Monday, October 25, 2010

Pandangan: Cara Menghadapi Exam Menurut Surah Al-Alaq 1-5

Assalamualaikum Ustaz.. mahu tanya ni, tidak lama lagi saya exam, boleh minta pendapat macam mana mahu menghadapinya ?

Nora.

Jawapan: Alhamdulillah, terima kasih kerana memberikan soalan dan meminta pandangan, walaupun saya bukanlah dikalangan mereka yang  berkelayakan dan memiliki sijil kepakaran dalam motivasi. Namun memberikan nasihat itu merupakan  satu kewajipan bagi setiap ummat Islam apatah lagi seorang yang bergelar penuntut ilmu , seperti mana sabda Nabi Muhammad s.a.w :

“Hak seorang muslim atas muslim yang lain ada enam: Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam kepadanya, apabila ia mengundangmu penuhilah undangan itu, apabila ia minta nasihat kepadamu maka nasihatilah dia, dan apabila di bersin dan mengucapkan "Al Hamdu lillah", maka ucapkanlah "Yarhamukallah", apabila ia sakit maka jenguklah dan apabila ia mati maka ikutilah." (HR. Muslim).

Untuk menghadapi setiap peperiksaan yang bakal menjelang, seseorang pelajar hendaklah merasa tenang tenteram, dan sudah bersedia menghadapinya, samaada dari segi mental mahupun fizikal. Dan meletakkan azam kuat bahawa " aku sudah bersedia dan mampu untuk menjawab dengan sebaiknya, InsyaAllah ". Jika perasaan seperti ini ada dalam hati, insyaAllah anda akan lebih yakin dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi.

Di sini saya memberikan sedikit point atau tips yang selalu diamalkan setiap kali hendak menjelang peperiksaan. Semuanya ini di ambil dalam Al-Quran surah al-Alaq ayat 1-5 yang merupakan wahyu pertama daripada Allah s.w.t yang disampaikan oleh Malaikat Jibril alaihis salam kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika ber'uzlah' di gua hira'.

5 ayat ini saya akan huraikan mengikut fahaman pendidikan sebagai motivasi bagi seorang pelajar (termasuk saya).

Firman Allah s.w.t : 
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
1)Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
2) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
3) Bacalah, dan Tuhanmu yang maha pemurah.
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
5) Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

Bagi Seorang pelajar ( seperti saya ) yang bakal menghadapi peperiksaan atau yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan menginginkan ilmu yang dipelajarinya diberkati Allah, maka digalakkan untuk memahami ayat Iqro' ini secara mendalam dan terperinci sebelum menghadapi peperiksaan yang menjelang. kerana ia boleh membantu supaya tenang tenteram dan berkeyakinan untuk menjawab soalan2 yang diberikan.

Lebih-lebih lagi pemahaman ayat ini mampu memberikan kekuatan pengharapan lebih tinggi kepada Allah s.w.t berbanding usaha sendiri. Berharap kepada Allah itu adalah buah iman, manakala usaha adalah buah amal, iman dan amal tidak boleh dipisahkan, begitulah juga doa pengharapan kepada Allah tidak boleh dipisahkan dengan usaha amal.


Huraian menurut motivasi pendidikan seperti ini :
  •   Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (1)
Maksudnya, mulakan setiap pelajaranmu dengan menyebut nama Allah yakni ' Bismillah '.


Rasulullah s.a.w berasabda " setiap perkara yang baik-baik jika tidak dimulai dengan Bismillah maka ianya terputus, yakni kurang berkat. "

Jadi, setiap pelajar yang menginginkan keberkatan daripada Allah terhadap ilmu yang dipelajarinya, mestilah memulakan pembelajaran tersebut dengan membaca Bismillah. Atau boleh juga membaca doa, samaada doa penerang hati, doa kuat hafalan, doa mohon diberikan kefahaman yang jelas dan sebagainya, Terpulanglah doa apa yang dihafalnya. Kemudian bacalah buku-buku atau kitab-kitab yang mahu dipelajari atau diulangkaji.


  •  Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku (2).
- Sesudah membaca doa, membaca buku, kitab dan yang seumpamanya, maka carilah isi-isi penting @ point  dalam setiap tajuk yang dibaca, gariskan atau warnakan jika didapati. (  segumpal darah merupakan organ yang amat penting dalam diri setiap manusia ) Saya ibaratkan segumpal darah itu adalah  isi-isi penting, Kerana point2 tersebut amat penting kepada akal untuk memahami setiap pembelajaran. kadang-kadang setiap tajuk mempunyai huraian yang panjang, sedangkan isi penting cuma sedikit sahaja. Jadi dengan menggariskan atau mewarnakan isi2 penting, maka ia dapat membantu pemahaman anda.


  •  Bacalah, dan Tuhanmu yang maha pemurah (3)
- Setelah mewarnakan atau menggariskan isi-isi penting (point2 penting) maka baca sekali lagi atau berulang-kali sehingga faham dan melekat dihati dan fikiran. Kerana Allah maha pemurah, pemurah IlmuNya, pemurah kefahamanNya, pemurah dari segala yang pemurah. Maka selayaknya hamba yang mengulangkaji pelajaran, yang sudah berdoa, berusaha, berikhtiar dan sabar di dalam pelajaran hendaklah membaca semula isi-isi penting tersebut, bacalah berulang-ulang kali sehingga faham. InsyaAllah dengan cara ini, Allah pasti akan memberikan kefahaman yang jelas diatas segala apa yang kurang difahaminya, dan akan menjadikannya mudah dan senang terhadap apa yang menyusahkannya, dan melapangkan dadanya supaya memahami sedalam-dalamnya berkaitan tajuk yang sedang dipelajarinya dengan lebih jelas dan difahami.


  • Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (4)
- Allah s.w.t maha mengetahui dan maha bijaksana, dan segala apa yang kita ketahui dan fahami semuanya daripada Allah, Allah yang mengajar semua makhluknya samaada yang kita ketahui ataupun tidak, kerana pengetahuan Allah meliputi segala-galanya tidak terjangkau akal kita untuk memikirkannya. kerana ilmu kita terbatas, adapun Allah, ilmuNya maha luas tiada batasnya.

Setelah terjumpa semua point2 penting yang digariskan dan diwarnakan, maka ambil pen/pensel dan kertas atau buku kajang atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk mencatit isi-isi penting tersebut. Keluarkan isi-isi penting itu kemudian tuliskan isi-isi penting itu di sebuah kertas. Jadilah ia sebuah buku kecil yang dinamakan nota, ( nota kecil atau nota ringkasan ). hafal sekiranya mampu, kerana hafalan akan lebih banyak membantu disamping memahami isi-isi penting setiap tajuk yang dipelajari, insyaAllah.


  •  Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (5)
- Allah lah yang mengajar hamba-hambaNya menulis, memahami sesuatu ilmu, dan Allah jualah yang mengajar manusia untuk menghafal, Dia jugalah yang memberikan kekuatan ingatan dan kefahaman dalam setiap ilmu yang dipelajari. Bukan dengan sebab kita seorang yang pandai, kerana tiada seorang yang lahir terus pandai serta merta melainkan kalau ada pun, mereka hanyalah seorang Nabi yang dikurniakan mukjizat oleh Allah sebagai bukti bahawa  mereka adalah seorang Nabi utusan Allah s.w.t.

Maka selayaknyalah seseorang yang sudah berdoa, membaca buku, berusaha, berikhtiar harus bertawakkal kepada Allah yakni berserah diri kepada Allah s.w.t. Keraana Allah yang menentukan segala-galanya menurut kehendak dan takdir ketentuannya.

Tawakkal ini baik bagi mereka yang sudah menjawab peperiksaan, serahkan segala-galanya kepada Allah, semoga jawapan-jawapan yang dijawab semasa peperiksaan adalah tepat dan menghendaki kehendak soalan. Kalaupun tersilap/tertinggal/ sesuatu soalan maka serah pada Allah, jangan rasa frust atau putus asa.

Kekadang ada sesetengah pelajar yang selalu menghadapi masalah ini, setiap kali selesai exam dia akan melihat semula soalan (termasuk saya) apabila selesai menjawab dan keluar dari bilik peperiksaan, pada ketika itu baru dia melihat dan perasan yang dia ada silap, lantas berkata " alaa silapla disini.. aduh... dan macam-macam lagi sehingga hilang keceriaan diwajahnya ". 

Di sinilah peranan tawakkal, pelajar hendaklah serah segalanya kepada Allah... kerana Allah yang memberikan kefahaman menurut kehendaknya, memberikan kemudahan menjawab menurut kehendaknya dan apap-apa sahaja semuanya menurut kehendaknya. Jangan fikir aku gagal, tapi fikirlah aku lulus, dan sudah menjawab dengan sebaik-baiknya, serta banyakkan doa, serah kepada Allah, insyaAllah tawakkal akan memberikan ketenangan di dalam jiwa dan perasaan anda,  sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t insyaAllah, hati dan jiwa anda pasti tenteram dan penuh berkeyakinan. 

Setelah menjawab peperiksaan, maka berserahlah segalanya kepada Allah, kalau dapat menjawab soalan dengan baik, puas hati, Alhamdulillah, tapi kalau kurang tepat, atau tidak dapat menajwab dengan betul bersabarlah dan terimalah seadanya.

Samaada lulus ataupun gagal, serah pada Allah, ( Namun setiap pelajar mestilah mahukan yang lulus dan berjaya kan ). Jadi, lulus dan gagal itu adalah ujian yang kedua mesti anda hadapi, itulah ujian yang sangat hebat yang mesti dilalui oleh setiap manusia, ujian ini bukan datangnya dari manusia tapi datangnya daripada Allah. Jika lulus, Alhamdulillah.. Jika Gagal.. terima seadanya.. semua ada hikmahnya.

Tawakkallah kepada Allah kerana Dialah yang mengetahui segala-galanya dan mengajar kita apa yang kita tidak tahu, sehingga dengan ajaran Allah itu kita mengetahui setiap ilmu yang dipelajari, dan bukan semuanya yang kita ketahui akan tetap kita ingati dan fahami, itu sebablah perlunya bertawakkal kepada Allah.


Tips @ Point Untuk Menghadapinya :
  1. Baca Buku, Mulakan dengan Bismillah @ Berdoa.
  2. Cari point, isi-isi penting setiap tajuk. Warnakan @ gariskan.
  3. Membaca semula, berulang-kali sampai faham.
  4. Keluarkan isi penting, Tulis nota. Buat nota kecil, Hafal.
  5. Tawakkal. Serah kepada Allah setelah berdoa, usaha dan ikhtiar.
  6. Tambahan, Redha & Senyum (",).
p/s : Jangan lupa solat hajat dan berdoa setiap kali lepas solat lima waktu, mohon pada ibu dan ayah untuk mendoakan kejayaan anda !!!.

Semoga saya, anda dan sesiapa sahaja yang bakal menduduki peperiksaan, didoakan mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dalam pelajarannya, ameen Ya Allah !!!

Kalam Motivasi Nasihat :

" Seorang yang berjaya ialah mereka yang mampu menggerakkan semangat usaha mereka " ( Dato Dr Fadhilah Khamsah )

" Kejayaan itu bukanlah kunci kepada kegembiraan, bahkan kegembiraan itulah yang merupakan kunci kepada kejayaan, sekiranya anda suka apa yang anda lakukan, nescaya anda akan berjaya insyaAllah. "


Rasulullah s.a.w bersabda: "  Orang yang bijak adalah orang yang mampu menundukkan hawa nafsunya, mengintrospeksi dirinya dan beramal untuk menjadi bekal setelah matinya. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya lalu berangan-angan agar Allah (mengampuni dosa-dosanya)." (HR.Ahmad At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, Shahih).
  
" Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya..." ( Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan )

Doaku Semoga Kita Berjaya Di Dunia Dan Akhirat, Ameen !!!


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

7 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Salam ziarah perdana,

Syukran atas perkongsian tinta hikmah ini, amat membantu saya melakukan persediaan menghadapi final yang bakal tiba.

Mohon untuk dicopy bagi disebarkan kepada sahabat-sahabat saya di bumi UPM ini. :)

Moga Allah redha.

Ustaz Kamarudin Toyo said...

Salam alaik ya Ainul Hayat.
syukran atas ziarahnya ya.

afwan... Alhamdulillah, itulah yg dharapkan...

silakan... (",)

RedhaMu ya Illahi yg dHarapkan, Ameen Ya Allah !!!

Anonymous said...

Salam alaykum saudara...

Syukran atas perkongsian yang sy sangat inginkan... coz tahun nie..

sy ngan rakan seperjuangan sy yg len.. bakal menghadapi exam pnting...

SPM 2012...

Insya-Allah.. akan sy amalkan..
Doakan kami berjaya... Amiinn...

p/s: Tahniah saudara kerana bijak memberi tips brdasarkan Al-Quran.. <3

Anonymous said...

Salam alaykum saudara...

Syukran atas perkongsian yang sy sangat inginkan... coz tahun nie..

sy ngan rakan seperjuangan sy yg len.. bakal menghadapi exam pnting...

SPM 2012...

Insya-Allah.. akan sy amalkan..
Doakan kami berjaya... Amiinn...

p/s: Tahniah saudara kerana bijak memberi tips brdasarkan Al-Quran.. <3

Anonymous said...

salam alaykum saudara...

sy baca btul2 artikel anda ya... (mksdnya sy baca lg sekali)

tp apapun sy ucapkan tahniah krna bijak memberi tips brdasarkan ayat Al-Quran...

sy baca semula artikel ini..

kalau sy ndak silap ya..

saudara ada menyatakan hafal kalau mampu dismping memahami isinya..

sy sebenarnya mau saudara explain more...

coz.. sy jg pljr n bakal mnduduki SPM 2012...

klu sy.. sy tidak suka menghafal sbb nnt habis exam sy lupa la 2....
so, that's why i prefer.. to understand..

so.. sy cuma mau tnya.. knpa kaedah hafalan yg anda sarankan..? Apa kebaikan nya..? Nnt kita lupa pulak klu kita menghafal..?

just explain it.. <3

sy harap saudara reply tuk memberi jawapan kpd sy...

Anonymous said...

salam alaykum saudara...

sy baca btul2 artikel anda ya... (mksdnya sy baca lg sekali)

tp apapun sy ucapkan tahniah krna bijak memberi tips brdasarkan ayat Al-Quran...

sy baca semula artikel ini..

kalau sy ndak silap ya..

saudara ada menyatakan hafal kalau mampu dismping memahami isinya..

sy sebenarnya mau saudara explain more...

coz.. sy jg pljr n bakal mnduduki SPM 2012...

klu sy.. sy tidak suka menghafal sbb nnt habis exam sy lupa la 2....
so, that's why i prefer.. to understand..

so.. sy cuma mau tnya.. knpa kaedah hafalan yg anda sarankan..? Apa kebaikan nya..? Nnt kita lupa pulak klu kita menghafal..?

just explain it.. <3

sy harap saudara reply tuk memberi jawapan kpd sy...

Ustaz Kamarudin Toyo said...

Terima kasih saudara. InsyaAllah sya doakan nda n shbt2 seperjuangan nda agar mendapat kejayaan n kecemerlangan dalam SPM yg bakal dihadapi. Saya juga ucapkan tahniah kerna nda sudah b'sedia n b'semnagt utk mghadapinya. n kaedah yg nda guna itu sudah tepat n insyaAllah sy yakin ianya berkesan n bermanfaat. Utk soalan yg saudara tanyakan berkenaan hafalan? maksud hafalan yg saya nyatakan diatas adalah seperti m'hafal ayat al-quran, al-hadis, fakta, formula, takrif dri segi bahasa n istilah n lain2. sbb ianya tdk bleh mlalui pemahaman kta sndiri kmudian kta reka. dikhuatiri trsalah. jka dpt mghafalnya insyaAllah akan mbantu jwapan kta dgn lebih sempurna n tepat. (tdk b'maksud utk mghafal ksleruhan buku@bab) cma m'ghafal ayat2 n formula2 pntg shja. lupa? ia, ia akan lupa sb itu sift kta, tp tdk smua.. jka kta slalu mgulang hafazan ia takkan lpa bahkan slalu diingati seperti surah al-fatihah yg slalu diulang2 dri kecil shingga skrng tak pernah pun kta lpa. (n mdh2hn kta sntiasa ingat shinggalah brtmu dgn Allah s.w.t). 'esok anda akan lbih tahu jka sdh berada d bangku universiti insyaAllah'.. mf skiranya kurang memuaskan, ini shja yg mampu sy kongsikan, n sya ada nyatakan diatas yg sya bukanlah ahli dlm motivasi, sya org biasa ja yg hanya b'kongsi apa yg sya tahu, faham n amal. Apapun sy b'hrp mg ianya b'manfaat bt siapa yg memerlukannya n berhajat dgnnya. wallahu a'lam!. moga sukses ya! :)

Related Posts with Thumbnails