Saturday, June 19, 2010

Kau Sudah Belah Dadanya ?

Usamah bin Zaid Radhiallahu Anhu berkata: Rasulullah saw mengutus kami ke Huraqah pada suku Juhainah, ketika kami sampai disana, Kami terus menyerbu. Tiba-tiba aku dan seorang Sahabat Anshar bertemu dengan seorang dari mereka. Maka ketika kami telah mengepungnya, ia berkata "LA ILAHA ILLALLAH". Maka shahabatku orang Anshar itu menyuruhku menghentikan (tidak membunuhnya), tetapi aku terus menikamnya dengan tombakku sehinggalah ia mati. Dan Tatakala kami telah kembali ke Madinah, berita itu telahpun sampai kepada Rasulullah saw, maka Rasulullah saw bertanya "Apakah sesudah ia mengucapkan "LA ILAHA ILLALLAH", masih juga engkau membunuhnya?" jawabku: " Ya Rasulullah, ia berkata Seperti itu mungkin hanya kerana takut kepada Senjataku". Bersabda Nabi Saw: "Apakah sudah kau belah dadanya ? sehingga engkau ketahui dengan jelas, apakah ia berkata kerana takut dengan senjatamu atau tidak? ."

 APAKAH KAU SUDAH BELAH DADANYA?

Allah... Dengan rendah diri saya ingin berpesan pada diri saya terutamanya dan sahabat-sahabat semuanya... Tengoklah... betapa 'Soal Hati' Nilaian Kita terhadap hati seseorang, bukanlah ia hak mutlak penilaiaan kita... tapi ianya penilaian Allah swt. Sebagai orang Islam yang mengaku cintakan Allah swt & Rasulullah saw... Adalah patut sedar diri bahawa kita hanya boleh menilai zahir manusia melalui tanda alamatnya tapi kita tidak boleh menilai hati maqosid tujuannya kerana ianya adalah penilaian Allah swt.

Dalam Islam, Kita Di ajar menilai seseorang itu dari 'segi amalan zahirnya' bukan 'amalan batinnya', Sebab masalah amalan bathin hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tiada seorang pun yang mengetahuinya hatta malaikat yang taat sentiasa bertasbih memuji Allah sekalipun.


Kaedah Usul Fiqh Yang Maksudnya : " Kami satu kaum yang menghukum manusia melalui zahir, dan Allah lah yang menilai dari segi rahsia niat mereka.."


Saya beri contoh supaya mudah difahami : 

Contoh Pertama : Seorang yang sedang bersolat di masjid, semua rukun dan syarat-syarat solat sudah sempurna dilakukannya, dari awal takbiratul ihram hingga ke salam semuanya betul dan sempurna, maka kita menghukum ( Hukum zahir, Solatnya sah ), sebab dia telah menyempurnakan semua rukun-rukun dan semua syarat sah solatnya. Tapi permasalahannya, bolehkah kita menghukum bahawa hatinya itu khusyu? dan solatnya itu ikhlas serta diterima Allah swt? atau bolehkah kita menghukum dia solat di depan kita itu adalah semata-mata menunjuk-nunjuk/riak?. Kita Tahu Dari mana, Kita belahkah hatinya ? 

 

Contoh Kedua : Seseorang yang sedang membaca Al-Quran dengan suara yang sedap dan mengasyikkan telinga, dia membaca al-Quran dengan tartil, tajwid, tarannum semuanya betul dan tepat. Hukum zahirnya dia telah melakukan Amal ibadah dan membaca kalamullah dengan suara sedap anugerah Allah buatnya. Tapi Bolehkah kita hukum bahawa dia riak, mahu menunjuk-nunjuk pada kita yang suaranya sedap, kita tahu mana, kita belahkah hatinya ?

 

Contoh Ketiga : Seseorang yang berdakwah melalui ceramah, tazkirah, kuliah, cara dia sampaikan wah Alhamdulillah bagus, sejuk hati dengar, bermotivasi, ramai orang suka, dapat menarik perhatian, ramai yang datang mendengar ceramahnya. Hukum zahir, mereka berada dalam majlis ilmu 'Raudhatul Jannah', mereka melakukan kebaikan sebab bersama-sama menghadirinya. bolehkah kita menghukum dengan mengatakan,'alaa... ustaz tu menyampaikan ilmu mahu kepentingan, mahu ganjaran, mahu dihormat, mahu dikenali sebagai orang yang alim dan macam-macam lagi hukuman dan tuduhan yang kita lemparkan. Persoalannya, kita tahu mana, kita belahkah hatinya ?

 

Contoh keempat : Penyanyi nasyid, wah beralunan zikir... berdakwah secara berhibur... suara sedap... hukum zahir mereka menyampaikan dakwah cara berhibur, mengajak pendengar cintakan Tuhan & Rasulullah saw & cinta sesama manusia atas persaudaraan insan. Bolehkah kita menghukum dengan mengatakan,' alaaa mereka itu mahu cari populeriti, mencari publisiti, mencari makan, mahu itu mahu ini dan seterusnya tuduhan kita terhadap mereka... kita tahu mana, kita belahkah hatinya ?

Contoh kelima : Seorang yang berkongsi ilmu, berkongsi rasa, berkongsi nasihat melalui penulisan, seperti menulis novel, artikel, syair, puisi, atau apa sahaja nasihat yang di tulisnya. Maka hukum zahirnya dia telah menyampaikan ilmu melalui penulisan dan berkongsi kepada teman-teman tentang kemahiran dan keunikan kesenian serta kelebihan yang Allah kurniakan padanya. Maka kita jangan mengatakan," alaa.. dia tu mahu menunjuk alim, mahu itu mahu ini...". Jangan sesekali mengatakan seperti itu, sebabnya kita tidak tahu, dan adakah kita sudah belah dadanya?


Saudara...
akurlah dengan kesilapan diri...
sedarlah... insafilah kelemahan diri...
jangan sombong dengan nasihat yang diberikan...
jangan cepat menerjah & menuduh orang...
Jangan su'uz zhan terhadap sesama islam dan sesama mukmin...
kita harus sedar yang mana bukan kita seorang sahaja makhluk Tuhan tapi ada ramai lagi hamba Allah swt yang menyayangi Tuhan.

 

Saudara,
bukan kita seorang sahaja yang boleh melakukan amal kebaikan ! 
bukan kita seorang sahaja yang ada ilmu pengetahuan ! 
bukan kita seorang sahaja yang boleh mewujudkan keikhlasan ! 
bukan kita seorang sahaja yang baik dalam bertaulan ! 
bukan kita seorang sahaja yang beriman kepada Tuhan !
bukan kita seorang sahaja yang bangun sembahyang malam !
bukan kita seorang sahaja yang mahir membaca al-Quran !
bukan Kita seorang sahaja yang ada sifat dermawan !
bukan kita seorang sahaja yang cintakan Tuhan & Rasulullah saw !
bukan kita seorang sahaja yang perihatin terhadap kelemahan insan !

 

Sedarlah saudara...
kita makhluk Tuhan...
Dijadikan untuk beribadah kepada Tuhan dalam segenap kehidupan..
jangan anggap kita seorang sahajalah yang ikhlas dalam beramal...

Ketahuilah,
ada ramai lagi hamba Tuhan yang Allah sayang
dan Allah letakkan dihati mereka keikhlasan...
bersangka baiklah terhadap sesama insan...
seperti dalam hadis nabi kita Muhammad Sallallahu alaihi wassalam diatas. 

Janganlah dengan sebab kebencian kita terhadap seseorang membuatkan kita tidak boleh menerima apa sahaja nasihat dan kebaikan daripadanya.

Dan janganlah kita menghukum sembarangan mengikut nafsu yang umpama tiada akal fikiran sehingga menghukum melebihi dari Tuhan " Renung-renungkanlah ! 
 

Bersangka baiklah kepada orang lain, nescaya orang lain juga akan bersangka baik pada kita ! Bersangka baik jugalah kepada Allah kerana ia merupakan kewajipan seorang yang bergelar insan beriman "


Penyelesaiannya :

      Saya memberikan penyelesain agar kita sentiasa bersangka baik kepada sesama Islam & sesama mukmin yang melakukan amalan-amalan soleh yang dituntut di dalam Islam.

      Islam Itu Indah, Agama Islam Itu Nasihat, Islam Itu memudahkan, Islam tidak menyusahkan mukallafnya, Islam adalah agama yang syumul, yang sangat sempurna dari setiap aspek kehidupan, setiap permasalahan yang kita hadapi sama ada permasalahan luaran zahiri @ permasalahan hati rohani, Islam sudah mengajar dan meletakkan satu garis panduan setiap permasalahan itu dengan penyelasaiannya, dan penyelsaianya itu diambil daripada al-Quran & as-Sunnah nabi kita muhammad saw dan daripada para sahabat radhiallahu anhum ajmain serta para salafussoleh yang ikhlas dalam beramal.

       Antara penyelasaiannya yang boleh saya ringkaskan tentang contoh-contoh yang saya berikan diatas ialah seperti ini:


1) Kita mestilah bersangka baik kepada mereka yang melakukan amalan tersebut. Jika kita menyangka seperti ini maka Allah juga akan menyangka seperti mana yang kita sangka terhadapnya, bahkan hati kita akan menjadi tenang, kita dapat menjaga hati dari bersangka-sangka yang bukan-bukan.


" Aku menurut perasangka hambaku, aku akan mengingatinya dimana sahaja ia mengingatiku "
( hadis qudsi )


2) Kita mesti doakan mereka yang beramal itu agar amalan yang mereka lakukan diterima Allah swt, misalnya kita berkata di dalam hati atau dilidah," Semoga Allah menerima amal ibadah yang kamu lakukan." sekiranya kita berdoa seperti ini dan kita menyangka seperti ini para malaikat juga akan mendoakan yang serupa dengan kita, malaikat pun kata ' kamu pun sama'.


3) sekiranya kita melihat kekurangan-kekurangan mereka kita berdoa moga-moga Allah swt mencukupi kekurangan tersebut, dan semoga Allah memberikan hidayah kepada kamu dan saya diatas kekurangan yang kita ada. sebab manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. hamba tidak sempurna, yang sempurna dan tiada sifat-sifat kekurangan adalah Allah swt sahaja.

 

4) Jika kita melihat mereka melakukan seperti diatas, biar terdetik di hati kita@kita gerakkan hati kita mata kita, bibir kita dan seluruh anggota pancaindera kita satu perasaan yang seronok melihat mereka sebab ada orang Islam yang melakukan amalan sedemikian. misalnya kita katakan: ' Alhamdulillah, ada juga hamba Allah sesedap suara seperti ini, Alhamdulillah ada juga hamba Allah rajin beribadah seperti ini, Alhamdulillah ada juga orang Islam seperti ini dan seterusnya pujian kita kepada Allah terhadap orang Islam yang mengamalkan suruhannya. 

Nabi saw sebut :" sekiranya kamu gembira dengan kebaikan dan benci dengan kejahatan maka ketahuilah kamulah orang yang beriman ".

       Sekiranya kita mengkritik dan bersangka buruk terhadap mereka, maka sampai bila pun umat Islam tidak akan maju. kenapa bila artis yang tidak memakai tudung, menari sana menari sini, lompat sana lompat sini menyanyikan lagu-lagunya terus kita memuji, wah sedapnya suaranya... tanpa kita mengatakan yang dia tu menunjuk-nunjuk atau riak, begitu juga dengan pemain bola sepak yang menjaringkan gol, dengan megahnya dia melakukan aksi keseronokannya. Tapi yang peliknya bila ustaz menyampaikan tazkirah, ceramah dan sebagainya, terus kita terjah dengan mengatakan riak, ujub dan macam-macam lagi, sedangkan mereka itu ustaz yang mengetahui semua permasalahan itu. Pelik bin ajaib kan? Ya Allah berilah hidayah kepada kami Ya Allah, sesungguhnya kami hamba-Mu yang masih lagi tidak tahu!
5) Lazimi istighfar sekiranya berfikiran negatif ( bersangka tak baik ) terhadap amalan seseorang, sebab sifat ini terbit dari hati yang tidak bersih, sudah dibaluti kotoran hitam hasad dengki terhadap nikmat yang Allah kurniakan kepada orang lain. insyaAllah dengan beristighfar hati kita akan lembut dan tenang serta dapat menilai orang lain dengan penilaian yang positif ( husnuz zhon ), insyaAllah.


 " Ya Allah! ikhlaskanlah kami dalam melakukan amal ibadah, jauhilah kami daripada bersifat ujub, riak, takabbur, takjub, sum'ah dan seumpamanya. Bersihkanlah hati kami ya Allah daripada sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan, dan resapkanlah ke dalam hati kami sifat-sifat yang mahmudah. Dan hiasilah hati kami dengan iman dan takwa dan keyakinan yang benar-benar sempurna serta ilmu hikmah kebijaksanaan tentang ilmu ma'rifat-Mu ya Allah! amen! "


Ingat! ikhlas itu rahsia Allah, tiada seorang manusia pun yang mengetahui akan rahsia Allah. Tugas kita adalah beramal dan wujudkan keikhlasan lillahi Taala !

 
Moga amalan kita diterima Allah Subhanahu Wa Taala! ameen!!!


Selamat beramal ! (",) 


Kamarudin Toyo
Kuliah Usuluddin Kaherah
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif

Friday, June 18, 2010

Ya Allah, Ku Bersyukur !

Ya Allah, Ku Bersyukur  !

Ya Allah Ku Bersyukur Di Atas Kurniamu...
Yang Banyak Mengubah Hidupku Di Jalan Hidayahmu..
Kini Ku Selalu Bersyukur Segenap Pemberiaanmu....
Kerana Ku Tahu Semua Itu Pinjaman Darimu...

Banyaknya Nikmat Kau Berikan Kepada Hambamu..
Tidak Terhitung Jari Jemariku
Menguji Keimananku
Agar Redha Dengan Kehendakmu... 

Kerana Disana Nanti Kau Kan Tanya...
Apakah Yg Ku Lakukankannya Di Dunia...
Kalaulah... Ku Menyalah Guna,
Apalah Daya Hendak Ku Kata...


( " Ya Tuhan... Selamatkanlah Aku Di Sana Nanti...
Tiliklah Aku Dengan Tilikan Rahmat Kasih Sayangmu Tuhan..." )


Kau Telah Berjanji Kepada Mereka Yang Bersyukur,
Kau Tambahi Nikmat Kurniamu Itu Tuhan...
Tapi Jikalau Kufur... Azabmu Kan Menimpa Jua .... oOo

Ya Allah Bimbinglah Diri ini Kejalan Redhamu...
Juga Ampunanmu Oh Tuhan ...
Agar ku Sentiasa Bersyukur Dengan Apa Yg Ada....oOo

Syukurku Padamu Ya Allah
Atas Pemberiaanmu.. Kerana... Anugerahmu/Hidayahmu Tuhan
Terlalu Banyak Tidak Terhingga Walau Ku Hisab Satu Persatu...


" Alhamdulillah... Ku Bersyukur Padamu Ya Allah... Diatas Pemeberianmu... Semuanya Ini Anugerahmu Ya Allah Pinjaman Buat Hambamu Yang Hina Di Dunia Fana Untuk Digunakan Kearah Redhamu Sebagai Bekalan Di Akhirat Yg Kekal Abadi Lagi Selama-lamanya...

Nikmatmu ini Bukannya Untuk Ditandingi Bukan Juga Untuk Dimegahi.. Tapi Untuk Menguji Keimananku  Supaya Menjadi Hambamu Yang Bersyukur... Alhamdulillah !!! :) "




Tajuk Lagu : Ya Allah, Ku Bersyukur
Penulis Lirik : Kamarudin Toyo
Pencipta Lagu : Kamarudin Toyo
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah Mesir


Selamat Mendengar Dan Menonton Serta Menghayatinya :


Thursday, June 3, 2010

Kucipta Lagu Khas Buat Puteriku, Qurratul Ain !

 Qurratul Ain :)
Sejarah Namamu Sungguh Bermakna..
Kerana Ilmu Arab Insan Prihatin..
Melihat Kemusykilan....
Pada Asal Namamu Zuyyin Alkausar...

Qurratul Ain.....
Kau Penawar Hati..
Menjadi Serikandi Puteri Di hati Ini...
Kejernihan Wajahmu Menyamai Ummi....
Lambang Kecantikan Peribadi... Anugerah Ilahi....

Dikau Penyejuk Hati...
Penawar Dikala Sunyi...
Tempat Bermanja Dan Bermesra...
Engkaulah Hiasan Indah Pada Ummi Dan Juga Abi....


oOo Qurratul Ain.... Kau Penyeri Hati...
Penenang Jiwa Buat Insan Yang Memandangmu...
Kerana..... Kasih Sayang Ilahi.../Tuhanmu...
Menjadikan Kau Bahagia Dalam Mencari Redha Ilahi..../ Menjadi Berkat Ehsan Dalam Mencari Rahmat Ilahi....


Ku... Kan Mendidikmu Dengan Didikan Kasih Dan Sayang Ilahi......

Chorus.....

Pencipta Lagu : Kamarudin Toyo
Penulis Lirik : Ust Kamarudin Toyo 
Dicipta pada : 26/5/2010 (Hari Ke-4 Zuyyin)

Mula-Mula 
Suka-Suka
Lama-Lama 
Minat-Minat

Heheheh, Smile :)

p/s : Sepatutnya lama dah saya nak terbitkan, selepas dari tahnik Zuyyin lagi... Memandangkan pada masa tu Palestin Lebih memerlukan... Kekuatan azam ku lebih kuat untuk menciptakan lagu dan Sajak buat Palestin saudara agamaku lebih dulu.. maka itu sebablah lewat sikit utk di post...

Apapun yang saya buat ini, tidak bermaksud untuk menandingi mana-mana pihak, jauh sekali untuk bersombong & Bermegah ( iyazubillah ).. Ini Anugerah Allah, Nikmat kurnianya... Yang Wajib saya syukuri... apa yang saya buat ini adalah untuk berkongsi ilmu, agar sama2 kita mencari keredhaan Allah s.w.t untuk bekalan kehidupan kita yang sementara untuk persiapan di akhirat sana... :)



Ni lagu Untuk Qurratul Ain :


Selamat Menonton & Mendengar Serta Menghayatinya  :

Related Posts with Thumbnails