Sunday, September 26, 2010

Cinta Dan Rindu Anugerah DariMu !!! (",)

Cinta Dan Rindu Anugerah DariMu !!! (",)


Cinta Mencintai,  Rindu Merindui,
Adalah Lumrah Kehidupan Insani,
Yang Di Ulit Cinta Dan Rindu,
Dari Allah Tuhan Yang Satu,
Cinta & Rindu PemberianMu..


Cintaku AnugerahMu...
Rinduku KurniaanMu...
Hidup Matiku Hanya UntukMu...
Aku Redha Islam Agamaku..
Engkaulah Cinta Agungku.. 


Selalu Ku Lafazkan Rasa Cinta Dan Rindu,
Aku Cinta Rindu KepadaMu,
Aku Mengharap Rahmat DariMu,
Sering Bernaung Sepanjang Waktu..


" Wahai Tuhan Redhailah Cinta Dan Rindu Yang Engkau Anugerahkan "


Tapi Aku Khuatir,
Kalau Cinta Rinduku Hanya Angan-Angan,
Bukannya Lahir DariMu Tuhan,
Tapi Dari Nafsu Duniawi... Bukannya Nafsu Sakinahku.
Aku Berlindung DenganMu Tuhan.
Engkaulah Sahaja Tempatku Merintih Oh Tuhan...


" Wahai Tuhan Ku Harap,
Cinta Dan Rinduku Istiqamah,
Jujur Dan Kekal Selamanya ,
Hingga BertemuMu Di Syurga,
Tempat Yang Kau Janjikan,
Lagi Penuh Kenikmatan,
RedhaMu Ya Allah Yang Selalu Diharapkan. "



Pencipta Lagu & Lirik : 

Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.


Sunday, September 19, 2010

Wahai Ummat Rasulullah Buktikan Kecintaanmu !



Berbekal Dengan Bekalan Takwa,
Berpakaianlah Dgn Pakaian Takwa,
Kerna Bekalan Dan Pakaian Ini sahaja,
Bisa Menyelamatkan Manusia.

Wahai Ummat Rasulullah,
Kembalilah Kepada Fitrah,
Fitrah Agama Yang Suci Mulia,
Demi Mencari Redha Tuhan Yang Esa,

Kembalilah Kepada Quran Dan Sunnah,
Peninggalan Rasul Yang Mulia,
Kerna Baginda Sayang Kepada Kita,
Di Wasiatkan Dua Perkara,

Beramallah Dengan Al-Quran,
Kerna Ia Bisa Menyelamatkan,
Dengan Peribadi Sunnah Baginda,
Kita Contohi Dan Perjuangkannya.

Ayuh Sedarlah Ummat Baginda,
Janganlah Leka Dan Teralpa Di Dunia,
Dunia Hanya Sementara Saja,
Akhirat Kekal Selamanya.

Wahai Ummat Rasulullah,
Buktikan Kecintaanmu,
Bukan Hanya Di Bibir Sahaja,
Tapi Dengan Amalan Dan Takwa.


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Thursday, September 16, 2010

Setahun Usia Hijrahku, Qurratul Ain Amanah Tuhanku !

BismillahirRahmanirRahim...
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam.

Didik Wanita Sesuai Seusia Fitrah !!!


Alhamdulillah 5 Syawal 1431 Hijriah.
Genap Setahun Usiaku Menuntut Ilmu Di Ardhul Kinanah.
Berbagai Ujian Dan Mehnah Daripada Allah,
Ku Tempuhi Dengan Hati Yang Penuh Tabah.

Syukur Ku Panjatkan Kepada Allah,
Dengan Redha Dan Tawakkal Kepada Allah,
Segala Ketentuan Takdir Keburukan Dan Hasanah,
Banyak Mengandungi Berbagai Didikan Dan Hikmah.

Nikmat Dikurnikan Allah Mencurah-Curah,
Ilmu Yang Dituntut Semakin Bertambah,
Rindu Dan Seronok Berada Dalam Majlis Jannah,
Membuatkan Aku Cinta Dengan Para Masyaikh Ilmiyyah,

Ilmu Kudapati Dalam Bilik Kuliyyah,
Dan Bertalaqqi Di Rumah-Rumah Allah,
Bersama Masyaikh Yang Dikurniakan Ilmu Allah,
Untuk Memegang Tugas Dan Amanah Allah.

Bukan Itu Sahaja Nikmat Yang Jadi Anugerah,
Bahkan Allah Kurniakan Aku Seorang Anak Serikandi Sholehah,
Ia Lahir Di Musytasfa At-Taufiqiah Kaherah,
Ku Beri Nama Qurratul Ain @ Zuyyin Al-Kausar Yang Indah.

Qurratul Ain, Sungguh Sejuk Memandang Raut Wajah,
Senyuman Yang Menarik Menyejukkan Hati Mutmainnah,
Ku Didik Menyebut Kalimah Subhanallah,
Dan Kalimah Allah Yang Maha Syarifah Al-Jalalah.

Qurratul Ain, Dia Ku Didik Untuk Selalu Berzikrullah,
Ingat Dan Selalu Bersukur Kepada Allah,
Semua Kalimah Tasbih Sudah Terucap Di Lidah,
Hanya Tunggu Saat Jawarihnya Menyembah Sujud Ke Sejadah.

Subhanallah, Itulah Kalimah Yang Sering Aku Ucap Di Lidah,
Bila Melihat Raut Wajah Dan Keunikan Ciptaan Allah,
Moga Qurratul Ain Menjadi Wanita Serikandi Sholehah,
Hadiah Buat Wanita Akhir Zaman Mencontohi Keperibadian Fathimah Az-Zahrah.

Hanya Kepada Allah Aku Berserah,
Meminta Tolong Dan Inayah Serta Hafazah,
Agar Qurratul Ain Dipelihara Dari Fitnah,
Berkat Didikan Kasih Sayang Tuhanku Yang Maha Indah.

Perkenankanlah Doa Dan Segala Hajatku Ya Allah.
Sungguh Qurratul Ain Anugerah DariMu Ya Allah,
Qurratul Ain Dan Zaujah Merupakan AmanahMu Ya Allah,
Bantulah Aku Mendidik Mereka Diatas Jalan Fitrah Ad-Diniah.

Bukan Untuk Mengejar Habuan Dunia Yang Salah,
Tapi Untuk Mewujudkan Kebahagiaan Keluarga Jannah,
Mencontohi Rasulullah Pemimpin Ummah,
Agar Setiap Hari Ku Merasakan Ada Bersama Rasulullah.

Sungguh Engkau Tidak Membebani HambaMu Ya Allah,
Melainkan Sesuai Dengan Keimanan Yang Kau Anugerah,
Semuanya Belum Jadi Kenyataan Lagi Ya Allah,
Namun Dengan RahmatMu Ya Allah Pasti Melimpah Hidayah.

Ya Allah, Sungguh Di Akhir Zaman Wanita Memerlukan Tarbiyyah,
Didikan Dan Asuhan Persis Serikandi Agung Islamiyyah,
Mendidik Wanita Mengagungkan Dan MencintaiMu Ya Allah,
Agar Berseri Hiasan Dunia Dinamakan Seindah Hiasan Adalah Wanita Sholehah.

Hari Ini Aku Tetap Mengorak Langkah Mnuntut Ilmu & MenujuMu Ya Allah,
Usia Begini Aku Akan Tetap Mencontohi Para Pemuda Di Zaman Rasulullah,
Seperti Osama, Ali Bin Abi Thalib, Dan Para Pencinta KekasihMu Ya Allah,
Agar Aku Bisa Berkhidmat Untuk Agama Islam Demi Meraih RedhaMu Ya Allah.


Ameen... Perkenankanlah Ya Allah !


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Ramadhan Kau Pergi Lagi !

Ramadhan Kau Pergi Sekali Lagi Meniggalkan Kami,
Banyak Pengalaman Berharga Ketika Bersama,
Kau Pasti Akan Kurindui Selama-lamanya,
Kau Ku Hargai Kerana Sudi Menjadi Tetamu Istimewa Tahun ini,

Kedatanganmu Dinanti-Nanti Ummatnya Nabi,
Pemergiaanmu amat di tangisi hamba yang cinta Ilahi,
Adakah Kita Boleh Berjumpa Lagi Selepas Ini,
Kalau Dapat Bersua Lagi Tentu Kau Akan Ku Rai,

Ramadhan, Kau Bulan Penyuci Jiwa,
Pemergiaanmu Dikhuatiri Jiwa Kotor Semula,
Syaithan Terbelenggu Dilepaskan Meronda,
Nafsu Yang Tunduk Bangkit Bermaharajalela,

Oh Ramadhan, Kau Bulan Penghapus Dosa,
Dosa Banyak Diampunkan Allah Menurut Kehendaknya,
Bagaimanakah Selepas Ketiadaanmu Bermula,
Adakah Dosa Tertimbun Banyaknya,

Ya Allah, Sungguh Dunia Melihatkan Wajahnya,
Ramadhan Berlalu Tanpa Terhapusnya Dosa,
Sifat Takwa Tidak Menjadi Pakaian Perilakunya,
Lindungi Aku Dari Kejahatan Dan Kegoncangannya,

Aku Risau Hanya Di Ramadhan Aku Jadi Hamba,
Sedang Bulan Lainnya Aku Menjadi Hamba Dunia,
Hipokrit Dan Dusta Berkalang Bercampur Amalannya,
Sudah Tidak Mengenal Erti Dosa Dan Pahala. Nauzhubillah !

Bagaimana Aku Hendak Istiqamah Ya Allah,
Kalau Di Bulan Mulia Syaithan Tiada,
Senang Aku Mujahadah Berkat Puasa,
Selepas Ini, Adakah Aku Mampu Melakukannya.


Sungguh Bulan Ramadhan Lahirnya Jiwa,
Jiwa Yang Merdeka Dari Nafsu Dan Dunia,
Walau Ianya Datang Melanda Berganda-Ganda,
Jiwa Bertakwa Takkan Mampu Di Tumbanginya.


Ayuh Jiwa-Jiwa Hamba Yang Maha Esa,
Jangan Leka Dan Lalai Dengan Nikmat Dunia,
Di Sisi Allah Ganjaran Berlipat Ganda Banyaknya,
Disediakan Bagi Orang-Orang Bertakwa Kepada Tuhannya.

Ramadhan Pergi Pasti Akan Meninggalkan Kita,
Jika Dikehendaki Pasti Ketemu Buat Kali Yang Berikutnya,
Ramadhan Akan Datang Dan Pasti Datang Semula,
Cuma Kita Entah Sampai Kah Kepadanya.







Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Tuesday, September 7, 2010

Meriahkan Syawal 1431, Dengan Silaturrahmi ! (",)



Meriahkan Syawal, Dengan SilaturRahmi !!! (",)

Meriahkan Aidil Fitri Dengan Silaturrahmi,
Yang Jauh Mari Sama Kunjungi,
Yang Dekat Mari Sama Kita Rapati,
Agar Syawal Tahun Ini Dirahmati Ilahi..

Salam Bersalaman Sesama Sendiri,
Adek Dan Kakak Eratkan Lagi,
Jiran Dan Keluarga Saling Mengunjungi,
Barulah Hidup Aman Harmoni,

Sahabat Handai Sama Kita Rai,
Anak-Anak Kecil Sama Kita Sayangi,
Ibu Dan Ayah Sama Kita Hormati,
Barulah Syawal Meriah Tahun Ini,

Duit Raya Kita Sedekah Dan Beri,
Ole-Ole Perantau Dibahagi Dan Dihadiahi,
Yang Miskin Kita Tolongi,
Yang Kaya Pula Murahkan Hati,

Syawal Datang Setahun Sekali,
Hadiah Kegembiraan Buat Hamba Islami,
Ceriakan Hidup Dengan Berbakti,
Barulah Indah Hidup Ini,

Islam Menggalakkan Ziarah Menziarahi,
Untuk Mengeratkan Silaturrahmi,
Bersalam Bermaafan Sesama Insani,
Hidup Pun Berkat Lagi Diredhai Ilahi,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Dari Kami Di Bumi Para Nabi,
Meriahkan Syawal Tahun Ini,
Dengan Mengeratkan Silaturrahmi,

Ikhwahku, Ingat Pesanan Ihsan Saya Ini,
Sibuk Mana Pun Kita Menziarahi Berjalan Kaki,
Kesana Kesini Sanggup Kita Pergi Dan Tempuhi,
Jangan Lupa, Bila Azan Kunjungi Rumah Ilahi !!!


Di Kesempatan Ini Kami Sekeluarga ( Abi Zuyyin, Ummi Zuyyin Dan Qurratul Ain @ Zuyyin Al-Kausar )  Memohon Kemaafan Diatas Keyetlanjuran, Terkasar Bahasa, Terselit Kekhilafan, Dan Apa Sahaja Jenis Kesalahan, Mohon Dimaafkan Agar Syawal Yang Kita Rai Tahun Ini Benar-Benar Beerti Yang Kita Kembali Kepada Fitrah Yang Murni ( Ad-Dien ) Dan Beroleh Kegembiraan Serta Kejayaan ( Al-Faizien ) Yang Sebenarnya, Semoga Ramadhan Yang Bakal Pergi Kita Temui Lagi Di Tahun Hadapan, InsyaAllah, Ameen Ya Salam !!!

Kami Juga Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri Kepada Semua Keluarga Di Malaysia, Terutamanya Di Sabah & Pulau Pinang, Mama Dan Kelurga Di Tawau, Mak Ayah & Keluarga Di Pulau Pinang, Keluarga Angkat Dan Mak2 Angkat Serta Sahabat-Sahabat Di Malaysia Dan Mesir Dan Kepada Semua Sahabat-Sahabat FB, Dan Kepada Semua Dan Siapa Sahaja Yang Mengenali Kami.

Semoga Amal Ibadah Kita Sepanjang Ramadhan Diterima Allah, Kerna Dialah Allah Yang Menghadiahkan Ramadhan Untuk Kita Mudah Beramal PadaNya... Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Jami'an !!! (",)

Sekali Lagi Kami Ucapkan Salam Lebaran Dan Salam Kasih Sayang Yang Tidak Terhingga Buat Anda Semua, Semoga Syawal Tahun Ini Lebih Bererti Dan Dimanfaatkan Sebaik-Baiknya, Agar Kehidupan Kita Bertambah Ceria Dan Diberkati Tuhan Robbul Izzati, Ameen Ya Ilahi !!! (",)


 
Ikhlas Dari (",) :

Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi, 
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Monday, September 6, 2010

Betapa Indahnya Ya Ilahi !!!

~ Doa Sajak, Betapa Indahnya !!! ~




Subhanallah.... (",)

Ya Alimul Hikmah , Indahnya dapat mengenaliMu,
Ya Quddusus Salam, Indahnya dapat mencintaiMu,
Ya Zal Jalali Wal Ikram, Indahnya dapat merinduiMu,
Ya Roja'i, Indahnya dapat mengasihiMu,

Ya Ilahi, Manisnya bermunajat padaMu,
Ya Alimun Bil ibad, Manisnya beribadah keranaMu,
Ya Allah, Manisnya merasai kehadiranMu,
Ya Rahmanir Rahim, Manisnya merasai Rahmat kasih sayangMu,


Subhanallah... (",)

Betapa indahnya ibadah jika kelazatan munajat dapat dirasai, 
Betapa indahnya Quran jika dapat menghayati setiap bait Kalam ilahi,
Betapa indahnya sholat jika roh sembahyang dapat dirasai,
Betapa indahnya zikrur Rahman jika setiap zikir menusuk Qolbi,

Betapa syahdunya malam kemuliaan lailatul qadri,
Seindah kesyahduan angan-angan menukil kalam berpuisi,
Betapa indahnya doa-doa dari seorang hamba ilahi,
Yang bersulamkan harapan dan cinta pada Redha Ilahi,

Betapa indahnya menitiskan air mata ketika tawajuh pada ilahi,
Betapa Indahnya dapat merasai nikmat Allah disiang hari,
Betapa indahnya dapat berjamaah sholat di shubuh hari,
Betapa indahnya dapat mengenali para pencinta ilahi,


Allahu Robbi.... (",)

Sungguh aku merindui saat indah bulan kemuliaan ini,
Tidak pernah kulalui kehidupan indah seindah lakaran Ramadhan ini,
Dapatku titiskan air mata tatkala dinaungi para pencinta Nabi,
Yang ku kagumi serta ku rindui agar ianya ku temui lagi selepas ini.

Subhanallah... (",)

Sungguh bertuah hamba-hambaMu Ya Tuhanku,
Yang dapat mengenali dirinya sebagai taraf hamba padaMu,
Meletakkan hati hanya cinta, kasih, rindu padaMu,
Seperti kasih dan rindunya para kekasihMu.

Dalam saat seperti ini, Rabiatul Adawiyyah yang selalu ku ingati,
Sejarah manisnya dapat mengungkapkan syair cinta padaMu Robbi,
Beruntung sekali Rabiatul Adawiyyah, keistimewaan dihadiahi,
Dari Tuhan yang menciptakan cinta di lubuk hati .. 


Subhanallah... (",)

Saat begini juga aku merindui Nabiku, Nabi Muhammad Rasulul Amin,
Insan mulia akhlak Quran Saidatina Aisyah Radhiallahu Anha gelarkan,
Al-Quran diibaratkan berjalan seiring peribadi junjungan,
Mukjizat Nur-cahaya kerahmatan dari Tuhan sekalian alam. 


Subhanallah... (",)

Betapa indahnya andai ianya kutemui lagi,
Hanya berserah pada ketentuan Ilahi,
Kerana Allah yang menciptakan pertemuan ini,
Pertemuan ibadah yang nyaman sangat tenang sekali.

Ya Allah, sungguh engkau mengetahui segala isi hati,
Baik segala yang nyata mahupun yang tersembunyi,
Pertemukanlah lagi aku dengan waktu-waktu sebegini,
Agar aku dapat ketenangan yang hakiki di alam ini.

Ameen ya Roja'i... Istajib doa'ie ya Robbi !!! (",)


~ Betapa Indahnya Ya Ilahi !!! ~


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.





Thursday, September 2, 2010

Sudah Tiba Masanya Wahai Ummat Rasulullah !

(  Sudah Tiba Masanya )

Sudah tiba masanya tunjukkan sifat kehambaan,
Sudah tiba masanya mengenal Alah bersifat kesempurnaan,
Sudah tiba masanya memakai pakaian ketakwaan,
Sudah tiba masanya menzhahirkan keimanan.

Sudah tiba masanya menjadi khalifah di bumi Tuhan,
Sudah tiba masanya menjadi hamba yang taat kepada Tuhan,
Sudah tiba masanya mengingati janji-janji di sisi Tuhan,
Sudah tiba masanya merasakan malaikat sentiasa berdampingan.

Sudah tiba masanya berakhlak dengan akhlak keislaman,
Sudah tiba masanya mencontohi keperibadian Rasul Junjungan,
Sudah tiba masanya beramal dengan Al-Quran dan Sunnah Junjungan,
Sudah tiba masanya kemuliaan Islam dipromosikan,

Sudah tiba masanya Islam diperjuangkan dan dikembangkan,
Sudah tiba masanya kita berkasih sayang kerana keimanan,
Sudah tiba masanya memperkukuhkan silaturRahman,
Sudah tiba masanya masjid diimarahkan dengan pengisian,

Sudah tiba masanya menjadi ummat Islam yang berwawasan,
Sudah tiba masanya memelihara Negara dari kebejatan,
Sudah tiba masanya khazanah Islam di ceritakan,
Sudah tiba masanya para Ulama’ dimuliakan.

Sudah tiba masanya sujud menyembah dihadapan Tuhan,
Sudah tiba masanya merindui segala kebaikan,
Sudah tiba masanya berkasih sayang sesame insane,
Sudah tiba masanya menggunakan nikmat di jalan redha Tuhan.

Sudah tiba masanya kita bersama-sama memperkembangkan islam,
Sudah tiba masanya kita mempromosi Allah dan Rasulullah s.a.w,
Sudah tiba masanya iklan akhlak Islamiyyah di khalayak umum,
Sudah tiba masanya kita menyebarkan salam sesame Islam.

Sudah tiba masanya masjid dan surau di jadikan pertemuan,
Sudah tiba masanya berjemaah di masjid & surau di penuhkan,
Sudah tiba masanya mensyukuri segala nikmat yg dianugerahkan,
Sudah tiba masanya support segala program keislaman.

Sudah tiba masanya permusuhan kita tinggalkan,
Sudah tiba masanya perdebatan dijauhkan sesame ilmuan,
Sudah tiba masanya kita berganding bahu dalam persaudaraan,
Sudah tiba masanya kita menghormati sesame insane.

Sudah tiba masanya majlis ilmuan di raikan,
Sudah tiba masanya para ulama’ di jadikan rujukan,
Sudah tiba masanya segala ilmu diamalkan,
Sudah tiba masanya persengketaan dijauhkan,

Sudah tiba masanya segala penghinaan diketepikan,
Sudah tiba masanya segala fitnah di elakkan,
Sudah tiba masanya segala kesalahan di perbetulkan,
Sudah tiba masanya segala makian di bersihkan,

Sudah tiba masanya merindui syahid di jalan Tuhan,
Sudah tiba masanya merindui Nabi Muhammad s.a.w,
Sudah tiba masanya merindui para pejuang Islam,
Sudah tiba masanya merindui para sahabat radhiallahu anhum ajmain,

Sudah tiba masanya cintakan amalan keakhiratan,
Sudah tiba masanya cintakan kematian dan jannah Tuhan,
Sudah tiba masanya meletakkan akhirat di kehadapan,
Sudah tiba masanya untuk tidak mencintai keduniaan,

Sudah tiba masanya Allah dan Rasulullah cinta yang diutamakan,
Sudah tiba masanya Al-Quran dan Sunnah menjadi amalan seharian,
Sudah tiba masanya Allah dibesarkan disegenap kehidupan,
Sudah tiba masanya berbakti pada agama Islam secara keseluruhan.

Sudah Tiba Masanya Wahai Ummat Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam !!!



 ( Sajak, Pasti Akan Tiba Saatnya ! )


Apa Lagi Yang Kau Tunggu Tiba Saatnya,
Adakah Harta Yang Kau Cari Di Dunia Yang Bakal Fana,
Atau Pangkat Yang Kau Kejar Kau Sangka Mulia,
Atau Wanita Yang Engkau Mahu Belai Manja,

Ingatlah Wahai Manusia,
Saat Yang Pasti Tiba Mesti Akan Tiba,
Kau Tidak Bisa Menundanya Dengan Kuasa,
Tidak Juga Dengan Harta Dan Mutiara,

Bila Tiba Saatnya Penutup Mata,
Tiba Juga Saatnya Pekak Telinga,
Hidung Pula Tiada Merasa Baunya,
Lidah Dan Mulut Diam Selamanya,

Kau Pasti Merasai Benar Inilah Saatnya,
Alangkah Indahnya Jika Saat Ini Allah Redha,
Taubat Sempat Aku Curah Dalam KeampunanNya,
RahmatNya Ku Kecapi Dengan Nikmatnya..

Ahh... Tidak !

Aku Tidak Menyangka Sudah Tiba Masanya,
Kenapa Aku Begini Sedemikian Rupa,
Kaku Dan Kebas Kelu Merana,
Sengsara Derita Aduh Sakitnya.

Sudah Tiba Masanya Ruh Terpisah Dari Jasadnya,
Sungguh Aku Tidak Menyangka Begini Muda,
Malaikat Datang Mencabut Nyawa,
Tidak Bisa Ku Bayangkan Betapa Sakitnya.

Sebelum Terlambat Diusung Kesana,
Insaflah Diri Dengan Taubat Nasuha,
Yang Tiba Pasti Akan Tiba,
Tinggal Tunggu Saatnya Menjemput Kita ! 

( Abi Zuyyin )



Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir, Bumi Barakah Para Nabi.



Wednesday, September 1, 2010

Merenung Melalui Jendela Hikmah !

~ Sesaat Ku Merenung Jendela Hikmah, 
Ku Temui Hati Berbicara Sejujurnya,

Hidayah Meresap Dibuaian Indah, 
Yang Bisa Diterjemah Melalui Bahasa,

Selamat Membaca Nasihat Berhikmah, 
Dari Abi Zuyyin Hambanya Allah

Manfaat Kalam Pada Ummah,
Mutiara Kalamullah Dan Kalam Rasulullah,

Dilorong Jannah Ilmu Kian Indah,
Mengalir Ilmu Hikmah Sang Pujangga,


Hukama' Tafsir Dokong Amanah,
Hijrah Kearah Hidayah Allah.


Rahmat Meluas Dipelusuk Hidayah,
Memeluk Hamba Cintakan Allah,


Dibajai Sunnah Pusaka Rasullah,
Nikmat Ukhuwah Cermin Syurga.


Semoga Allah Merdekakan Minda 
Merenung Melalui Jendela Hikmah ~

 

“ Kemuliaan seseorang di 10 akhir ramadhan ialah yang beriktikaf di masjid, Manakala Kemuliaan Seseorang yang berada di rumah ialah yang bangun qiamulail beribadah, Adapun kemuliaan seseorang hamba Allah yang sebenarnya bukan yang qiamullail, bukan juga yang iktikaf tapi yang meletakkan hatinya hanya takut kepada Allah Azza Wa Jalla walau di mana saja berada ”

 
“ Sekiranya perangai hantu yang ditunjukkan seseorang Islam kepada kamu, maka ucaplah salam Assalamualaikum padanya, mudah-mudahan dengan ucapan salam boleh merubah perangai hantunya kepada sifat malunya pada kamu ”

 
" Anggaplah wanita yang bukan hakmu sebagai burung-burung yang berterbangan, walau bagaimanapun kuat keinginanmu padanya engkau tidak akan dapat menggapainya, Melainkan setelah engkau tahu dimana tuannya, lantas mengijab kabulnya melalui mahar harta yang bisa engkau belai sesukamu dalam sangkar kamarnya ”

 
“ Matahari pagi bukti kebesaran Allah azza wa jalla yang ditayangkan kepada Ulul Albab, semakin terang cahayanya maka semakin bersinarlah nur hidayah Allah di hatinya ”

 
“ Pemurah hati @ hati yang pemurah yang mendoakan saudaranya itu lebih mudah bagi setiap hamba, daripada sikap pemurahnya orang kaya yang mendermakan harta, kerana pemurah hati semua boleh melakukannya adapun pemurah harta hanya tertentu yang memiliki harta ”

 
“ Malam kemuliaan dan kebesaran lailatul qadr berlaku pada malam ganjil yakni pada malam rahsia dari segala rahsia para penduga, semata-mata menguji sejauh mana  kejujuran hambaNya beribadah bermujahadah padaNya, Kalaulah malam rahsia yang tersangat mahal itu diketahui bila berlakunya nescaya engkau akan lihat ramai orang Islam beribadah bermujahadah pada satu malamnya tidak pada malam keduanya ”




" Sekiranya Anda Memperjuangkan Kebenaran (Islam), Maka Segala Apa Sahaja Peringatan Yg Dberikan Melalui Al-Quran n Sunnah Nabi Muhammad SAW Srt Para Salafussoleh Yg Ikhlas dlm Beramal, Nescaya Anda Tidak Merasa Keberatan Untuk Menerimanya, Sekiranya Anda Keberatan, Itu Menunjukkan Yg Anda Bukan Pejuang Sejati ! "


" Orang Yg Dapat Merasai Nikmatnya Bersahabat Ialah Mereka Yg Selalu Menghargai, Mensyukuri Dan Mendoakannya, Sepertimana Dia Merasai Nikmatnya Air Dikala Tersangat Dahaga Lantas Terbit Dibirnya Kalimah Mulia Syukur Alhamdulillah "

 
" Saya Bersyukur Berkawan Dgn Org Jahil, Saya Bersyukur Bersahabat Dgn Org Alim, Saya Bersyukur Bersahabat Dengan Org Yg Tdk Beradab,N Saya Bersyukur Bersahabat Dgn Sesiapa Shj. Jk Kudapati Kwn Jahil Kudoakan Hdayah Moga Berilmu, Jk Sahabat Alim Kudoa mg Mnjd Spertinya, Jk Kawn tak Beradab Kudoakan mg Beradab sesamanya Apatah lagi Beradab kepada Allah " 



Kalam Mutiara Abi zuYYin (“,)

Hamba Ilahi :
Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.
Related Posts with Thumbnails