Saturday, July 31, 2010

Syeikh Habib Ali Al-Jufri Solat Di Masjid Al-Azhar

Bismillahi Azza Wa Jalla, WasSolatu Ala Rasulillah Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Man Wa Lah..


28/7/2010. RABU.
 
Alhamdulillah Wa Syukrulillahi Ta'ala... hari ni aku terpilih lagi untuk datang ke Masjid Tersohor " Masjid Al-Azhar Asy-Syarif ".

Harini aku belek-belek segala penulisan yang telahku tulis dan catitkan dalam kertas kajangku... kertas kajang ini, adalah kertas yang memang khas aku gunakan utk menyalin segala mutiara2 ilmu yang akan di sampaikan oleh Ulama-Ulama Azhari ketika sedang menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al-Azhar. Aku memang suka buat seperti ini, mungkin sudah terbiasa melakukannya di Malaysia dulu, Alhamdulillah moga istiqamah... 

walaupun di sekelilingku tidak melakukan seperti apa yang aku lakukan tapi mereka seolah-olah memahami setiap kalam ilmiah yang disampaikan oleh Masyaikh Azhari ini... mungkin sebab mereka orang Arab dan memahami bahasa mereka sendiri, namun apa yang hebatnya mereka ni menghafal hadis dan Al-Quran, setiap kali Masyaikh menyebutkan dalil Quran mahupun hadis dalam setiap hujah yang mahu di berikan, maka aku perhatikan bibir mereka serta aku dengar suara mereka ikut sama menyebut dan membancanya... subhanallah, hebat sungguh, org yang sudah menghafal Quran dan Hadis pun masih mahu lagi mendengar kuliah, mesti mereka mendapat kemanisan dalam majlis ilmu, tu yang mereka tak jemu-jemu berada di majlis seperti itu, Alhamdulillah moga aku tergolong dalam kalangan mereka, ameen ya Allah !

Aku belek penulisanku adalah disebabkan hari ini Syeikh Hisyam mahu melihat apa yang aku tulis dalam setiap kali Msyaikh Berkuliah maghrib... Alhamdulillah.. aku sudah bersedia untuk mempersembahkan penulisanku padanya di samping aku berserah pada Tuhanku yang berkuasa atas segala-galanya... aku berdoa kepada Allah, semoga Syeikh dapat menilai penulisan saya dengan hati yang tenang dan menyeronokkan serta mendoakan agar aku beroleh keberkatan di dalam penulisan tersebut... 

Alhamdulillah semuanya mudah.. ketika mana Syeikh Hisyam duduk di kerusi yang di sediakan, Syeikh Hisyam melihat saya sambil mengangkat tangannya... aku pun tersenyum melihatnya, aku pun mengangkatkan tanganku dgn perlahan sambil tersenyum, kemudian aku letakkan tapak tangan kananku di atas dada ku.. (ni adab orang Mesir, apabila berjauhan tak dpt memberi salam, mereka mengangkat tangan dan letak di atas dada, sebagai simbol menjawab salam dan penghormatan).

Setelah habis kuliah, para jamaah bangkit untuk bersalaman dengan Syeikh, aku juga turut bangkit... ketika aku mahu bersalam dengannya, beliau terus bertanya, " ainal katabta ? " aku jawab " maujud ".. aku terus ambil kertas kajangku yang aku letakkan di tempat duduk kebiasaanku menulis... aku terus bawa kepadanya, beliau ambil buku tersebut kemudian di beleknya satu persatu dengan tenang tetapi laju... lantas terungkap dibibirnya " Allah yubarrik fika, Barakallah ya Syeikh !!! " ... para jamaah hanya memandang Syeikh dan aku sahaja, mereka tersenyum menandakan Redha dan suka.. aku membalas senyuman mereka... Syeikh memberibuku itu semula, aku salam Syeikh dengan cepat kerna ramai jamaah yang menanti bersalam dengannya... dalam hatiku, Allah.. syukur ya Allah... Alhamdulillah aku semakin tenang dan damai rasanya jiwa.

Seorang Arab muda tahun 4 Usuluddin datang kepadaku selepas itu, dia menyatakan yang dia seronok denganku, dia seronok sebab kerap kali dia melihatku ada di majlis itu... macam-macam dia puji dan dia pelawa aku.. namun aku ucap terima kasih sambil mengungkap Alhamdulillah berulang-ulang kali.. 

" Ya Allah janganlah engkau biarkan aku lalai dan leka dengan pujian-pujian hambamu padaku, jadikanlah pujian-pujian mereka itu sebagai tanda bahawa ada ramai hambamu yang selalu memuji kehebtan dan kemuliaanmu, kerna dengan sebab mereka memujiku, maka secara tidak langsung bibirku memuji kebesarannya dengan lafaz Alhamdulillah buatmu, semoga segala pujian itu kembali kepadamu, sungguh aku tidak layak dipuji, namun itulah hakikat manusia hambamu, yang memang suka memuji hamba-hambamu.. ameen ya Hamidus somad !!! ya Allah, sungguh engkau mendengar setiap hambamu yang memujimu... (",) "



29/7/2010. KHAMIS.

Aku sampai Masjid lagi, sempat menadah kitab dengan Syeikh Said Syaltut Al-Azhari... Alhamdulillah... semoga bermanfaat ilmu syeikh dengan kami selaku anak-anak muridnya yang mengakui kepandaian ilmunya dalam bidang feqah...

Allahu Akbar Allahu Akbar !!!
Azan maghrib berkumandang mendayu-dayu alunan suara azannya... subhanallah, itulah anugerah ilahi buat insan-insani yang menggunakan suaranya menurut apa yang dikehendaki ilahi... 

Aku terpilih utk berada di saff sebelah hadapan dan kanan lagi, Alhamdulillah, syukur pada Allah yang menempatkan aku ditempat sedemikian... 

Kemudian kuliah disampaikan oleh Syeikh Zakaria ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar Baru, Haiyyu Sadis ), beliau cuma menyampaiakn hanya beberapa minit sahaja seperti kebiasannya beliau buat macam itu... walaupun sedikit, saya tetap mencatitkannya dalam kertas kajang saya... Alhamdulillah.. sikit sikit lama-lama jadi bukit, syai'an fa syai'an ( satu satu@sikit demi sikit ).

Waktu Isya' masih lama lagi... pelajar Arab datang dekat denganku bersama pakcik yang selalu berada bertasbih di sebelahku... beliau mahu berta'aruf berkenalan denganku, Alhamdulillah... aku suka hamba Allah seperti ini, suka berkawan dan mencari kawan serta mahu bersalaman... tidak lama aku sembang denga mereka sebab aku merasakan yang aku kena pergi masuk dalam masjid untuk membaca surah dalam al-Quran yang memiliki kelebihan tersediri.. aku minta izin .

" ista'zin ya habibi " ana aiyyiz ruh ila ghowah, li'aqroul Quran, insyaAllah... ana ayyiz aqro' min surah al-kahfi, insyaAllah ", mereka jawab " tafaddhol ya zamili "...

Sebelum aku bergerak, aku sempat bertanya padanya :

" Kamu tahu kelebihan surah al-kahfi sekiranya dibaca pada malam jumaat atau apagi jumaat ?

Dia jawab, " na'am.. man qoro'a suratul kahfi fi yaumil jumaah, tu'simuna min fitnatid dajjal " ( maksudnya siapa yang membaca surah al-kahfi pada malam jumaat/hari jumaat maka terselamat dari fitnah dajjal...) . Alhamdulillah.... 

Aku pun terus masuk dalam masjid, ambil Al-Quran, menghadap Qiblat, buka surah al-kahfi, Bismillah, betulkan niat semata-mata nak dekatkan diri padaNya kemudian baca... (",)

" Ya Allah, semoga dengan membaca Al-Quran ini hatiku semakin dekat padaMu, semakin cinta yang amat sangat pada kalamMu, sekiranya ada pahala bacaan Quranku ini, maka aku hadiahkan kepada ayah dan ibuku dan kepada mereka yang berjasa padaku, dan aku hadiahkan pahalanya itu juga kepada semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, samada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke Rahmatullah, ameen ya Allah ! "


30/7/2010. JUMAAT.

Alhamdulillah harini seperti biasa pergi ke Muqattam bertalaqqi dengan Syeikh Dr Yusri Al-hasani...

Harini hari jumaat, hari yang penuh dengan berkat bagi mereka yang mengambil manfaat... banyak amalan-amalan sunnat yang boleh di amalkan pada hari yang penuh berkat ini..

Alhamdulillah harini dua kali aku datang ke Masjid Al-Azhar, mula-mula waktu solat jumaat dan keduanya selepas solat maghrib... Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan segala-galanya...

Ketika aku sampai di Masjid, aku terus berjumpa dengan pakcik-pakcik yang duduk di atas kerusi bagi mereka yang uzur... aku bersalam dengan mereka semua setelah aku menyampaikan salam penuh penghormatan " Assalamualaikum " mereka menjawab " waalaikumsalam ". setelah itu aku minta izin kepada mereka untuk solat tahiyyatul Masjid sebanyak 2 rakaat.. setelah selesai solat, aku keluarkan buku yang ada di dalam beg galasku, buku yang aku beli di pejabat PMRAM sewaktu mula-mula datang dulu, tajuk buku itu " Apa erti komitmen saya terhadap dakwah ", aku membacanya sehinggalah masuknya waktu isya'... kerna kuliah maghrib tiada, Syeikh tak dapat datang mungkin sebab ada uzur yang syari'e...

Walaupun Syeikh tak datang, namun aku terkejut bila datang seseorrang dari arah belakang, berjubah putih, berserban besar berwarna putih tiba-tiba meletakkan tongkat di hadapan sebelah kiriku, aku tidak memikirkan ianya siapa, ramai orang yang mengiringi beliau setelah itu, polis murur pun ada, aku terkejut dan penuh kehairanan dalam fikiran... siapakah ini ! siapakah ini !, aku salam dengan polis tersebut,

" assalamualaikum ",

" waalikumsalam " jawabnya..

Aku terpandang ada pelajar Malaysia berada di belakangku, dengan selamba dia bermain mata denganku, dan memainkan mulutnya seolah-olah mahu memperkenalkan seseorang denganku, dia menunjuk-nunjuk orang yang berserban putih itu..

aku tanya kenapa ? siapa dia ? pelajar itu jawab Habib Ali Al-Jufri ( Al-Yamani ),

Subhanallah... aku cukup gembira, bila aku tengok raut wajahnya.. benar dialah Habib Ali Al-Jufri, aku pernah lihat wajahnya sebelum ini di kaca video sewaktu menonton ceramahnya dalam Youtube kawanku... subhanallah... tak sangka... ahli bait Rasulullah s.a.w berada bersamaku.. ya Allah syukur ya Robbi ..

Sungguh sewaktu aku melihat wajahnya, indah sungguh, manis dengan senyuman... aku teringat Rasulullah s.a.w... Allahumma solli ala saidini Muhammad s.a.w... Rindunya Ya Rasulullah... Allahumma solli ala saidina Muhammad s.a.w... (",) aku merinduimu ya Rasulullah... rindu oh rindunya aku denganmu ya  khalilullah wa Habibullah... Allahumma solli ala Muhammad s.a.w.

Setelah selesai solat Isya' aku mendatangi Habib Ali Aljufri tersebut, aku mendatanginya dari belakang, ramai jamaah yang bersalaman dengannya sambil bertanya soalan dan sebagainya.. aku tunggu mereka habis salam, ketika beliau mahu berjalan aku tangkap dan pegang lengannya perlahan-lahan dengan sopan aku memanggilnya,

" Ya Syeikh ! ", beliau menoleh kearahku, matanya tajam memandangku, aku dapat rasakan pandangannya itu pandangan yang penuh kasih sayang kepada ummat nabi Muhammad s.a.w, lantas dia mengeluarkan suara,"

na'am ya Syeikh, Barakallahu fik " sambil tersenyum, aku juga menjawab Allahu yubarrik fik sambil tersenyum mesra... seronok rasanya... Alhamdulillah... (",),

saya tanya kawan, Syeikh dari mana? dia jawab dari ziarah maqam Saidina Husin Radhiallhu Anhu ( cucu Rasulullah s.a.w ).



Ziarah Maqam Syeikh Mohammad Sholeh Ar-Rifa'i Al-Ja'fari Rahimahullah taala

Sebelum pulang aku singgah di Masjid Sholeh Al-Ja'fari, aku sudah memasang azam untuk menziarahi maqam Syeikh Mohd Sholeh Ar-Rifa'i Al-Ja'fari yang mana maqam Syeikh berada di hadapan Masjid tersebut.. Syeikh Sholeh Al-Ja'fari rahimahullah taala juga salah seorang ahli bait Rasulullah s.a.w... Alhamdulillah, aku dapat menziarahinya walaupun sudah terlalu lewat malam sehinggalah penjaga masjid menutup pintu Masjid tersebut... aku sempat bertanya penjaga masjid itu tentang Syeikh Sholeh Al-Ja'fari, aku bertanya padanya, siapa nama penuh Syeikh ? dan adakah Syeikh juga merupakan salah seorang ahli bait Rasulullah s.a.w ? pakcik itu menjawab :

" nama Syeikh ialah Syeikh Mohd Sholeh Ar-Rifa'i Alja'fari... na'am, Syeikh salah seorang dari kalangan ahli bait Rasulullah s.a.w.." wallahu alam.

" Ya Allah sungguh aku teringin mahu pergi manziarahi Maqam Auliya' Mu ya Allah, yaiti Syeikh Ibnu Athoillah as-Sakandari Radhiallahu anhu... Sungguh aku rindu ya Allah, mudahkan ya Allah.. !!! "

Bersambung... (",)


Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
Ardhul Anbiya' kaherah Mesir.


Wednesday, July 28, 2010

Kemuliaan Seseorang, Qiamullail (",)

Bismillahi Azza Wa Jalla Wa Tabarakallah WasSolatu Ala Rasulillah Wa Man Wa Lah 


25/7/2010. AHAD.

Alhamdulillah terpilih lagi untuk datang ke Masjid Al-Azhar Asy-Syarif untuk memenuhi tujuan asal kedatanganku di bumi para Nabi AlahimusSolatu WasSalam ini yakni menuntut ilmu di selautan ilmu yang ada di bumi Mesir bersejarah ini. Seperti kebiasaannya menaiki motorsikal yang juga tujuanku membelinya adalah agar mudah bertalaqqi dan melaksanakan tuntutan nafqahku kepada zaujah serta aku boleh berziarah ke rumah-rumah sahabat-sahabat penuntut ilmu yang lain. Paling jelas aku membeli motor ini adalah kerna Allah, aku bawa ke mana saja aku bawa kerana Allah, aku menuntut ilmu kerna Allah, aku ziarah kawan-kawan kerna Allah, aku melaksanakan nafqah kerana Allah..sebab apa? sebabnya setiap amalan yang hendak dilakukan mestilah kerana Allah semata-mata, bukan selainnya.

Alhamdulillah dapat menghadiri kuliah Syeikh Jamal Faruq.

Allahu Akbar, Allahu Akbar !!! Azan Maghrib.

Aku keluarkan botol air dalam beg galasku, berdoa kepada Allah : " Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ala rizkika aftartu birahmatika ya arhamarrahimin " ameen ! 

Bismillah... aku meminum air tersebut... Alhamdulillah... aku lega, syukur ya Allah.. kernaMu aku berpuasa, kerna mengikuti sunnah kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. 

Hari ini bersamaan 13 sya'ban 1431. aku berazam untuk berpuasa 3 hari dipertengahan bulan sya'ban, kerna ingin mengambil keberkatan sunnah berpuasa 3 hari dipertengahan setiap bulan-bulan Islam. Selepas berbuka puasa dengan air ( kurma tiada ) di dalam kelas talaqqi, aku pun terus pergi menuju ke saff hadapan solat utama, seperti kebiasaannya aku suka berada di saff hadapan, selain kelebihannya yang banyak di sisi Allah, saff depan dan sebelah kanan juga merupakan saff yang diselawatkan oleh para malaikat, Alhamdulillah.

Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Syeikh Mohd Said Sulthan... Alhamdulillah, aku juga menghadirinya, walaupun kuliah ini berpindah di dalam ruangan dalam masjid (kebiasaannya di luar masjid) kerana mereka membuat rakaman video. Begitulah sehingga habis dan masuknya solat fardhu Isya'.

26/7/2010. ISNIN.

Hari ini aku bangun awal, zaujah kejutkan untuk Qiamullail, Alhamdulillah ini juga merupakan hidayah daripada Allah buat hamba-hambaNya yang berniat untuk bangun di sepertiga malam... selepas dari itu zaujah menolong mempersiakan makanan sahur semata-mata mahu mengambil keberkatan yang ada dalam sahur,

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :" Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan "

Allahu Akbar, Allahu Akbar ila akhiril azan shubuh...

Selepas solat shubuh berjemaah selesai, aku pun bersiap untuk pergi bertalaqqi di Masjid Asyraf Muqattam menadah kitab dengan Syeikh Dr Yusri Alhasani. Setelah itu aku pergi menuntut ilmu di rumah negeri Terengganu pula, kerna di situ ada pengajian kitab Risalah Al-Mustarsyidin yang disampaikan oleh Ust..... Alhamdulillah aku dapat istiqamahkan diriku menghadiri pengajian kitab di situ, walaupun hanya beberapa orang sahaja yang hadir... Alhamdulillah banyak faedah yg ku dapati sejak menghadiri kuliah di situ, syukur Alhamdulillah. 

Selepas solat asar berjamaah, aku terus bersiap pergi Masjid Al-Azhar Asy-Syarif... Sesampainya di sana aku terus masuk kelas talaqqi Syeikh Said Syaltut Al-Azhari...macam biasa aku duduk di belakang lagi.. walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerna dapat menghadirinya, memang aku rindu dan mencintai majlis-majlis ilmu seperti ini, aku juga tenang bila berada di dalamnya, mungkin sebab ianya Raudhatul Jannah dan para malaikat menghamparkan sayapnya yang membuatkan aku rasa tenang dan tenteram berada di dalamnya, Alhamdulillah,

" Ya Allah terus dan teruskanlah hatiku seperti ini, yakni tenang dan tenteram berada di dalam majlis-majlis ilmu yang digelar sebagai raudhatul Jannah taman syurga ini, kerna aku rasa seronok dan terhibur berada di kalangan mereka, perasaan ini sudah lama melekat di dalam jiwa sanubari dan jawarihku, aku sangat bersyukur padaMu ya Allah, sungguh sekiranya engkau mahu mematikan aku dalam keadaan aku berada di dalam majlis raudhatul Jannah ini, maka aku juga menyukainya ya Allah, dan engkau lebih tahu daripadaku, sedang aku tidak boleh berbuat sesuatu perkara melainkan apa yang telah engkau takdirkan buat diriku, asykuruka ya Ilahi.. ameen ya Robbi !!! "

Allahu Akbar, Allahu Akbar !!! 

Alhamdulillah azan bergema lagi, memang aku sudah menunggu laungan azan ini, kerna aku tidak sabar untuk berbuka puasa, aku sangat dahaga dan haus, kebetulan musim panas di Mesir ini, secara tidak langsung semuannya yang berada di negara ini kehausan dan setiap beberapa minit memerlukan air untuk diminum, Alhamdulillah, walaupun musim panas seperti ini, Allah beri kekuatan kepadaku untuk teruskan berpuasa, musim panas yang mencecah hampir 40 darjah celcius, panas yang aku tidak pernah alaminya sewaktu berada di negaraku Malaysia... namun bila aku rasa bahangnya panas ini, aku teringat akan kepanasan yang bakal berlaku di akhirat yang mana panas diakhirat lagi panas berbanding kepanasan di dunia ini sebanyak 70 kali ganda, subhanallah, itulah kekuasaan Allah, sebahagian kepanasan yang kita rasai di dunia ini adalah bersamaan 70 kali ganda panasnya di akhirat, cuba bayangkan bagaimana kepanasannya itu, jika di dunia lagi kita tidak boleh tahan dengan panasnya pancaran terik matahari, bagaimana kita mahu hadapi panasnya matahari di atas kepala bila berada di akhirat nanti ? Allah...

" Ya Allah selamatkan kami dari kepanasan akhirat dan panasnya api nerakamu, lindungi kami ya Allah, kami hambamu yang lemah, tiada daya dan kekuatan, sedang engkau berkuasa dan maha gagah perkasa, kami ciptaanmu ya Allah, tidak tahan terkena panas dan tidak tahan terkena api... ya Allah selamatkan kami ya Allah... tolong ya Allah, rahmatilah kami bila kami berada di perhimpunan itu ya Allah, dengan engkau kurniakan RahmatMu, engkau masukkan kami dalam kalangan hambamu ya kau naungi ArasyMu ya Allah, ameen ya Allah  sallimna ya Allah !!! "

Selepas berbuka puasa dengan beberapa tegukkan air, Alhamdulillah dapat juga menghilangkan kehausan yang ku alami, terima kasih ya Alla, kerna bagi aku minum dan merasai rezkiMu...Nikmatnya ya Allah.. (",)
Solat maghrib, Alhamdulillah aku di saff hadapan lagi... syukur ya Allah.. aku nak lagi berada di saff ini ya Allah... mudahkan aku ya Allah... (",)

Selesai solat, Syeikh Dr Mohd Ali mengambil tempat duduk diatas kerusi yang disediakan untuk melaksanakan amanah sebagai seorang penyampai ilmu untuk di kongsi dan sama-sama menyempurnakan dan mengsisi ruang masa diantara magrib dan isya' dengan tazkirah.. seperti biasa beliau menyampaikan kuliah menggunakan kalam-kalam Syeikh Ibnu Athoillah Assakandari... dan sebelum beliau menyampaikannya, beliau ada menerangkan tentang kelebihan pada malam nisfu sya'ban... Alhamdulillah, aku dengar cukup khusyu' di samping menyalin apa yang disampaikannya di dalam kertas kajangku... bila aku dengar beliau menyampaikan kelebihan itu, maka jiwaku bertambah semangat dan berazam untuk mengamalkan sgala amalan pada malam nisfu sya'ban ini, insyaAllah.

Setelah selesai solat isya', aku mendatangi Syeikh semata-mata mahu bersalam dengannya, aku terlihat di belakangnya ada Syeikh Zakaria, maka aku salam kedua-duanya sekali... ketika aku salam dengan Syeikh Dr Mohd Ali, beliau menanyakan khabarku, kaifa haluka ? saya jawab Alhamdulillah bikhoir sambil tersenyum...

Kemudian aku pun terus berjalan hendak keluar dari masjid, tiba-tiba ada seorang Arab memanggilku, aku beri salam kepadanya, Assalamualaikum, waalaikumsalam jawabnya... aku duduk bersamanya, dia mulakan soalan, Malizi wala Indonesi ? malizi, jawabku.. owh Alhamdulillah... kuliah di mana, aku jawab Jamiah Al-Azhar dalam kuliah Usuluddin, tahun berapa? baru tahun 1. dia teruskan soalannya, sudah pergi Makah? jawabku belum, insyaAllah, memang mahu ke sana ( dalam hati macam tahu-tahu jak yang saya mahu pergi Makah ) dia mengambil wallet dan dikeluarkannya kertas putih.. dia memberikan kepadaku kad peribadi nya, ambil ni, jika antum mahu pergi Makah dan berada di Makah, hubungi saya... insyaAllah saya ada di sana. Aku jawab dengan perasaan yang menggembirakan, Alhamdulillah, syukran ya syeikh...

Dia tanya namaku, ismak ea ? ismi kamarudin... owh, ismi ana mohammad wa zamili mahmud. Alhamdulillah jawabku, seronok sebab nama mereka seperti nama nabiKu Muhammad s.a.w. aku beritahu mereka bertuahnya kamu sebab nama kamu ada kelebihan yang tersendiri,

Allah sebut dalam hadis qudsi, bahawa sesiapa yang menamai namanya dengan nama yang seumpama namamu (Muhammad s.a.w) maka aku tidak azab dengan api neraka, mereka jawab Alhamdulillah, barakallah... dan aku tidak masukkan ke dalam api neraka mereka yang menamai namanya dengan nama Muhammad atau Ahmad.. 

Mereka tersenyum, dan berkata na'am, na'am.. Alhamdulillah. aku mengakhirinya dengan salam dan jumpa lagi, mereka jawab waalaikumsalam dan selamat malam dalam bahasa melayu, aku tersenyum ( dalam hati Alhamdulillah ada juga org arab yang pandai kecek melayu ), InsyaAllah kalau saya mahu pergi Makah saya akan hubungi syeikh insyaAllah.



27/7/2010. SELASA.

Alhamdulillah, aku terpilih untuk beribadah di malam yang digelar sebagai malam Nisfu Sya'ban... Alhamdulillah, malam ni kami bangun awal, jam 1.30 pagi... semata-mata mahu bermunajat kepada Tuhan dan menyambut seruan yang menyeru dengan berkata, siapakah yang meminta ampun maka aku ampunkan dia, siapakah yang memohon maka akan ku makbulkan permintaannya dan siapakah yang berhajat maka akan ku penuhi hajatnya... dan banyak lagi ganjaran yang Allah akan berikan kepada hambanya.



" Kemuliaan manusia itu ialah apabila berdirinya pada malam hari ( Qiamulail )"
" Saya teringat satu hadis Nabi s.a.w yang mana Rasulullah s.a.w memuji Abdullah bin Umar dengan pujian Baginda s.a.w, " Ni'mar Rajul Huwa Lau Kana Yusolli Billlail, maksudnya, sebaik-baik lelaki itu ialah yang bangun sembahyang qiamullail " 


dan lagi, " Wahai fulan, jangan kamu banyakkan tidur di malam hari, kerna tidur banyak di malam hari membuatkan seseorang itu faqir/miskin di yaumul Qiamah. "
 " Dirikanlah qiamulail, kerna qiamulail itu amalan kebiasaan orang-orang yang sholeh sebelum kamu, dengan qiamulail Allah akan dekatkan diri kamu kepada Allah, Allah akan hapuskan dosa kamu, mengampunkan kesalahan kamu, dan menghilangkan penyakit yang ada dalam badan kamu.."

Sewaktu tidur, saya termimpi seperti mimpi berlakunya kiamat... ( wallahu alam, apakah petanda mimpi itu, dan aku tidak mahu menyatakan apa-apa terhadap mimpiku kepada kamu wahai sahabatku, melainkan sebahagiannya sahaja, sebab aku risau ianya menjadi fitnah bagi mereka yang pencari fitnah, dan gemar menfitnah hamba-hamba Allah, dan aku tidak minta untuk kamu mempercayai mimpiku, sebab kekadang mimpi itu adalah permainan tidur atau ia dari permainan syaithan atau memang sudah terbiasa kita memikirkan perkara itu diwaktu jaga sehingga terbawa kedalam tidur, wallahu alam, Allah sahaja yang tahu ) .

Alhamdulillah... aku terus bangkit dari tidurku, aku ucap istighfar dan mengucap 2 kalimah syahadah.. aku terus mengambil air sembahyang ( whudu' ), kemudian terus solat sunat taubat sebelum solat tahajud 2 rakaat... Alhamdulillah... mimpi itu membuatkan aku terus menyebut nama Allah... sebenarnya aku sudah banyak kali mimpi perkara yang sama, tapi keadaan tempat yang berbeza... ingat sewaktu aku duduk di pondok dulu, aku kerap bermimpi perkara-perkara yang membuatkan aku ingat pada Tuhanku, yang membuatkan aku semakin bersedia dengan apa yang bakal berlaku dengan memperbanyakkan mengingati Tuhanku, agar setaiap saat aku tak lupa dengannya, sungguh aku cinta pada zikrullah, aku cinta ketenangan hati yang mendamaikan hidupku walaupun dunia di sekelilingku bergelora... cukuplah Allah pelindungku  

HASBIYALLAHU WA NI'MAL WAKIL
WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIM...

" Ya Allah, sungguh segala mimpi-mimpi yang kau mimpikan itu, adalah sebagai tanda tazkirahMu buatku... aku rindu dan suka tazkirah-tazkirah seperti itu, sebab kekadang aku lebih yakin dengan mimpiku berbanding dengan apa yang dikatakan oleh saudara-saudaraku.... Maha suci engkau ya Allah yang memegang ruh hamba-hambaMu dikala tidur yang dikatakan sebagai mati kecil oleh kekasihMu Nabiku Muhammad s.a.w... Moga-moga mimpi-mimpi yang seperti itu adalah mimpi-mimpi yang menunjukkan kekuasaanMu pada makhluk ciptaanMu yang kerdil sepertiku... Subhanallah, maha suci engkau ya Allah.. ameen ya ilahi " 
Kemudian aku bersahur... setelah bersahur barulah aku mendirikan solat sunat witir hanya dengan 1 rakaat sahaja kerna pada ketika itu waktu sudahpun mahu memasuki waktu solat shubuh.

Seperti kebiasaannya juga aku pergi talaqqi di Masjid Asyraf Masjid Muqattam Di rumah Syeikh Dr Yusri Al-Hasani...

Alhamdulillah hari ni juga aku dapat pergi Masjid Al-Azhar Asy-Syarif untuk bertalaqqi dan menuntut ilmu di Masjid yang bersejarah dan banyak melahirkan Ulama'-Ulama' sedunia yang menuntut ilmu secara bertalaqqi di situ... Alhamdulillah, aku juga berbuka puasa di Masjid tersebut.. dapat mendengar tazkirah dari Syeikh Aid Al-Azhari Seorang khatib dan Imam di Masjid tersebut... sehinggalah selesai sholat fardhu Isya' secara berjamaah... 

Dalam pada itu, seorang pakcik yang biasa duduk bersama denganku di majlis ilmu itu bertanya, kamu hanya berbuka puasa dengan air, biskut sekeping dan anggur sahaja? jawabku, na'am, sambil tersenyum melihat wajahnya... aku bertanya padanya, lea? dia jawab ma yanfasy... maksudnya tidak boleh atau tidak baik... dan dia suruh aku makan eisy atau tokmiya... ( sejenis roti arab ). . aku dah beritahu padanya aku makan begini hanya sekadar berbuka puasa maghrib ja, dan balik rumah nnati aku sambung makan kerna zaujah lazim menyediakan makanan ketika aku sampai di rumah... dia kata lewat sangat tu... aku hanya mampu tersenyum dan aku jawab, insyaAllah selepas ini aku akan buka seperti itu, insyaAllah... (",) wallahu alam.

Bersambung... (",)
 

Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Bumi Anbiya' Ardhul Kinanah
Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir.

Monday, July 26, 2010

Aku Juga Mencintaimu Kerna Allah Sahabatku !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Alhamdulillah sahabatku zaid, semoga Allah merahmatimu... ini adalah ulasan penulisan buatku untukmu, tanda aku menghargai pemberianmu dalam bersahabat denganku...


Sungguh engkau telah meletakkan cemburumu di tempat yg terpuji dan sepatutnya...

Aku juga mencintaimu kerna Allah wahai sahabatku,

Dan cintaku itu lebih dulu dari perkataanmu, penulisanmu, detik hatimu, dan ungkapan dibibirmu... kerna takkan sempurnanya imanku kalau tidak mencintai ummat Nabiku Muhammad s.a.w sepertimana aku mencintai diriku sendiri wahai sahabatku...

Sahabatku, hiduplah dalam kalangan orang-orang yg beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t.dan berhati-hati duduk dengan mereka yang derhaka kepada Allah...

Sahabatku, syukurilah apa sahaja yangg ada dengan ucapan Alhamdulillah ats segala nikmatnya, kelak kau akan mndapati kemanisan nikmat iman daripadanya.

Sahabatku, beramallah dengan sunnah nabimu sedaya yg kamu mampu, kerna dengan itu sahajalah engkau bisa meraih cintu Tuhanmu.

Sahabatku, hargailah segala mereka yang mahu dan sudah bersahabat denganmu, kerna mereka juga mengharapkan pershabatan kerana Tuhanmu sepertimana pengharapanmu dalam bersahabat denganku... 

Hargailah mereka Wahai Sahabatku !

Ni kata-kata Mutiaraku Buatmu Sahabatku :

" Orang Yang Dapat Merasai Nikmatnya Bersahabat Ialah Mereka Yang Selalu Menghargai, Mensyukuri Dan Mendoakannya, Sepertimana Dia Merasai Nikmatnya Air Dikala Tersangat Haus Dan Dahaga Lantas Terbit Lafaz Dibibirnya Kalimah Yang Mulia Syukur Alhamdulillah "


Sahabatku, aku juga mencintaimu kerna Tuhan yang satu, Kerna itu adalah tuntutan Iman yang jitu dan persahabatan itu bukan hanya di dunia yang menipu bahkan sampai ke yaumul Qiamal yang dimiliki oleh Tuhanku... 


Nabi Muhammad s.a.w Bersabda : Al-mar'u Ma'a Man Ahabba Yaumal Qiamah " Seseorang Itu Akan Bersama Dengan Orang Yang Dikasihinya Di Yaumul Qiamah "


Semoga persahabatan kita dibarakahi Allah azza wa jalla yang maha barakah dari segala-gala keberkatan, bertemu berpisah kerana Allah, suka benci  juga kerana Allah... agar nanti di yaumul qiamah kita boleh berpimpin tangan menuju Jannah.. InsyaAllah... ameen ya Allah !.


" Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah menyatu, bertemu dalam naungan Cintamu, Bertemu Dalam Ketaatan Berpisah Dalam Perjuangn, Ya Allah Bimbinglah Kami !!! "


Ameen Birahmatika Ya Arhamar Rahimin, Walhamdulillahi Robbal Alamin... !!!


Senyum Mahabbah Lillahi Azza Wa Jalla Wahai Sahabatku !!! (",)


Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, 
Ardhul Anbiya' Wal Ardhul Kinanah, Kaherah Mesir.



Lagu Khas Untukmu Wahai Sahabat-Sahabatku, Semoga Dirahmati Allah selalu :

Sunday, July 25, 2010

Amalkan Sunnah Nabimu Sedaya Termampu !

BismillahirRahmanirRahim
WasSholatu WasSalamu Ala Saidina Muhammadin Nabiyyil Musthofa Wa KhotamanNabiyyin Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain Wal Hamdulillah Robbil Alamin...

23/72010. SABTU.

Alhamdulillah, aku pergi masjid Al-Azhar Asy-Syarif lagi... seperti biasa menaiki motorsikal jenama Dayun Made In China yang mana motor ini adalah sebuah hadiah dari insan dermawan yang berada di Malaysia... syukur ya Allah, moga engkau membalas segala kebaikan yang dilakukan oleh hambamu yang dermawan ini dengan engkau memanjangkan umurnya didalam kebaikan, memberikan kesihatan yang baik padanya, memurahkan rezekinya, dan membahagiakan ahli keluarganya supaya ia dapat mensyukuri segala nikmat yang kau berikan.. ameen ya Rahman ! 

Bismillah, aku parking motor di tepi pagar masjid Al-Azhar juga bersebelahan dengan perniagaan buah-buahan anggur, strawberry dan kitab-kitab serta daging dan sebagainya.
Aku terus masuk ikut pintu gerbang masjid Al-Azhar dengan langkahan kaki kanan kerna ianya sunnah Nabiku Muhammad s.a.w lantas berdoa dalam hati : 

" Allahummaghfirli zhunubi waftahli abwaba rahmatik, Allahumma Sholli Ala Muhammad s.a.w..."

" Ya Allah Ya Tuhanku Ampunkanlah Dosa-dosaku Dan Bukakanlah Pintu-Pintu Rahmatmu..ameen ! "

Ya Allah moga kau perkenankan.... sahabat, segala apa sahaja yang kita lakukan start dari bangun tidur sehinggalah ke tidur semula, semuanya Islam telah ajar melalui utusan Allah Rasulullah Muhammad s.a.w samada melalui amalan cara berpakaian sunnah, amalan cara makan sunnah, amalan doa ketika keluar dari rumah, masuk rumah, amalan doa naik kenderaan, amalan doa melihat cermin dan apa-apa sahaja yang berkaitan tentang amalan Akhlak Rasulullah s.a.w samada melalui perbuatannya, percakapannya, dan pengakuan semuanya sudah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w, begitulah juga amalan sunnah ketika masuk masjid maka nabi s.a.w berdoa seperti doa di atas... sebenarnya hari-hari kita boleh amalkan sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w, cuma kekadang kita terlepas pandang sebab kita terhijab dengan tipuan nafsu dan syaithan yang tak pernah lepas dari menghasut anak Adam a.s.

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : " ma amartukum bihi fa'tuu minhu mastata'tum.. maksudnya apa yang aku perintahkan kepada kamu maka ambillah (amalkanlah) sedaya yang termampu.."

Sahabat, siapa lagi yang mahu amalkan sunnah nabi kita Muhammad s.a.w, kalau bukan kita ummatnya !.
Siapa lagi yang mesti mempelajari dan mengambil faedah atas segala peninggalan warisan nabi Muhammad s.a.w kalau bukan kita ummatnya !.
Siapa lagi yang mesti mempertahankan Islam dari dihina atau diperkecilkan kalau bukan kita ummat Islam !.
Siapa lagi yang mesti memperjuangkan Islam yang maha mulia dari segala agama bathil yang ada kalau bukan kita ummat Islam !.
Siapa lagi yang mesti mencintai nabi Muhammad s.a.w kalau bukan kita ummat Nabi Muhammad s.a.w !

" Sahabat, ingatlah dulu Rasulullah s.a.w pernah memberitahu Saidina Abu Bakar As-Shiddiq bahawa aku merindui ummat akhir zaman, walaupun mereka tidak pernah melihat aku tapi mereka sangat rindu padaku... "
" Subhanallah... ya Rasulullah, ketahuilah ummat akhir zaman yang kau rindui itu juga merinduimu, rindu serindu-rindunya ya Rasulullah... dan kebanyakan ummat akhir zaman yang aku temui juga sangat mencintaimu akan cinta yang secinta-cintanya ya Rasulullah, juga ummat akhir zaman yang ku temui kebanyakan mereka memperjuangkan agama yang pernah kau perjuangkan sewaktu 1400 tahun dulu, mereka tidak henti-henti menyambung rantai perjuangan itu walaupun terpaksa gugur di medan tempur ya Raulullah... Ya Rasulullah, berolehkanlah kami terhadap barakah Nur Rahmatmu di dunia yang hampir layu, agar di akhirat kami yang merinduimu beroleh syafaatmu ya Rasulullah.." ameen ya Allah !!!
Allahumma sholli ala saidina Muhammad s.a.w...

Aku terlihat 3 orang pelajar yang sedang asyik membaca kitab dan ber'muthala'ah kitab bersama sahabat-sahabatnya, aku lembutkan lidah beri salam, Assalamualaikum, mereka jawab waalaikumsalam...(",)


Ketika aku melangkahkan kakiku sejarak beberapa meter, aku dengar suara memanggilku, ya walad ! ta'al !.. aku mendatanginya dengan muka yang senyum, bila aku dekat dengannya aku ucap salam Assalamualaikum ya Syeikh, waalaikumsalam jawabnya... beliau menyuruhku melalui jalan sebelah belakang, aku jawab, insyaAllah baik... rupanya ada sesi rakaman video ceramah di tengah-tengah masjid tersebut, rakaman tv ini seperti rakaman ceramah-ceramah tv di Malaysia seperti motivasi pagi dll.

Aku teruskan perjalanan meneruskan niat tujuan mahu menuntut ilmu Tuhanku yang maha Rahman...

Dari jauh aku melihat kelas talaqqi itu seolah-olah sudah dipenuhi oleh penuntut ilmu, bila aku dekat ternyata benar... ramai penuntut ilmu sudah khusyu' mendengar syarahan kitab Fathul Qorib dari Syeikh Said Syaltut ( seorang Ulama alim ilmu Feqah ), aku pun masuk kelas tersebut dan duduk... aku duduk di bahagian belakang berdekatan dengan pintu kerna penuntut-penuntut ilmu sudahpun memenuhi ruangan tak kira lelaki mahupun perempuan dari Malaysia, Indonesia, Turki, India dan Mesir sendiri. dalam hati syukur Alhamdulillah dapat juga tempat walaupun paling belakang. Aku melihat ada seorang yang datang sesudahku, dia sudah melangkahkan kaki memasuki pintu, namun bila dia melihat ramai orang maka dia pun terus keluar begitu juga 2 orang Arab ahli rakaman video, mereka telahpun masuk dalam majlis ilmu tersebut tapi mereka keluar, mungkin mereka ada kerja yang lebih penting agaknya...

Sahabat, kalau kita malu dengan ilmu maka ilmu itu juga malu dengan kita, jika kita mahu mendekati ilmu, maka ilmu itu akan datang bersama kita...

" jika niat kita memang benar mahu menuntut ilmu, walaupun ada penghalang di depan kita pasti akan tempuhi dengan hati yang tenang dan terbuka, sebab penuntut ilmu yang ikhlas itu mereka tidak pernah malu dengan ilmu, bahkan mereka malu jika tidak berilmu... gerakkan hatimu wahai penuntut ilmu, kau adalah penuntut ilmu, bukan pengkaji ilmu, kau adalah penuntut ilmu bukan penghukum hamba Allah dengan hukuman yang tidak menentu, kau adalah penuntut ilmu, bukan pelancong yang melancong ke serata sejarah penjuru... kau adalah penuntut ilmu !!! bebaskan dirimu dari sifat malu mahu kepada ilmu... sebab diantara sifat tidak malu yang terpuji ialah sifat tidak malu untuk mendapatkan ilmu... teruskan menuntut ilmu wahai perindu ilmu !!! "


Aku teringat kisah 3 orang yang mahu menuntut ilmu tetapi lewat datang... 

Orang pertama datang terus duduk ditempat yang kosong dan disediakan, maka orang ini akan dapat ilmu dan apa yang dimahunya.

Orang kedua dia malu-malu dengan ilmu, maka walaupun ada tempat kosong di depan namun dia hanya mahu duduk dibelakang, maka ilmu yang dia inginkan malu juga dengannya.

Manakala orang yang ke 3 ialah yang sudah sampai ke majlis ilmu kemudian dia melihat mungkin ramai orang sehingga takda ruang atau dia melihat Syeikh yang menyampaikan dia tak suka, maka dia pun berpaling dari majlis tersebut, maka orang ini tidak dapat ilmu dan dikhuatiri termasuk dalam golongan yang celaka, nauzhubillah min zalik..!

" Ya Allah ikhlaskanlah kami didalam menuntut ilmumu, lindungilah kami daripada bersifat riak, ujub takabbur, takjub dan yang seumpama dengannya... jadikanlah kami orang yang cinta kepada ilmumu, cinta dengan majlis ilmumu, cinta para penuntut ilmumu, dan cinta kepada orang-orang yang berilmu...lindungi kami dari termasuk di dalam golongan orang yang membenci mereka semuanya itu...  ameen ya mujib ad-da'awat !!! "


Aku juga teringat hadis Rasulullah s.a.w dan pujian Saidatina Aisyah Radhiallahu anha terhadap mereka yang tidak malu dengan ilmu...

" Saidhatina Aisyah Radhiallahu anha memuji wanita-wanita Ansar dengan pujiannya, sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar yang tidak menghalangi mereka terhadap sifat malu dari bertanya perkara agama..."


" Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam lalu ia berkata: sesungguhnya Allah s.w.t tidak malu pada kebenaran ( Innallah La yastahyi Minal Haq ). Adakah wajib mandi atas orang perempuan jika ia bermimpi ? Jawab Rasulullah, Iyya, wajib mandi jika ia telah (mimpi) melihat air mani. "


Sewaktu 2 orang pekerja video rakaman itu duduk di sebelahku, aku meminjamkannya sebuah buku mukhtasar Imam Abi Syuja' Rahimahullah taa'la... kemudian dia terus keluar tanpa memberikan semula kitab itu padaku... erm, tak mengapalah...(",) sekiranya dia tidak dapat menemuiku atas sebab-sebab yang menghalanginya, maka aku niat sedekah atas kitab tersebut...insyaAllah... (aku ada 3 kitab kesemuanya, samada matan Imam Abi Syuja, Mukhtasar dan Syarahnya...dan aku lazim memberi pinjam kepada siapa sahaja yang tiada membawa kitab dalam majlis tersebut, selalunya yang tiada kitab adalah orang arab sendiri.. tak mengapalah, mungkin mereka sekadar datang mahu memperhatikan bagaiman Syeikh mengolah pengajiannya atau mungkin juga mereka seperti Imam Asy-Syafie yang hanya mendengar terus dari telinga masuk ke dalam hati kerna kuatnya ingatannya pada sesuatu ilmu.. ya Allah kurniakanlah aku kekuatan ingatan seperti ini juga, ameen ya ilahi !!! )

Dalam pada itu Syeikh menghadiahkan kepada anak-nak muridnya setiap seorang satu kitab, yaitulah kitab Al-Azkar Karangan Imam Nawawi Rahimahullah Taala. Aku juga sama mendapatkannya, Alhamdulillah (",) moga kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi Rahimahullahu ta'ala ini bermanfaat padaku dan semua penuntut ilmu di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif ini... ameen ya samiul alim !!! ( kitab al-Azkar ini sudah lama saya cari dan ingin beli, sewaktu duduk pondok lagi, Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga kitab ini dengan cara yang mudah, tak perlu beli dan ditempat majlis ilmu yang diberkati ilahi... ) Alhamdulillah ya ilahi, ana uhibbu hazal Kitab, wa nafa'na bi ulumihi fid Daraini, ameen !


Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

Azan maghrib bergema....  setelah selesai talaqqi, aku terus menuju ke ruangan solat utama... Alhamdulillah aku di saff hadapan lagi... dan aku tidak kisah berada di saff bahagian mana asalkan aku dapat sujud dihadapan Tuhanku yang menciptakanku... kerna sedekat-dekat hamba dengan Tuhannya adalah ketika mana hamba itu bersujud. ya Robbi, dekatkan lagi aku padamu ya ilahi, sungguh aku senang dengan begitu, jiwaku tenteram dengan amalan seperti itu... dekatkan ya Lathief !!!

Setelah selesai sholat maghrib berjamaah, seperti biasa kuliah maghrib dari para masyaikh Azhar Asy-Syarif.. malam ini giliran Syeikh Zakaria salah seorang khatib dan imam masjid Azhar. Alhamdulillah aku dapat menulis sebahgian kalam-kalam ucapan beliau walaupun tidak semua, namun aku sempat mencatitnya sedaya mana yang aku tahu dan faham. moga bermanfaat ilmu syeikh dengan kami, ameen ya ilahi ! wallahualam...

" Ya Allah aku mohon keredhaanMu dan SyurgaMu Dan Aku berlindung padaMu daripada KemurkaanMu dan Azab Api NerakaMu.. ameen ! dan Ya Allah Ya Tuhanku SesungguhNya engkau Suka Memaafkan, Maka Maafkanlah Aku... ameen ya salam !!! "




Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Alaihimus Solatu wa Salam
University Al-Azhar Keharah, Mesir.

Saturday, July 24, 2010

Mujahadah Di Permulaan Senang Masa Depan (",)

BismillahirRahmanirRahim WasSholatu WasSalamu Ala Rasulillah Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain Wal Hamdulillahi Robbil Alamin



24/7/2010. KHAMIS. 

Hari ni aku pergi ke masjid Al-Azhar lagi, dengan tujuan yang sama dan merentasi perjalanan yang serupa... walaupun jauh perkara itu tidak menjadi penyudah kepada saya yang sentiasa mengharapkan ilmu dari para Masyaikh di bumi mesir bersejarah. Aku tetap berpegang dengan ayat Quran yang menyatakan bahawa setiap kesusahan itu ada kesenangan... maknanya setiap perjalanan yang jauh itu pasti ada kemudahan yang menjadikannya mudah dan dekat... misalnya yang jauh kita boleh sampai dengan menggunakan kemudahan seperti kenderaan ... sekiranya sudah terbiasa seharian melakukan aktiviti sedemikian tentu ianya akan jadi seperti pepatah " Alah bisa tegal biasa " Kalau sudah biasa yang jauh sudah tidak terasa dan tidak menjadi masalah bahkan yg susah boleh diselesaikan dengan cara yang mudah... begitulah juga penulisan saya ini, walaupun mula-mula nampak banyak yang tak kena namun jika di asah sikit demi sedikit, insyaAllah ianya akan kemas dan nampak canti serta nak baca dan faham pun senang. walaupun ianya bukan tujuan utama, kerna tujuan utama dapat berkongsi ilmu dan amalkan agar ingat Tuhan serta Rasul Junjungan selebihnya serah pada Allah.

"kemanisan dalam kerjaya itu ialah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan sehingga keluarnya titik peluh membasahi badan (hasil titik peluh sendiri) ibarat mendaki gunung kinabalu walaupun pada mulanya nampak jauh, letih dan memenatkan, namun bila sudah sampai ke puncaknya, keletihan itu sudah hilang digantikan dengan ucapan syukur pada Tuhan" BERMUJAHADAHLAH !!! 

jauh pun tidak terasa sebab sudah berada di destinasi puncak gunung, dan apapa sahaja yang dirasai ketika mula-mula mahu mendaki semuanya sudah berganti dengan kegembiraan dan keceriaan, ianya nampak ketara apabila seseorang mengucap syukur Alhamdulillah pada Tuhan kerna dapat melihat saujana mata memandang keindahan Tuhan.. subhanallah indahnya... ucapan itulah yang mengindahkannya...ucapan inilah yang melupakan keletihannya.. apa yang bermain dibibirnya, subhanallah cantiknya !!!



Ya Robbi mudahkan dan selamatkan ya Robbi, engkaulah penyelamat di dunia dan di akhirat, selamatkanlah perjalanku dalam keadaan aku sentiasa mengingatimu, ameen ya Roja'ie !!!

Sampai Masjid Azhar aku terus masuk ke kelas talaqqi Syeikh Said Syaltut, beliau mengajar kitab Fathul Qorib ( matan Abi Suja' ) Alhamdulillah kitab ini aku dah khatamkan ketika sedang berlajar di Institut Pengajian Ar-Razi Junjong Pulau Pinang yang diajar oleh Ust Wan Mohd Wan Zakaria Al-Hafiz. Alhamdulillah ianya menjadikan aku lebih mudah untuk faham.. kerana kebanyakan takrif setiap bab dalam kitab tersebut aku sudah catitkan di setiap penjuru kertas tajuk. Alhamdulillah syukran Ust Wan, moga sentiasa dirahmati Allah, ameen ! 

Sebelum daripada itu aku terserempak dengan Syeikh Hisyam yang menghadiahkan aku buku kecil tapi manfaatnya besar... beliau diiringi dua orang anak muda yang sedang menolongnya mengangkat beberapa buah kitab. kami terjumpa di depan pintu gerbang Masjid Al-Azhar Asy-Syarif... Beliau memandangku, aku pada mulanya tidak perasan sebab beliau pada ketika itu tidak memakai serban... bila aku memandang kearahnya, ternyata beliau masih melihat saya, aku beri salam Assalamualaikum ya Syeikh ? Waalaikumsalam... beliau tanya, semalam apa yang akmu tulis di bukumu? aku jawab aku tulis apa yang syeik kata semalam... semuanya kau tulis? tidak semua, aku cuma menulis ayat-ayat Quran dan hadis nabi s.a.w serta Qaul Ulama dan Hukama menurut apa yang kudengari dan fahami, tak lebih dari itu... owh, Syeikh pesan, Rabu minggu depan saya mahu melihat kertas tulisan kamu...!!! Subhanallah, Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu... risau semacam... kerna sebelum ni aku tidak pernah terfikir seperti apa yang Syeikh mahukan ini... ya Allah bagaimana ni.... aku cuba tenangkan fikiranku dengan zikrullah... cuba beristighfar sebanyak-banyaknya... astaghfirullah al-azhim... aku jawab insyaAllah ya Syeikh, saya akan bawa minggu depan dan bagi syeikh tengok. wallahu alam apa tujuan Syeikh, namun yang pastinya tujuannya mesti mahukan kebaikan buatku... Alhamdulillah, rasanya persoalan dan kemahuannya itu membuatkan aku mesti dan mesti terus bersedia dari segala-galanya... boleh jadi lepas ini beliau akan tanya banyak padaku... ya Allah sungguh aku menuntut ilmumu dari insan-insan yang kau amanahkan adalah semata-mata mahu menambahkan ilmuku utk mendekatkan diriku padamu, semakin aku belajat aku semakin takut padamu, semakin aku belajar maka semakain bertambah juga hidayahmu padaku agar dapat redhamu di mana sahaja aku berada, kerna itulah yang ku harapkan.. 

Allahummaj'alni khoiro mimma yazhunnun waghfirlana ma la  yaklamun wa la tuakhizna bima yaqulun, ya Allah berilah kebaikan padaku diatas apa yang mereka sangkakan dan ampunkan dosaku diatas apa yg mereka tidak tahu dan janganlah kau salahkan aku diatas apa yang mereka perkatakan.. ameen ya Allah !!!

Setelah selesai talaqqi dengan Syeikh said Syaltut, maka semua penuntut ilmu bergegas untuk menghadap Tuhan kerna laungan azan sudah pun dukumandangkan... Alhamdulillah aku dapat saff hadapan lagi.. Syukur ya Robbi...(",)

Selesai sahaja solat Maghrib berjamaah, kami di isikan dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Syeik Zakaria.. beliau cuma memberikan tazkirah yang hanya beberapa minit sahaja. Alhamdulillah yang penting ada pengisian, sebab kalau sekiranya hati kita tidak diisi dengan nasihat-nasihat baik maka dikhuatiri  hati kita bisa menjadi keras kerana makanan kerohaniannya tiada... ibarat jasmani badan, cuba bayangkan  kalau kita tidak makan makanan yang seimbang dengan jasmani, maka lemahlah jawabnya... begitulah juga hati rohani seseorang perlu diberikan makanan yang seimbang, makanannya bukanlah nasi beriyani satu talam atau nasi kandar ayam masak rendang tapi makanannya ialah nasihat-nasihat yang bisa menggetarkan Qalbu da Fuad agar cintakan Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w agar kita tidak leka dengan tipuan nafsu dan Syaithan.

Waktu Isya' masih lama lagi.. aku pun mengambil Quran dan buka surah Al-Kahfi dan terus membacanya, harapanku moga aku terhindar dari fitnah dajjal dan sekutu dengannya... serta kuhadiahkan sekiranya ada pahalanya kepada ibu dan ayahku serta mereka yang berjasa padaku seperti Almarhum Ustaz Haji Nahar... dan kepada semua muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke rahmat Tuhan.. Taqabbalallahu A'malana ya Rahman !!!

Setelah selesai membacanya, aku didatangi seorang arab yang berjubah putih, dia berpesan padaku hafallah Quran itu kesemuanya... dengan gembira dia berkata " aku hafal Quran semuanya sejak umorku 20 tahun, subhanallah... moga Quran itu dapat memberi syafaat kepada tuan... ameen ya Allah... Nabi s.a.w sebut, Al-Quran akan memberi syafaat kepada siapa yang membacanya di hari qiamat  ". moga kita beroleh syafaat daripadanya, ameen ya rahman ! 



22/7/2010. JUMAAT.

Aku dan Ustaz Hairul seperti biasa bersama-sama pergi menghadir kuliah Shubuh Syeikh Dr Yusri Al-Hasani di Muqattam setelah selesai solat shubuh berjamaah di masjid walidain tempat tinggal kami. 

Kemudian selepas solat jumaat, aku terus pergi ke majlis ilmu Syeikh Dr Yusri Al-hasani ditempat yang sama, dalam kelas ini Syeikh mengajar 3 buah kitab, iaitulah Kitab Muwattho (dibaca oleh Org Mesir) Kitab Khosoisil Kubra (yang asalnya dibaca oleh Ust Nazrul Nasir, Malaysia) memandangkan ustaz balik ke Malaysia maka digantikan sementara oleh penuntut ilmu dari Yaman, dan Kitab Hikam Syeikh Ibnu Athoillah Assakandari ( yg dibaca dari pelajar Indonesia) Alhamdulillah begitulah kedailan Syeikh dalam membahagikan anak-anak muridnya... moga bermanfaat ilmu Syeikh pada kami, ameen !!!

Aku bersolat di masjid Nuri Khitab sekali lagi, seoalah-olah imam dan bila sudah mula mengenaliku, kerna mudah saja untuk mengenaliku aitulah dengan serban dan jubah yang menjadi trend pakaianku di bumi anbiya bersejarah gitu... kataku dalam hati kalau bukan dibumi ini tempatnya untuk mengamalkan sunnah nabiku Muhammad s.a.w dengan mudah dan tiada yang menghalang bahkan semuanya faham, maka aku seronok dan ringankan segala gerak tubuhku dan dress up ku untuk memakai pakaian sunnah nabiku Muhammad s.a.w...Alhamdulillah semoga Allah memberkati apa yang ku lakukan atas nama cinta kepada Rasul Junjungan pembawa rahmat kesekelian alam, Allahumma solli ala Muhammad s.a.w.

Ya Allah mudahkanlah untuk aku selalu pergi ke rumahmu (masjid) di dunia ini, sekiranya kau izinkan, tentu sekali aku ingin memasuki dan beribadah di semua masjid yang ada di muka bumimu ini, lebih-lebih lagi Masjid Makkah Almukarramah, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqso yang suci.. engkau yang berkuasa wahai ilahi... namun aku tetap redha dengan ketentuanmu ya ilahi, walau dimana saja kau takdirkan aku untuk sujud bersimpuh di masjidmu, maka aku tetap akan sujud di situ... kurniakan taufiq ya Roja'ie ameen ya ilahi !!!

Sahabat, Ingatkah lagi sahabat akan peristiwa tazkirah peringatan dari Tuhan yang berkuasa.. Tuhan yang bisa menumbangkan segala kekejaman makhluknya yang sombong dgn keangkuhan kekayaan... Tuhan yang pernah menumbangkan raja yang zhalim firaun... Tuhan yang pernah meneggelamkannya di dasar lautan yang dalam... masih ingatkah lagi bagaimana Tuhan menghancurkan Qarun yang kaya dengan harta kekayaan hinggakan lupa pada Tuhan yang memberikan kekayaan lalu Allah tenggelamkannya bersama-sama harta kekayaan sebagai ibrah dan pengajaran. Sahabat masih ingatkah bagaimana Tuhan menghancurkan tentera bergajah yang ingin meruntuhkan ka'abah kiblat ummat Islam? masih ingatkan...
Kalau macam tu sahabat, walaubagaimanapun keadaan kita ingatlah bahawa Tuhanlah yang berkuasa, Tuhan jadikan bumi ini (kecuali tempat bernajis) untuk masjid sebagai rahmat dan kelebihan ummat nabi Muhammad s.a.w... di mana-mana pun kita boleh bersolat sendirian mahupun berjamaah berkumpulan.. oleh itu wahai sahabatku, saya berpesan kepada diriku yang selalu leka dgn kealpaan tipuan, diaman sahaja kita menghadap, hadaplah wajah kita kepada Tuhan.. maksud saya walaubagaimana sibuk sekalipun janganlah lupa pada Tuhan.. jangan lupa dengan masjid yang disediakan... bukankah masjid-masjid itu pernah menyelamatkan ummat Islam Acheh ? marilah kita ambil pengajaran wahai teman, agar kita tidak jauh di kesesatan jalan sehingga kita tidak nampak jalan pulang menuju Tuhan sekelian alam... insaflah, taubatlah, istighfarlah...!!! Astaghfirullah al-azhim... ampunkan dosa kami ya ghoffar wa ya tawwab !!!

Sampai di Masjid Azhar, aku parking motor di belakang pagar Masjid Azhar... aku masuk ikut belakang, Bismillah, Allahummagfirli zhunubi waftahli abwaba rahmatik.. Allahumma solli ala saidina Muhammad s.a.w... Aku jumpa seorang pakcik yang istiqamah berjamaah di masjid Azhar yang tidak lepas dengan tasbih di tangannya.... subhanallah... Assalamualaikum, waalaikumsalam jawabnya. mafi kuliah? pakcik itu menjawab, na'am mafis... ta'al ijlis hena... insyaAllah ba'din.. ana ayyiz usolli tahhiyatul masjid awaalan... aiwah tafaddhal !!!..

Selepas solat tahiyyatul masjid barulah aku datangi pakcik itu dan aku bersalam-salaman dengan semua yang ada berdekatan dengan mereka... dan kesemua mereka ini adalah dari kalangan orang-orang yang tua... pakcik itu bertanya, kam umruk? aku jawab, sittah wa isyrin, 26.. pakcik tu suruh aku teka umurnya berapa.. aku tekalah, 62... pakcik tu kata la'..'la'' zid syuwaiyyah... 70 tahun.. pakcik tu kata tak.. tak... kemudia dia memberitahu yang umurnya 76 tahun... subhanallah... moga Allah terus beri kekuatan kepada pakcik untuk melakukan ibadah dan ketaatan kepada Tuhan ameen ya Allah... ! macam-macam yang kami sembang, tapi sembang kebaikan untuk mengharap kebaikan dari satu dengan yang lain... sehinggalah masuknya waktu sholat Isya'... Wallahu A'lam..


Maaflah sahabat, kali ini, saya cuma tulis secara ringkas sahaja... moga-moga difahami walaupun ringkas.... maalish (",) 



" Ya Allah janganlah kau bolak-balikkan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami, dan masukkanlah kami dalam kalangan hambamu yang kau rahmati... ameen ya ilahi !!! "



Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Bumi Anbiya' Kaherah Mesir,
University Al-Azhar Asy-Syarif.


Thursday, July 22, 2010

Kitab Kecil Tapi Manfaatnya Besar ! Subhanallah !

BismillahirRahmanirRahim.....WasSolatu WaSsalamu Ala Rasulillah S.A.W Walhamdulillahi Robbil Alamin.

Syeikh Ali Al-Jumah ( Mufti Mesir )
20/7/2010, SELASA. Seperti kebiasaan harianku, aku menaiki motor untuk menuju ke Masjid Al-Azhar Asy-Syarif yang mengambil masa perjalanannya lebih kurang 40/50 minit menaiki motorku. Aku bulatkan keyakinan dan tawakkalku pada Allah, agar aku selamat dalam perjalanan mahu menuntut ilmu.

Sampai sahaja di Masjid tersohor itu, aku letakkan motorku di tempat yang selalu, dan orang-orang Arab yang berniaga di situ pun seperti sudah tahu dan boleh menghidu bentuk badanku yang biasa Parking motor di situ, Alhamdulillah, semoga mereka memahami walaupun aku tidak beritahu.

Aku langkahkan kakiku menuju depan pintu, 3 orang lelaki yang duduk menjaga tempat simpanan kasut dan selipar serta menanti kedatangan para pengunjung dari pelbagai bangsa dan agama yang biasanya dari Non Muslim made in Negara China, Jepun, Korea, Australia, Canada, New Zealand dan banyak lagi... aku lembutkan lidahku dengan mengucap perkataan mulia kepada mereka yang bisa menghubugkan kasih sayang kita kepada ummat Nabi Kita Muhammad S.A.W. 

" Assalamualaikum, mereka jawab salamku, Waalaikumsalam, aku terus bertanya, " Syeikh Ali-Aljumah Fi Ghowah ?, mereka menjawab, na'am... aku pun terus masuk ke pintu gerbang satu lagi, dengan langkahan kaki kanan amalan sunnah Nabiku Muhammad s.a.w, " Allahummagfirli Zhunubi Waftahli Abwaba Rahmatik " , Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad s.a.w..

Dari jauh aku sudah melihat para penuntut ilmu dari kalangan Muslimin dan Muslimat sudah pun mengambil tempatnya, begitu juga para kameraman dan penyunting video TV Mesir sudah siap memasang dan mendirikan Video rakamannya, Alhamdulillah dalam hatiku ucap syukur, seronok dan gembira, sebab bakal melihat Mufti Mesir menyampaikan kuliah di depan mata, Syukur ya Allah.

Tapi aku melihat mereka semua macam masih menanti sesuatu, mata mereka sekejap memandang ke kiri ke kanan dan ke arah masuk pintu, hatta aku datang pun mereka melihatku, ada seorang lelaki arab berdiri di depan pintu, Aku mendekatinya, " Assalamualaikum, waalaikumsalam, Le? Syeikh Ali Al-Jumah Lam Ya'ti ? dia jawab, InsyaAllah ghai... owh Alhamdulillah... syukran, Allahuyubarrik fik. Aku terus maju ke depan dan terus solat tahiyyatul Masjid sampai lah selesai solatku.

Syeikh masih tak datang lagi, aku pun keluarkan buku kajang dari beg galasku, kemudian aku tuliskan apa yang berlaku, setelah beberapa minit berlalu tiba-tiba para penuntut ilmu memandang ke belakang, aku pun cuba alihkan pandanganku ke belakang... Subhanallah, rupanya Mufti Mesir Syeikh Ali Al-Jumah sudah pun sampai, Alhamdulillah pujiku. Syeikh diiringi oleh beberapa pemuda yang ditugaskan berkhidmat kepada beliau, mungkin berkhidmat secara rasmi ataupun merelakan diri kerana ilahi...WallahuAlam.

Kedatangan Syeikh itu juga, seiring dengan jenazah yang diusung oleh para hadirin yang lain, Syeikh terus duduk di kerusi merah yang disediakan, manakala jenazah tersebut diusung ke sebelah hadapan. Apa yang bermain di fikiranku ketika itu ialah, bagaimana dengan jenazah itu, adakah semua para hadirin sembahyangkannya dulu atau semua hadirin mendengar ceramah dari seorang Mufti yang kita gelar sebagai Guru..tiba-tiba Syeikh dengan tenang menyebut sesuatu, beliau kata : " Sebahagian pergi sembahyangkan jenazah !!! ", subhanallah... tak sangka beliau menjawab soalan yg bermain dibenakku. 

Aku terfikir lagi, macam mana ni, yang mana satu yang mesti dimuliakan, adakah orang yang berilmu atau jenazah jasad manusia yang sudah dikafankan untuk disembahyangkan ? aku teringat ayat Quran yang memuliakan dua golongan ini : Dan Allah mengangkat (memuliakan) orang yang beriman dan orang yang berilmu beberapa darajat.."

Dan ayat satu lagi : " Dan Sesungguhnya kami telah muliakan bani Adam "

" Memuliakan manusia yang mati itu samalah memuliakannya semasa hidup "

Alhamdulillah, sudah ada yang bergerak ke depan, aku pun berdiri dengan lafaz bismillah perlahan-lahan... aku maju ke depan bersama mereka. hanya ada 3 saff yang sembahyangkan jenazah tersebut, dalam hati berdoa semoga Allah merahmati Arwah tersebut. Sebelum sembahyang yang bakal diimamkan oleh Syeikh Zakaria ( Salah seorang Imam Masjid Al-Azhar ), Syeikh memberikan kaifiat ataupun panduan bagaimana cara menyembahyangkan jenazah, setelah itu barulah kami teruskan solat dan hadiahkan pahala solat dan doa kepada Arwah sehinggalah selesai. Alhamdulillah... semoga Allah merahmatimu wahai hamba Allah, moga tenang menuju ke alam yang baru, kamu sudah kembali ke kampung asal daripada kami, dan kami insyaAllah akan menyusur kamu kemudian...Allahummagfirlahu warhamhu wa'fihi wa'fuanhu" ameen!

Kemudian aku terus ke tempat dudukku... khusyu' mendengar Syeikh menyampaikan ilmu, Alhamdulillah semoga bermanfaat ilmu Syeikh pada saya dan semua yang hadir sama, ameen ya Allah !. 

Selesai sahaja Syeikh Ali-Aljumah ( Mufti Mesir ) menyampaikan kuliah tafsir beliau, maka beliau pun diiringi oleh beberapa pemuda yang berkhidmat dengannya, sungguh ramai penuntut ilmu yang ingin bersalam dengannya tidak berkesempatan, kerna beliau berjalan dengan pantas disamping di kelilingi serta diawasi oleh pemuda-pemuda itu tadi.


 scout saudia

Aku terlihat beberapa orang yang memakai pakaian sama seragam, seolah-olah satu badan persatuan kebajikan, aku cuba mendekati mereka dan bertanya, kamu ni persatuan apa ? mereka menjawab kami dari Scout Saudia, Persatuan Arab... Owh, Alhamdulillah... ( persatuan ini lebih kurang macam persatuan pengakap dan Unit Amal Di Malaysia, tugas mereka pun sama ).
Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

Suara azan kedengaran, memanggil insan untuk menyembah Tuhan, Allah... aku mengambil saff bahagian hadapan, Alhamdulillah pujianku kepada Allah, sebab dapat saff bahagian hadapan,: Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Sekiranya manusia tahu kelebihan azan dan saf awwal kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan mengundi, maka mereka sangguo untu mengundi ". Subhanallah, betapa fadhilat saff telah disebutkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w... 

Oleh sebab kita tidak mengetahui kelebihan tersebut yang menyebabkan kita mengabaikan berada di saff awal ketika solat. Saya teringat cerita daripada kawan saya, dia menceritakan pada suatu ketika, bilamana Syeikh Dr Yusri Al-Hasani tengah menyampaikan kuliah tasawuf kepada anak-anak muridnya di Masjid Al-Azhar, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali mengeluarkan perkataan yang tidak enak didengari, lelaki itu berkata dengan menerjah " Inilah, mengajar anak-anak Yahudi...!!!  (Astaghfirullah Az-Azhim... ketika aku mendengar kawan kata seperti ini, aku beristighfar kepada Allah memohon ampun kepadanya...dan dalam hati berdoa semoga Allah beri hidayah kepada lelaki tersebut agar dia tahu apa yang dia buat itu adalah tak baik ) Bila Syeikh dengar, syeikh pun memanggilnya untuk duduk bersama-sama dalam majlis tersebut dan mempelawa duduk dekat dengan beliau, namun apakan daya lelaki itu terus jalan keluar meninggalkan majlis, perlahan syeikh berkata, Semoga Allah beri hidayah padanya, kalaulah lelaki itu tahu apa yang ada dalam ilmu tasawuf ini, tentu dia tidak akan cakap seperti itu, bahkan dia akan diam dari berkata-kata barang yang tidak diketahuinya... Subhanallah, begitulah akhlak dan adab seorang syeikh dengan mereka yang tidak beradab dengannya, bukan menghina sebaliknya mendoakan agar beroleh hidayah daripada Allah, subhanallah.

Bila aku dengar sahabat kata seperti ini, aku teringat bagaimana dakwah Nabi kita Muhammad s.a.w di Thaif, ketika mana baginda sedang asyik mengajak ummatnya menerima Islam, ada dikalangan ummat thaif yang menghinanya, mengkejinya serta melemparkan batu kepadanya sehingga berdarah... dan darah itu pula mengalir mencecah ke kaki baginda s.a.w.... Allahumma Solli Ala Muhammad s.a.w... bila mana malaikat Jibril a.s mempelawa Rasulillah s.a.w, Wahai Rasulullah s.a.w mahukah kamu aku hempapkan mereka ini dengan gunung ? Rasulullah s.a.w dengan lembut dan tenang menjawab, tidak perlu... bahkan nabi s.a.w mendoakan, Allahummahdi qaumin fainnahum la ya'lamun, ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu..." Subhanallah begitulah agungnya akhlak nabi kita Muhammad s.a.w.

Sahabat, sekiranya penduduk thaif itu mengetahui yang Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Rasul utusan Allah tentu mereka tidak akan melakukan seperti itu.

Kalaulah mereka tahu yang Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih Allah, tentu mereka tidak mengeji dan mencaci baginda s.a.w seperti itu.

Kalaulah mereka tahu yang Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Nabi Akhir zaman dan menyayangi ummatnya, tentu mereka tidak akan menghinanya seperti itu... 

Dan kalaulah mereka tahu yang nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Nabi yang akan memberikan syafaat kepada ummatnya Di Akhirat nanti tentulah mereka tidak akan membalingnya dengan batu. 

Oleh sebablah mereka tidak tahu semuanya itu sahabat, mereka lakukan perbuatan itu kepada Baginda s.a.w... alangkah malangnya mereka yang tidak mengenalimu ya Rasulullah s.a.w... dan betapa indahnya dan cantiknya akhlakmu ya Rasulullah s.a.w kepada ummatmu walaupun menitisnya darah di kakimu, tapi kau sanggup memaafkan mereka dengan hati yang penuh sayu, sungguh mereka tidak mengenalimu ya Rasulullah, kalaulah mereka mengenalmu tentu mereka tidak akan sama sekali melakukan semuanya itu, bahkan akan membantumu didalam  menyebarkan dakwahmu menyembah Tuhan yang satu...Allah... Allahumma Solli ala saidina Muhammad .s.a.w...

Begitulah sahabat, kalaulah lelaki tadi yang menerjah Syeikh Dr Yusri Al-Hasani tahu yang ilmu tasawuf itu adalah ilmu yang sangat berkesan membina akhlak Muslim dan Mukmin untuk hampiri Allah, tentu lelaki itu takkan kata seperti itu kepada beliau...Kalaulah lelaki itu tahu dengan belajar ilmu tasawuf akan dapat mencintai Rasulillah s.a.w dengan sepenuh kasih tentulah lelaki tersebut tidak sama sekali menerjah seperti itu...Astaghfirullah al-Azhim...!

" Ya Allah golongkanlah kami dalam kalangan hambamu yang sentiasa beradab dengan para Masyaikh dan orang yang berilmu, kami berlindung kepadamu dari termasuk dalam kalangan orang-orang yang tidah tahu dan jahil tentang sesuatu ilmu kemudian menerjah ikut suka dan melulu, kami berlindung padamu ya Rabb !!! ameen ya Muzillus Sami'ul Alim, ameen !"

Selesai sahaja solat maghrib, Syeikh Dr Mohammad Ali menyampaikan kuliah maghribnya dengan menterjemahkan serta menghuraikan kalam-kalam indah daripada kekasih Allah Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari (Kitab Hikam)... Aku duduk dan dengar sehinggalah habis beliau menyampaikan kuliah tersebut, sungguh aku berterus terang, aku memang suka kitab hikam karangan Syeikh Ibu Athoillah As-Sakandari ini, aku mula jatuh cinta dengan kitab ini bila mula-mula aku mengajinya di Pondok Pasir Putih Kelantan dulu, tak sangka kitab hikam ini banyak diajar oleh Masayikh di Al-Azhar Mesir ini, Alhamdulillah, semoga segala ilmu yang dicurahkan oleh meraka bermanfaat padaku terutamanya dan kita semuanya, ameen ya Allah... setiap kali aku menadah kitab hikam ini, maka di situ jugalah aku mengingati Tok Guru Pok Su Hamid yang mula-mula sekali mengenalkan aku dengan kitab ini, Allah... semoga Allah merahmati beliau dan semoga beliau sentiasa dalam zikullah azza wa jalla, ameen ya Robbal Alamin, ameen !


21/72010, RABU. 

Harini Syeikh Ali Al-Jumah menyampaikan kuliah tafsirnya lagi, tapi aku datang lewat harini... ( insyaAllah boleh diperbaiki ).  Ketika saya sampai dan duduk di majlis ilmu tersebut beliau masih lagi sedang menghurai tafsirannya, aku keluarkan kitab dan mencatit ayat Quran akhir yang dibacanya sebelum mengakhiri kuliah beliau, yaitulah ayat Quran yang berbunyi : Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun ... Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadanyalah kita akan kembali.... Alhamdulillah aku sempat mencatitnya di dalam kertasku... Walaupun ayat itu pendek namun sangat besar maksudnya...

Setelah itu Syeikh Ali Al-Jumah diiringi oleh mereka yang berkhidmat dengannya...

Manakal sebhagian penuntut ilmu pula terus bergegas ke bilik kuliah untuk bertalaqqi kitab Tauhid dari Syeikh Jamal Faruq. Aku pun menghadiri kuliah tersebut, Alhamdulillah. beginilah sahabat, Masjid Azhar ni Masjid yang kaya dengan para Masyaikh Alim Ulama', beruntunglah siapa yang mendampingi mereka.. dan mudah-mudahan dengan izin Allah aku dapat hadir kuliah mereka sedaya yang termampu menurut kehendak dan ketentuannya sekiranya tiada aral melintang dan uzur yang syar'ie, InsyaAllah. Mudahkan ya Robbi !.


Allahu Akbar, Allahu Akbar !!!

Solat maghrib.... sampalah selesai solat maghrib berjemaah... kemudia diisi masa maghrib tersebut dengan makanan kerohanian oleh Syeikh Hisyam juga merupakan seorang Imam dan Khatib. Alhamdulillah, beliaulah yang menghadiahkan padaku sebuah kitab kecil tetapi manfaatnya besar, iaitulah kitab Bidayah As-Sul Fi Tafdhil Ar-Rasul ( permulaan soalan tentang kelebihan Rasulullah s.a.w ), Moga Allah membalas kebaikan yang Syeikh lakukan kepadaku dengan setimpalnya, ameen ya Allah.

Aku keluarkan kitab kecilku itu, sungguh aku sangat gembira bila melihat kitab tersebut, seronok yang tidak terhingga, apa tidaknya cuma aku seorang dan Syeikh sahaja yang ada kitab tersebut, dan kitab tersebut ada lambang Masjid Azhar dan logonya... subhanallah... seolah-olah kitab tersebut sebagai hadiah penerimaan ijazah kehormat buatku...aku tersenyum ( huh, angan-anganku sahaja ) tapi kalau ianya realiti, kan bertuahnya hidup ini... syukur ilahi.. Alhamdulillah. Moga aku mudah mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan panduan berkat kitab kecil tersebut, ameen bibarakatinnabi Muhammad s.a.w ameen !

Sedang Syeikh menyampaikan kuliah, beliau menyebut nama-nama yang pesan kitab Syamail Muhammadiah minggu lepas dengan satu persatu ( sebab syeikh ada bawa kita pesanan mereka dalam beberapa buah kitab, lebih sepuluh tak silap kerna ianya dalam kotak ), dengan perlahan Syeikh memandangku lantas bertanya, " Ya Maulana, Endakal Kitab ? Jawabku dengan sopan, Endi,  Alhamdulillah jawab Syeikh. Kitab Syamail Muhammadiah tersebut adalah kitab yang lengkap menceritakan perilaku Rasulullah s.a.w, adapun kitab Bidayah As-Sul Fi Tafdhilir Rasul adalah ringkasan sebagai permualaan muqaddimah.

Setelah selesai... Syeikh berdiri menuju ke tempat kitab-kitab pesanan para hadirin, saya pun berdiri dengan tenang semata-mata mahu bersalam dengan Syeikh, ketika saya salam, saya ingin mencium tangannya, namun beliau menolak dengan sopan dab berkat " Kholli..Kholli Ya Kholili... ( Kholli ni bahasa arab ammiyah yang bermaksud tak perlu... kholili tu pula sahabat atau kekasih ) Syeikh tersenyum melihat perbuatanku. Syukran ya Syeikh.. ( Dalam hati saya berdoa semoga Allah merahmati Syeikh dan membalas segala kebaikan yang Syeikh Lakukan padaku, ameen ya Allah )

" Ya Allah aku mohon padamu pimpin dan bimbinglah hatiku ke jalan yang engkau redhai, kejalan yang penuh kebenaran lagi  penuh keberkatan, ameen ! Semoga kitab kecil ini bermanfaat padaku untuk mencontohi Kekasihmu Muhammad s.a.w dalam nak meraih redhamu di dunia dan di akhirat, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan keatas keluarga baginda dan sahabat baginda amnya dan para pengikut baginda s.a.w yang ikhlas sehinggalah ke hari akhirat, ameen ya Allah. "

" Allahummar zuqna mutabaatan nabi Muhammadin Nabiyyil Mustofa awwalan wa akhiran wa zhahiran wa bathinan wa qaulan wa fe'lan wa ibadatan wa amalan sholiha birahmatika Ya ArhamarRahimin wa barakatiN Nabiyyi KhatamanNabiyyin wal Hamdulillahi Robbil Alamin, ameen !!! (",) "



Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Para Nabi
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif Kaherah, Mesir.







Wednesday, July 21, 2010

Selamat Bertambah Usia Wahai Isteriku ! (",)

Wahai Isteriku...Semoga Allah Merahmatimu ! (",)


Sayangku, sesungguhnya...


Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.

Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita kepada masa lampau kita.

Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.

Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia.

Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah azza wa jalla di yaumul Qiamah.

Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami,isteri,anak-anak dan keluarga.

Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah yaitu Yaumul Zalzalah.

Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catitan amalan  daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.

Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam  menjemput kita.

Oleh Itu Wahai Isteriku, Dengar nasihat Suamimu ini... (",)

Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.

sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya iman, ilmu serta amalan takwamu kepada Allah, maka ketahuilah hidupmu tiada makna.

Demikian itu wahai isteriku,

Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
  • Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerna dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
  •  Perbanyakkanlah membaca Al-Quran n maknanya, Kerna Dengan membaca Al--Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
  • Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w, kerna Dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
  •  Perbanyakkan Patuh dan Taat pada suamimu, kerna kau adalah amanah Allah buatnya, kerna dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.
  •  Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerna dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh kepada Allah.
  • Perbanyakkanlah Menutup keaiban suamimu kerna dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.
  •  Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerna dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.
  •  Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerna dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta di jaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)
  • Perbanyakkanlah mengingati Mati kerna dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah !
  • Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerna dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
  • Perbanyakkan Ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah Di Yaumul Qiamah.
  • Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah Az-Zahrah Subhanallah 33x Alhamdulillah 33x Allahu Akbar 33x kerna ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah saw untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.

" Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
 yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
Di dunia dan di yaumul qiamah,
agar kami dapat memasuki JannahMu ya Allah."
ameen ! 

" Semoga Engkau Di Panjangkan Umur Dan Dimurahkan Rezeki, Bertambahnya Iman Dan Amalan Untuk Mendekatkan Diri Kepada Yang Di Kasihi Iaitulah Robbul Izzati Dan Rasulillah Yang Dirindui "



Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku !!!

Ikhlas Dari Suamimu (",)
Related Posts with Thumbnails