Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang,
Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam,
Hakikatnya, Semuanya adalah sementara,
semuanya kepunyaan Allah,
Inilah 'Teratak' Zy-kautsar... nya.... (",)
Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam,
Selawat Dan Salam Keatas Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam,
Serta Para Sahabat Dalam Keredhaan Dan Tabien Yang Dimuliakan,
' TERATAK ZY-KAUTSAR '
Andai kediaman ini kediaman selamanya,
Pasti akan ku hias umpama istana,
Pasti akanku warnai umpama pelangi,
Dan pasti akan kulakarkan umpama puisi,
Tapi… Kediaman ini hanyalah kediaman sementara.
Andai rumah ini rumah selamanya,
Pasti akan aku hias secantiknya dan semewahnya,
Akanku lanskapkan dengan bunga-bungaan dan tanaman yang indah,
Supaya sejuk mata memandang lagi nyaman suasananya,
Tapi…. Rumah ini juga adalah rumah yang sementara.
Andai pondok ini pondok yang selamanya,
Pastilah ia hanya memuatkan sedikit manusia,
Dan sudah pasti ia terbina di ladang ataupun sawah,
Dan pasti juga ia terletak di kampong atau desa yang nyaman dan tenang,
Semestinya aku bisa merasai kedamaian alam semula jadi yang luas terbentang.
Dan bisa aku menghirup udara segar ciptaan Tuhan,
Tapi… Pondok ini juga pondok yang sementara.
Andai setiap ‘Teratak’ mempunyai nama dan keunikan,
Maka akan ku namai teratak ini dengan nama yang berkaitan,
Sebagai symbol yang bisa mengingatkan dan menyenangkan,
Agar aku bisa menikmati sebuah teduhan yang di hadiahkan insan,
Supaya aku sentiasa bersyukur dengan takdir yang telah ditentukan Tuhan.
Tapi… tiada insan menamai rumahnya, tiada juga insan menamai pondoknya,
Jika ada. Maka, aku teringin menamai 'teratak' ini dengan ‘teratak Zy-kautsar’.
Hakikatnya, Semuanya adalah sementara,
semuanya kepunyaan Allah,
dan hanyalah pinjaman dari Tuhan Yang Maha Esa.
Jika begitu, alangkah indahnya andai setiap pinjaman yang sementara,
Kita jadikan sebagai ‘teratak’ yang bisa merasai sifat kehambaan,
umpama sang musafir dalam perjalanan atau pengembaraan,
Pasti akan singgah berteduh merehatkan badan, solat, baca Quran dan makan.
kemudian menyambung semula pengembaraan sebagai khalifah di Bumi Tuhan.
Inilah 'Teratak' Zy-kautsar... nya.... (",)
"Ya Allah berkati dan redhailah rumah yang Engkau rezekikan padaku ini."
Moga Bisa Merendah Diri Dan Mengakui Segalanya Milik Ilahi.. (",)
Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.
" Terima kasih Ya Allah atas kurnia-Mu ini... sungguh aku tidak menyangka sebesar ini anugerah-Mu padaku.. Maha Suci Engkau Ya Ilahi, golongkanlah hamba-Mu ini dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur!!!" Ameen Ya Ilahi!!!
" Ya Allah… apa sahaja yang Engkau takdirkan pasti itu baik buat insan, Apa sahaja yang Engkau kurniakan pasti itu juga baik buat hamba-Mu yang inginkan keredhaan, Ya Allah… aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau anugerahkan, balasilah kebaikan hamba-hamba-Mu yang telah melakukan kebaikan padaku dengan setimpalnya menurut apa yang telah Engkau rencanakan. " Ameen Ya Allah!!!
" Ya Allah, berkatilah rumah yang Engkau rezekikan ini dengan keberkatan-Mu ya Allah... dan mudahkan untuk aku Menikmati teratak ini sebagai wasilah berbakti dan berkhidmat pada-Mu, demi mendambakan keredhaan-Mu wahai Tuhan... Ameen Ya Rahman!!! "
"Apa yang ada di sisi kamu akan musnah.
Manakala apa yang ada di sisi Allah itulah yang kekal selamanya"
"Apa yang ada di sisi kamu akan musnah.
Manakala apa yang ada di sisi Allah itulah yang kekal selamanya"
Selamat Mendengar Dan Menghayati Nasyid, Mana Milik Kita? Jom Play!!!
Moga Bisa Merendah Diri Dan Mengakui Segalanya Milik Ilahi.. (",)
Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.
No comments:
Post a Comment