Thursday, December 2, 2010

Iklan: Sajak Blog Berwajah Baru (",)









Bismillah Walhamdulillah Segala Puji Bagi Allah,

Yang Telah Mempermudahkan Segalanya,

Selawat Dan Salam Keatas Rasulillah,

Dan Keluarga Serta Para Sahabat Yang Mulia.



Blog Idea Islamic Telah Bertukar Wajah,

Wajah Biru Laut Moga Indah Dipandang Mata,

Semuanya Tujuan Dakwah Islamiyyah,

Untuk Berkongsi  Ilmu Dan Info Semasa,


Ilmu Tauhid, Akhlak Taswawuf Dan Ibadah,

Akan Saya Cuba Terbit Dan Nukilkan Pelbagai Cara,

Mungkin Dengan Tinta-Tinta Hikmah Yang Indah,

Agar Sedap Dibaca Dan Mengambil  Faedah Darinya.



Boleh Jadi Juga Dengan Lirik-Lirik Lagu Nasyidah,

Atau Video-Video Yang Merangsang Iman Di Jiwa,

Seperti Bacaan Quran, Ceramah, Sajak Dan Juga Tazkirah,

Tujuannya Adalah Untuk Mencari Redha Allah Yang Esa.



Maafkan Sekiranya Ada Kesilapan Dan Juga Salah,

Mohon Ditegur Diperbetulkan Cara Dakwah Dan Hikmahnya,

Jika Ada Pandangan Dan Idea Dari Akhawat Dan Ikhwah,

Sila Lontarkan Diruangan Komen Yang Tersedia.



Akhir Kalam Saya Ucapkan Syukran Kerana Sudi Ziarah,

Saya Doakan Semoga Mendapat Ketenangan Yang Bahagia,

Serta Memperolehi Rahmat, Barakah Dan Hidayah Allah,

Supaya Berbekal Amalan Dunia Menuju Akhirat Sana.

No comments:

Related Posts with Thumbnails