Monday, May 31, 2010

Satu lagi lagu hadiahku buatmu Palestine !

 Hei Yahudi Hati Membatu 
Palestin, palestine, kuatkan imanmu,
Palestin, palestin tingkatkan takwamu,
Palestin, palestin kerah tenagamu,
Palestin... kau Jundullah.. Engkau Pejuang Allah..
Teruskan perjuanganmu, menentang musuh yang angkuh,
Israil dan Yahudi... Rejim Zionis Laknat Ilahi...
Kerana Kekejamannya... memusnahkan insan yang lemah... 

Hei !
 Hancur... hancur... hancurlah yahudi !
bersama.. musuh ilahi... 

hancur... hancur... hancurlah yahudi !
bersama..... musuh ilahi...

Kerna Allah berkuasa... memusnahkan para musuhnya....2x

Tunggulah hei yahudi.. rejim zionis... angkuh sekali....
kau pasti hancur, kau kan musnah... 
kerana hidupmu tak kekal lama...
matimu pula tiada berguna... 
Malaikat datang mencabut nyawa...2x
Untuk memaksamu/menjemputmu ke Neraka...

Ummat Islam seluruh dunia,
Bersatu menghina mendoakan bala,
Untuk yahudi.... para sekutunya... 2x

Kau.... kan musnah... seperti tentera bergajah....2x
Ataupun firaun.. yang ditenggelamkan Allah...
Hari ini kau lagak kuasa... memegang senjata yang ampuhnya...2x
Tapi kau ingat kau kan musnah..2x
Kerna Umat Islam... senjata doa... 2x

Hei !

Hei yahudi hatimu keras membatu... 
Hei yahudi hatimu keras membatu...
bahkan lebih keras dari itu... 
kerna Allah melaknatmu... 2x

Hei Yahudi !!! 

Takbir !!! Allahu Akbar !!!


Pencipta lirik & lagu
Ust Kamarudin Toyo
Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar 
1/6/2010

Selamat Menonton & Mendengar :


p/s : Ni lirik lagu saya, dan sudah siap tune lagunya, cuma suara tak berapa nak sedap. tapi bolehlah menjadi pembakar semangat agar cintakan palestine dan bencikan Yahudi Laknatullah. Tunggu... saya akan masukkan video lagunya nanti.. InsyaAllah. 

Asykuruka ya Robbi !!!

Kalau nak cetak@fotocopy.. silakan ! tapi sebagai ummat Islam biarlah kita jujur meminta izin terlebih dahulu pada yang empunya .. Allah melihat perbuatan kita..kan ? sebab ni himpunan lagu2 ciptaan saya yang ke-5 tak silap. Moga dinilai sebagai ibadah, ameen !

Atas dasar perjuangan, sahabat boleh sebarkan ! insyaAllah.. :) . Siapalah saya, melainkan apa yg telah diaturkan Allah swt. kita hambanya membantu yang lemah atas dasar keperihatinan Iman dan Persaudaraan Islam. Berbanding sudah ramai umat Islam yang membantumu lebih besar darupada ini. Apapun, Ini yang mampu ku lakukan buatmu palestin, sekiranya boleh lebih daripada itu, ku mohon inayah Allah swt untuk mengiktirafnya.

Islam 4 Peace ! Islam Bukan tertegak dengan senjata tetapi dengan iman dan takwa kepada Allah azza wa jalla. :)

Palestine, kucipta khas buatmu, Allah pasti bersamamu !

Palestine, Allah Pasti Bersamamu ! 

Kamu gembira tak terkata,
Dapatkah kamu merasa keperitan Al-Gaza,
Harimu enak di buai ibadahnya,
Takkan sama enaknya mujahid di sana.

Dalam suka mahupun duka,
Mereka memerlukan doa pertolongan tenaga & harta,
Apakah kamu tidak menyangka
Bahawa mereka juga saudara seagama,

Bangunlah wahai mujahid/mujahidah,
Gerakkan tenaga dakwah dan tarbiyyah,
Semuanya itu bukan untuk dunia ibadah,
Tetapi praktikal menuju jannatullah.

Habislah Palestine tergadai nyawa,
Dek kerakusan yahudi laknatullah,
Walaupun jasad mereka sudah tiada,
Hakikat ruh syahid bersama Allah.

Allah berkuasa apa saja,
Boleh melakukan menurut kehendaknya,
Walaupun palestin jauh di mata,
Namun palestin dekat dihati bersama doa.

Musnahkanlah yahudi ya Allah…
Bersama puak dajjal dan sekutunya,
Palestine memerlukan bantuanmu ya Allah…
Agar terus berjuang memperthankan agama…

Jangan sia-siakan perjuangan mereka ya Allah…
Mereka berjuang meninggikan kalimahmu ya Allah…
Belas kasihanlah pada mereka ya Allah…
Sepertimana Ihsan dalam sifat kesempurnaanmu ya Allah…

Palestine… kami tetap bersamamu…
Jangan takut mahupun ragu…
Kerana Allah juga bersama perjuanganmu…
Sepertimana Allah bersama Perjuangan Nabimu…

Palestine…. Allah pasti melindungimu…
Kerana Allah Tuhan yang satu…
Syurga Jannah sudah dihiasi untukmu…
Namun dunia masih lagi menghijabmu…

Adakah kau lupa yang Bidadari menantimu,
Terhias indah hadiah Syuhada’ gelaranmu,
Dia Ainul Mardhiah kata Nabimu…
Namanya Indah seindah keinginanmu,

Palestine... Allah pasti Bersamamu...!

Takbir !!! Allahu Akbar !!!


Ust Kamarudin Toyo
Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar.
31/5/2010

Sunday, May 30, 2010

Hari Tahnik & Sejarah Pertukaran Nama Puteriku !

 Syeikh Dr Yusri Al-Hasani Hafizahullah 
sedang mentahnik puteriku

29/5/2010 Sabtu. Alhamdulillah.. hari ini adalah hari ke-tujuh buat puteriku Qurratul Ain @ Zuyyin alkausar... Hari ini juga merupakan hari yang begitu indah buat saya dan isteri. Alhamdulillah, Apa tidaknya, segala proses tahnik dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Hari ini jugalah sahnya nama anakku, yaitu ' Qurratul Ain '. Dari nama Zuyyin Alkausar bertukar ke Qurratul Ain... . Kedua-dua nama tersebut begitu sedap dan memiliki maksud yang begitu indah bila di tafsirkan.. Walaubagaimanapun keindahannya, saya & isteri kena memilih satu diantara dua. Jadi, kami memilih nama Qurratul Ain.. Nak tahu kenapa ? erm, Kena baca sampai habis... Sebab ini sejarah pertukaran nama anak saya ! bila sebut sejarah mesti panjang ceritanya, kan... hehehe... tapi insyaAllah saya akan ringkaskan sedaya yang mampu... maaf ya mak/family/sahabat2... saya tidak pernah bermaksud untuk menipu kalian dalam soal nama, tapi ini kebetulan dan ketentuan Tuhan... semua ada hikmahnya..


Nama Zuyyin Alkausar ...

Nama ini memang cantik kan ? Nama ni saya ambil dalam ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 14. Alkausar pula dalam surah Al-Kausar ayat 1. Zuyyin ni bermaksud dihiasi@perhiasan. Alkausar bermaksud telaga kausar Nabi saw @ memiliki nikmat yang sangat banyak. Saya dan isteri memang berkenan sangat nama ni, & nama ini saya dapat ketika menunaikan solat sunat hajat di rumah, ketika itu saya sedang membacanya.. Dan kedua-dua ayat ini saya suka baca dalam solat, samada solat nawafil mahupun fardhu. Sekiranya saya membaca surah ini saya selalu menangis dek kerana menghayati isi maksud yang tersirat dalam surah tersebut. Tue yang berkenan letak nama dengan nama tersebut.

Walaubagaimanapun. saya akan panggil nama anak saya dengan gelaran zuyyin alkausar. walaupun sudah berubah ke nama Qurratul Ain. So, gelaran namanya sangat banyak, saya boleh panggil zuyyin/ain/kausar/qurrah/becek/cek ( panggilan kampung penang ) hehehe.. becek tu mak saya panggil...hehehe.. nama manja orang kampung saya di tawau, Sabah. Tak kisahlah nak panggil nama apapun, janji panggilan itu panggilan manis&manja yang didasari Iman & persaudaraan Islam.


Sejarah pertukaran nama puteriku

Mulanya macam ni, hari pertama zuyyin dilahirkan, saya bagi nama dengan nama zuyyin alkausar...

keesokan harinya, saya pergi sholat asar di masjid walidain yang berdekatan dengan rumah, belakang rumah jak. Selepas sholat, kebetulan saya melihat seorang Ust yang memang diakui ilmunya, ( Ust dari Malaysia, jurusan Master Usul Fiqh, sudah 10 tahun lebih menuntut ilmu di bumi Mesir ). Ust juga menyewa rumah se'area dengan saya. se'taman'lah... Alhamdulillah, seronok ada pelajar kita macam ni kan? dengar ceritanya, Ust kita ni sibuk bertalaqqi jaa.. insan yang sentiasa haus & dahagakan ilmu yang tak pernah putus-putus. Memang benar... di mana syak saya pergi talaqqi, samada di Masjid al-asyraf@Masjid al-Azhar asy-Syarif, di situ dia ada. Rajin menuntut ilmu, panjang masa menuntut ilmu, cerdik, ada kewangan, berkawan dengan Ulama' dan seronok dengan ilmu adalah antara sifat-sifatnya. Subhanallah...Moga dia bermanfaat pada Ummah. ameen.

Itu atas dasar penilaian saya, yang baru beberapa bulan mengenalinya. ternyata prasangka saya terhadapnya adalah benar2 belaka. ( ilmu dapat bila duduk bersamanya ). Ust yang saya maksudkan ni ialah Ust Hairul Nizam Mat Husin ( Mantan Presiden PMRAM ).

Saya memberitahu dia yang saya dah dapat cahaya mata, dia juga mengetahui yang zaujah pregnant, saya dah bagitahu sebelum ni.

Mabruk ! bila ? semalam jawabku.

Anak apa ? Perempuan. ( Anak akhir zaman ) hehe... dia sempat bergurau.. maksudnya perempuan lebih banyak dari lelaki akhir2 zaman ni.

Namanya siapa ? jawabku : Zuyyin alkausar.

Tanpa bersembang panjang saya menjemputnya datang ke rumah. Buat pertama kali ziarah ke rumah... selepas sekali dari itu dia datang 4@5 kali rasanya, dengan membawa zaujahnya & puteri kesayangannya Fathimah An-Nabawiyah.

Dia offer supaya anak saya ditahnikkan oleh Syeikh. Jadi, saya minta tolong agar dia meminta izin kepada Syeikh terlebih dahulu, Dia jawab, InsyaAllah Khoir tiada masalah.

' Selepas solat zhohor berjamaah, saya bertanya kepada Ust, macam mana ? Syeikh kata apa ? Ustaz jawab, 

Alhamdulillah ok, tahnik sabtu ni syeikh kata. Cuma, Syeikh bagi cadangan agar kalimah Zuyyin di tukarkan kepada Zinah maksudnya perhiasan. ( dari Zuyyin Alkausar ke Zinatul kausar ). Tapi itulah, di Malaysia kita bunyinya macam pelik...risau tue jak la.. kalau di Arab no hal.. takda masalah, sebab bahasa diorang. Apapun Ust fikirlah dulu. '

'Apa masalahnya Ust ? saya bertanya.' 

'tidak adalah masalah besar pun, cuma kalimah zuyyin jak, kalimah zuyyin adalah kalimah FE'EL, amat jarang orang bubuh nama dengan menggunakan kalimah fe'el. Kalimah Zuyyin alkausar tu bukan tidak ada makna, ada, cantik maknanya... tidak salah kalau ust mahu memakai nama tersebut. Syeikh pun tidak menegahnya, cuma beliau bagi cadangan tukar ke zinah jak, itupun kalau ust nak pakai kalaimah zuyyin tue.. sebab di Arab Mesir ni memang macam tue, kalau kita Malaysia tiada masalah. '

' Menurut pandangan Ust macam mana ? Adakah saya tidak beradab dengan Syeikh sekiranya saya tidak mengambil nama yang dicadangkannya itu kepada anak saya ? saya risau jugak, kalau-kalau ada orang yang menafsikan saya seperti itu ?'

' Ustaz jawab : InsyaAllah tiada masalah, nama yang syeikh bubuh tue memang kalimah isim.. maknanya sama, cuma Malaysia kitalah. Jangan risaulah...'


Ya Allah aku memohon padamu ya Allah, ampunkanlah dosaku di atas keterlanjuran kesalahanku, samada yang aku sendiri tahu ianya dosa ataupun tidak, samada yang aku nampak ataupun tidak, samada yang zhohir mahupun bathin... Engkaulah yang maha pengampun ya Allah. Dan Ya Allah aku mohon padamu ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk memelihara hubunganku denganmu dan hubunganku dengan para Masyaikh dan Ulama' Al Amilin, insan yang kau pilih di dada nya sebagai tempat tersimpannya ilmu dan makrifat/syariat/ dan hakikat. Sungguh aku memerlukan semuanya itu ya Allah, perkenankanlah ! Ameen !!!

Begitulah setiap kali berjumpa di Masjid ( tempat menyuburkan ukhuwah Islamic ), kami berbincang pasal nama ini, dia selalu tanya macam mana, macam mana ? Saya kata saya pening dah masih memikirkannya lagi Ust, tawakkal ilallah jak. masih nak pakai nama tersebutkah @  nak tukar ? masa ni selepas sholat shubuh. Saya jawab:' nantilah saya bincang dengan zaujah macam mana. Ust Doakanlah agar dipermudahkan dan nama yang bakal saya berikan padanya mempunyai makna keperibadiaanya. InsyaAllah, sama-samalah doakan, jawab Ust.'

Jadilah nama puteriku 'Qurratul Ain'

Sampai jak di rumah, saya & zaujah terus menjenguk Zuyyin dengan pandangan penuh kasih dan sayang... kami mengamat-amati raut kejernihan wajahnya... kecomelannya ( layaklah sebab baby ) maka saya melihat zaujah dan zaujah pun melihat saya... nama masih lagi mencari-cari apa yang sesuai buat puteri kami... jenguk punya jenguk, amati punya amati, hayati dan hayati... kami tersenyum... saya pun bertanya ' sejuk mata memandang tengokd diakan sayang ??? tanyaku dengan sopan'. ya... jawab zaujah sambil tersengeh dan tersenyum manja :) '.

saya terus bertanya zaujah, amacam kalau kita bagi nama ' Qurratul Ain ' bermaksud penyejuk mata. ianya juga dari ayat Al-Quran ?, a'ah boleh jugak, nama tu pun sesuai dengan dia, maksudnya pun menarik, yang penting kita ambil daripada kalam Ilahi ( Al-Quran ). Maka, disinilah tercetusnya idea Islamik berkat syura ummi&abi. Sahlah nama anak saya Qurratul Ain.

Ya Allah jadikanlah anak saya penyejuk mata yang memandangnya, samaada saya dan zaujah atau sesiapapun yang memandangnya dengan Nur di Hati ( pandangan nur iman & Islam ) dan jadikanlah setiap amalannya yang sholehah menjadi penyejuk hati buat ummi & Abinya, agar ia terdidik mengasihimu ya Allah, dan mencintai Rasulmu Muhammad s.a.w. engkaulah yang berkuasa atas segala sesuatu ya Allah, Ameen ya Allah !!!


Saya beritahu Ust Hairul yang kami sudah pun menjumpai nama yang sesuai buat zuyyin. iaitu Qurratul Ain. Alhamdulillah, sejuk juga maknanya. Ust doakanlah moga namanya sesuai dengan keperibadiannya, ust kata insyaAllah sama-samalah.
Nama Qurratul ain ini juga merupakan nama yang mana diakui oleh Syeikh Dr Yusri Alhasani hafizahullah, hal itu saya perasaan ketika Syeikh selesai mentahnikkan puteri saya, Syeikh mendoakan agar Qurratul ain diberkati Allah s.w.t dan bersifat dengan sifat seumpama namanya. Saya gembira sangat-sangat bila mendengarnya. Alhamdulillah.. syukur padamu ya Allah. :)

Ada masalah pula lagi yaitu masalah nama yang sudah tertulis (Zuyyin alkausar ) dan sah dalam surat lahirnya. Surat lahir Zuyyin dah siap 4 hari selepas lahir. masa tu jugaklah saya uar-uarkan dalam laman facebook. Saya kol family di Malaysia, beritahu yang nama anak saya Zuyyin Alkausar.

Penyelesaian

masalah nak tukar pulak lagi. Saya jumpa dan meminta pandangan Ustaz ? Ustaz Hairul jawab Begini, kalau sekiranya sukar yakni tak boleh tukar di maktabah sohhah (pendaftaran nama) maka cuba tukar di kedutaan Malaysia. Sekiranya tidak boleh jugak, atau boleh..tetapi kerja penukaran sangat rumit sehingga ke angkat sumpah, maka tawakkal pada Allah, guna nama asal dalam surat lahir. Sekiranya boleh Alhamdulillah la jawabnya.

Alhamdulillah lega...


Selepas tahnik Zuyyin, jam 9 pagi ada temu janji dengan Maktabah sohhah, maka Ust Adlan tidak jemu menolong kami, Ust tolong tanya kaunter hajat kami... so jawapannya... tiada masalah.. dan boleh tukar.. dia suruh saya datang membawa surat lahir pada hari isnin untuk proses pertukaran nama. Huh.. Alhamdulillah selesai.... lega rasanya... tak sabar mahu cerita dekat Zuyyin bila dah besar nanti.. hehe. Cepat besar nak ya .....


Ditemani Presiden PMRAM & EXCO

Sebelum kami pergi ke masjid al-Asyraf, Muqattam... saya, zaujah, zuyyin di jemput oleh ust Adlan ( lajnah dakwah PMRAM. gambar kopiah hitam ) dua hari sebelum hari tahnik ust Adlan datang ke rumah bersama exco-exco yang lain, antaranya ust Farhan, Ust Zuhaili dan Ust Hidayat, sekaligus ziarah & mengucap mabruk tahniah pada saya kerana mendapat cahaya mata. Masa tu dia memberitahu yang dia mahu bawa saya menggunakan keretanya shubuh sabtu ( hari tahnik ) pergi ke Masjid Al-Asyraf. HEWI PMRAM juga menziarahi kami sehari sebelum itu. Saya pun tak tahu siapa yang atur semuanya ini, mungkin juga tugas mereka menjaga kebajikan @ pun ziarah dek kerana sifat ihsan ukhuwah Islamiyyah, apapun syukran sangat-sangat.

Sabtu... selepas solat shubuh Ust Adlan datang menaiki kereta merah bersama 2 orang... rupanya salah seorang darinya ialah president PMRAM iaitu Ust Shahrizan (gambar kopiah putih ). Tak sangka jugak, apapun inilah ketentuan Ilahi. Syukran ya... Moga Allah membalas kebaikan yang PMRAM lakukan pada kami dengan setimpalnya. ameen !.


Di Tahnikkan oleh Syeikh Dr Yusri Alhasani


Hari ini hari tahnik zuyyin alkausar... cukup bertuah kerana bakal ditahnikkan oleh insan yang memiliki Cahaya Nur Ilmu yang memang Allah letakkan dihati mereka berkat Nur Rahmat utusan Nabi Kita Muhammad s.a.w. Insan yang saya maksudkan ini ialah Syeikh Dr Yusri Alhasani, Berdarah Rasulullah s.a.w ( Ahlul Bait Nabi s.a.w ). alhasani: di nisbahkan daripada Saidina Hasan cucu Nabi Muhammad s.a.w, anak kepada Saidatina Fathimah Azzahra & Saidina Ali Karamallhu wajhah.

Sekiranya Rasulullah s.a.w ada, tentu sekali saya akan memohon pada Allah s.w.t, agar dapat ditahnikkan oleh insan mulia yang memiliki akhlaq al-Quran ini... namun, saya bersyukur kerana yang mentahnikkan puteri saya ialah insan ahli bait bersalasilah dari Baginda s.a.w... ini sudah memadai.. syukur sangat2. Asykuruka ya Robbi !!! 'Allahumma solli ala saidina muhammad s.a.w wa ala alihi wa sohbihi wa sallam '..

Bertuahnya anakku kan ? kecil-kecil sudah kenal Syeikh... abi ni dah berumur seperti ini baru kenal... semoga anakku dapat mengikuti jejak keperibadian Rasulullah s.a.w dan ahlul bait Baginda s.a.w.  suatu hari nanti.. Abi akan memohon inayah Allah s.w.t agar mendidikmu ke arah itu insyaAllah... ameen !

Sampailah kami di masjid al-asyraf, ( Masjid Syeikh Dr Yusri Alhasani ). kuliah shubuh masih berjalan. Kebiasaanya selepas sholat shubuh Syeikh mengajar kitab Hadis Sunan Abi Daud, dan membaca Al-Quran dari ayat ke ayat. Saya juga lazim mengikuti kuliah beliau, cuma dalam seminggu saya tidak datang kerana menjaga zaujah dan Zuyyin.

Syeikh Dr Yusri Alhasani Mendoakan Keberkatan ...

Syeikh mendoakan semoga Qurratul ain diberkati Allah s.w.t... dan menjadi penyejuk mata buat ummi & Abinya.. serta peribadinya menyamai menamanya, amen !. Di Amen kan oleh Sahabat2 talaqqi yang hadir. Alhamdulillah, Ini juga Rezeki Zuyyin ( Rezeki Anak Sulung ) yg mesti anakku syukuri bila dah mengerti nanti, InsyaAllah.

Jadi anak yang selalu bersyukur kepada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada orang lain suatu hari nanti nak ya... :)

Syeikh Dr Yusri Alhasani bertanyakan Khabar Qurratul Ain ...

30/5/2010 Ahad. hari ini Syeikh Dr Yusri Bertanya khabar mengenai Anakku 'Qurratul Ain' .. Ana Jawab Alhamdulillah Khoir.. dia baik. Sudah cukur kepalanya dengan sempurna ? Jawabku sudah, Alhamdulillah... Saya & Ust Hairul Nizam Yang Sempurnakan... :)


Untuk keluarga di Malaysia boleh lihat Tahnik Ringkas Qurratul Ain di sini :




Terbitan seterusnya ialah lagu untuk Qurratul Ain @ Zuyyin alkausar yang ku ciptakan khas buatnya... :)

Monday, May 24, 2010

Selamat Datang Wahai Puteriku !

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Ahlan Wa Sahlan Ya Binti.. Inilah ucapan yang selayaknya saya ucapkan buat  permata hati saya yang pertama ni. 

Hari Ahad, Jam 6.00 pagi, 23.5.2010 ( selepas solat shubuh ), anak sulung saya selamat dilahirkan. Inilah nikmat anugerah Allah s.w.t yang wajib saya dan isteri syukuri .. Apa yang bestnya... Hari Ahad ini adalah hari saya mengambil imtihan syafawi Al-Quran & Tauhid, selepas solat zhohor. Alhamdulillah saya dapat menjawab dengan mudah dan menjawab Al-Quran sejuzuk dengan lancar..(Rezeki Syafawi ) Berkat Rezki kelahiran anak pertama saya... Moga najah, insyaAllah, amen !.

Ya Allah engkau telah mengurniakan anak kepada kami dengan selamat.. Maka aku mohon padamu ya Allah, berilah kekuatan kepadaku dan isteri agar mendidiknya dengan didikan kasih sayangmu, agar menjadi anak yang solehah, yang mentaatimu Ya Allah Dan Rasulmu Muhammad s.a.w..Serta mentaati kami berdua.. Jadikanlah puteriku ini sebagai penyejuk hati & perhiasan indah buat kami .. Dan aku memohon padamu ya Allah, Jauhkanlah puteriku dan zuriatku dari godaan syaitan yang direjam.. Ameen !



Boleh jadi Mujahidah Islamic suatu hari nanti kan ? 
InsyaAllah Abi akan berusaha dan memohon inayah Allah s.w.t  agar mendidik kearah fitrahmu wahai puteriku.. !

p/s Kepada semua Penuntut Ilmu Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM  ) & penuntut ilmu Sabah Mesir ( BKPSM ) Dan semua yang telah membantu/sedang membantu dan bakal membantu, walaupun imtihan sedang berjalan, Saya Ucapkan terima kasih banyak-banyak.. semoga lulus dalam Imtihan Fasa 2 ini.. Dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat rakan facebook di Malaysia, kerana mendoakan saya & isteri... Hasil berkat Doa kalian puteri sulung saya ini selamat dilahirkan.. Allah jua yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua, Amen ! Syukran..Syukran. :)
 ........
Terima Kasih Ummi kerana melahirkan saya .. :)

 " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut Ibumu tanpa mengetahui apapa pun. Dan ( kemudian ) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur, Berterima Kasih. "
-Maksud Ayat 78, Surah an-nahli

Sunday, May 9, 2010

Khas Buatmu Ibu !!!

Istimewa Buat Ibu !!! 

Ibu, Pengorbananmu Bermakna Dlm Kebahagiaanku,
Kesabaranmu dlm Mendidikku, Ku Ingat Selalu,
Keperitanmu Dan Kesusahanmu,
Hanya Allah saja Yg Tahu..

InsyaAllah kami akan sentiasa menatapmu 
wahai insan yg bergelar ibu, pengorbananmu, keperihatinanmu.. 
semuanya itu membuahkan kebahgiaan yg tdk ternilai walau beribu,
Redhamu Redha Allah Ibu, Marahmu Murka Allah,ibu.. 
oleh itu Redhailah kami wahai Ibu ! 
Agr sama2 memasuki SYURGA Tuhan'Mu & jg Tuhan'ku.

Ibu, Pengorbananmu Bermakna Dlm Kebahagiaanku,
Kesabaranmu dlm Mendidikku, Aku jadi Insan Berilmu, 

Aku Tidak Jemu-jemu memburu ilmu, Ibu,
Kepritanmu Dan Kesusahanmu Dlm Membiayaiku,  

Adalah petanda Yg Allah Sayang Padamu... Juga Sebagai Tanda Belas Kasihnya Tuhan Padamu, Sama-samalah Kita Syukuri Ibu, Sebab Dgn Ksyukuran.. Kita Telah Mengakui Nikmat Allah Itu, 

Sama-samalah Kita mengucap Alhamdulillah Atas Nikmatnya itu..

Ibu, Walaupun aku jauh dari pandangan matamu, Aku merasai, ibu. Aku dapat rasakan yg Ibu merinduiku.. Aku juga merinduimu Ibu... Aku Rindu padamu... Ibu.. 

Ibu, Hati/Jiwa/Perasaanku... Selalu menatap & Terungkap Perkataan 'Ibu' selain Ungkapan 'Allah', Tuhanku.. Ini adalah bukti yang aku tidak melupaimu ibu, Namamu... selalu bersama dalam doaku... kan anak yg soleh selalu mendoakan ibu... Aku datang ke sini untuk belajar semuanya itu, ibu... Biarlah aku tidak mendapatkan nama/pangkat/pekerjaan... asalkan aku dapatkan Akhlak adab ilmu, Yg membawa aku mendapat redhamu... Dan Bisa aku membahagiakanmu Utk Menuju 'Jannah Tuhanku..


Ibu, semoga Allah Merahmatimu... Dan Mengampunkan segala dosa-dosamu... sepertimana tiada dosa sezarahpun sewaktu kau melahirkan aku... Ibu, I Love You !!!

Di Bawah Ini ada Video Klip Yg ku Reka Khas Buatmu Ibu... Inilah kenangan terindahku bersamamu ibu, sewaktu kita bercuti bersama keluarga angkat... & Mak Angkat Yg Banyak membantu sewaktu aku menuntut Ilmu di luar negeri dulu....

Ibu...Selamat Menonton & moga Tersenyum ibu.  :)



Related Posts with Thumbnails