Saturday, December 10, 2011

'First Time' Ke Destinasi Iskandariah

Alhamdulillah segala puja dan puji itu tertentu hanya milik Allah Subhanahu Wa Taa'la yang telah memberikan kemudahan, kesenangan, kegembiraan, ketenangan, keceriaan dan kenikmatan serta keselamatan. Dan selawat serta salam keatas Junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w serta keluarga baginda dan sahabat2 baginda amnya.

Alhamdulillah misi dakwah dan perkongsian ilmu serta ziarah ke bumi Iskandariah semuanya berjalan dengan baik. Selama saya berada di Mesir belum pernah saya menjejakkan kaki ke bumi Iskandariah bahkan tidak pernah langsung keluar dari bumi kaherah, inilah kali pertama menjejakinya. Subhanallah. semua dalam rencananya dan sudah tentu ada hikmahnya disebaliknya.

pada hari khamis 8 haribulan 12 baru2 ini saya mendapat undangan dan jemputan untuk berceramah dalam sebuah forum sempena Ma'al Hijrah yang dianjurkan oleh 'PCI' Perubatan cawangan Iskandariah.



Saya dan se'family yang ditemani oleh Ust Haris pergi ke sana dengan menaiki kereta api dari Ramsis. Yang mana perjalanan mengambil masa selama 2 atau 3 jam. kami bertolak jam 2 petang dan sampai di Iskandariah hampir jam 5 petang. Sampai sahaja di Iskandariah kami dijemput oleh Dr Munzir, yang menjadi pengurus dalam segala urusan kami disana. dan pada jam 6.30 pula akan menyampaikan forum di dewan masrah Iskandariah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. cuma sedikit gugup bercampur segan kerana sudah lama tidak berforum dan berceramah di pentas yang dihadiri oleh ramai orang. Maklumlah pertukaran cuaca dan tempat, sejuk pulak tu... huhu alasan… walaubagaimanapun semuanya berjalan menurut apa yang dikehendaki Allah.

Habis sahaja forum kami pergi ke asrama  pelajar tajaan MARA. di sana kami dihidangkan sedikit jamuan. disamping bersembang2 dan berkenal-kenalan diantara ahli panel dan sahabat2 lainnya. Kemudian kami pun menaiki teksi untuk pergi ke asrama pelajar di rumah negeri Sabah. yang terletak berhampiran dengan pantai. disitulah kami bermalam.

Keesokan harinya pula kami pergi berziarah di qal'ah dan maqam2 yang berdekatan dan yang sempat sebab hari ini kami akan pulang semula ke kaherah menaiki kereta api tepat pada jam 6 petang. sebelum keluar dari rumah sabah saya sempat melayari facebook dan sempat meng'update status yang bebunyi:

 Alhamdulillah, sekarang berada di Iskandariah,
Semalam berforum sempena Ma'al hijrah,
HijraturRasul dari Kota Mekah ke Kota Madinah,
Yang banyak pengajaran teladan, Ibrah dan Hikmah,

Bersama ahli panel dan hadirin doktor dan doktorah,
Bertempat pula di dewan Masrah Iskandariah,
Ku kongsikan menurut apa yang dikehendaki Allah,
Ku singkatkan hanya 5 T Menjadi Ibrah,

T yang pertama ialah Pengorbanan 'Tadhiyah',
T yang kedua 'Tagyir' perubahan dan berubah,,
T Yang ketiga 'Tawakkal' berserah kepada Allah,
T yang keempat iaitulah 'Tarbiyah',
T kelima Taat dan 'Takwa' Kepada Allah,

Sekarang ni berada di rumah negeri Sabah,
Kejap lagi mahu berjalan berziarah,
Oleh kerana hari ini hari jumaat yang penuh barakah,
Maka selayaknyalah kita selawat, berzikir serta berfikir kebesaran Allah.

Salam Jumaat semua (",)


Diantara maqam yang sempat kami ziarahi ialah maqam Syeikh Abul Abbas Almarsi dan Imam Busyairi. Ziarah maqam maqam para auliya' dan orang2 sholeh serta menziarahi para Ulama' ni sudah menjadi kebiasaan dan kalau tidak menziarahinya rasa lain dan seolah2 ada yang tidak kena kerana ia merupakan satu adab yang mensti ada kepada seseorang lebih2 lagi yang bergelar penuntut ilmu.

Selepas daripada itu kami pergi mendengar simaul hadis di masjid al-amru yang mana pembacaan hadis diketuai oleh Syeikh Ibrahim Al-Kittani hafizahullah taala, dan Alhamdulillah kami sempat mendengar beberapa hadis dari Ulama' yang hadir disitu dan sempat juga bersalam dengan syeikh Ibrahim al-Kittani. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Begitulah kenangan terindah berada di sana walau sehari tapi rasa macam lama.. huhu, rindu nak kesana lagi sebab banyak tempat yang belum diziarahi. InsyaAllah ada rezeki dan jika ada rencananya sejak azali lagi tentu akan kesana lagi suatu hari nanti insyaAllah.

Ini sedikit gambar yang boleh menjadi titipan buat kenangan.


Keretaapi yang kami naiki


Sahabat yang setia menemani, ust haris dan dr munzir
 moga Allah sentiasa menyayangi kalian dan
moga hubungan yang terbina hingga sampai ke syurga

keluarga Islamik di asrama MARA

 

Tengah berforum dewan Masrah Iskandariah

Rumah Sabah


Syeikh Ibrahim Al-Kittani

Masjid tempat pembacaan hadis syamail Muhammadiah


di qal'ah

zuyin takut ngan meriam

budak arab ni nak bergambar ngan zuyin

keluarga Islamik

zuyin dan ummi di tepi pantai


Alhamdulillah... ' First Time Ke Destinasi Iskandariah '.

Thursday, December 1, 2011

Kitab Sulung Versi Jawi : 'Al-Mau'izah Al-Hasanah'

   
Alhamdulillah hamba yang hina lagi faqir dan kerdil ini dapat menyiapkan sebuah kitab sulung kitab 'AL-MAUIZAH AL-HASANAH', hanya tinggal dicetak lepas imtihan nanti insyaAllah, mohon doa sahabat-sahabat ya supaya semuanya baik2 aja insyaAllah dan doakan semoga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah azza wa jalla (",) Amin!

" تيادله يڠ لأين يڠ ايڠين همبا سبوتكن
 ملاءينكن مموجي سباڽق- باڽقث كڤد توهن
 يڠ ممبريكن قدرة دان نصرة دالم مڽياڤكن
 كتاب يڠ همبا نماءي اكن دي دڠن " 

" اَلْمَوْعِظَةُ الْحَسَنَةُ مِنَ الْأَبْيَاتِ الشِّعْرِيَّةِ الْمُزَيَّنَةُ بِالْأَحَادِيثِ النَّبَوِيَّةِ الشَّرِيفَة."


Jazakallah buat guru2 saya yang banyak mengajar, membantu dan memperhalusi serta menghiasi nama kitab kecil ini, moga Allah sentiasa menyayangi kalian degan ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang barakah serta hidup dipenuhi dengan panduan hidayahNya, amin wal hamdulillahi Robbil Alamin, amin!  (",) 


Contoh Bagi  Halaman Hadapan


Contoh Bagi Halaman Belakang



 مقدمه


الله

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

قال الله تعالى في القرآن الكريم

أدْعُ إِلى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَ الْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَ جَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَانُ

كو مولاءي كلام اين دڠن مڽبوت نام الله  يڠ امت ڤموره كڤد همباث ددالم نݢري دنيا لاݢي يڠ امت مڠاسيهاني اكن همباث يڠ مؤمن ددالم نݢري اخيرة ننتي ( اَلْحَمْدُ لله اَلَّذِيْ هَدَانَا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمَ  وَ الصَّلَاةُ وَ السَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ )  سݢالا ڤوجي- ڤوجين ايت ترتنتو باݢي الله سبحانه و تعالى توهن يڠ ممبريكن ڤتونجوق كقد كامي كقد جالن يڠ بتول دان رحمة الله دان سلامث اتس ڤڠهولو كامي نبي محمد دان اتس كلوارݢث دان صحابة سكالين مريكا ايت. ( أما بعد ) اداڤون يڠ دمكين داري ايت كتيكامان همبا بركوڠسي نصيحة د لامن عالم ماي ڤد زمان همبا مك مڠهنتر ڤسانن ساله سؤرڠ صحابة همبا دان مڽوروه سرتا ممبريكن چداڠن اݢر همبا ممبوات سبواه بوكو اتو كتاب بركنأن تنتڠ نصيحة2 اݢام مك ممڤركننكن اوليه همبا يڠ فقير لاݢي ضعيف سرتا تياد علمو دان كورڠ عمل اين اكن ڤرمينتأن دان چادڠنث ايت ڤداهل همبا هاڽ برسره كڤد الله يڠ مها عليم لاݢي يڠ امت بيجقسان سباݢيمان فرمانڽ (( " سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَالَنَآ إِلَا مَا عَلّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ العَلِيْمُ الحَكِيم." ))  البقرة : 32. يڠ ارتيث : مها سوچي اڠكاو واهي توهن كامي تيادله علمو كامي ولوڤون سديكيت دان ستيتيق ملاءينكن اڤ جنيس علمو يڠ تله اڠكاو اجركن كڤد كامي سانديث اڠكاو تيدق مڠاجركن كڤد كامي نسچاي اڤاڤون كامي تياد مڠتاهؤي كران سسوڠݢوهث اڠكاو مها مڠتاهؤي لاݢي يڠ مها بيجقسان. دان تيادله يڠ لأين يڠ ايڠين همبا سبوتكن ملاءينكن مموجي سباڽق- باڽقث كڤد توهن يڠ ممبريكن قدرة دان نصرة دالم مڽياڤكن كتاب اين يأيت كتاب يڠ همبا نماءي اكن دي دڠن نام," الْمَوْعِظَةُ الْحَسَنَةُ مِنَ الْأَبْيَاتِ الشِّعْرِيَّةِ الْمُزَيَّنَةُ بِالْأَحَادِيثِ النَّبَوِيَّةِ الشَّرِيفَةِ ." يڠ مقصودث : نصيحة ڤڠاجران يڠ بأيق درڤد بيت2 شعر يڠ دهياسي دڠن حديث- حديث نبي يڠ موليا. نام اين همبا امبيل برسمڤنا دڠن أية سوچي القرآن الكريم فرمان الله سبحانه و تعالى (( " ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ " )) سوره النحل : 125. يڠ مقصودث : " سروله كجالن توهنمو ( واهي محمد ) دڠن حكمه كبيجقسنأن دان نصيحة ڤڠاجران يڠ بأيق دان بربهسله دڠن مريكا ( يڠ اڠكاو سروكن ايت ) دڠن چارا يڠ لبيه بأيق, سسوڠݢوهڽ توهنمو دياله جوا يڠ لبيه مڠتاهؤي اكن اورڠ2 يڠ سست داري جالنڽ, دان دياله جوا يڠ لبيه مڠتاهؤي اكن اورڠ2 يڠ منداڤت هدايه ڤتونجوق. دان برسمڤنا حديث نبي صلى الله عليه و سلم (( " عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيمِ بنِ عَوْسٍ الدَّارِي رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِي قَالَ : الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّه وَ لِكِتَابَهِ وَ لِرَسُولِهِ وَ لِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَ عَامَّتِهِمْ." )) . رواه مسلم.  يڠ مقصودث : داري أبي رقية تميم بن عوس الداري رضى الله عنه بهوا نبي برسبدا : اݢام ايت نصيحة. كامي بركات : باݢي سياڤ؟ اي برسبدا : باݢي الله دان باݢي كتابث دان باݢي رسولث دان إمام- إمام قوم مسلمين دان باݢي اورڠ رامي مريكا ايت." دان جوݢا  كران منجونجوڠ سبدا نبي صلى الله عليه و سلم (( " الدَّالُّ عَلَى الْخَيرِ كَفَاعِلِهِ ." )) . رواه ترمذي. يڠ مقصودث : منونجوقكن كڤد سواتو كباءيقكن ايت سامله ساءومڤام ملاكوكنث. دان همبا برهارڤ اݢر كتاب اين برمنفعة بوات ديري همبا تراوتامث كمودين بوات سياڤ سهاج يڠ ممباچث دان ممڤلاجاريث دان مطالعهث دان مڠاجركنث سرتا يڠ برحاجت انتوق مندكتكن ديريث كڤد توهنث كران تيادله يڠ همبا ايڠينكن ملاءينكن كريضأن درڤد الله جوا دان كسلامتن ددنيا اين لبيه2 لاݢي سلڤس كماتين همبا دان كتيكا برتمو دڠن الحق داخيرة ننتي يڠ بنر ڤستي كوجودنث. 



و صلى الله على سيدنا محمد خاتم النبيين و على آله و صحبه و سلم
 و الحمد لله رب العالمين آمين!


الفقير إلى مغفرة و رحمة ربه
 قمرالدين إبن تويو الفتاوي الصباحي
Related Posts with Thumbnails