Kita Generasi Al-Quran…
Kita Pemuda Beriman…
Kita Agen Perubahan…
Kita Mujahid Dan Mujahidah…
Tarbiyyah Penguat Jiwa..
Fikrah Yang Benar Benteng Barakah…
Jema’ah Tunggak Kesatuan Ummah…
Kita Generasi Al-Quran…
Kita Pemuda Yang Beriman…
Kita Agen Perubahan…
Kita Mujahid Dan Mujahidah…
Marilah Kita Bersatu Hati!
Menggapai Cita-Cita Murni…
Menyambung Rantai Perjuangan Nabi,
Menegakkan Syariat Robbul Izzati…
Jangan Rasa Gentar…
Jangan Rasa Segan…
Jangan Bersedih Hati…
Jangan Bercanda Ria…
Tugas Dan Amanah Ditaklifkan…
Banyak Bertimbun Membebankan…
Bantuan Dan Nusrahmu Di Perlukan…
Bangkitlah Menuju Medan Perjuangan…
Jangan Rasa Gentar…
Jangan Rasa Segan…
Jangan Berputus Asa…
Jangan Bercanda Ria…
Marilah Kita Berpimpin Tangan!
Gerakkan Harakah Dakwah Islamiyyah..
Marilah Kita Bergsama-Sama!
Sebarkan Islam Serata Dunia…
By, Kamarudin Toyo
26,10,2011 28 zhul qaedah 1432 H
Daripada Abu Musa al-Asy'ari Radhiallahu Anhu bahawasanya seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam lalu bertanya: "Ya Rasulullah, ada seseorang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya disebut-sebut namanya, dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya". Dan dalam riwayat yang lain "Ada seseorang yang berperang untuk menunjukkan keberaniannya, dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya ( kerana ada diantara keluarganya yang telah terbunuh dalam peperangan yang lalu )". Dan dalam riwayat yang lain ada pula disebutkan:" Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya, maka yang mana diantara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?". Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam menjawab: " Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah swt. (Agama Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah".
H.R. Bukhari dan Muslim.
No comments:
Post a Comment