Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya 1433H Maaf Zhahir & Bathin


Salam Lebaran Buat Semua Teman-Teman
Salah Dan Silah Mohon Dimaafkan,
Marilah  Kita Eratkan Hubungan Kemesraan
Agar Syawal Kita Rai Penuh Kebahagiaan,


Salam Bersalaman Maaf Bermaafan
Di Hari Lebaran Hari Kemenangan
Panjatkan Syukur Ke Hadrat Tuhan
Kerana Menghadiahkan Hari Lebaran

Dulu Beraya Berseorangan
Kemudian Dihadiahkan Zaujah Pilihan
Kini Beraya Berpasang-Pasangan

Dialah Srikandi & Anak Sholeh Penambah Keceriaan


Keluarga Baru Penyeri Kehidupan
Lahirnya Di Bulan Rahmat Tuhan
Kedatangannya Membawa Seribu Pengertian
Hadiah Nikmat Dari Allah Ar-Rahman


Selamat Hari Raya 1433H Dari Kami Sekeluarga (",)

Friday, August 17, 2012

Hadiah Dari Tuhan Syukur Kupanjatkan

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shalli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa sallam.

Alhamdulillah segala puja dan puji hanya tertentu milik Allah subhanahu wa Ta'ala, Tuhan yang telah memberikan berbagai-bagai nikmat kepada hambaNya dan yang terlebih utama ialah nikmat Iman dan nikmat Islam yang dengannya setiap hamba dapat merasai betapa nikmatnya beribadah kepadanya dan betapa nikmatnya setiap pemberian yang dianugerahkannya walaupun nikmat itu kecil pada pandangan mata namun bagi mereka yang benar-benar merasakan kasih sayang serta kepemurahan Tuhannya nescaya sekecil-kecil nikmat yang dikurniakan kesyukuran banyak yang dipersembahkan. Begitulah Allah yang Maha pemurah kepada hambaNya dan maha penyayang kepada semua makhluknya.

Setiap saat setiap detik Tuhan mentadbir dan mengatur takdir. Setaip waktu juga Tuhan berkuasa menentukan kehendakNya. Kehendak untuk membahagiakan, mencelakakan, mengembirakan dan menyedihkan dan sebagainya semua telahpun diatur tadbir menurut kekuasaan dan kehendakNya yang maha sempurna. Hambanya tiada bisa menolaknya bahkan yang harus dilakukan oleh setiap hamba adalah redha dengan takdirnya kerana ia merupakan kemuncak Iman iaitu percaya kepada qadha' dan qadr Tuhannya samaada baik takdir itu buatnya ataupun sebaliknya. Sekiranya takdir itu baik menurut pengetahuannya maka wajiblah ianya disyukuri namun jika sebaliknya haruslah ia bersabar kerana tiada apa yang berlaku melainkan pasti ada hikmah yang terkandung disebaliknya bahkan Tuhan maha penyayang dengan takdir itu ia mendidik hambaNya agar selalu ingat kepadaNya dikala susah mahupun senang agar hambaNya tidak hanyut dan lalai daripada tanggungjawab sebagai seorang hamba yang ditugaskan sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah. Dengan kita mengetahui hikmahnya nescaya akan timbul perasaan yang mana Allah itu terlalu sangat sayang kepada hambaNya bahkan sangat menjaga serta memelihara setiap pekerjaannya. Cuma kita terkadang lupa dengan sifatNya serta asma'Nya serta sifatNya yang Mulia.

********************************

Alhamdulillah kemurahan sifat Allah yang maha mengetahui setiap keperluan hambaNya bahkan sentiasa memerhatikan gerak geri jasadiahnya dan meneliti setiap bisikan di sanubarinya maka Allah memberikan kepada setiap apa yang terbaik buat hambaNya.

Bila saya teringat kata-kata sahabat saya " Allah tidak berikan apa yang kita pinta namun Allah kurniakan apa yang kita perlukan." Subhanallah... kata-kata ini memang tepat sekali. Namun adakalanya permintaan kita terlalu banyak sehinggakan melebihi dari keperluan kita itu sebablah kekadang doa yang kita pinta padanya belum dimakbulkan, namun jika kita hanya meminta apa yang kita perlukan menurut pengetahuannya nescaya Allah akan berikan menurut qudrat dan kemampuan kita pada pemberiannya. Nikmat Allah terlalu banyak kewajipan kita pula wajib mensyukurinya dan berkongsi rasa kepada yang berhak serta memerlukannya misalnya kita menggunakan nikmat tersebut diatas jalan yang diredhainya dan menggunakannya sebagai khidmat kepada mereka suapaya mereka juga dapat merasai nikmat yang kita perolehi dengan begitu nikmat yang kita zhahirkan itu akan menyebabkan kita dirahmati Allah kerana Allah sangat sayang kepada sesiapa yang dikurniakan nikmat kemudian menggunakan nikmat tersebut dijalan yang diredhainya serta mezhahirkannya sebagai tanda syukurnya kepada Allah Al-Wahhab. Semoga kita termasuk dikalangan hambaNya yang sentiasa bersyukur.. amiin ya Allah !

Ya Allah golongkanlah kami dikalangan hamba-Mu yang sentiasa bersyukur, kami berlindung padaMu dari tergolong dikalangan hamba-hambaMu yang kufur. Ya Allah kami bersyukur diatas segala nikmat yang telah Engkau curahkan, Sungguh Engkau maha pemurah lagi maha penyayang oleh itu wahai Tuhan belas kasihanlah kepada kami serta tiliklah kami dengan kasih sayangMu agar segala nikmat yang Engkau anugerahkan membuatkan kami sentiasa bersyukur dan membuatkan kami sentiasa memiliki sifat kehambaan.. Kami berlindung padaMu ya Allah dari leka dan lalai dari mengingati dan mensyukuri akan nikmatMu ! amiin ya Allah !

" Ya Allah jadikanlah setiap apa yang Engkau berikan dapat mendekatkan diri kami kepadaMu, dan kami berlindung dengan perlindunganMu daripada apa yang Engkau berikan membuatkan kami semakin jauh dariMu.. amiin ya Allah birahmatika ya arhamarrahimin amiin !!!



   اللهم أعني على ذكر وشكرك وحسن عبادتك 

" Ya Allah bantulah hamba untuk selalu mengingatiMu dan selalu bersyukur dengan nikmatMu dan perindahkanlah ibadahku kepadaMu."


 ﴿رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ﴾(النَّمْل:19)

" Wahai Tuhanku Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku supaya aku tetap mengerjakan amal yang sholeh yang Engkau redhai masukkanlah dengan limpah rahmatMu  kedalam kumpulan hamba-hambaMu yang sholeh." amin ya Allah !

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ  ( الاحقاف: 15)

" Wahai Tuhanku Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku supaya aku tetap mengerjakan amal yang sholeh yang Engkau redhai berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kebaikan kepada zuriat keturunanku sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan aku tergolong dalam golongan orang-orang Islam ( yang menyerah diri )


Kenderaan Dan Rumah Ini Adalah Hadiah Dari Seorang Hamba Allah
Yang Pemurah Kepada Keluarga Kami


" Ya Allah ! Balasilah kebaikan hambaMu ini dengan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah dan panjangkanlah umurnya di dalam kebaikan serta kasihinilah dia di dunia dan di yaumil Qiamah amiin ya Allah birahmatika ya Arhamarrahimin amiin !!!

" Ya Allah sangat banyak nikmat yang Engkau berikan kepada kami... Kami mohon padaMu ya Allah jadikanlah segala nikmat tersebut sebagai keperluan kami untuk mengabdikan diri kepadaMu dan untuk berkhidmat kepada Umat NabiMu. Dan semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa patuh dan taat serta selalu bersyukur diatas segala nikmatMu ! Amiin Ya Allah !!!


' Nikmat Ilahi Untuk Dikongsi Dan Disyukuri '

Related Posts with Thumbnails