Sunday, October 16, 2011

Qurratul Ain Sudah Bersujud Menyembah Allah















Alhamdulillah…

Itulah ungkapan pujian buat pencipta sekalian alam Malakut,,
Kerana rahmat dan kasih sayang-Nya mencurah dari hujung kaki hingga rambut,
Nikmatnya,  sangat banyak lebih-lebih lagi yang terisi di perut,
Kasih dan sayangnya, nikmat dan rahmat-Nya sentiasa ada walau sampai ajal maut,

Subhanallah…

Itulah ungkapan jernih di lidah lembut,
Tatkala melihat srikandiku tunduk bersujud,
Menadah tangan merafa’kan kesyukuran tanpa kalut,
Hati kecilnya ku rasa sudah kenal siapa harus di takut,

 Allah Akbar….

Itulah ungkapan Agung terucap di bibir dan mulut,
Tika si kecil sudah mula rukuk serta sudah mula berlutut,
Sudah terkesan Allah Tuhan-Nya, jawarihnya sudah bisa terpaut,
Pada Khaliqnya segala redhaNya dipinta dan dituntut,

Wa La Haula Wala Quwwata Illa Billah…

Itulah kalam hamba yang ingin qalbu di balut,
Dengan serpihan cinta keikhlasan umpama gelap hitam semut,
Walau hidup dalam kota seribu menara rintangannya serabut,
Namun sifat kehambaan menyuruh kita untuk tetap bersujud.

Puisi: Tetap Sujud

15,10,2011 Sabtu 17 zulkaedah 1432 H
Nukilah: Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi

Mari saksikan video zuyin solat dan sujud menyembah Tuhannya! :

'


Puisi: Biar Mencurah Di Lembah Fitrahnya


Melentur buluh biar daripada rebungnya,

Mengatur strategi biar bijak dan saksama,

Mentadabbur Quran biar rasa izzahnya,

Menabur khidmat biar ikhlas kerana Yang Esa,

Jangan melentur buluh sesudah ditebang pokoknya,

Jangan mengatur strategi kompasnya emosi dan nafsunya.

Jangan mentadabbur Quran jiwanya melayang bernoda,

Jangan menabur khidmat habuan dunia mahunya,

Khuatir di sangkakan nasi, bubur pula jadinya,

Takut perahu sudah berlayar, baru maklumkan kebocorannya,

Risau jika sudah berkata nista dan fitnah, buruk pula padahnya,

Cemas jika lemas di lautan dunia, yang globalnya kian bergelora,

Biarlah apa fikirannya atau apa mahu jadinya,

Asalkan Allah matlamat tujuannya,

Biarlah apa saja yang dipelajarinya,

Asalkan fardhu ain sudah lepas dikuasainya,

Biarlah pendidikan mengenal Allah dan Rasulnya diutama,

Sebelum mengenal malaikat mautnya...

Biarlah di usia kecil mulakannya,

Supaya tumbesarannya bercorak agama,

Bukankah Kanak kecil itu suci kejadiannya..

Jika ibubapa sholeh dan sholehah pasti cantik asuhannya..

Dunia dan akhirat seimbanglah selayaknya,

Agar air hujan mencurah di lembah fitrahnya..”

zuyin sujud menyembah Allah Yang Maha Esa
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails