" AL-AZHAR ASY-SYARIF QIBLAT SERAMBI ILMU
BUMI BARAKAH BUMI ANBIYA’
ARDHUL KINANAH "
Wahai Azhari Dan Azhariah,
Sang guru pernah berbicara padaku,
Bahawa Masjid Azhar suatu ketika dulu,
Sering dikunjungi Ulama' muktabar zaman lalu,
Sering dikunjungi Ulama' muktabar zaman lalu,
Ulama' Robbani pencinta Ilahi,
Ulama' Sufi pencinta Nabi berjiwa murobbi,
Umara' Haraki Pemimpin Daulah Islami,
Pada tika itu,
Masjid Azhar dipenuhi pemburu ilmu,
Setiap penjuru malah gerbang pintu,
Sehingga anjung dilingkari kitab juga buku,
Berbilangan ummah datang bersimpuh,
Serata dunia tertumpu ke arah Qiblat serambi ilmu,
Sehingga lahirnya Cendekiawan bermutu,
Pemimpin dan Pendakwah yang berkualiti ilmu,
Kini...
Cuba kau lihat dengan mata hatimu!
Bi'ah ilmiyyah itu sudah kembali bersinar... bersuluh.
Wahai Azhari Dan Azhariah,
Sebenarnya inginku ceritakan padamu melalui lisanku
Namun aku tidak mampu,
Aku cuma ada pena dan tulisan yang hanya bisa melukis segala perasaanku
atau apa sahaja yang bermain dalam kotak fikiranku..
Juga ingin ku beritahu padamu,
Bahawa dirimu sebenarnya bukanlah pelancong ke galeri ilmu.
Tapi dirimu sebenarnya adalah penuntut ilmu.
Zahirnya pilihanmu,
Namun hakikat sebenarnya adalah pilihan Tuhanmu.
Aku yakin wahai Azhari Dan Azhariah...
Pasti suatu hari nanti dengan izin Allah,,
Situasi Kebangkitan itu muncul semula,
Para pencinta ilmu akan bertemu bertamu,
Di halaman Masjid Azhar bakal berteduh ,
Jika benar sebegitu,
Akan terbit dan terbukalah,
Segala maksud tersirat Ardhul kinanah,
Maftuhnya rahsia jami'ah tertua,
Kasyaf'nya Qiblat serambil ilmu bumi barakah,
Terserlahnya hikmah sirah para Auliya’ dan Anbiya’nya,
Menitisnya wadi sungai Nil terpanjang di dunia,
Terdedahnya segala secret pyramid ajaib dunia,
Tersingkap segala hijab kisah Firaun al-mal'unah,
Terpancarnya kehebatan semangat pejuang jundullah,
Dan kekuhuhan tembok kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan bala tenteranya,
Serta mengalirnya ilmu Azhar melalui lidah para pendakwah,
Dan tersebarlah berita kemahsyurannya di pelusok dunia,
Hinggalah cahaya kemuliaannya bersinar di seantero dunia

Masa itu juga,
Ulama' dan Masyaikh akan menggalas Amanah,
Berhimpun berkumpul dalam Halaqah Raudhatul Jannah,
Di bawah bumbung teduhan Al-Azhar Asy-syarifah,
Bersama mendidik penuntut ilmu agar taat pada perintah Allah azza wa jalla.
Membajai tholibil ilmi supaya jadi insan sholeh dan sholehah,
Membina generasi berkuantiti Robbaniyah,
Yang berkualiti ilmu, iman dan amalan takwanya,
Memimpin para Mujahid dan mujahidah,
Menyelaraskan ibadah para Muslimin dan muslimah,
Memantapkan AKIDAH Mukminin dan mukminah
Supaya bertakwa kepada Allah Azza Wa Jalla,
Dan berakhlak seperti akhlak Rasulullah al-Mustofa.

Tika itu...
Akan kedengaranlah Ulama’ bertitah,
Mengatakan kita adalah hamba Allah,
Kita adalah Ummat Rasulullah,
Al-Quran dan Sunnah warisan panduan kita,
Islam adalah agama yang suci dan diredhai-Nya buat kita,
Ahli Sunnah wal jamaah merupakan manhaj sebenar kita,
Khairu Ummah gelaran mulia yang dikurniakan Allah pada kita.
Ingatlah bahawasanya dunia ini adalah kepunyaan Allah,
Akhirat jugalah tempat kita bersua segala perbuatan mahupun rahsia.
Oleh itu,
Jika kita menjadi seorang pemimpin Islam di dunia,
Jadilah pemimpin Islam Laksana Khulafa’ Rasulullah,
Pemimpin yang adil dan bertakwa, zuhud, wara’ serta qanaah,
Jangan jadi pemimpin zhalim berduri khianah menyeleweng amanah,
Jika kita jadi seorang penuntut ilmu Allah,
Beradablah dengan para Masyaikh dan Ulama’ yang mulia,
Kemudian jadilah penuntut ilmu yang disegani dunia,
Seperti Imam Asy-Syafie, Imam Ghazali, Imam Bukhari dan seumpamanya,
Ulama' yang diiktiraf sanadnya,
Menjadi rujukan kitab muktabarnya,
Idola terbaik dan sesuai di zaman kita.
Jangan sesekali jadi penuntut ilmu berkepentingan dunia dan nama,
Kerana rosak binasa umat asbab musibah agama darinya.
Jika kita pula hanya sekadar rakyat biasa,
Marilah bersama bertolong bantu menyemai takwa,
Berusaha menjadi mukmin terbaik umat Rasulullah,
Menjadi penyokong serta pendokong perjuangan Rasulullah,
Demi merealisasi kehidupan aman dan sejahtera,
Agar Negara Berkebajikan impian yang terlaksana,
Negara yang dimpuni serta diberkati Allah Subhanahu Wa Taala.
Ingatlah bahawasanya...
Bumi Mesir ini adalah bumi Anbiya'!
Tanah Mesir ini adalah tanah Auliya'!
Negara ini adalah Negara kembara!
Kembara ilmu para sang guru bijaksana,!
Kembara dakwah pemimpin daulah Islamiyyah,
Kembara barakah peneraju jaulah dan rehlah,
Kembara musafir para penjejak bumi barakah!
Bumi ini juga adalah bumi sejarah,
Sejarah para Rasul utusan Allah,
Dan Sejarah Qarun yang tamak haloba,
Serta sejarah Firaun yang ditenggelamkan Allah,
Juga merupakan biografi sejarah hidup Auliya'ullah,
Dan juga Kisah ibrah sejarah kebesaran Allah Azza Wa Jalla.

Jika kakimu berpijak melangkah,
Turuti jejak langkah para Nabiyullah serta para waliyullah,
Lalaikan merangkaknya para simpangan laknatullah.
Turuti jejak langkah para Nabiyullah serta para waliyullah,
Lalaikan merangkaknya para simpangan laknatullah.
Ingatlah,
Siapa memasang niat menuju Allah,
Pasti mudah menyusul Jannah,
Siapa memulakan niat kerana Allah,
Maka ganjaran setimpal khatimahnya adalah mardhatillah.
Tapi, jika tempat tilikan Allah itu jatuh salah,
Maka tiada bezanya dengan mereka yang berdosa.
Tiada bezanya denga manusia yang alpa.
"Bahkan umpama tupai cerdik melompat akhirnya jatuh ke tanah liat,
Semakin hebat ilmunya padat semakin hitam hatinya pekat."
Semakin hebat ilmunya padat semakin hitam hatinya pekat."
Oleh itu,
Perbetulkan niatmu, agar jujur... Allah tujuanmu.
Supaya betul tertumpu... hanya untuk Tuhan yang Maha Tahu.
Kerana penuntut ilmu itu, sebelum ia menuntut sesuatu,
Hatinya dulu dituntut mengalahkan nafsu.
Supaya betul tertumpu... hanya untuk Tuhan yang Maha Tahu.
Kerana penuntut ilmu itu, sebelum ia menuntut sesuatu,
Hatinya dulu dituntut mengalahkan nafsu.
Ilmu zhahir di amalnya... bathinnya suci bak embun fajar shubuh,
Bahkan kelibat hidupnya penuh berkat disetiap penjuru ruangan pintu.
Bahkan kelibat hidupnya penuh berkat disetiap penjuru ruangan pintu.
Akhir kalamku..
Aku pasti Azhar akan kembali mulia seperti dulu,
Inilah firasat yang kerap berlegar dalam minda fikiranku.
Wahai Azhari Dan Azhariah,
Bangunlah dari lena tidurmu,
Petiklah anggur-anggur yang meranting di kebun syurga itu,
Nikmatilah keenakan buah-buahannya dengan kelazatan tauhidmu.
Wahai Masjid Azhar !
Allah sentiasa melimpahi barakah-Nya buatmu!
Bukalah seluasnya anjung kemuliaanmu,
Bukalah selapangnya gerbang pintumu,
Raikanlah Ulama’ dan para penuntut ilmu,
Yang Ikhlas bertandang menadah kitab di Ruwak al-Atrakmu,
Kelak Kau bangkit penuh mulia, menjadi saksi di bawah naungan Arasy Tuhanku.
Impianku padamu wahai Azhari Dan Azhariah,
Semoga bermanfaat segala ilmu di dada...
Semakin Taqarrub kepada Allah azza wa jalla,
Semakin Khousya' kepada Allahu Taala,
Semakin tersemai sifat kehambaan kepada Allahu Subhanahu Wa Taala,,
Semakin merasai sifat ketuhanan di segenap jiwa dan raga,
Semakin tunduk dan tawadhuk adab sifatnya,
Semakin menyayangi ummat Nabinya,
Semakin tinggi sifat kasih dan sayangnya.
Dan Semakin ingat matlamat utamanya.
Serta Semakin banyak bekal takwa menuju Yaumul Qiamah.
Doaku,
" Ya Allah Ya Tuhanku!
Ikhlaskanlah aku di dalam menuntut ilmu-Mu,
Lindungilah aku daripada bersifat ujub, riak,
Takabbur takjub sum'ah dan yang seumpamanya
Hiasilah hatiku dengan ilmu, iman dan takwa,
Dan keyakinan yang benar-benar sempurna,
Serta ilmu hikmah kebijaksanaan tentang ilmu makrifat-Mu...
Agar semakin dekat dan rapat pada-Mu,
Dan semakin cinta yang amat sangat pada-Mu...!
Dengan berkat rahmat-Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang,
Perkenankanlah! "
Ameen Ya Allah Ya Aziz Ya Alim Ya Hakim Ya Zaljalaali Wal Ikram... Ameen !!!
Ikhlas dariku untukmu Azhari,
Sajak, Nukilan....
Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Tertua Al-Azhari,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.
" AL-AZHAR QIBLAT SERAMBI ILMU BUMI BARAKAH "
................................................
p/s: " Sajak ini nasihat buat anak-anak didikku yang bakal datang Mesir suatu hari nanti dengan izin Tuhanku... dan terutamanya buat serikandiku. Bukan untuk sahabat azharku, kerna aku sedar aku bukanlah insan yang layak menasihati mereka kerna mereka juga sepertiku."
Lirik Nasyid: Bumi ini ada Barakahnya!
Negara Mesir tempat lahirnya para anbiya’…
Bumi ini ada keberkatannya…
Banyak sejarahnya…
Namanya termaktub di dalam al-Quran,
Bagi mereka yang bisa merasainya…
Melihat isi tersiratnya….
Mencerminkan melalui firasatnya….
Maka dia akan temui hikmahnya,
Namun jika sebaliknya…
Terjadilah bahan fitnah….
Dan olokan buat umatnya…
Maka insafilah….
Semua ada tandanya….
Ambillah iktibar darinya….
Mengembaralah di bumi…
Bumi barakah….
Korek khazanah Warisan Nabinya…
Siiru ala barakatillah !!!
No comments:
Post a Comment