Thursday, July 21, 2011

Isteri, Amanah Dari Tuhan.

Isteri merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yang lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dengan sebaik-baik jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.


 Sebab ia merupakan amanah daripada Allah sepertimana Sabda Rasulullah saw :"Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu). Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah."

"Dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu (suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab."

"Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembela atas perempuan (isteri) berdasarkan apa-apa yang telah dilebihkan Allah bagi yang satu daripada yang lain. Dan berdasarkan apa-apa yang mereka nafkahkan dengan harta mereka."





Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Salam bersabda : "Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatimu, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya." (Hadis riwayat Ibn Jabir)


Dan lagi firman Allah s.w.t : "Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir." (Surah Ar-Ruum: 21)



( Isteri Amanah Dari Tuhan )


Hikmah Pernikahan Telah Dijelaskan,
Dalam Firman Tuhan Yang Maha Rahman,
Untuk Mewujudkan Kebahagiaan,
Keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah...


Peribadimu Menyejukkan Jiwa,
Penawar Duka Dikala Lara,
Menjaga Maruah Demi Agama, 
Agar Jadi Isteri Yang Sholehah,


Sentuhanmu Penuh Kemesraan,
Melembutkan Perasaan,
Wajahmu Mendamaikan,
Moga Dalam Keredhaan.


Isteri Amanah Dari Tuhan..
Bukan Untuk Dipermainkan,
Tapi Curahkan Kasih Sayang,
Menuju Syurga Impian.


Ya Allah, Hanya Dengan RahmatMu,
Dapat Menyatukan Ku Dan Dia,
Kekal Cinta Hingga Ke Syurga,
Bahagia Selamanya... (",)


Di Dunia Dan Di Akhirat Jua.... (",)


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo,
Universiti Al-Azhar Cairo Mesir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails