Monday, December 6, 2010

Hijrah Utama Kearah Allah !!!

Lirik Nasyid : Hijrah Utama Kearah Allah !!!


Maal Hijrah Pembuka Sejarah,
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah,
Kaum Muhajirin Dan Juga Ansar,
Yang Turut Setia Bersama Baginda,

Dengan Mengorbankan Harta Dan Nyawa,
Demi Islam Yang Tercinta......

Bagi Siapa Berhijrah Menuju Allah Dan Rasulnya,
Maka Hijrahnya Mendapat Redha....
Jika Hijrah Sebaliknya Kerana Keduniaan,
Maka Hijrahnya Apa Yang Ia Hijrahkannya....

Hijrah... Itu Memang Payah...
Bahkan Ianya Susah Pula...
Melainkan Hijrah Kerana Allah...
Maka Hijrahnya Sangat Bermakna...

Dari Kemunduran Kearah Ketamadunan,
Dari Kejahilan Kearah Pengetahuan,
Dari Kejahatan Kearah Kebaikan,
Hijrah Utama Kearah Allah...

Dulu Lagi Rasul Berhijrah...
Jihad Di Jalan Allah...
Kini Kita Berhijrah Melawan Hawa Nafsu Immarah....


Lirik Hasil Ciptaan :

Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Thursday, December 2, 2010

Iklan: Sajak Blog Berwajah Baru (",)









Bismillah Walhamdulillah Segala Puji Bagi Allah,

Yang Telah Mempermudahkan Segalanya,

Selawat Dan Salam Keatas Rasulillah,

Dan Keluarga Serta Para Sahabat Yang Mulia.



Blog Idea Islamic Telah Bertukar Wajah,

Wajah Biru Laut Moga Indah Dipandang Mata,

Semuanya Tujuan Dakwah Islamiyyah,

Untuk Berkongsi  Ilmu Dan Info Semasa,


Ilmu Tauhid, Akhlak Taswawuf Dan Ibadah,

Akan Saya Cuba Terbit Dan Nukilkan Pelbagai Cara,

Mungkin Dengan Tinta-Tinta Hikmah Yang Indah,

Agar Sedap Dibaca Dan Mengambil  Faedah Darinya.



Boleh Jadi Juga Dengan Lirik-Lirik Lagu Nasyidah,

Atau Video-Video Yang Merangsang Iman Di Jiwa,

Seperti Bacaan Quran, Ceramah, Sajak Dan Juga Tazkirah,

Tujuannya Adalah Untuk Mencari Redha Allah Yang Esa.



Maafkan Sekiranya Ada Kesilapan Dan Juga Salah,

Mohon Ditegur Diperbetulkan Cara Dakwah Dan Hikmahnya,

Jika Ada Pandangan Dan Idea Dari Akhawat Dan Ikhwah,

Sila Lontarkan Diruangan Komen Yang Tersedia.



Akhir Kalam Saya Ucapkan Syukran Kerana Sudi Ziarah,

Saya Doakan Semoga Mendapat Ketenangan Yang Bahagia,

Serta Memperolehi Rahmat, Barakah Dan Hidayah Allah,

Supaya Berbekal Amalan Dunia Menuju Akhirat Sana.

Related Posts with Thumbnails