Tuesday, August 31, 2010

Doa Cintaku Hanya UntukMu Tuhan ! (2)


Doa Cintaku Tuhan !

" Ya Allah Ya Tuhan…
Aku Mohon Cintamu...
Dan Cinta Dari Hambamu
Yang Sering Rindu Bertemu... "

" Mengharapkan keredhaanMu.. / Mengharapkan Redha Dari Mu..
Mengharapkan Rahmat Dari Mu... / Mengharapkan Kasih Sayang Mu...
Mengharapkan Maghfirah Mu.../ Mengharapkan Ampunan Mu...
Untuk Bertemu Dengan Mu…/ Rindu Bertemu Dengan Mu... 2x "

( Oh Tuhan.. Allah Tuhan... Allah Tuhanku... )

" Anugerahkan Daku DariMu...
Teman Yang Sholeh Pembantu / Teman Yang Baik Penolongku,
Menjadi Penyejuk Hatiku... / Menjadi Penawar Kalbuku....
Bertemu Berpisah KernaMu / Rindu Bertemu KekasihMu .. 2x "

( Oh Tuhan.. Allah Tuhan... Allah Tuhanku. )

" Oh Tuhan.. Tetapkanlah Hatiku Di dalam Mencintai RedhaMu,
Kerana Rinduku Kasihku Begitu Rindu PadaMu… "


" Oh Tuhan.. Hiasilah Hatiku Hanya Rindu Mencintai RahmatMu,
 Kerana Cintamu Cinta Yang Hakiki Kekal Abadi,"

Terimalah Doa Cintaku Hanya UntukMu Tuhanku ... (",)


Penulis Lirik & Lagu Ini :

Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Sunday, August 29, 2010

Doa Cintaku Hanya Untukmu Tuhan ... (",)

 Tuhan, Doa Cintaku (“,)


Tuhan… Aku Mohon CintaMu
Dan Cinta Dari HambaMu,
Yang Sering Rindu Bertemu,
 Mengharap Keredhaan DariMu ..



Tuhanku Masukkan Aku Ke Dalam Pintu Benarmu,
Keluarkan Juga Daku Dari Kebenaran Itu,
Anugerahkan Daku DariMu,
Teman Yang Sholeh Sebagai Penyejuk Hatiku...




Oh...Oh...Oh...



Cintamu Itu Tuhan Sering Ku Mohon PadaMu...
Kerana Cintamu Oh Tuhan Cinta Yang Sesungguhnya,
Akan Ku Semaikan Ia Dengan Semaian Kasih Dan SayangMu Tuhan...



Oh...oh.... Tuhan Ku Harap RedhaMu Selalu....



Oh Tuhan.. Tetapkanlah Hatiku Didalam Mencintai Redhamu,
Kerana Rinduku Kasihku Begitu Mencintai RedhaMu…


 Oh Tuhan Perkenankan Doa Cintaku...


Oh Tuhan.. Hiasilah Hatiku Hanya Rindu Kasih KepadaMu,
 Kerana Cintamu Cinta Yang Hakiki.. Kekal Abadi,


Terimalah Doa Cintaku Hanya Untukmu Tuhan ... (",)




Orang-Orang Yang Beriman Sangat Mendalam Cintanya Kepada Allah



 


Penulis Lirik & Lagu :  
Kamarudin Toyo @ Abi Zuyyin,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif.
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.










Saturday, August 28, 2010

Sahabatku, Sibukkan Dirimu !!! (",)

Sekiranya Manusia Sibuk, Biar Dirimu Juga Sibuk ! (",)


Sahabatku, Ini Nasihat Buatmu Sekiranya Jiwamu Tertumpu Hanya Kepada Tuhanmu !
Tenangkanlah Jiwamu Dengan Ketenangan Yang Hakiki Lagi Diredhai Ilahi Robbi !!! (",) 


Bacalah Nasihat Ini, Dan Ambillah Faedah Yang Boleh Engkau Amalkan Untuk Menuju Ketenangan Hatimu :


  • Sekiranya Manusia Sibuk Bersembang Biar Dirimu Sibuk Berdoa Kepada Tuhan,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Bertikam Lidah Biar Dirimu Sibuk Menanam Ukhuwah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Tidak Beradab, Biar Dirimu Sibuk Berakhlak Beradab.
  • Sekiranya Manusia Sibuk Mencontohi Barat Biar Dirimu Sibuk Mencontohi Rasulullah Pemimpin Umat,

  • Sekiranya Manusia Sibuk Mencaci Biar Dirimi Sibuk Menasihati,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Menfitnah Biar Dirimu Sibuk Zikrullah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpat Biar Dirimu Sibuk Bicara Manfaat,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Mencelah Biar Dirimu Sibuk Menjaga Maruah,

  • Sekiranya Manusia Sibuk Menghukum Bidaah Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Bergaduh, Biar Dirimu Menyatukan Utk Berpadu,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Di Perhambakan Biar Dirimu Sibuk Jadi Hamba Tuhan,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Membesarkan Pemimpinnya Biar Dirimu Sibuk Membesarkan Allah.

  • Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Mengaut Harta Biar Dirimu Sibuk Mengaut Redha Allah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Bercinta Sesamanya Biar Dirimu Sibuk Mencintai Allah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Bermunajat Pada Allah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Agendanya Biar Dirimu Sibuk Merancang Dana Bertemu Allah,

  • Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Saham Dunia Biar Dirimu Sibuk Dgn Saham Akhirah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Produk Diciptanya Biar Dirimu Sibuk Fikirkan Kebesaran Maha Pencipta,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Istana Rumahnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Syurga Istana Allah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Masa Awal Ke Tempat Kerja Biar Dirimu Sibuk Menjaga Waktu Sembahyang Fardhu Yg Lima.

  • Sekiranya Manusia Sibuk Menghadiri Majlis Kenamaan Biar Dirimu Sibuk Menghadiri Majlis Ilmuan,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Keramaian Biar Dirimu Sibuk Dgn Persiapan Bertemu Tuhan,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpul Harta Biar Dirimu Sibuk Mengumpul Pahala,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Membersihkan Luaran Badan Biat Dirimu Sibuk Menyucikan Kerohanian.

  • Sekiranya Manusia Sibuk Membeli Belah, Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Pandangan Manusia Biar Dirimu Sibuk Menjaga Pandangan Allah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Fikir Balik Kampung Halaman Biar Dirimu Sibuk Fikir Pulang Kerahmat Tuhan,
  • Sekiranya manusia Sibuk Dengan Persiapan Aidil Fitri Biar Dirimu Sibuk Dengan Persiapan Bekalan Mati (",)

  • Sekiranya Manusia Sibuk Memuja Kecantikan Biar Dirimu Sibuk Memuji Keindahan Tuhan,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Banglonya Biar Dirimu Sibuk Ulang Alik Ke Rumah Allah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Mengidolakan Pemain Bola Biar Dirimu Sibuk Beridolakan Rasulullah,
  • Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Hati Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Menjaga Hubungan Dgn Allah.


    Sibukkan Dirimu Dengan Pandangan TuhanMu !

    Sahabatku,

    “ Sekiranya Manusia Itu Sibuk Melakukan Hal-Hal Yang Tidak Berfaedah, Yg Tidak Dilakukannya Kerana Mencapai Redha Dan Ganjaran Di sisi Allah, Nescaya Apa Yg Dilakukannya itu Tiada Nilai Disisi Allah,

    Sebaliknya Sekiranya Manusia Menyibukkan Dirinya Untuk Melakukan Sesuatu Perkara Yg Baik Pada Pandangan Syariat, Seperti Ia Ingin Menyibukkan Dirinya Mencari Keredhaan Allah Dalam Hal Apa Sahaja Yg Dilakukannya, Maka Ia Ada Nilai Di sisi Allah Dan Bakal Mendapat Ganjaran Yang Setimpalnya. "

    Sahabatku,

    “ Rasanya Tiada Apa Yang Perlu Kita Sibukkan Di Dunia,
    Melainkan Kesibukan Itu Hanyalah Layak Kita Lakukan Untuk Allah S.W.T Sahaja”


    Ikhlas Dariku Buatmu Yang Bergelar Sahabat Mahupun Ikhwahku ! (",)


    Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
    Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
    Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
    Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

    Thursday, August 26, 2010

    Jika Lailatul Qadar Milikku !

    ( Jika Lailatul Qadar Milikku ! )



    " Jika Lailatul Qadar Milikku !

    Kusujud Syukur Dihadapan Tuhanku,

    Menangis Memohon Kehidupan Indah Buatku,

    Agar Menjadi Hamba Allah Yang Setia Selalu,"




    " Jika Ramadhan Terakhir Ini Buatku,

    Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,

    Padanya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,

    Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku."




    " Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,

    Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,

    Menyemai Perasaan Bertuhan Disejadah Solatku,

    Memohon Munajat Sepuas Hatiku,"




    " Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,

    Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,

    Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,

    Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ianya Berlalu Sayu,"




    " Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,

    Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Shubuh Berlalu,

    Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui MalaikatMu,

    Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu..."
























    Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi

    Penuntut Ilmu Warisan Nabi,

    Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,

    Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.



    Wednesday, August 25, 2010

    Aku Tidak Hairan Semuanya Itu !!!

    Bismillahirrahmanirrahim.. (",)



    AKU TIDAK HAIRAN SEMUANYA ITU !!! 
    • Aku Tidak Hairan mengapa Ulama' di muliakan kerna Allah muliakannya dalam Quran,
    • Aku tidak hairan mengapa Ulama' di hina kerana sebahagian  mereka perosak agama,
    • Aku tidak hairan mengapa Ulama' di fitnah kerana fitnah bersumber dari mereka kembali kepada mereka,
    • Aku tidak hairan mengapa Ulama' tidak sealiran, kerna mereka memiliki perbezaan,

    Aku tidak hairan semuanya itu !!!

    • Aku tidak hairan mengapa jiwa yang tenang menjadi bingung kerna memikirkan keduniaan,
    • Aku tidak hairan mengapa jiwa yang bingung mejadi tenang kerna zikrullah itu menenangkan,
    • Aku tidak hairan mengapa manusia bermusuhan kerna hilangnya kasih sayang persaudaraan,
    • Aku tidak hairan mengapa manusia berkasih sayang kerna kasih sayang membuahkan kebahagiaan,

    Aku tidak hairan semuanya itu !!!

    • Aku tidak hairan mengapa manusia tidak beriman kerna iman itu hidayah Tuhan,
    • Aku tidak hairan mengapa manusia beriman kerna iman itu hadiah Tuhan,
    • Aku tidak hairan mengapa manusia bermacam-macam aliran kerna ada 73 aliran,
    • Aku tidak hairan mengapa manusia suka berbantahan kerna sudah hilang sifat kerendahan,

    Aku Tidak hairan semuanya itu !!!

    • Aku tidak hairan mengapa Islam belum mencapai kemenangan kerna kurangnya iman dan amalan,
    • Aku tidak hairan mengapa Islam beroleh kemenangan kerna kemenangan itu milik Islam,
    • Aku tidak hairan mengapa Islam dimuliakan kerna Islam Agama Paling Mulia disisi Tuhan,
    • Aku tidak hairan mengapa Islam wajib diperjuangkan kerna mati syahid itu kemuliaan.

    Aku Tidak Hairan semuanya itu !!!

    • Aku tidak hairan mengapa Allah ciptakan Syurga kerna syurga tempat bersenang-senangnya org beriman,
    • Aku tidak hairan mengapa Allah ciptakan neraka kerna Neraka Orang kafir disediakan,
    • Aku tidak hairan mengapa dunia diciptakan kerna menguji hamba-hamba tuhan,
    • Aku tidak hairan mengapa akhirat di ciptakan kerna membuktikan dunia bukan kesudahan.

    Aku Tidak Hairan Semuanya itu !!!

    • Aku tidak hairan kalau Allah berikan kitab sebelah kanan kerna eloknya amalan,
    • Aku tidak hairan kalau Allah memberikan kitab sebelah kirikerna buruknya amalan,
    • Aku tidak hairan kalau manusia tidak mendapat rahmat Tuhan kerna rahmatnya buat insane pilihan,
    • Aku tidak hairan kalau manusia dimurka Tuhan kerna mensia-siakan Nikmat yang diberikan,

    Aku tidak hairan semuanya itu !!!

    • Aku tidak hairan kalau manusia mendapat nikmat dalam jannah  kerna jannah tempat kelazatan,
    • Aku tidak hairan kalau manusia dan jin diazab di jahannam kerna neraka tempat balasan kejahatan,
    • Aku tidak hairan kalau manusia mendapat bidadari syurga kerna syahid cita-cita n impian,
    • Aku tidak hairan kalau manusia mendapat siksaan zabaniah kerna mengingkari Tuhan,

    Aku Tidak hairan semuanya itu !!!


    " Aku mengakui segala kejadian tersimpan hikmah dari Tuhan,
    Yang mengajar kita erti kehambaan dan maha berkuasanyaTuhan,
    Hanyasanya yang mengambil pengajaran yang bertakwa kepadaTuhan,
    Yang dikurniakan ilmu hikmah kebijaksanaan tentang sifat Ketuhanan. "

    Allah kurniakan hikmah kepada siapa yang dikehendakinya !





















    Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
    Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
    Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
    Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.
    

    Sunday, August 22, 2010

    Ziarah Maqam Cucu Cicit Nabiku Muhammad S.A.W (",)

    Bismillahi Wal Hamdulillah Wa Syukrulillah Wa Ala Rasulillah Sholawatuhu a Alihi Wa Sohbihi Ajmain

    Hari Ke Sebelas Ramadhan 1431

    Alhamdulillah Syukur Ku panjatkan Kepada Tuhanku Yang Maha Rahman dan yeng mempermudahkan segala pekerjaan hamba-hambaNya yang dikehendakinya di dunia ini. 


    Mula-mula sekali saya minta maaf kepada sahabat sebab lama tidak menerbitkan article terbaru, ini adalah disebabkan apa yang menjadik tanggungjawab utama saya datang ke bumi Mesir ini, selain tanggungjawabku sebagai suami kepada isteri dan sebagai ayah kepada puteri, aku juga adalah seorang pelajar di bumi mesir ini. Apapun saya akan cuba sedaya yang mampu menurut ketentuan Tuhanku agar bisa menyeimbangkan segala tindakakn kerja dan penulisan ilmu untuk dikongsi kepada sahbaat2.


    Hari ini, aku, zaujah terlewat bangun sehingga tiada bersahur dan ketinggalan sholat shubuh secara berjamaah di Masjid, walaupun begitu ianya tidak mematahkan semangatku untuk terus mencari hikmah yang berlaku. Aku ajak zaujah untuk bersholat jamaah shubuh bersamaku di bilik sholatku, aku suruh zaujah membawa zuyyin serikandiku sekali untuk bersama-sama kami sehinggalah selesai sholat.


    Selang beberapa minit (45) minit, aku ajak zaujah sembahyang sunat dhuha, sholat sunat taubat dan sholat hajat, Alhamdulillah kami melakukannya secara fardhiah bukan dalam jamaah. setelah itu aku mengambil Al-Quran, buka surah yaasin, baca, dan membaca maknanya agar aku memahami segala isi kandungan. aku juga memang sudah berazam setelah khatam Al-Quran aku akan teruskan amalan membaca terjemahan dan tafsir. 


    • Alhamdulillah dengan kekuatan yang Allah beri keazamanku untuk mengkhatamkan Quran selama 10 hari tercapai, syukur pada Allah.
    • Alhamdulilllah, semoga Allah mengampunkan dosaku dan zaujah serta ahli keluargaku... sudah lazim kalau aku tertinggal sholat di Masjid secara berjamaah maka aku akan sholat sunat taubat sebagai penebus kesalahan kealpaanku itu kepada Tuhanku yang tidak pernah alpa dan leka, sedang aku memiliki sifat itu.
    • Dan aku suka menghukum diriku sekiranya aku meninggalkan sholat berjamaah di Masjid maka aku akan sedekahkan wangku.. agar aku terhindar dari bala musibah yang bakal melanda padaku. Semoga semuanya ini aku lakukan kerana Tuhanku untuk menjaga hatiku agar tidak jauh dari pandanganNya dan tidak dislepatu noda hitam yang menggelaokan cahaya nur di dalamnya.


      Lebih kurang jam 9 pagi, aku pergi ke Bank HSBC semata-mata mahu mengeluarkan wang untuk perbelanjaan serta membayar broadband internet, Alhamdulillah ketika itu wang yang ada dalam bank adalah angka 2 tapi yang menjadi ajaibnya ia berubah menjadi 4.. subhanallah, syukur ku panjatkan kepada Tuhanku yang mengurniakan rezki kepada hambaNya dijalan yg tidak disangka-sangkanya,


      " Ya Allah ampunkanlah dosaku dan ya Allah luaskanlah untukku di dalam rumahku dan berilah berkat atas rezeki ku agar aku sentiasa bersyukur diatas segala nikmatmu dan redha atas segala ketentuanMu, ameen ya Rozzaq !!! "


      Setelah itu aku menuju ke pusat pembayaran internet namun kedai masih tutup, sebab terlalu awal lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.


      Kemidiannya aku terus menggerakkan motorku untuk pergi ke Masjid Al-Azhar, sampai di tepi masjid aku parking motor, kebetulan dihadapanku ada seorang makcik menjual surat khabar, aku beri salam, 


      ' Assalamualaikum, waalaikumsalam jawab makcik itu, saya tanya dia di Masjid Husin ada maqam ?

      haa, nta mimpi bertemu dengan saidina Husin ?

      Bukan, sambil tersenyum (",), di masjid tu ada maqamkan ? makcik itu jawab, iyya ada maqam Saidina Husin cucu Rasulullah s.a.w... '


      Kemudian makcik itu menyuruhku pergi sana, dan cium maqam tersebut... ( yang cium maqam ni adalah adat kebiasaan sesetangah orang Arab ) dan makcik itu menceritakan sejarahnya ketika berumur 29 tahun ketika menunaikan haji di Makkah serta dapat menziarahi Maqam Yang mulia Rasulullah s.a.w sambil mengeluarkan kata-kata yang lemah lembut rasa seronok ketika menziarahi maqam nabi kita Nabi Muhammad s.a.w, subhanallah.

      Masjid Saidina Husin
      Pada mulanya aku mahu ke Universiti Al-Azhar meninjau sahabat-sahabat kalau-kalau berada di sana menanti keputusan peperiksaan untuk Tahun pertama ini, tapi, bila aku melihat Masjid Husin aku teringat yang disitu ada maqam cucu Rasulullah s.a.w, maka aku bertanya makcik tu, benarka disitu maqamnya, sebab perkara ini khilaf dikalangan mereka, ada yang megatakan itu maqamnya dan ada yang mengatakan bukan, wallahualam, tapi dengar ceritanya pernah suatu ketika dulu Syeikhul Azhar pernah menyuruh orang untuk menggali kubur tersebut ternyata ketika mana digali beliau dapat melihat bahawa itu adalah maqam saidina Husin, mungkin melalui mimpi beliau, ana minta maaf tak ingat Siapa Syeikh itu, nanti kalau ana dah tahu ana beritahu kepada sahabat-sahabat ya... insyaAllah.

      Aku pun terus pergi ke Masjid husin, kulangkahkan kakiku dengan Bismillah dan selawat kepada Baginda s.a.w... Sampai di Masjid aku meletakkan seliparku di tempat simpanan kasut, aku ambil whudu', dan sholat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat, subhanallah, ketika aku memasuki masjid tersebut ramai hamba Allah yang beriktikaf dan tidur, mesti pahala mereka besar sebab beriktikaf di bulan ramadhan ini, moga Allah merahmati kalian semua.

      Maqam Saidina Husin Bin Saidina Ali Radhiallahu Anhu
      Setelah sholat tahiyyatul masjid, aku menuju kearah pintu gerbang maqam yang berada di dalam Masjid belakang mimbar khatib berkhutbah, sebelum masuk aku baca surah pembukaan Al-Fatihah dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan keatas keluarga baginda s.a.w kerna insan yang bakal aku ziarah ialah ahli bait kesayangan baginda s.a.w yaitulah saidina Husin. Aku masuk dengan memberi salam setiap siapa yang aku temui di dalamnya, Subhanallah itulah ungkapan pertama yang ku ungkapkan sebelum yang lainnya, aku menghadap maqam tersebut selain beradab ketika menghadapnya. 

      Kemudian aku mengambil tempat duduk saff yang berada di di hadapan maqam tersebut, aku keluarkan tasbihku serta zikrullah sebaynyak-banyaknya dengan hati yang tenang dan lidah yang lembut dan sopan mengalun nama tuhanku ' Allah'. kemudia aku didatangi oleh seorang pakcik tua yang sudah berumur, semoga Allah memannagkan umurnya untuk sentiasa mencintai Nabi Muhammad s.a.w serta ahli bait Baginda s.a.w. Beliau mengambil tangan lengan kananku, ditulisnya kalimah ALLAH NUR MUHAMMAD dalam bahasa arab, beliau menulis dengan menggunakan minya atar (wangi) berwarna orange, aku biarkan sahaja beliau menulis sambil aku tersenyum melihat wajah dan caranya. Aku beri salam kepadanya Assalamualaikum ya Syeikh, Waalaikumsalam jawabnya, dia kata ini adalah cahaya Muhammad s.a.w dan bermula cahaya Muhammad adalah daripada Cahaya Allah s.w.t... aku tersenyum, mengucapkan syukran atas minyak atar itu. aku tidak memadam tulisan itu dan aku biarkan sahaja ia kering sediri dan meresap ke dalam urat-urat saraf ku.

      Kemudian aku keluarkan tafsir pimpinan AR-RAHMAN versi bahasa melayu yang sempat aku bawa dari Malaysia sebagai rujukan kepada Ayat suci Al-Quran. aku buka surah An-Naba, aku baca terjemahnya aku baca sehinggalah habis surah tersebut, aku niatkan moga dengan membaca terjemah ini aku dapat memahami isi kandungan Al-Quran serta dapat ilmu baru yang bisa aku amalakan untuk mendekatkan diriku kepada Tuhanku sebagai bekalan di yaumul Qiamah nanti. Alhamdulillah.

      Pakcik tu tanya, baca surah apa ? jawabku surah an-Naba (berita besar tentang hari kiamat), owh, jawab pakcik itu sambil menganggukkan kepalanya tanda suka...
      Kemudian dia beritahu kepadaku yang dia nak pergi ziarah Saidatina Fathimah An-Nabawiyyah BInti Saidina Husin (anak kepada saidina husin bin Saidina Ali radhiallahu anhu).

      ' Aku lantas bertanya dimana maqam itu, jauhkah dekat, kawsan sini kah, beliau menjawab, ya, dekat sahaja dan kawasan sini, kenapa ?

      saya mahu ikut, boleh saya ikut sekali,?

      jawabnya, boleh, mari kita pergi sekarang.. '

      kami pun terus berdiri dan meninggalkan masjid saidina Husin. sepanjang perjalanan beliau memberitahuku bahawa ada ramai maqam ahli bait Rasulullah s.a.w dan auliya' Allah di sekitar kawasan Al-Azhar ini. Alhamdulillah.. baguslah kalau macam tu, sejuk hatiku bolehlah aku menziarahi mereka. 


      Kami berjalan kaki, setiap perjalanan kami menuju ke maqam beliau memberitahu dan memperkenalkan setiap maqam yang kami lalui ikut jalan situ. ada 3 maqam yang sempat beliau kenalkan sebelum sampai ke maqam siti Fathimah An-Nabawiyyah ahli bait Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah dalam hatiku cukup seronok sebab dapat menziarahi maqam cucu cicit Rasulillah s,a.w...


      ( dalam hati, sebelum menziarai maqam Nabiku di Madinah Al-Munawwarah, eloklah kiranya aku menziarahi maqam cucu cicit baginda s.a.w, nanti senang aku nak jawab pertanyaan baginda s.a.w sekiranya baginda s.a. bertanya soalan , sudahkah engkau menziarahi maqam cucu cicitku yang berada di sekitar pengajianmu atau di tempat pemusafiranmu ? )


      Alhamdulillah, aku dan pakcik itu pun sampai di tempat tersebut.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.. aku masuk masjid, bersalam dengan orang yang ada di sekitarnya, solat sunat tahiyyatul masjid di tepi maqam saidatina Fathimah Binti Saidina Husin... Alhamdulillah sehinggalah selesainya solat fardhu zohor di Masjid tersebut... Setelah itu barulah aku pulang ke Rumah dengan hati yang gembira dan badan yang terasa lemah hal keadaan berpuasa dan berjalan selama beberapa jam... memang meletihkan tapi untuk menundukkan nafsu agar taat [ada tuhannya maka dengan cara seperti inilah kita temui jawapannya.
      Maqam Saidatina Fthimah An-Nabawiyyah Binti Saidina Husin

      " Ya Allah Sungguh aku mencintaimu dan mencintai kekasihMu yaitu nabiku Muhammad s.a.w dan mencintai ahli bait baginda s.a.w... ya Allah, masakan orang yang mencintai seseorang itu tidak mencintai ahli keluarganya, maka amatlah menipu seseorang itu sekiranya ia mencintai suadaranya tapi tidak mencintai ahli keluarganya...ya Allah tanamkan lagi rasa cintaku padanya dan suburkanlah ia ya Allah, agar aku merasa tenang dan bahagia bila berselawat untuknya dan bertemu dengannya, ameen ya Allah ! "


      Hamba Ilahi : Kmaarduin Toyo As-Sabahi,
      Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
      Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
      Kaherah, Mesir Bumi Barakah Para Nabi

      Monday, August 16, 2010

      Perkenalanku Dengan Syeikh Asyraf Al-Azhari, Guru Talaqqi Al-Quran

      " Bismillah Wa Sholawatu Ala Rasulillah Shallallahu Alaihi Wa Sallam Wa Man Tabiahum Bi Ihsan Ila Yaumid Din "


      Alhamdulillah atas nikmat anugerah Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya, segala nikmat yang banyak mencurah-curah tiada boleh dihitung dengan kira-kira. " Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tida boleh menghitungnya "

      Alhamdulillah kita sudah berpuasa dan menjalani ibadah syahrul Ramadhan yang hari ke 6 , semoga ibadah yang kita lakukan selama hari ini dan yang akan datang diterima Allah s.w.t.

      Apa yang ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua ialah di Mesir ini ada yang melaksanakan sholat teraweh sebanyak 8 rakaat dan ada yang 20 rakaat, setiap diantara 8 dan 20 rakaat tersebut mereka mengisikan dengan tazkirah ramadhan sebagai pengisian yang bisa melembutkan hati yang kian usang dari mengingati Tuhan dan tujuan-tujuan puasa diwajibkan. 

      Taraweh di Mesir dan di Malaysia tidak ada jauh bezanya, hampir sama tetapi berbeza dari segi meraikannya (layaklah sebab Mesir ramai umat Islam dan mereka mengamalkan tata cara hidup Islam), walaubagaimanapun masing-masing ada kelebihan yang Allah kurniakan di setiap tempat terpasak bumiNya, walaupun di Negara yang kita menganggap miskin sekalipun tetap ada karunia yang Allah berikan.

      Jadi Orang Mesir ni mereka sangat meraikan ibadah puasa ramadhan dengan banyak cara diantaranya : 

      • Mereka menyediakan tempat khemah makanan percuma yang dinamakan ' Maidah Ar-Rahman '. Sesiapapun boleh berbuka puasa di tempat ini.
      • Mereka meraikan bulan ramadhan seperti menyambut hari raya perayaan di malaysia, segala lampu kelip-kelip besar dan kecil mereka letakkan di hadapan rumah dan di jual di kedai-kedai serbaneka.
      • Sesiapa yang sholat teraweh akan diberikan air sebotol dikala sedang menunaikan sholat teraweh tersebut. ( ini khusus di Masjid Al-Azhar ). Mungkin bagi anggapan mereka seseiapa yang sholat terawh akan berasa letih dan penat sedangkan teraweh adalah sholat yang beristirehah. 
      • Mereka sibuk membaca Al-Quran dan menjaga sholat di awal waktu mereka kerjakan.
        •  Dan banyak lagi, ini cuma sekadar ingin memberitahu kepada sahabat-sahabat di Malaysia yang bertanya bagaimana keadaan berpuasa di Mesir... tapi apa yang saya mahu khusukan di sini ialah tarawehku dan ziarah ulang alikku ke masjid Al-Azhar Asy-Syarif.


        Perkenalanku Dengan Syeikh Asyraf Al-Azhari, Guru Talaqqi Al-Quran.

        Semalam, selepas sholat teraweh di Masjid Azhar, saya bangkit untuk mendapatkan kedua-dua imam untuk bersalam, Alhamdulillah.

        Ketika hendak keluar pintu dalam Masjid tiba-tiba ada insan meletakkan tangannya di bahuku, aku menolehnya, subhanallah .. ini adalah Syeikh Asyraf, aku ingatkan pelajar dari Malaysia atau teman-teman yang biasa bersama denganku... tak sangka yang memegang bahuku itu adalah Syeikh Asyraf Al-Azhari. ( Syeikh Asyraf Al-Azhari adalah guru tasmie' Al-Quran di Azhar Ini, ramai pelajar Malaysia bertalaqqi Quran bersama dengannya, dan sudah ramai yang mendapat sanad al-Quran darinya. Dan beliau juga bilal dan Imam di Masjid Al-Azhar, )

        Beliau bertanya," anta min ainal bilad ? wa min ainal wilayah? jawabku min malizi, wilayah shobah."

        Syeikh :" owh, Alhamdulillah... InsyaAllah ana usafir ila malizi... 20 Hb."

        Saya : " Alhamdulillah sambil tersenyum...(",) tanyaku, buat apa di Malaysia ? imam fi hunak ? "

        Syeikh jawab," La', durus."

        " Durus Fin , Fi jamiah Islamiyyah ? la', fi Jamiah insaniyah wilayah qodah."

        Alhamdulillah jawabku... kemudian beliau meneruskan pertanyaan, " ma ismak nta ? ana qomaruddin, n syeikh.. Syeikh Asyraf ?, beliau menjaab na'am..."
        " Nta Kuliah Ea ? Ana jawab, Kuliah Usuluddin fi sanah Ula..."

        Alhamdulillah tak sangka beliau boleh bersembang denganku seperti ini... Alhamdulillah, ini merupakan rahmat daripada Allah, kerna aku bisa mengenali para masyaikh Azhar dengan cara yang mudah seperti ini, Alhamdulillah syukur ya Allah.

        Beliau bertanya lagi, sambil tangan beliau dan tanganku masih bersalaman tidak dilepaskan... beliau bertanya " anta takrif tholibil ilmi lazim talaqqi wa tasmi' ma'ie... huwa suhaidi, min wilayah shobah ? "

        jawabku, " na'am ana arif, suhaidi huwa shodiqi... sambil tersenyum... "subhanallah, tak sangka suhaidi lazim bertalaqqi dengan syeikh sehingga namanya diingat dan di simpan dalam memory ingatan syeikh.

        saya bertanya, " limaza ya Syeikh ? suhaidi huwa lazim talaqqi ma'ie.. Alhamdulillah."

        Beliau melepaskan tangan saya, saya bersalam dengannya, dan ingin mencium tangannya, namun beliau menolak dan berkata Allahu Akbar, la' la'... aku tersenyum lantas beliau memberi salam, Assalamualaikum, waalaikumsalam jawabku. Kami pun berpisah di sini. 

        Aku pun meneruskan perjalananku untuk pulang ke rumah dengan hati yang terasa indah dek merasakan rahmatnya Allah... Alhamdulillah.


        " Ya Allah sungguh RahmatMu Mencurah-Curah Di Bulan Ramadhan Ini, Maka Kami Mohon KepadaMu Ya Tuhanku, Rahmatilah Kami, Sayangilah Kami, Dan Belas Kasihlah kepada Kami Agar Kami Termasuk Dikalangan HambaMu Yang Tenang Dan Tenteram Jiwanya Dengan Sebab Merasakan RahmatMu Yang Meluas... Perkenankanlah Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ameen Ya Rahman ! "


        Hamba Ilahi : Kamarudin As-Sabahi,
        Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
        Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
        Kaherah Mesir, Bumi Barakah Para Nabi.

        Saturday, August 14, 2010

        Gunakan Akal Memikirkan Kebesaran Tuhan !

        Bismillah Wa Sholatu Ala Rasulillah Sollallahu Alaihi Wa Sallam.... (",)

        Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menyampaikan kita di Bulan Yang Penuh Keberkatan Buat Hamba-Hambanya Yang Istiqamah Dalam Melaksanakan Kebaikan, Dan Buat Hambanya Yang Sibuk Menyucikan Jasamani Dan Bathiniah Kerohanian Dari Melakukan Perkara-perkara yang ditegah dan dilarang dalam Syariat Tuhan.

        Alhamdulillah, Ramadhan Tahun 1431 Hijriah ini adalah Ramadhan Sulong untuk saya, zaujah dan serikandiku Qurratul Ain di bumi barakah para Nabi Kaherah Mesir ini. Syukur pada Allah atas kurnianya dan atas nikmat dan rahmatNya yang mencurah-curah buat hamba-hamba yang tidak pernah melupakanNya dan sentiasa mensyukuri nikmat pemberianNya.

        Telah banyak yang saya lalui bermula di ambang Ramadhan sehinggalah ke hari ini, antaranya :

        1- Allah s.w.t pertemukan saya dengan seorang sahabat Arab yang juga merupakan pelajar yang istiqamah bertalaqqi di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif. Namanya Mohammad Bahi, Seorang hafiz Al-Quran, dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang mendalam. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan seorang sahabat ini.

        2- Menghadiri Ihtifal Mufti Mesir Syeikh Ali-Aljumah di dewan Muktamar Kaherah, Mesir ( Perhimpunan ini bertujuan mengistiharkan bermula puasa ramadhan ). Turut hadir di majlis itu juga ialah Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyib. Saya teruja apabila dapat melihat Syeikhul Azhar Dan Mufti Mesir ini, dan tidak menyangka yang saya bisa menghadiri majlis para Masyaikh ini... Apa yang membuatkan saya teruja ialah, ketika mana Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyib menunjukkan wajahnya di atas pentas, aku terdengar suara yang menyebut lafaz "subhanallah". Aku perhatikan kenapa mereka ucapkan subhanallah... aku bertanya sahabatku Bahi, dia jawab " Yang Tengah Tu Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib Hafizullah ". Subhanallah.... memang sewaktu aku melihat wajahnya aku seolah-olah melihat permata berharga yang menjadi kebanggaan ummah Islamiyyah Al-Masriyyah.. subhanallah... begitulah, Hamba Allah yang dianugerahi Ilmu akan terserlah diwajahnya, Pakaiannya dan akhlaknya.

        Aku teringat hadis Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud : " Allah s.w.t. mencemerlangkan ( membaguskan ) wajah orang yang mendengar hadis Nabi s.a.w kemudian di peliharanya serta diamalkannya ( disampaikannya ) seperti mana didengarinya ".

        Subhanallah... Ya Allah jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang suka mendengar kalam NabiMu, kemudian kami memeliharanya, serta mengamalkannya sepertimana yang kami dengar dan pejalarinya, ameen ya Hafizul Alim !!!

        3- Majlis ilmu di Masjid Azhar direhatkan sehinggalah selepas hari raya Aidil Fitri. Erm, walaupun majlis ilmu di Masjid Azhar cuti namun ia tidak mematahkan semangatku untuk terus datang ke Masjid Azhar untuk sembahyang Taraweh. Alhamdulillah setakat ini aku dapat bertaraweh 3 kali di Masjid tersebut. dan aku memang berazam untuk sholat teraweh sepanjang bulan Ramadhan di Masjid Tersohor ini, moga Allah beri kekuatan untuk aku terus melaksanakan azam, insyaAllah, permudah dan istiqamahkan ya Allah, ameen ! .

        Bilangan sholat teraweh di Masjid AL-Azhar Asy-Syarif ialah 23 rakaat termasuk witir. dan selepas 10 rakaat taraweh, para jamaah di isikan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh para Masyaikh Azhar. Imam Teraweh pula adalah Imam jemputan yang memang saya tidak kenali dan belum pernah menemui mereka sebelum ini... Imam ada 2 orang... Alhamdulillah bacaan imam-imam ini merupakan bacaan yang merdu dan sayu seperti Imam Masyari Al-Afasi.... kekadang mereka membaca ikut Qira'at Bacaan Quran. Alhamdulillah sejuk hati dengar bacaan 2 imam ini. setiap malam sejuzuk Al-Quran mereka bacakan... Alhamdulillah, sejuk hati bila berada dikalangan mereka yang menghafaz Quran dan dapat pula bersalam dengan mereka.


        4- Ustaz Hairul Nizam pulang ke Malaysia... sebelum ustaz pulang, ustaz sempat menghadiri kuliah ilmu di Masjid Al-Asyraf menadah kitab di depan Syeikh Yusri Al-Hasani, kami pergi bersama-sama selepas sholat fardhu shubuh secara berjamaah di masjid berdekatan dengan rumah... hari ini adalah hari pertama puasa. Selepas sahaja selesai talaqqi kami beransur pulang. 

        Sampai di Haiyyu Asyir, Sebelum Ustaz Hairul Nizam berpisah dengan saya, Ustaz Hairul Nizam memberi wang sebanyak LE 100 sebagai sedekah hadiah di permulaan Ramadhan...

        " Nah! ambil ni, beri dekat Zuyyin... Boleh belikan apapa yang sesuai untuk dia.. "

        " Wang yang lebih tu pula tolong bagi dekat tuan rumah, bayaran sebanyak 2 bulan cuti balik kampung (balik raya) ".

        Alhamdulillah, mulanya saya menolak, tapi bila ustaz senyum sambil menghulurkan wang sebanyak itu, bermain dalam fikiranku, ini pemberian daripada Allah dan ini adalah rezeki awal ramadhan buat diriku yang hina, aku pun menerimanya dengan hati yang gembira... Hamba Allah yang terawal bersedekah padaku di bulan puasa yang penuh barakah ini adalah Ustaz Nizam, Doaku moga Allah memurahkan rezki Ustaz Hairul dan keluarga serta memberikan kebertakan pada rezki ustaz, ameen ya Allah !

        Ustaz Hairul Nizam bertanya lagi padaku," nak pesan apapa barang Malaysia ka ? jawabku, erm, Tak da papa... InsyaAllah kalau ada papa nanti ana mesej ustaz jak InsyaAllah. Syukran Ustaz ! "
        Moga Selamat Ustaz Ya...!!! (",) Assalamualaikum... Waalaikumsalam jawabku.... "

        Selalunya beliau yang mendahulukan salam dariku... Alhamdulillah aku banyak belajar darinya.... benarlah kata nabi s.a.w bahawa keberkatan itu ada pada orang yang tua (berpengalaman) . Sungguh Ustaz berpengalaman dalam menuntut ilmu di bumi para Nabi ini, sudah 10 tahun menuntut ilmu tanpa henti di Mesir ini, sudah banyak ilmu yang dikongsikannya dengan saya selama bersama dengannya... Alhamdulillah moga bermanfaat apa yang dikongsinya dengan saya.. ameen !.

        Sebelum itu juga, beliau ada kata InsyaAllah pasti bertemu lagi lepas ini... huhu sambil tersenyum (",) . 

        5- Melihat hilal anak bulan.... Alhamdulillah syukurku padamu ya Allah, kerna memperlihatkan aku dan menemukan aku kepada anak bulan di bulan ramadhan al-mubarak ini.. aku dapat melihatnya setelah puasa yang kedua selepas jamaah sholat maghrib di kawasan perumahan saya.. seronok rasanya... ye lah sebab nama saya qomar, bila terlihat sahaja bulan, aku selalu berdoa moga aku menjadi bulan dalam agama Islam yang dapat menyinari ummah dengan cahaya ilmu yang telah dipelajari dan di amalkan... InsyaAllah ameen !

        Bukan itu sahaja, malah apabila aku melihat bulan aku selalu ingat dekat nabiku Muhammad s.a.w, kerna wajah baginda s.a.w yang diibaratkan seperti Bulan Purnama... nak kata sangat eloknya wajah Rasulullah s.a.w serta eloknya akhlak Baginda sehingga diumpamakan Bulan purnama yang menerangi alam kegelapan malam. kebetulan malam itu ada bintang yang menghiasi anak bulan (bulan sabit), aku melihatnya sambil tersenyum dan tanpa kusedari air mataku membasahi pipi.... subhanallah, aku dapat rasakan yang aku gembira kerana merasakan rahmat daripada Tuhan sekalian alam... terima kasih wahai Tuhanku yang memberikan kegembiraan ini padaku, sungguh aku sangat menyukainya... kurniakan lagi kegembiraan seperti ini padaku wahai Tuhanku.... Allah...(",)

        Bintang itu juga merupakan simbol kepada para sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad .s.a.w mengibaratkan sahabat-sahabat radhiallahu anhum ajmain sebagai bintang-bintang di angkasawan... seperti kata Baginda s.a.w : " Sahabat-sahabatku seperti bintang di langit, yang mana satu sahaja yang kamu ikuti nescaya kamu akan dapat petunjuk hidayah ".. subhanallah... Moga kita dapat mengikuti jejak akhlak dan perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda radhiallhu anhum ajmain, ameen !

        Bulan juga merupakan simbol kepada syurga akhirat yang mana Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang disabdakan oleh nabi kita nabi Muhammad s.a.w ," Kelak kamu akan dapat melihat tuhan kamu sepertimana kamu melihat bulan purnama "

        Bulan dan Bintang juga merupakan petunjuk arah bagi mereka yang hilang arah ketika bermusfir atau ketika berada di dalam hutan, di tengah lautan dan sebagainya...

        Begitulah, fungsi bulan yang Allah jadikan, bukan hanya sekadar di lihat, dipuji kecantikannya, bahkan bulan adalah makhluk ciptaan Allah yang Allah jadikan sebagai tanda kebesaran Tuhan bagi mereka yang menggunakan akal untuk berfikir akan kebesaran-kebesaran Tuhan... 

        Sahabat, apa sahaja yang Allah ciptakan, bukanlah sekadar untuk di ambil gambar, bukan sekadar untuk diperhatikan, bukan juga untuk di puji kecantikan dengan mengatakan wah ! cantiknya, Indahnya tapi semua ciptaan Allah adalah untuk kita fikirkan betapa hebatnya Tuhan yang menciptakan segala kejadian sehingga tiada satu makhluk pun yang bisa menandingiNya, Subhanallah, Maha suci Tuhan yang telah menjadikan segala ciptaanNya sebagai bukti kebesaran kekuasaanNya.

        Allah s.w.t menyebut dalam Al-Quran Surah Ali-Imran  ayat 189-191 yang bermaksud : " Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada bertukarnya malam dan siang ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah s.w.t ) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu  orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan masa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : " Wahai Tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka. "

        Oleh itu sahabat, marilah sama-sama kita menggunakan akal yang Allah berikan.. kita guna ia di tempat yang sepatutnya ia dijadikan.. tujuannya untuk memikirkan segala kejadian siapakah yang menjadikan, untuk apakah dia di jadikan, apakah tujuan ia dijadikan dan sebagainya... gunalah akal memikirkan kebesaran Tuhan, hatta dalam dirmu sendiri juga merupakan adanya tada-tanda kekuasaan Tuhan ! " Dan Pada Diri kamu apakah kamu tidak lihat (perhatikan). wallahualam.



        " Ya Allah, Sempurnakanlah akal kami seperti akal pemikiran Ulul Albab yang kau catatkan dalam Quran... agar kami bisa menggunakan akal tersebut untuk memikirkan kebesaran ciptaanMu supaya kami semakin dekat denganMu dan mengagungkan kebesaranMu.. ameen ya Azhim !!! "



        Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo,
        Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
        Bumi Barakah Para Nabi,
        Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.

        Thursday, August 12, 2010

        Jangan Siakan, Muliakan Ramadhan Tahun Ini !

        Ramadan, adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang penuh dengan kerahmatan dan bulan yang penuh dengan keampunan tuhan. Di awalnya merupakan rahmat daripada Allah, pertengahannya pula merupakan maghfirah keampunan yang maha esa, di akhirnya merupakan pelepasan daripada api neraka. Rata-ratanya semua insan yang bergelar muslimin sudah mengetahui akan kelebihan ini. Kendatipun mereka mengetahui kelebihan ini pasti ada segelintir ummat Islam yang masih tidak mengetahuinya, dan kemungkinan ada yang sudah terlupa dan sebagainya, atau mungkin juga ada yang tidak tahu langsung tentang kelebihannya, dan mungkin juga ada yang masih tertanya-tanya bagaimanakah untuk memuliakan ramadhan ini agar kedatangan ramadhan ini tidak di sia-siakan berlalu begitu sahaja tanpa amalan yang dapat menaikkan keimanan dan ketakwaan pada ilahi.

        Di sini saya ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian tentang dan bagaimana untuk memanfaat dan memuliakan ramadhan tahun ini:


        • Muliakanlah ramadhan tahun ini dengan mengunjungi majlis ilmu rohani. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan berfoya-foya di sana sini,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan selalu menuju rumah ilahi. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan mengunjungi ke tempat yang dimurkai,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan berzikir dan memuji ilahi. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan menggunakan lidah untuk mengeji dan mencaci,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan perbanyakkan iktikaf dan pergi jamaah di masjid yang menghampiri. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan banyak tidur di rumah sendiri,

        • Muliakanlah ramadhan tahun ini dengan berkongsi ilmu sambil menasihati. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan bersembang kosong tiada erti,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan membaca kalam ilahi. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan membaca buku yang tidak berfaedah yang boleh menggelapkan hati

        • Muliakanlah ramadhan tahun ini dengan merapatkan hubungan silaturrahmi. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan mengumpat dan mencela sesama sendiri,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan mengamalkan sunnah nabi, Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan adat resam sendiri

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan pesta ibadah yang sesuai dengan ajaran nabi. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan pesta makan yang berwarna warni,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan banyak solat tahajud menyembah sujud ke hadrat ilahi, Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan tidur banyak di malam hari,

        • Muliakanlah ramadhan tahun ini dengan sholat fardhu kalau boleh jamaah sekali. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan meninggalkan solat fardhu aini,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh membersihkan hati. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan banyak bicara mengotorkan hati,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan menonton jejak rasul dan filem Islami. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan menonton filem-filem yang tidak syar'ie,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan mendengar al-Quran, nasyid, alunan zikir yang menghidupkan hati. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan mendengar lagu-lagu yang melalaikan hati,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan perbanyakkan bersedekah agar berkat rezeki yang diberi. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan memboroskan harta belanja itu belanja ini,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan meningkatkan amalan takwa untuk menggapai redha ilahi. Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan melakukan dosa-dosa yang dimurkai,

        • Muliakanlah ramadhan ini dengan mencari kawan yang cinta Ilahi, cinta nabi dan cinta ukhrawi, Jangan sia-siakan ramadhan tahun ini dengan mencari kawan yang busy duniawi.

        • Muliakanlah ramadhan tahun ini dengan membaca al-Quran sejuzuk sehari, ramadhan ada 30 hari, jika di baca sejuzuk sehari tentu boleh khatam tahun ini.

        Ingat! hikmah puasa untuk meningkatkan takwa pada ilahi, makanya kena banyakkan mujahadatun nafsi, supaya dekat pada Robbul Izzati, pasti hidup akan diberkati!

        Firman Allah s.w.t: ' Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan kepada umat terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa' ( al-Baqarah 183 )

        Wahai ummat nabi s.a.w yang disayangi, jangan sia-siakan ramadhan tahun ini, perbanyakkan Ibadah untuk bekalan sesudah mati, mohonlah rahmat-Nya kerana rahmat-Nya mencurah-curah di bulan ini. Jangan lepaskan peluang mencari redha ilahi di bulan ini, kerna siapa yang sibuk beribadah di bulan ini, dia akan mendapat ganjaran yang bakal dikurniakan oleh Allah di hari kiamat nanti dan dia akan mendapat syurga yang dijanjikan oleh Robbul Izzati...

        Semoga dengan beberapa perkara ini dapat membantu sahabat-sahabat untuk memanfaat dan memuliakan ramadhan tahun ini. Semoga ramadhan tahun ini ramadhan yang penuh erti pada diri kita semua. Selamat berpuasa semua!


        p/s: Jangan lupa niat puasa ya! (",)


        Hamba Allah : Kamarudin Toyo
        Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
        Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
        Bumi Barakah Para Nabi AlaihimusSholatu WaSsalam, Kaherah, Mesir.


        Wednesday, August 11, 2010

        Jangan Sia-Siakan Ramadhan Tahun Ini (",)


        Meriahkan Ramadhan Ini (",)


        Sahabat-Sahabat Yang Disayangi,
        Marilah kita meriahkan Ramadhan Ini,
        Dengan Beribadah Sepenuh Hati,
        Agar Hidup Kita diberkati Ilahi,

        Wahai saudara dan saudari yg di cintai,
        Isilah Ramadhan Dengan Membaca Kalam Ilahi,
        Jangan Sia-siakan Ramadhan Ini,
        Dengan Berfoya-Foya Di Sana sini,

        Ramadhan Datang Setahun Sekali,
        Tahun Ini Kita sudah pun Temui,
        Bukan kah sudah lama kita merindui
        Ramadhan Bulan Mulia Ini,

        Ramadhan Bulan Rahmat Ilahi,
        Ramadhan Juga Bulan Maghfirah Ilahi,
        Siapa Yang Beribadah Kerana Ilahi,
        Dia Akan dapati Allah Ampuni Dan Dirahmati,

        Sungguh Beruntung Hamba Ilahi,
        Yang Beribadah Mengharap redha Ilahi,
        Hidupnya akan dipenuhi Barakah Ilahi,
        Kerna Memuliakan Ramadhan Ini,

        Amat Rugi mereka yang busy,
        Dengan Urusan-urusan duniawi,
        Sampai Tiada Masa Bersama Ilahi,
        Bermunajat Mendekatkan diri.

        Wahai ikhwah wal akhwati,
        Marilah sama kita sepakati,
        Menghidupkan Masjid di kampung sendiri,
        Dengan Taraweh dan Jamaah sekali,

        Siapa lagi kalau bukan kita ummatnya Nabi,
        Yang Mesti Mengimarahkan Rumah-Rumah Ilahi,
        Bukankah Ilmu Allah dah anugerahi,
        Maka sudah tiba masanya untuk di kongsi.

        Ramadhan adalah tetamu yang mesti dihormati,
        Dengan zikrullah dan Ibadah Di pestai,
        misalnya tiada mengumpat dan tiada mengeji,
        kan indah Ramadhan kita kali ini,

        Ramadhan mesti dimuliai
        oleh hamba-hamba Allah yang di kasihi
        jangan gunakan tangan untuk mencuri,
        tapi gunalah ia untuk berbakti,

        Ramadhan Bulan Hadiah Ilahi
        Buat HambaNya Yang Disayangi,
        Janganlah Suka mengkeji n mencaci,
        Agar Puasa Kita Suci Dan Diterima Ilahi.

        Ramadhan Bulan Kalam Ilahi
        Bacalah Ia Sejuzuk Sehari,
        bulan Ramadhan Ada 30 Hari,
        Sejuzuk Sehari Khatam Tahun Ini,

        Ramadhan juga Bulan Keampunan Ilahi,
        Bagi Hambanya Yang Menginsafi diri,
        setiap kali menyesali diri,
        Maka Allah ampuni dosa walau sebesar bumi,

        Shahrul Ramadhan Lailatul Qadri,
        Bagi Hamba yang Dipilih Ilahi,
        Siapa Yang Menghidupkan Malam Ini,
        Hidupnya penuh barakah ilahi.

        Ramadhan juga bulan Doa Di makbuli,
        Tiada Terhijab doa hamba kepada Ilahi,
        mohonlah kebaikan dunia wa ukhrawi,
        nescaya akan diperkenankan segala yang dihajati.

        Ramadhan Juga bulan Syaithan diikat di gari,
        semata-mata memuliakan Ramadhan ini,
        Kalaulah syaithan ada di Bulan ini,
        Tentulah manusia jauh dari ilahi,

        Kena ingat nafsu dalam diri,
        Ia juga musuh dan perlu dididik dan tunduki,
        Kerna hikmah puasa Ramadhan ini,
        Nak tundukkan nafsu agar patuh perintah ilahi,

        Kena mujahadatun nafsi,
        barulah kemanisan puasa dapat di rasai,
        Iman di dada akan di penuhi Nurul Imani,
        Serta Nur hidayah Dan Takwa berkat Ramadhan ini.

        Bagi Ikhwah mahupun lelaki,
        hidupkanlah jamaah di Masjid yang menghampiri,
        InsyaAllah hidupmu pasti bagai disinari pagi,
        Dengan Itu Tersuburlah Sifat Lelaki Yang Sejati Di Sisi Ilahi.


        " Saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada sahabat-sahabat yang di kasihi, moga Ramadhan Tahun Ini lebih baik dari tahun sebelum ini, marilah sama-sama kita menghayati dan mengamalkan sunnah-sunnah nabi agar kita bisa mendapatkan syafaat di yaumul Mahsyar nanti.."

        " Moga kita mendapatkan Rahmat/ maghfirah/ keberkatan/ Lailatul Qadr serta kelepasan dari api neraka/ kemasukan ke dalam jannah dan mendapatkan segala kebaikan-kebaikan yang ada pada Bulan Barakah ini.. amen ya Rahman !!! (",) "


        Hamba Allah : Kamarudin Toyo
        Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
        Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
        Bumi Barakah Para Nabi, Kaherah Mesir.

        Sunday, August 8, 2010

        Pujianku Padamu Wahai Bulan Mulia, Ramadhan ! (",)

        Pujianku Padamu Wahai Bulan Mulia, Ramadhan ! (",)

        (",) Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan !!! (",)


         














        Wahai bulan ramadhan
        Engkau adalah sebaik bulan di dalam Islam
        Engkau datang dengan penuh kerelaan
        Kerana engkau adalah bulan yang penuh dengan kesetiaan

        Ramadhan, engkau bulan rahmat Allah
        Engkau bulan maghfiratullah
        Engkau bulan mulia, bertuah dan barakah
        Engkau bulan lailatul qadr dan bulan kalamullah
        Setiap tahun engkau datang dengan ketenangan
        Engkau disambut dengan penuh kemeriahan
        Kerana engkau adalah hadiah daripada tuhan yang maha Rahman
        Buat hamba-Nya yang beriman mengharap keredhaan

        Ramadhan,

        Engkau adalah bulan yang paling mulia diantara semua bulan
        Sehinggakan kemunculanmu dirindui oleh jutaan ummat Islam
        Bukan itu sahaja malah Allah memilihmu untuk menurunkan Al-Quran
        Menugaskan malaikatnya yang mulia turun menghitung amalan.


        Wahai ramadhan, ingatkah lagi dengan hamba-hamba Allah?
        Yang selalu mengucapkan ahlan wa sahlan marhaban ya ramadhan?
        Kedatanganmu, ketibaanmu sangat dirindui ummatnya Rasulullah
        Menunjukkan mereka sangat mengalu-alukan kehadiran dan kedatanganmu ramadhan

        Ramadhan...
        Engkau bulan maghfirah keampunan
        Buat hamba-Nya yang beriman dan bertaubat dari dosa dan kesalahan
        Engkau juga bulan istimewa buat hamba-Nya yang pemurah
        Engkau juga bulan mulia yang dapat melahirkan hambanya yang sholeh dan bertakwa.

         

        Ramadhan...
        Engkau bulan barakah dan bulan mulia
        Mereka yang beribadah di bulanmu digandakan pahala
        Doa mereka diterima Allah berkat pengharapannya
        Padamu juga ada malam lailatul qadr yang paling istimewa

        Ramadhan, ummat Nabi Muhammad s.a.w sangat merinduimu
        Kerana mereka tahu ganjaran yang ada padamu
        Mereka sangat mengharap keampunan dan rahmatnya Tuhanmu
        Mereka ruku', sujud, dan bermunajat kepada Tuhan yang maha rahman
        Mereka memperbanyakkan hasanah kebaikan
        Disiangnya mereka berpuasa dan bersedekah
        Di malamnya mereka bertarawih berselawat dan berqiamullail
        Al-Quran pula mereka baca sambil bertadarus seperti Rasulullah s.a.w
        Mereka bertakbir bertasbih dan bertahmid memuji Allah
        Semata-mata mahu dekatkan diri kepada sang pencipta
        Dan juga mahu memuliakanmu ramadhan

        Ramadhan, kedatanganmu menyebabkan syaithan dibelenggu
        Syurga Allah terbuka luas buat para hamba-Nya
        Pintu neraka pula dikunci ditutup serapat-rapatnya
        Sedang di bulanmu mereka bergembira dengan rahmat yang maha esa.

        Berkatmu ramadhan...

        Moga setiap jiwa diberikan keampunan-Nya
        Moga setiap hamba sibuk memperhambakan diri dengan beribadah
        Moga setiap jiwa mendapat barakah di bulanmu ya ramadhan

        Ya Allah sungguh hamba-hamba-Mu bersyukur dengan adanya ramadhan
        Sungguh ramadhan adalah rahmat yang sangat besar dari-Mu
        Sungguh bulan inilah melahirkan hamba-Mu yang sabar penuh kesetiaan
        Yang penuh keimanan dan ketakwaan pada-Mu.

         

        Maha suci engkau ya Allah, tentu hamba-Mu tidak putus berdoa
        Menadah tangan memohon sesuatu yang indah
        Mereka pasti banyakkan ibadah, berdoa dan zikrullah
        Serta iktikaf di masjid-masjid mengamalkan sunnah
        Semata-mata mahu taqarub pada-Mu ya Allah.
        Moga kami menjadi hamba-Mu yang sholeh dan sholehah
        Serta bertakwa berkat bulan ramadhan yang mulia !

        Ameen ya Allah birahmatika ya arhamarrahimin
        wal hamdulillahi Robbil Alamin !


        (",) ...Marhaban Ya Ramadhan... (",)


        Hamba Allah : Kamarudin Toyo
        Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
        Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
        Ardhul Anbiya' Kaherah, Mesir.

        Saturday, August 7, 2010

        Lirik Lagu : Mengaku Berjuang !

        Mengaku Berjuang !!!

        Mengaku Berjuang !!! 
        " Aku Mengaku Pejuang Agama Allah,
        Tapi Aku Tidak Mengikuti Sunnah,
        Aku Mengaku Pembawa Islamiah,
        Tapi Caraku Tak Seperti Rasulullah, "


        " Aku mengaku Berjuang Di Jalan Allah,
        Tapi Aku Masih Mensia-sia Ibadah,
        Aku Mengaku Ada Kesatuan Jamaah,
        Tapi Selalu Menghina Menabur Fitnah,"



        " Ya Allah bimbinglah diriku ini
        Kejalan yang engkau redhai Ilahi,
        Agar Aku selamat di duniawi,
        untuk menuju akhirat yang kekal abadi.. "


        " Aku Mengaku Pejuang Jundullah,
        Sedangkan Akhlakku Masih Bermasalah,
        Aku Masih Mengamalkan Sifat Mazmumah,
        Hatiku Yang Penuh Dengan Keburukan Ammarah,"


        " Ya Allah bimbinglah diriku ini
        Kejalan yang engkau redhai Ilahi,
        Agar Aku selamat di duniawi,
        untuk menuju akhirat yang kekal abadi.. "


        " Aku Mengaku Pembawa Agama,
        Padahal Akulah Perosak Ibadah,
        Kalaulah aku pembawa Islamiyyah,
        Tentulah jiwaku berakhlak Mahmudah,"


        " Aku Mengaku Tentera Allah,
        Padahal Akulah Pemecah Amanah,
        Kalaulah Ada Iman dan Takwa di Dada,
        Tentulah Aku Malu KepadaNya"


        " Ampunkanlah dosa-dosaku Tuhan,
        Yang Banyak Melakukan Kesilapan,
        Aku mengaku Bersalah denganMu Tuhan,
        Ku harap dosaku diampunkan..."


         " kerana engkau maha pengampun padaku,
        dan juga maha penyayang hambaMu,
        kepadamu Ku Berserah Diri,
        Kuharapkan keredhaanMu..."


        " Oh Tuhan Bimbinglah Aku..."



        Pencipta Lirik & Lagu
        Hamba Allah : Kamarudin Toyo




        Thursday, August 5, 2010

        Kudihadiahi Kitab Arbain An-Nawawi Dari Syeikh Hisyam, Alhamdulillah.

        Aku Redha Allah Tuhanku, Muhammad Rasulullah Nabiku, Islam Agamaku.


        4/8/2010. RABU.

        Bismillah Wal Hamdulillah.... Dengan nama Allah segala puji bagi Allah s.w.t yang dengan nikmat Iman dan Islam dapat lagi aku menulis risalah dairy dakwah kehidupanku di dalam menuntut ilmu untuk bekalan di akhiratku yang bakal bertemu dengan Tuhanku Robbul Izzah, Moga-moga dengan ilmu yang ku tuntut dan cari menepati syariat dan bisa menyelamatkan aku daripada kesengsaraan fitnahnya dunia yang kegoncangan untuk mententeramkan jiwa yang bakal di jemput oleh Tuhan yang maha Rahman... Agag bila tiba masanya yang dijanjikan dapatlah aku menghadap Tuhanku dengan hati yang lapang dan sejahtera dari syirik dan yang seumpama dengannya, moga-moga Allah kurniakan ke dalam hati hambanya ini keikhlasan yang murni hingga terbitnya cahaya memancar nur hidayah di hati rohani tempat tilikin Penilaian Ilahi, ameen ya Ilai !

        Apa yang saya mahu kongsikan pada hari ini kepada sahabat-sahabat semua ialah ada banyak, namun saya akan ringkaskan semana yang termampu. kerana setiap hari itu ada 24 jam, dan kalau kita mahu tuliskan dairy kehidupan kita seharian tentu banyak pengalaman yang kita lakukan, jadi bila aku fikir, baik aku tulis apapa sahaja yang penting dan bisa kita ambil ibrah dan pengajaran yang apabila kita baca bertambah ilmu dan bila bertambah ilmu bertambah juga fahamnya dan bila bertambah faham bertambah juga amalannya untuk dekatkan diri kepada Tuhannya yang Maha Rahman atas sekalian ciptaanNya.

        Seperti selalunya, aku menaiki motorsikalku untuk menuntut ilmu di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif yang gah di bumi para Nabi alaihimussolatu wassalam ini... Kalau sahabat-sahabat mahu tahu kereta mahupun kenderaan di sepenjang jalan raya di bumi Kaherah Mesir ini selalunya padat dan za'mah (sesak)... Alhamdulillah walaupun sesak aku bisa menyelit di celah-celah kenderaan kerana motor yang aku tunggangi kecil ibarat motor yang paling kecil yang menjalar di jalan raya Mesir ini... 

        Walaupun sesak macam mana sekalipun, aku tetap tenang menghadapinya... aku menganggap kesesakan ini bukannya sampai menjemukan aku dalam penantian, bahkan mengajar aku kesabaran yang tinggi... sebab setiap kesulitan itu ada kemudahan... Bersabar !!! sebab sabar iru sesuatu yang indah... siapa yang sabar di bumi Mesir ini, maka dia akan mendapatkan ketenangan yang tidak akan di dapati oleh mereka yang tiada kesabaran... ibarat kata-kata Org sholeh " Siapa Yang Pernah Rasa Maka Dia Tahu ".

        Sesampainya saya di Masjid, seperti selalunya juga aku parking motor bersebelahan dengan pagar Masjid dan buah-buahan anggur dan perniagaan kitab serta bersebelahan dengan pengawal-pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan di kawasan berkenaan... Alhamdulillah, kebanyakan pengawal polis keselamatan itu sudah mula mengenaliku... kami pernah bergurau mesra... setiap kali aku sampai di sana dan jumpa mereka aku ringankan mulutku untuk memberi salam dan menghulurkan tangan untuk bersalaman... ternyata dengan cara seperti itu dapat mengertakan aku dengan mereka... subhanallah.. maha suci Allah yang menjadikan salam itu seruan penghormatan buat hamba-hambanya yang beriman... Rasulullah s.a.w bersabda : " Sebarkanlah salam.... kelak kamu akan memasuki Jannatus Salam "

        Kadang-kadang aku menegur mereka, yang secara tiba-tiba berkata-kata tanpa memberi salam.. kataku, " dahulukan salam sebelum kalam " (",)

        Begitu juga penjaga kasut di Masjid Azhar dan penjaga pelancong... setiap kali aku masuk Masjid aku memberi salam kepada mereka... Alhamdulillah, mereka sudah juga mengenaliku... selalu saja mereka kata " ahlan ya Syeikh "... Alhamdulillah, walaupun aku tidak bertujuan seperti itu, tapi itulah hakikat kehebatan salam yang menjadi ucapan mulia ummat Islam, kehebatan salam sangat hebat untuk menjadikan Muslim yang hebat... aku teringat Rasulullah s.a.w, yang apabila bertemu sahabat maka Rasulullah s.a.w yang terutama sekali memberi salam, begitulah juga sahabat-shabat baginda s.a.w... oleh yang demikian itu wahai shabatku, sebarkanlah salam... kerana maksud salam itu adalah kesejahteraan, kesentosaan, keselamatan, keamanan sesuai dengan nama Agama Islam yang kita pegangi dan perjuangi...

        Aku teruskan perjalananku memasuki masjid Azhar, seperi kebiasaannya aku mengamalkan sunnah nabiku Muhammad s.a.w ketika memasuki Masjid disertakan dengan doa-doa sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Aku terus masuk di majlis ilmu Syeik Jamal Faruq Al-Azhari yang sedang menyampaikan dan mensyarah kita tauhid. Aku duduk... Orang Arab yang bersebelahan denganku tiba-tiba bertanya, " Ya Syeikh, kam sa'ah dil wakti ? " aku jawab " jam 7 setengah ".

        Dia menghulurkan henset di tangannya, dia suruh saya tengok jam berapa, saya kata seperti di atas... kemudia dia menekan butang hensetnya, dia suruh saya lihat nombor yang tertera di hensetnya, dia menyebut arba'atu asyr stumma... kemudia aku sambung seterusnya... selepas itu dia tanya apa nama dalam henset tersebut, yakni nombor yang bernama... aku jawab nama itu Muhammad Mamduh, dia jawab syukran....

        Bermain difikiranku, siapa dia orang ini, bila aku lihat wajahnya, oh... rupanya dia seorang yang tak sempurna penglihatan ( dia buta penglihatan lahiri ).. erm, semoga Allah menuntunmu dan membersihkan hatimu agar kau melihat dengan menggunakan mata hatimu yang satu...

        Azan Maghrib... Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

        Orang Arab itu pun berdiri, aku melihat Syeikh tak berdiri lagi, aku duduk dulu, orang buta itu terus jalan meraba-raba mencari jalan... ada seorang yang datang dari belakang menuntunnya sementara.... setelah Syeikh berdiri barulah aku berdiri.... aku terus cari orang buta itu, aku melihat dia keseorangan berjalan mencari jalan keluar... aku cuba mendekatinya... aku beri salam, Assalamualaikum ya Syeikh, Waalaikumsalam jawabnya... aku mula bertanya mahu ke mana ? jawabnya, mahu pergi ke Masjid Hussin... owh, kenapa tidak bersolat maghrib di sini saja dulu.. tak, saya mahu pergi solat di Masjid Hussin, tolong bawa aku sampai ke pintu luar... maka aku pun terus membawanya ke pintu luar sahaja... dalam hati berdoa semoga Allah membimbingmu ke jalan yang lurus... sampai saja di pintu, dia mengucap syukran padaku, aku jawab afwan... Alhamdulilah, aku pesan padanya Uzkurullah.... wa tawakkal ilallah.... dia jawab dengan senyuman redh.. insyaAllah syukran...

        Aku terus menuju saff solat.... Alhamdulillah saff hadapan... 

        Hari ini giliran Syeikh Hisyam Al-Kamil Hamid Asy-Syafie yang pernah memberikanku kitab kecil tapi bermanfaat ( Kitabus soghir walakin manfaatul kabir ).... 

        Ketika beliau sedang asyik menyampaikan kuliah maghribnya yang hanya beberapa minit, tiba-tiba datang seorang ayah membawa jenazah anak kecil... Syeikh pun bangkit dan menyuruh kami semua bangkit untuk memuliakan jenazah tersebut.... beliau berkata, sesungguhnya anak kecil ini akan memberi syafaat di akhirat nanti buat ayah dan ibunya... anak kcil ini akan memberi syafaat kepada ayah ibunya untuk masuk Jannah Tuhhannya... maka bersabarlah atas apa yang berlaku... subhanallah... 

        Setelah selesai sholat jenazah 4 takbiratul ihram yang diimamkan oleh Syeikh Hisyam sendiri, maka beliau pun meneruskan kuliahnya... Alhamdulillah.

        Setelah selesai kuliah, maka kami bangkit untuk bersalam dengannya... aku melihat Syeikh memberikan kitab yang ada di tangannya itu kepada seorang penuntut ilmu dari Malaysia yang memang lazim datang kuliah imu bertalaqqi di Masjid Azhar, cumanya aku baru melihat dia duduk dalam kuliah maghrib, selalunya beliau bertalaqqi di dalam kelas khas untuk bertalaqqi dengan kebanyakan syeikh... Alhamdulillah dalam hatiku rezkimu wahai sahabatku, semoga buku itu bermanfaat padamu, ameen !.. aku mengucapkan tahniah kepada sahabat dari malaysia itu sambil gembira dan tersenyum... kemudia beliau menunjukkan kitab itu kepada Syeikh, entah apa yang dia tanya sehinggalah dia mengikuti Syeikh sampai ke bilik tetamu bersama orang ramai... sebelum itu aku dapat bersalam dengan Syeikh, seperti kebiasaannya aku bila bersalam dengan Syeikh mahu saja aku cium tangannya, tapi beliau tidak bagi, dia kata kholli ya habibi...

        Aku lihat jam, waktu Isya' masih ada setengah jam lagi... pakcik yang selalu bersamaku itu datang kepadaku, dia memuji Syeikh hisyam... dia kata baguskan Syeikh, cara dia menyampaikan mudah faham, ilmu banyak, seronok katanya... aku pun mengangguk kepala.. na'am, na'am... sah... benar.

        Aku masuk ke dala Masjid, ambil al-Quran terus buka surah Al-Isra'... aku baca sampai habis sehinggalah sampai masuk waktu solat fardhu Isya', Alhamdulillah... tenang hati nuraniku kerna dapat makanan kerohaniannya... Alhamdulillah.

        Sewaktu mahu keluar dari Masjid Al-Azhar Asy-Syarif... aku terserempak dengan Syeikh Hisyam... aku lihat beliau tengah sembang bersama 2 orang... aku mendatanginya untuk bersalam... selepas itu aku pun teruskan perjalan, tak sampai 5 lahkah berjalan, aku tedengar suara memanggil...

        " Ya Qomar ! Ya Qomar !....

        Aku menoleh kearah suara yang memanggilku itu... ohh, Rupanya suara Syeikh Hisyam... beliaulah yang memanggil namaku.... seronok sungguh... 

        " Na'am ya Syeikh... limaza ?

        Syeikh terus menghulurkan kitab yang ada di tangannya... subhanallah.. 

        " nah, ambil ni ! " ini kitab arbain an-Naawi, Hadis 40 "

        Dengan muka yang tenang dan hati yang riang, aku dengan rendah hati mengambilnya... subhanallah... dalam hati cukup riang dan seronok... tak henti-henti mengucap syukur pada Tuhan yang maha Rahman.... bila aku tengok kitab ni, Allah... kitab yang memang aku cintai, dan memang ada terdetik sewaktu aku sampai di Mesir mahu membeli kitab Arbain An-Nawawi ini.... aku ada membawa kitab terjemah bahasa melayu kitab ini... kerna aku memang cinta dan suka kitab hadis 40 ini... aku sudah menghafal kesemua hadis 40 ini ketika sedang belajar di Pondok Ad-Diniah Al-Falahiah Pasir Putih Kelantan suatu ketika dulu.... Alhamdulillah...  Sungguh ilmu hadis 40 ini adalah ilmu yang memang ia tercatat untuk aku pelajari, hafali dan amali, kerna kitab ini mengandungi ilmu kalam Rasulullah s.a.w... semoga aku mendapat keberkatan dari yang empunya perkataan, yaitulah nabiku Muhammad Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam... ameen ya salam !

        Ya Allah, sungguh engkau maha mengetahui.. engkau tahu apa yang hambamu hajati, engkau tahu apa yang hambamu inginkan, engkau tahu apa yang hambamu mahukan, maha suci engkau ya Roobbul Izzati, aku tidak menyangka aku akan dapat kitab ini melalui pemberian dari salah seorang masyaikh di Azhari ini, ya Allah aku mohon kepadamu, jadikanlah kitab yang walaupun ianya kecil, namun aku ingin manfaatkannya buat diriku dan keluarga anak cucuku serta semua ummat Islam Ummat Nabiku Muhammad s.a.w...supaya aku melihat ilmumu sangat luas walaupun ilmu tersebut di tulis dan di pena qalam atas kitab yang kecil. ameen ya Alim !

        Aku sungguh terharu dan teruja wahai Tuhanku.... pemberian dari seorang Syeikh yang aku dan para jamaah akui akan ilmunya, tentu tersimpan seribu hikmah dan barakah yang tersembunyi di dalamnya... maha suci engkau ya Allah... syukur ya Allah, semoga engkau membalas kebaikan yang dilakukan oleh Syeikh Hisyam kepadaku.. semoga engkau merahmatinya dan semoga Syeikh sentiasa berada dalam zikrullah ketentuanmu, ameen ya wahab !!!

        Aku ucap terima kasih... syukran ya Syeikh, syukran jiddan.... sambil bersalam dan mengukirkan senyuman yang paling indah dan manis buatnya... aku sudah menganggap beliau salah seorang Ulama' dan Tok Guru yang saya hormati lagi sanjungi di Azhar ini... subhanallah... syukur ya Robbi...(",)

        Aku belek kitab itu... aku lihat satu persatu... Kulit kitab itu tertulis
        " Al-Anwarul Muhammadia " 
        " Syarah Al-Arbain An-Nawawiyyah "
        " Syarah Hisyam Al-Kamil Hamid Asy-Syafie Al-Azhari "
        " Imam Wa Khatib Jami'e Az-Zhahir Bebres Bi Al-Qaherah "

        Subhanallah... penulis kitab tersebut ialah beliau sendiri.. tak sangka beliau adalah salah seorang pengarang kitab dalam mentahkik dan menterjemahkan serta memperhalusi semula kitab yang sudah sedia ada... semoga kitab pemberian Syeikh ini, bermanfaat padaku, boleh aku mengulang hafazan hadisku... insyaAllah aku berazam akan lekatkan dan pekatkan hadis 40 Arbain An-Nawawi ini di dadaku,  di dalam dadaku, didalam hatiku, di dalam jawarihku, didalam perkataan dan perbuatanku, insyaAllah, dan aku akan cuba dan terus berusaha di samping memohon inayah dan hidayah daripada Allah agar aku bisa memahami sedaya yg termampu segala ilmu yang ada dalam hadis tersebut sebelum kepulanganku ke tanah air setelah habis pengajianku di bumi anbiya' yang penuh barakah ini, insyaAllah dengan izin Allah. ameen !

        " permudahkan ya ilahi, kerna engkaulah yang akan mempermudahkan segala-gala pekerjaan hambamu...ameen ya muhaimin ! "

        Semoga aku dapat manfaatkan segala apa yang aku pelajari di bumi azhari ini sedaya yang termampu.. agar aku bisa menjadi insan atau individu yang bukan sahaja bermanfaat pada diri sendiri, keluarga, bahkan bermanfaat juga kepada orang lain, samada bermanfaat di dunia mahupun di akhirat, dan yang paling penting sekali bermanfaat oada Islam agamamu agar aku bisa memanfaatkan diriku kepadamu ya Allah dan Rasulku Nabi Muhammad s.a.w, bukan kerana apa tapi kerana redhaMu ya Robbi... ameen ya wahhab, wa ya fattahul alimul hikmah wal hamdulillahi Robbil alamin... ameen ya MustajibudDua' ! 

        Bersambung, InsyaAllah ... (",)


        Hamba Allah : Kamarudin Toyo,
        Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi,
        Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
        Ardhul Anbiya' Al-Mubarakah, Kaherah Mesir




        Related Posts with Thumbnails