Thursday, July 8, 2010

Dunia Akhirat, Isi Tersurat & Tersirat

Dunia Akhirat, Isi Tersurat & Tersirat





















Penghulu hari ialah hari jumaat,
Dijadikan Nabi Adam a.s pada hari jumaat,
Dikeluarkan dari syurga juga pada hari jumaat,
Dan takkan berlakunya kiamat,
Melainkan pada hari jumaat,

Mudah-mudahan kita beringat
Hidup dunia adalah singkat
marilah sama kita syukuri nikmat
supaya rezki kita menjadi berkat,
Dunia n Akhirat kitakan selamat..

Syarat diantaranya mestilah banyakkan selawat,
Keatas junjungan pembawa Rahmat,
Kerana dialah insane yang hebat,
Memiliki akhlak Quran dan Mukjizat,

Muhammad s.a.w sayang pada ummat,
Diakhirat nanti Nabi s.a.w beri Syafaat,
Siapa yg perbanyakkan selawat,
Akhirat nanti dia akan selamat,
Kerna Nabi Muhammad s.a.w Rasul Ummat,
Tentu Baginda s.a.w mahu kita selamat,
Oleh itu Buktikan Kecintaanmu kepada Rasul Junjungan Ummat..

Mahu masuk syurga mestilah ada Ilmu Hikmat,
Kerana ilmu hikmat membawa Nur rahmat,
Allah tidak akan memberi nikmat syurga paling lazat,
Kecuali mereka yg mendapat Rahmat,

Bukan harta yg Allah pandang di Akhirat,
Bukan juga amalan kita yg hebat,
Tetapi disebabkan amalan tu lah adanya Rahmat,
Yg menyebabkan bisa masuk ke Jannah tempat merasai Nikmat,

Semoga kita semua melakukan ibadat,
Dan berhukum berpegang dengan syariat,
Supaya kita temui hakikat makrifat,
Dari Tuhan yang pemberi Rahmat…

Amen! Birahmatika ya Arhamarrahimin !
Wal Hamdulillahi Robbil Alamin.. ! (“,)



Kamarudin Toyo
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif 
Bumi Anbiya' Ardul Kinanah

No comments:

Related Posts with Thumbnails