari internet dan nonton filem-filem asia... tolonglah bezakan mana satu rupa malaysia dan mana satu rupa warga china !!!.  Aku merayu padamu...... huhu.

    Sebab apa lah mereka jadi seperti ini ya?  siapa tahu tolong kongsikan.....!!!

    Nak kata ketinggalan, bangunan mencakar langit dah.

    Nak kata siaran televisyen tiada, parabola sebesar bebola satelit dah... kalah astro malaysia.. hurm.

    Mungkin ini merupakan salah satu perbezaan kita dengan Arab mesir yang  pernah saya temui. Setiap yang berlaku mesti terselit hikmah bila sampai masanya ia akan terasa juga. Setiap Negara ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan bangsa/manusia/haiwan semuanya memiliki kelebihannya sendiri, itulah lumrah sunnatullah, semua ciptaannya bila kita fikirkan dan renungkan saling kait mengait, kuat menguatkan serta saling melengkapi diantara satu dengan yang lain..  

    " Wahai manusia sesungguhnya aku menciptakan kamu dari jenis lelaki dan perempuan, berbagai bangsa dan bersuku puak agar kamu saling mengenali dan meramah mesra diantara satu sama lain. Sesungguhnya kemuliaan kamu disisi Allah adalah takwa kamu " (Surah al-hujurat ayat 13) 

    "Sesungguhnya Allah tidak memandang dari segi paras rupa, kekayaan dan pangkat kamu, akan tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu."

    " Tiada kelebihan bangsa Arab dengan Ajam (bukan Arab) melainkan takwa kepada Allah s.w.t."



    p/s :  Kalau salah tolong perbetulkan.. maaf diatas kesilapan dan keterlanjuran.. cerita ini sekadar perkongsiaan penulis buat pembaca-pembaca budiman yang berasal dari tanah air.. Yang baik datangnya dari Allah dan boleh kita amalkan dan kita ikutkan. Yang tak baik pula buanglah ketepi dan jadikannya sempadan...syukran kerana membaca.

    Thursday, April 8, 2010

    Bagi Peluang ! Akil Haii

    Tiada Yang Kekal Melainkan Allah s.w.t.

    Kecantikkan paras wajahmu
    Akan hilang bila sampai waktu
    Dari itu jangan rasa bangga
    Itu semua tak tahan lama
    Melainkan Allah

    Hari ini hidupmu senang
    Kawan saudara keliling pinggang
    Bila kau susah diri terlantar
    Tiada siapa untuk kau mengadu
    Melainkan Allah

    Ingatlah semua insan insani
    Kita makhluk ciptaan Illahi
    Harus selalu menginsaf diri
    Sebelum tiba saat ajali

    Apa juga yang kau miliki
    Wang yang banyak harta melimpah
    Tak mungkin dapat kau bawa mati
    Tiada yang kekal didunia ini
    Melainkan Allah 

    Bila terdengar lagu ni terdetik dihati sedapnya lagu ni.. kena lagi suara gemersik menyanyikannya... merdunya...pasal kontroversi Ustaz Akill Hai tu saya tak mahu komen sebab itu hal peribadinya, yang empunya badan kena menjawabnya..siapalah saya.. keaiban sendiri pun ada, risau jugak kalau menjadi buah mulut murai...huhu.. siapa yang tutup keaiban saudaranya, Allah juga berkenan menutup keaibannya, bukan di dunia saja malah Akhirat jua... kalau tak dapat rahmatnya nanti jangan salahkan ibu mengandung, salahkan diri sendiri la....

    Bukannya apa, baru-baru ini saya melayarai segmen artis-artislah katakan.. ramai pula yang jadi terrer sehingga menghukum dan mengkritik Ustaz Akill Hai secara membabi buta tak tentu pasal.... lebih-lebih lagi pasal khabarnya beliau akan mengHOSkan rancangan reality tv terbaru 'IMAM MUDA' anjuran Astro yang bakal berlangsung dan beraksi tidak lama lagi... sibuk jak diorang mengkritik... yang pastinya saya tidak termasuk dalam golongan tersebut..huhu.. 'save my personal'  lagi baguih... itu lagi selamat bah kan..haha.

    Apapun ana doakan moga Ustaz Akil Hai berbahagia dunia dan akhirat... Saya terus terang memang meminati beliau, teringat saat-saat makan dan bergambar bersamannya serta menghadiri ceramahnya sewaktu berceramah di sungai kecil kedah 2 tahun lepas,  tak kering gusi mendengar celoteh gubahan lagu diciptanya sambil berdakwah, seingat saya ramai anak-anak muda meminatinya tak kira siapapun sama ada dia 'cat hijau' atau 'cat biru'...huhu...

    Kita kena ingat  dulunya dia banyak membantu dengan harakahnya berdakwah sebegitu, disitu juga ramai anak muda mengenali dakwah kita.. sekaligus menjadi penyokong dan mendokong  perjuangan yang kita bawa. berilah dia peluang untuk bersama-sama buat kali yang kedua, kalau lagu boleh digubah dengan irama nafas yang baru ,kenapa pulak manusia? yang kita sedia maklum ada salah dan silapnya...
    Soal benar atau salah dalam hal tindakannya kita serah pada yang maha esa untuk menilainya melalui sifat-sifat kesempurnaannya.. Allah maha baik, Allah tidak terima melainkan yang baik-baik belaka.. bila kita tanya ustaz@ustazah, Allah itu baik kan? dan terima taubat hambanya kan, kalau dia berbuat dosa dan menyesali perbuatannya ? anda rasa ustaz@ustazah tu jawab apa? tentu sekali mereka jawab, ya...betul tak?

    So, bagaimana pula dengan hambanya? takkan lah manusia tak mahu mengampunkan kesalahan manusia, dan tak mahu menerima kebaikan dari seseorang... kalau sayalah orang semacam ini saya anggap sebagai orang yang sombong... kalau saya beranilah... saya suruh dia belajar tauhid dan tasawuf lebih mendalam lagi...huhu...biar dia tahu asal usulnya yang berasal dari kampung..huhu.. yang penting kita kena ingat dalam diri, kehidupan dan perjuangan mesti diteruskan..

    "Setiap sesuatu itu pasti akan musnah, melainkan dzat Allah yang memiliki kebesaran dan kemuliaan"

    Walaubagaimanapun, saya, anda, Ustaz Akil Haii, siapapun, hanya bersinggah di dunia sementara, kecantikan wajah, kekayaan melimpah ruah, kesihatan tubuh badan, jawatan yang disandang dan pangkat yang dipegang, semuanya tak usah dibanggakan, gunalah ia sebaiknya ( li Mardhatillah ) kerana ianya pinjaman dan diminta pertanggungjawaban yang bakal dipersoalkan di mahkamah mahsyar ROBBUL JALIL nanti... ianya juga bukan kekal selama-lamanya, ianya akan hancur dan musnah lagi fana.

    Ingatlah insan-insani tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.. Takbir !!!

    Kamarudin Toyo
    Kuliah Usuluddin
    Universiti Al-Azhar

    Thursday, April 1, 2010

    Adakah Itu Riak ?

    Salam. Apa haba' ? Yati sihatka ? antie dah masukkan.......kelmarin. Awal sikit kerana ada urusan penting hujung bulan ini.

    Salam. Baik Alhamdulillah. Yati sihat jugak..yeke..terima kasih. Moga Allah membalas kebaikan yang  antie lakukan pada kami dengan setimpalnya..amen.

    Sabtu hari bulan ni, anak antie Narimah yang perempuan nak kahwin.
    Ustaz, kebetulan ni saya nak tanya, kalau dengan ada sebab kita terpaksa bilang sama orang yang kita nak pergi umrah, adakah itu Riak ?

    Saya jawab ," Maksud Riak ialah menunjuk-nunjuk kebaikan yang kita buat. samada melalui percakapan, perbuatan mahupun hati. maksudnya kita menunjuk-nunjuk kebaikan dengan niat berbangga. Ataupun kita berbuat baik dengan harapan agar dipuji dan diakatan yang kita ini ''bagus' baik'. Ataupun  yang lebih tepatnya melakukan amalan soleh yang bukan diniatkan kerana Allah ( yakni melakukan & meninggalkan amalan kerana manusia ).

    Sepertimana kata Fadil ibn Iyad ( seorang Ulama' tasawwuf ) :
          
    "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riak. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari keduanya."

    Kalau kerana ada sebab atau terpakasa inform yang kita mahu menunaikan ibadah Umrah, itu bukan riak. Kalau sebab dan niat kita ingin inform p umrah kita Qasadkan untuk manafaat dia dan kita, itu bukan riak. Wal hal digalakkan agar kita lebih bersyukur dengan rezeki yang Allah beri."

    Mana tahu.... dengan sebab kita memberitahu yang kita nak pergi umrah, terdetik pula dihatinya untuk pergi sama @pun bila dah cukup duit nanti. Maanalah tau.... Tuah Ayam Nampak Di kaki...Tuah Manusia.... Lu fikir la sendiri...huhu.. yg ni saya tambah...!

    Terima kasih. saya faham. Lagipun saya dah kenal sangat kat ustaz. Saya dan antie Narimah InsyaAllah akan menunaikan ibadah Umrah. Kena pergi 5hb April. InsyaAllah. Seronok tapi takut dugaan.

    Ulasan saya.....

    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah pada antie kerana dapat menunaikan Ibadah Umrah sekali lagi yang entah ke berapa kali dah....?.. Alhamdulillah dengan nikmat rezaki yang Allah kurniakan antie guna di jalan yang diredhai Allah. Semoga Ibadah Umrah yang bakal di ibadahkan diterima Allah swt.

    Allah sebut dalam surah Ad-Dhuha Ayat 11 ," Adapun dengan nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut ( dan zahirkan ) sebagai bersyukur kepadanya."

    Contoh nikmat yang Allah kurniakan pada kita ialah kekayaan harta, kita gunakan untuk  menunaikan haji dan menunaikan Ibadah umrah, bersedekah, infaq Fisabilillah, keluarkan zakat, waqaf dan sebagainya.

    Dari segi nikmat kemewahan rumah banglo, rumah besar, kereta yang menjalar, yakni kereta yeng berjenama seperti mercedes, Estima, BMW dan seumpamanya. kita gunakan kediaman rumah tersebut dengan beribadah,  membaca Quran, berzikir, solat-solat  nawafil, mengadakan majlis ilmu . Manakala Kereta pula kita gunakan untuk pergi ke masjid, ceramah-ceramah agama dan yang seutara dengan. Maka itu juga salah satu tanda syukurnya kita pada nikmat anugerahnya.

    Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh baginda saw ." Menunjukkan kepada kebaikan umpama kita melakukannya, dan menunjukkan kepada kejahatan samalah melakukannya."  Riwayat Imam Tarmizi.

    Misalnya ada seseorang melihat kita solat sunat ba'diyah isya'( selepas solat fardhu isya' ), orang itu pun melakukan hal yang sama seperti kita. Padahal dia sudah memasang azam untuk tidak bersolat sunat, Hanya mahu menunaikan fardhu isya' sahaja, Oleh kerana dia melihat kita solat sunat, dia pun turut melakukannya. Maka apa yang dilakukannya itu, kita juga dapat pahala yang sama. Begitulah sebaliknya bagi orang yang melakukan kejahatan.

    Begitulah perumpamaan yang saya berikan agar mudah difahami.

    Wallahu A'lam.

    Sebagai renungan khas binafsi ....

    "Siapa yang beribadah di Masjid Al-Haram ( BaituLlah ) secara tidak langsung menjadi tetamu Ilahi. Bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah dalam hal-ehwal menunaikan ibadah umrah apatah lagi ibadah haji, kalau kewangan sudah mencukupi, kesihatan pula very healthy, apa lagi yang dinanti... segeralah menuju ke tanah suci, sebelum tiba saat yang bakal pasti...namanya....?"

    Jadilah tetamu ilahi........
    Related Posts with Thumbnails