Saturday, July 30, 2011

Merindui Rasulullah!



Atas perkongsian ilmiyyah, marilah sama-sama kita mendengar tazkirah bertajuk
Kerinduan Rasulullah s.a.w kepada Ummatnya di video ini!




Semoga bermanfaat buat semua...

Sahabat, semoga dengan video ini dapat menjinakkan hati kita untuk mengingati Rasulullah s.a.w agar terbit di lidah kita untuk memuji dan selawat keatas baginda yang mulia.

Selamat beramal di bulan puasa!


Kamarudin Toyo
Walidain, Hayyu Asyir, Kaherah.

Sunday, July 24, 2011

Pasti Akan Tiba Saatnya !




( Pasti Akan Tiba Saatnya ! )

Apa Lagi Yang Kau Tunggu Tiba Saatnya,
Adakah Harta Yang Kau Cari Di Dunia Yang Bakal Fana,
Atau Pangkat Yang Kau Kejar Kau Sangka Mulia,
Atau Wanita Yang Engkau Mahu Belai Manja Dan Mesra,

Ingatlah Wahai Manusia,
Saat Yang Pasti Tiba Mesti Akan Tiba,
Kau Tidak Bisa Menundanya Dengan Kuasa,
Tidak Juga Dengan Harta Dan Mutiara,


Bila Tiba Saatnya Penutup Mata,
Tiba Juga Saatnya Pekak Telinga,
Hidung Pula Tiada Merasa Baunya,
Lidah Dan Mulut Diam Selamanya,


Kau Pasti Merasai Benar Inilah Saatnya,
Alangkah Indahnya Jika Saat Ini Allah Redha,
Taubat Sempat Aku Curah Dalam KeampunanNya,
RahmatNya Ku Kecapi Dengan Nikmatnya..


Ahh... Tidak !

Aku Tidak Menyangka Sudah Tiba Masanya,
Kenapa Aku Begini Sedemikian Rupa,
Kaku Dan Kebas Kelu Merana,
Sengsara Derita Aduh Sakitnya.

Sudah Tiba Masanya Ruh Terpisah Dari Jasadnya,
Sungguh Aku Tidak Menyangka Begini Muda,
Malaikat Datang Mencabut Nyawa,
Tidak Bisa Ku Bayangkan Betapa Sakitnya.

Sebelum Terlambat Diusung Kesana,
Insaflah Diri Dengan Taubat Nasuha,
Yang Tiba Pasti Akan Tiba,
Tinggal Tunggu Saatnya Menjemput Kita !



Karya : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir, Bumi Barakah Para Nabi.

Thursday, July 21, 2011

Isteri, Amanah Dari Tuhan.

Isteri merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yang lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dengan sebaik-baik jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.


 Sebab ia merupakan amanah daripada Allah sepertimana Sabda Rasulullah saw :"Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu). Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah."

"Dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu (suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab."

"Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembela atas perempuan (isteri) berdasarkan apa-apa yang telah dilebihkan Allah bagi yang satu daripada yang lain. Dan berdasarkan apa-apa yang mereka nafkahkan dengan harta mereka."





Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Salam bersabda : "Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatimu, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya." (Hadis riwayat Ibn Jabir)


Dan lagi firman Allah s.w.t : "Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir." (Surah Ar-Ruum: 21)



( Isteri Amanah Dari Tuhan )


Hikmah Pernikahan Telah Dijelaskan,
Dalam Firman Tuhan Yang Maha Rahman,
Untuk Mewujudkan Kebahagiaan,
Keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah...


Peribadimu Menyejukkan Jiwa,
Penawar Duka Dikala Lara,
Menjaga Maruah Demi Agama, 
Agar Jadi Isteri Yang Sholehah,


Sentuhanmu Penuh Kemesraan,
Melembutkan Perasaan,
Wajahmu Mendamaikan,
Moga Dalam Keredhaan.


Isteri Amanah Dari Tuhan..
Bukan Untuk Dipermainkan,
Tapi Curahkan Kasih Sayang,
Menuju Syurga Impian.


Ya Allah, Hanya Dengan RahmatMu,
Dapat Menyatukan Ku Dan Dia,
Kekal Cinta Hingga Ke Syurga,
Bahagia Selamanya... (",)


Di Dunia Dan Di Akhirat Jua.... (",)


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo,
Universiti Al-Azhar Cairo Mesir.

Related Posts with Thumbnails