Monday, July 30, 2012

Tahnik Muhammad Habibullah & Kisah Namanya


Alhamdulillah Muhammad Habibullah sudah selesai ditahnik dan semuanya seperti dalam perancangan...

Muhammad Habibullah lahir pada hari ahad 22/7/2012 bersamaan 2 ramadhan 1433 H.
Tahnik pada hari sabtu 28/7/2012 bersamaan 8 ramadhan 1433 H. 

Muhammad Habibullah ditahnikkan oleh seorang Tok Guru Ulama Muda Pulau Pinang iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdul Mutallib Makruf ( Pengasas Yayasan An-Nahdhoh Inn ).

Saya selalu menghadiri kuliah pengajiannya yang berlangsung setiap hari sabtu jam 9 pagi sehingga jam 11 pagi bertempat di Madrasah an-Nahdhoh inn.

Tujuan saya mentahnikkan Muhammad Habibullah kepada al-Fadhil adalah untuk mengambil keberkatan ( Littabaruk ) dari Ulama yang sholeh. Kerana lidah dan mulut mereka selalu menyebut nama Allah ( Zikrullah ) membaca al-Quran, mengajarkan ilmu dan selawat keatas Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan atas sebab itulah disunatkan bertahnik. Dengan harapan agar anak saya nanti menjadi orang-orang yang sholeh, Ulama yang beramal dengan ilmunya dan bertakwa kepada Allah asbab barakah dari para alim Ulama kepadanya.

Dan pada malam tersebut jugalah nama anak saya sah dengan dengan nama Muhammad Habibullah. Ini berdasarkan kisah yang saya paparkan sebelum ini iaitu kisah di Mekkah dan kisah selepas kepulangan kami dari Madinah Al-Munawwarah.

Kisah Pertama:

Bismillah... Semasa kami berada di Makkah Al-Mukarramah,
Bayi kami baru 4 bulan dalam kandungan Ummi,
Ada seorang orang Arab Mesir istimewa duduk diatas kerusi roda,
Bersholat dan berdoa dihadapan pintu Masjidil Haram,
Setelah beliau selesai bersholat dan berdoa,
Kami berkenalan dan berta'aruf dengannya,
Beliau suka melihat Zuyin dan beliau memanggil Zuyin dengan panggilan Aisyah.

Dipendekkan cerita.. kami beritahu yang zuyin bakal mendapat adik,

Beliau pun kata insyaAllah anak itu laki-laki,
lalu dia pun terus berikan nama, dan nama yang beliau berikan ialah 'Muhammad'
Kami tersenyum... lalu kami tanya dia kalau anak perempuan?
beliau menjawab, tak anak itu laki-laki.. berulang kali beliau menstabitkan jantina tersebut.

Kisah Kedua:

Malam pertama di Mesir selepas pulang dari Madinah Al-Munawwarah,
Ummi bermimpi dengan seorang kanak-kanak lelaki,
Berjubah putih dan memakai kopiah putih,

Anak kecil itu memegang tangan Ummi dan mengajak ummi:
" Nak duduk di Madinah! nak duduk di Maqam Nabi! "


*******************

Begitulah kisah dan ceritanya. Muhammad Habibullah membawa maksud Muhammad Kekasih Allah. ( Nisbah kepada nama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam sebagai kekasih Allah ). nama Muhammad itu kami ambil sempena kisah tersebut, dan saya menambahi murakkabnya dengan Habibullah yakni kekasih Allah. Saya cuma meminjam nama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dengan harapan semoga anak saya boleh mengikuti dan mencontohi keperibadian serta tingkah laku akhlak Baginda Muhammad shallallahu alaihi wassalam samaada perbuatannya, perkataan mahupun amalannya. insyaAllah biiznillahi taala.

Sekitar gambar tahnik Muhammad Habibullah bersama Al-Fadhil Ust Abdul Mutallib Makruf.


Ustaz Abdul Mutallib Memasukkan Kurma Ke Dalam Mulut Muhammad


Ust Mutallib Memberikan Minuman Zam-Zam Kepada Muhammad

Abi Dan Muhammad Habibullah


Selepas Tahnik Bergambar Bersama Al-Fadhil Ust Mutallib Makruf


" Ya Allah jadikanlah anak hamba anak yang barakah di dunia dan di yaumil qiamah, dan jadikanlah dia hambaMu yang sholeh yang beriman dan bertakwa serta cinta kepadaMu ya Allah agar dia selamat di dunia dan akhirat. Ya Allah pimpin dan bimbinglah hatinya kejalan yang Engkau redhai kejalan yang penuh kebenaran lagi penuh ketakwaan. Ya Allah jadikanlah anak hamba bersifat seperti namanya ya Allah dan yang mencontohi keperibadian Rasulullah shallallahu alaihi wassalam serta lindungilah zuriat keturunan  hamba dari godaan syaithan yang direjam, dengan berkat rahmatMu  ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Perkenankanlah ! amin ya Allah !



Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi
Taek Gelugor Spu Pulau Pinang

Wednesday, July 25, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Muhammad ! (",)

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Ashabihi Ajmain.

Alhamdulillah segala puja dan puji hanya tertentu milik Allah Tuhan sekalian alam yang menciptakan malam dan siang serta menciptakan semua mahkluknya. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad shallallahu alaihi Wassalam keatas keluarga Baginda dan Sahabat-sahabat Baginda semuanya.

Alhamdulillah.. Allah mengurniakan kepada keluarga kami seorang bayi lelaki pada tanggal 22/7/2012 bersamaan 2 Ramadhan 1433H seberat bayi 2.8 Kilo Gram.



Ismi Muhammad (",)
 

InsyaAllah kami akan memberikan nama dengan nama 'Muhammad'. Berdasarkan kisah yang kami ambil dari dua kisah di bawah ini:


Kisah Pertama:

Bismillah... Semasa kami berada di Makkah Al-Mukarramah,
Bayi kami baru 4 bulan dalam kandungan Ummi,
Ada seorang orang Arab Mesir istimewa duduk diatas kerusi roda,
Bersholat dan berdoa dihadapan pintu Masjidil Haram,
Setelah beliau selesai bersholat dan berdoa,
Kami berkenalan dan berta'aruf dengannya,
Beliau suka melihat Zuyin dan beliau memanggil Zuyin dengan panggilan Aisyah.

Dipendekkan cerita.. kami beritahu yang zuyin bakal mendapat adik,

Beliau pun kata insyaAllah anak itu laki-laki,
lalu dia pun terus berikan nama, dan nama yang beliau berikan ialah 'Muhammad'
Kami tersenyum... lalu kami tanya dia kalau anak perempuan?
beliau menjawab, tak anak itu laki-laki.. berulang kali beliau menstabitkan jantina tersebut.

Kisah Kedua:

Malam pertama di Mesir selepas pulang dari Madinah Al-Munawwarah,
Ummi bermimpi dengan seorang kanak-kanak lelaki,
Berjubah putih dan memakai kopiah putih,

Anak kecil itu memegang tangan Ummi dan mengajak ummi:
" Nak duduk di Madinah! nak duduk di Maqam Nabi! "

Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Lillahil Hamd.

Start dari situlah kami bertambah yakin yang anak kami nanti adalah anak laki-laki. Dan kami mengetahui yang anak kami dalam kandungan adalah laki2 apabila pulang ke Malaysia ketika Dr Scan di Klinik Tasek Gelugor dan masa itu bayi dalam kandungan ummi sudah 8 bulan. ( Orang Arab Itu kata laki2.. Dalam Mimpi ummi juga laki2, Dr Scan pun kata laki2... Cuma Allah belum kata apa lagi.. Akhirnya hari ini sudah semuanya sudah terbukti dengan kehendak dan karunia Allah maka Allah memberikan kami rezeki anak laki2... Alhamdulillah Wa Syukrulillah... Terima Kasih Ya Allah Golongkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur amiiin !!!

Dan kami sudahpun membelikan jubah putih dari Madinah buatnya.





Kesimpulannya Nama bayi lelaki kami insyaAllah kami akan berikan dengan nama 'Muhammad' dan insyaAllah hari tahnik hari ketujuh kami akan rasmikannya biiznillahi Ta'ala. Kemungkinan kami akan menambahkan lagi di hujungnya samaada Muhammad Habibullah, Muhammad Ramadhan Al-Buthi atau apapa sahaja yang dikehendaki Allah selepas mendapat perkenan serta jawapan dari istikharah. Semoga dengan nama yang bakal kami berikan kepada anak pertama laki2 kami ini sesuai buatnya di dunia dan di yaumil Qiamah dan semoga nama tersebut adalah nama yang boleh mendapat rahmat serta maghfirah dan barakah dari Allahu Ta'ala sepertimana dihari kelahirannya bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat keampunan dan keberkatan dari Allahu Ta'ala.. amin Ya Allah !


Zuyin mendoakan kesholehan buat adiknya




Zuyin ucap selamat datang buat adiknya
 ( Selamat Menjadi adik akak )

" Ya Allah hamba mohon kepadaMu jauhilah anak hamba serta zuriat ketununan hamba daripada godaan syaithan yang direjam sepertimana Engkau melahirkannya pada bulan syaithan dibelenggu. Dan Rahmatilah anak hamba sepertimana Engkau meluaskan rahmatMu dibulan ramadhan. Ya ALLAH jadikanlah anak hamba serta zuriat keturunan hamba sebagai penyejuk mata dan penawar agamaMu serta jadikanlah kami dan mereka sebagai Imam dan pemimpin bagi orang-orang bertakwa.." amin Birahmatika Ya Arhamarrahimin amin !!! "


اول رمضان رحمة ووسطه مغفرة وأخره عتق من النار ( رواه مسلم )
" Awal Ramadhan Merupakan Rahmat, Pertengannya Keampunan
Dan Penghujungnya Kebebasan Dari Api Neraka.."





Hamba Ilahi Kamarudin Toyo
Tasek Glugor Pulau Pinang Malaysia.

Tuesday, July 17, 2012

Jadual Tazkirah Ramadhan 1433H Sekitar Kedah & Penang




JADUAL TAZKIRAH IHYA RAMADHAN DAN SEKITAR RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H

19/7/2012: CERAMAH IHYA RAMADHAN SMK BANDAR BARU PERDA JAM 9 PAGI.
                      KULIAH MUSLIMAT TAMAN KENARI JAM 3.30 PETANG.
20/7/2012: CERAMAH IHYA RAMADHAN SK TASEK PERMAI PUTERI GUNUNG.
21/7/2012: BIRTHDAY ZAUJAH ( KOSONGKAN UTK MERAIKAN HARI KELAHIRAN ZAUJAH.
22/7/2012: QIAMULAIL SURAU HIDAYAH TMN SERI BAYU NIBONG TEBAL.
                      CERAMAH IJTIMA' RAMADHAN KELAS CELIK QURAN ALMA. JAM 10.30 PG.
                      TAZKIRAH ZOHOR MASJID DAERAH JAWI SPS.
                      TAZKIRAH RAMADHAN BA'DA TARAWIH SURAU BATU KAWAN.
23/7/2012: KULIAH SHUBOH MASJID CHANGKAT.
24/7/2012: TAZKIRAH RAMADHAN MASJID KEPALA GAJAH SMPG 4.
25/7/2012: TAZKIRAH RAMADHAN SURAU AL-KAUSAR TMN SELASIH SRI PTALING.
26/7/2012: TAZKIRAH RAMADHAN MASJID TAMAN KENARI KULIM.
27/7/2012: TAZKIRAH RAMADHAN SURAU TAMAN ANGSANA.
28/7/2012: TAZKIRAH ZHOHOR MASJID DAERAH JAWI SPS.
                      TAZKIRAH BA'DA TARAWIH SURAU TMN TUNKU PUTRA.
29/7/2012: TAZKIRAH RAMADHAN MASJID LEBAI HASHIM BKT MINYAK.
30/7/2012: TAZKIRAH RAMADHAN SURAU KG KIJANG ALMA.
31/7/2012: TAZKIRAH RAMADHAN SURAU HIDAYAH TMN SRI BAYU.
1/8/2012  : TAZKIRAH RAMADHAN SURAU TMN KUCHAI.
2/8/2012  : TAZKIRAH RAMADHAN SURAU PUTRI GUNUNG.
3/8/2012  : TAZKIRAH RAMADHAN MASJID KG ALMA.
4/8/2012  : TARIKH DUE ZAUJAH ( INSYAALLAH TARIKH KELAHIRAN BAKAL MUJAHIDKU )
5/8/2012  : KULIAH SHUBOH MASJID BATU PERMATANG PAUH.
                     TAZKIRAH RAMADHAN SURAU ACHEH AIR ITAM NIBONG TEBAL.
6/8/2012  : TAZKIRAH RAMADHAN PASTI KEBUN SIREH BUKIT MERTAJAM.
7/8/2012  : TAZKIRAH RAMADHAN SURAU PEARL BERAPIT BM.
8/8/2012  : TAZKIRAH RAMADHAN SURAU KG KIJANG ALMA.
9/8/2012  : TAZKIRAH RAMADHAN SURAU KULIM HITECH.
10/8/2012: TAZKIRAH SURAU PERWAJA GURUN KEDAH.
11/8/2012: TAZKIRAH RAMADHAN SURAU TAMAN CEMPAKA KULIM.
12/8/2012: TAZKIRAH RAMADHAN SG DURI.
                     KULIAH SHUBOH MASJID AN-NUR JUNJONG KULIM
13/8/2012: KULIAH SHUBOH MASJID CHANGKAT.
14/8/2012: TAZKIRAH SURAU TAMAN ALMA.
15/8/2012: TAZKIRAH SURAU TAUFIQIAH SG KECHIL.

Semoga ada manfaatnya buat diri saya terutamanya kemudian buat jamaah-jamaah yang menghadirinya.. amin !!!

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN !!!

BERSAMA-SAMALAH KITA MENGHIDUPKAN RAMADHAN DENGAN :
1)      BERPUASA DI SIANGNYA.
2)      BERSOLAT TARAWIH DI MALAMNYA.
3)      MEMBACA AL-QURAN.
4)      SHOLAT BERJEMAAH DI MASJID DAN NIAT IKTIKAF.
5)      MENGHADIRI RAUDHATUL  JANNAH ( MAJLIS ILMU )
6)      BERZIKIR KEPADA ALLAH.
7)      BERSELAWAT KEATAS KEKASIH KITA RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASSALAM.
8)      BERDOA DAN BERMUNAJAT KEPADA ALLAH.
9)      QIAMULLAIL, SHOLAT TAHAJUD/ SHOLAT TAUBAT/SHOLAT HAJAT DAN SHOLAT TASBIH.
10)   BERSEDEKAH DAN INFAQKAN HARTA SERTA TENAGA DI JALAN ALLAH.
11)   BERTAKWA KEPADA ALLAH DAN MENGAMALKAN SUNNAH BAGINDA SHALLALLAHU ALAIHI WASSALAM.
NIAT PASTIKAN SEMUANYA KERANA MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH AZZA WA JALLA.
SEMOGA AMAL IBADAH YANG KITA LAKUKAN DI BULAN MULIA TAHUN INI DITERIMA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA AMIN YA ROBBAL ALAMIN WAL HAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN !

SALAM RAMADHAN KAREEM 1433 H (",)

Sunday, July 8, 2012

Cuci rumah untuk keselesaan keluarga beribadah

Alhamdulillah akhirnya PBA dah pasang meter air... TNB pun dah pasang letrik... lama juga kami menunggu, seminggu lepas daftar baru dipasang... macam tu la janji melayu.. kata 2 atau 3 hari berkerja... hmm.. tak kisahla.. apapun Alhamdulillah semuanya dah ada.. boleh dah duduk dirumah sndiri.

Kemarin dari pagi ke petang gotong royong bersama zaujah dan zuyin untuk cuci dan bersihkan rumah itupun masih ada lagi yang belum cuci.. seabb diberikan taklifan untuk menyampaikan kuliah muslimat jam 3.30..  zuyin pun pandai juga cuci lantai biliknya... yang tak syoknya dia cuci lantai biliknya saja yang lain dia tak cuci pun.. hehe... tapi nampak memang dia seronok berada d rumah sendiri... sampai cermin pintu pun dia mop juga.. huhu
keمmarin juga adalah hari pertama zaujah dan zuyin menjejakkan kaki ke rumah tersebut... memang nampaklah kemeriahan dan keceriaan di wajah mereka berdua.. Alhamdulillah.

Semoga rumah ini kami menjadikan sebagai tempat untuk kami beribadah kepada Allah. amin !!!

Meter ayaq


Meter Elektrik


Inilah gambaran rumah baru kami... "hadiah dari insan biasa yang ersifat pemurah"


Cuci rumah.. halaman ruang tamu berserta mosaic


Bilik zuyin.. bersih licin dicucinya.. tak da kesan degil

RUMAHKU SYURGAKU !!!

Sunday, July 1, 2012

Perancangan Terindah Sempurna Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma shalli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa salam.
Mula-mula hamba bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia rahmat dan hidayah daripadaNya segala perancangan tahun ini yang telah hamba rancang menjadi sempurna dan berjalan seiring dengan kehendak dan ketentuanNya.
Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi kita Muhammad shallallahu alaihi wa salam serta keluarga dan para sahabat Baginda shallallahu alaihi wassalam.
Hamba telah merancang dengan tiga perancangan pada tahun ini iaitu:
1)      Membawa family ke pesta buku ( Ma'arad Kitab ) Kaherah Mesir.
2)      Melaksanakan ibadah Umrah di tanah suci Mekah al-Mukarramah dan menziarahi Kekasih agung Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang tercinta di Madinah al-Munawwarah.
3)      Pulang kampong. Pulang ke Malaysia selapas imtihan peperiksaan penggal akhir.
Alhamdulillah segala perancangan ini telah pun sempurna seperti yang dirancang.
Sekarang hamba sekeluarga berada di Pulau Pinang Malaysia di rumah zaujah yang terletak di Tasek Gelugor.
Zuyin di pondok achik dia...

Singgah sebentar ambil gambar Jambatan Pulau Pinang

kapal ettihad

zuyin di perhimpunan xpresi hijau bagan penang

Umi di klinik nak masuk wad

Kami pulang ke Malaysia pada tanggal 19-6-2012 dan sampai dengan selamat di KLIA Malaysia pada jam 2 petang 20-06-2012.
Sebelum pulang ke Malaysia hamba sempat menghadiri bacaan kitab Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-sakandari Rahimahullah Ta'ala bertempat di Masjid Syeikh Ibnu Athoillah. Pembacaan kitab Hikam ini telah dibacakan dengan sempurna sehingga selesai kalam Syeikh Arif Billah oleh 3 orang Masyaikh yang sangat dimuliakan iaitu Syeikh Dr Yusri Rusydi al-Hasani hafizahullahu Ta'ala dan Syeikh Usama al-Azhari serta seorang lagi syeikh. Selepas tamat pembacaan kitab Hikam hamba menziarahi maqam Syeikh Ibnu Athoillah as-sakandari Rahimahullahu Ta'ala yang juga bertempat di Masjid tersebut. Hamba sangat bersyukur kerana sudah lama hamba mengidamkan untuk menziarahi maqam beliau dan setelah tiga tahun berada di Mesir akhirnya ianyanya pun tercapai, Alhamdulillah. sujud syukur natijahnya, memuji kebesaran Allah yang Maha menentukan segala takdirnya dan yang mentadbir hambaNya dengan sempurna.
Masjid Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari


Maqam Waliyullah Syeikh Ibnu Athoillah As-sakandari

InsyaAllah kami akan pulang ke Sabah selapas zaujah melahirkan anak kami yang kedua yang juga merupakan bakal adik Zuyin @ Qurratul Ain. Dan dijangkakan bakal anak kedua kami pada pertengahan bulan ramadhan 15 ramadhan bulan 8 tanggal 4. Apapun kami serah kepada Allah yang menentukan segala kejadian, semua dalam pengetahuannya Dialah Tuhan yang Maha mengetahui dan maha Berkuasa atas segala sesuatu, adapun kami sebagai hambaNya tiada sedikit pun pengetahuan tentang itu melainkan hanya berserah segala-galanya kepadanya dan berdoa kepadaNya semoga segalanya dimudahkan dan semoga semuanya selamat. Serta kami berharap anak kami yang bakal lahir nanti menjadi hambaNya yang sholeh mahupun sholehah dan beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan juga memiliki sifat kehambaan di sisi Tuhannya.

" Ya Allah Ya Tuhan Kami jadikanlah isteri kami dan zuriat keturunan kami penyejuk hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa " amin !

Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tapi Allah Dialah yang Maha menentukan dan menyempurnakan segala perancangan menurut kehendakNya. Alhamdulillah ! (",)


Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi
Tasek Gelugor Pulau Pinang. (",)
Related Posts with Thumbnails