Thursday, April 19, 2012

Video Tazkirah: Diskusi Kitab ' Al-Mauizah Al-Hasanah '


Sedikit Perkongsian Tazkirah Dari Diskusi Kitab Sulung ' Al-Mauizah Al-Hasanah '
Bertempat Di Surau Rumah Negeri Sabah Kaherah Mesir ( WYSK )



TITLE: UNTUK ALLAH KERNA ALLAH
REDHAMU YA ALLAH !!!




TITLE: UTAMAKAN ZIARAH MASJIDIL HARAM,
 MASJID NABAWI DAN MASJID AQSA





TITLE: FOKUS SHOLAT !!!




TENTANG SYAIR QIS BIN SA'ADAH



SEMOGA BERMANFAAT !!!


" BERILAH PERINGATAN
KERANA PERINGATAN ITU BERMANFAAT BUAT INSAN BERIMAN "

Thursday, April 12, 2012

Sinopsis Buku Himpunan 25 Lirik Nasyid Dan Bait Syair (Bakal Terbit) InsyaAllah

BAKAL TERBIT INSYA'ALLAH


Sinopsis Buku Himpunan 25 Lirik Nasyid Dan Bait Syair 

Buku himpunan lirik nasyid dan bait syair yang tertulis dalam buku ini menceritakan tentang lirik-lirik dan bait-bait Islamik yang lahir dari inspirasi penulis sepanjang keberadaan menuntut ilmu di Bumi Anbiya' Ardhul Kinanah Kaherah Mesir. Dan kesemua lirik nasyid dalam buku ini menceritakan kisah kehidupan penulis bermula dari nukilan nasyid yang pertama ' SAHABA SEJATI' sehingga nasyid yang ke-25 'DUA KOTA CINTA NAN BERCAHAYA' yang diinspirasikan ILAHI selepas pulang dari Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Semuanya berkisar tentang perasaan penulis. Adakalanya perasaan cinta kepada ALLAH, perasaan rindu kepada RASULULLAH shallallahu 'alaihi wassalam, perasaan gembira kerana merasakan rahmat dari ALLAH dan sebagainya. Dan setiap bait dalam buku himpunan ini boleh dijadikan motivasi kepada siapa sahaja yang membacanya bahkan sesuai bagi mereka yang mencintai Tuhannya, Merindui Rasulnya dan yang berjuang untuk agamanya, menginsafi kesalahan dan dosanya dan yang ingin bermunajat kepada Khaliqnya serta yang ingin mengetahui hikmah ujian mehnah dari ALLAHU Ta'ala buatnya. Dalam buku ini ada natijah serta solusi sakinahnya insya'Allah. Akhir kalam saya berharap semoga himpunan lirik nasyid dan bait syair ini bermanfaat buat diri saya terutamanya dan sekalian pembaca yang budiman yang dirahmati ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Amin Ya Robbal Alamin Wal Hamdulillahi Robbil Alamin, Amin !



Firman Allahu Ta’ala:
وما أنفقتم من شَيْءٍ فهو يُخلفه وهو خير الرازقين ( السبأ: 39)
"Apa sahaja yang kamu belanjakan nescaya Dia (Allah) Akan ganti
 dan dia (Allah) sebaik-baik pemberi rezeki. "




Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.
Related Posts with Thumbnails