Wednesday, March 21, 2012

Nikmatnya Mengucup Hajar al-Aswad ( Subhanallah )

Malam Hari ke empat  dan hari ke lima di makkah al-Mukarramah.

Alhamdulillah hari ni seperti kebiasaannya  saya dan zaujah serta zuyin beriktikaf di Masjidil haram.

Setelah menghantar zaujah dan zuyin di Masjidil haram saya bersiap untuk ke Tana'im yaitu miqat tempat berniat melaksanakan Ihram. Tana'im adalah tempat  yang mana  Saidatina Aisyah Radhiallahu anha memasang niat untuk berihram. Perjalanan ke Tanaim ini mengambil masa selama lebih kurang 15 minit dengan menaiki taxi atau tremco ( bas ) dengan bayaran tambang 3 riyal Saudi. Saya kesana bersama sahabat-sahabat yang mahu melaksanakan umrah sekali lagi termasuklah dari kalangan muslimat.

Sampai disana kami diberi masa 15 minit untuk bersiap ( memakai pakaian ihram dan solat sunat ihram serta memasang niat ) tapi disini saya mahu berseorangan. Saya memberitahu sahabat saya yang saya mohon maaf dan menyuruh mereka pergi ke Masjidil haram terlebih dahulu, sebab saya mungkin lewat disebabkan baru membeli pakaian ihram yang baru. Pakaian ihram yang lama tidak bersih disebabkan ada muntahan  zuyin sewaktu demam dalam bas. Dan pakaian itu pula saya hantar ke dobi. Siap pula pada hari sabtu.

Saya membeli pakaian ihram disini dengan harga 35 riyal bersama tali pinggang dengan harga 5 riyal.

Setelah semuanya selesai saya pergi ke Masjid Tana'im untuk sholat sunat. Disana saya duduk lama sehingga hampir jam 12 tengah malam. Sampai di Masjidil haram pula tengah-tengah malam. Dan selesai melakukan ibadah umrah kali kedua ini lebih kurang jam 3 shuboh. Alhamdulillah. Moga ibadah ini diterima Allah subhanahu wa taa'la, amin  ya Allah !.


Malam ini sangat bertuah dan sangat membahagiakan apabila dapat merasai dan mengucup batu hajaratul aswad. Batu yang datangnya dari syurga, harumnya tiada serupa dimana-mana, hanya Allah yang mengetahuinya dan hamba-hambaNya yang diizinkan untuk mengucupnya. Subhanallah… Begitulah kehendak Allah… Jika Dia berkehendak, Dia hanya mengatakan 'Jadi' maka Terlaksanalah ia. Segala kurniaan dan kebesaran kembali kepadaNya, Allah Yang Maha Besar.

Bermula dengan BISMILLAH, kemudian mohon dipermudahkan Allah dan ketiga minta diterima amal ibadah, seterusnya melangkah dengan keyakinan yang tinggi kepada Allah... akhirnya... Alhamdulillah, Allahu Akbar itulah natijah... tapi ingat semuanya bantuan Allah.

 
Hajar al-Aswad


Saidina Umar bin al-Khattab apabila hendak mencium Hajarul Aswad berkata: “Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu anh bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda: “Hajar Aswad turun dari syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu. Lalu, dosa-dosa Bani Adam lah yang membuatnya hitam.”


Dan lagi sabda Baginda shallallahu alaihi wassalam: Akan datang hajar aswad di hari kiamat dan baginya dua penglihatan yang melihat dengan keduanya ( dengan izin Allah ) dan lidah untuk berkata dengannya yang menjadi saksi bagi siapa yang mengucupnya dengan benar ( ikhlas ).


Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!


Selepas sahaja dapat mencium hajar al-aswad yang mulia ini dengan bantuan Allah, saya terus sujud syukur dihadapan ka'bah ( diantara multazam dengan Maqam nabi Ibrahim alaihissalam ). Sungguh tersangat nikmat apabila merasakan yang diri ini kecil namun dengan bantuan Allah dan izinNya dapat juga merasai hajar aswad yang mulia... sedangkan semua yang ada berebut ingin mendapatkannya.. Subhanallah Walhamdulillah.. tidak habis-habis saya memuji dan membesarkan Allah diatas nikmatnya yang agung ini.


" Sungguh.. siapa yang dapat mengucup hajaratul aswad ini dengan mudah dan senag itu adalah anugerah daripada Allah, jika dapat mengucupnya dengan susah payah dan perlu mujahadah maka itu bantuan Allah... kerana ingin mengecapi nikmat yang paling lazat tidak dapat tidak haruslah bersusah payah dan bermujahadah... kerana hanya orang yang berkeringat sahaja yang mengetahui nikmatnya istirehat... subhanallah."



 ********************



Dibawah Menara Jam Itu Adalah Hotel Safwah
Dan kelihatan hijr Ismail an Pancuran Emas Ka'bah Asy-Syarifah


Sebelum shuboh saya pergi ke hotel safwah tingkat 3. Disana ada mat'am yakni restoran. Saya ke sana untuk bersahur dan melaksanakan azam yang  mana saya ingin merasai puasa di Masjidil haram Makkah al-Mukarramah. Alhamdulillah saya dapat menyempurnakannya dan berbuka puasa juga di restoran ini. Alhamdulillah.. memang terasa nikmat berpuasa disana, apatah lagi nikmat beribadah.

Saya bawa bersama zaujah dan zuyin untuk merasai masakan dan makanan yang dijual di restoran Malaysia di Makkah ini. Alhamdulillah memang indah rasanya.

Berbuka Puasa di Mat'am ( Restoran Malaysia )


***********************


Hari ni ( khamis ) Ustaz Majdi membawa sahabat-sahabat yang lain ke Jeddah sekali lagi.. untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana. Diantaranya tempat berlakunya hukuman hudud dan qisas, masjid Sab'ah ( Tujuh ) dan juga masjid terapung.  Saya zaujah dan zuyin tidak berkesempatan untuk bersama mereka disebabkan zaujah dan zuyin perlukan rehat yang banyak, manakala saya pula berpuasa sunat hari ini.


Kami Cuma tumpukan untuk rehat sahaja hari ini, cukupkan tidur, sehinggalah masuknya waktu sholat dan masuknya waktu berbuka puasa. Masuk ja waktu sholat saya akan pergi ke Masjidil Haram. Dan selalunya sebelum sejam sebelum masuk waktu jemaah sudah memenuhi ruangan saf terutamanya ditempat wanita.

Saya pesan dengan zaujah untuk sholat dihotel sahaja bersama zuyin hari ini, biar saya seorang sahaja yang pergi ke Masjidil Haram.

Selepas sholat fardhu zhohor saya pergi ke hotel safwah untuk mencari keluarga angkat saya yang menginap di sana namun tidak berjumpa. Begitu juga dengan waktu asar. Allah tidak mengizinkan saya untuk bertemu dengannya. Puas juga mencari tapi tidak ketemu. Hanya bersabar dan berserah kepada Allah. Sebab siapa sahaja yang Allah temukan itu adalah lumrah takdirnya walaupun kita tidak ada niat untuk berjumpa dengannya, begitu juga dengan orang yang ingin kita bertemu sangat dengannya tapi jika Allah tidak izinkan untuk berjumpa maka tiada siapa yang dapat mempertemukan.


**********************

Disaat sedang menulis ini saya teringatkan Masjidil Haram dan yang ada disekitarnya. Subhanallah.. sungguh tersangatlah hamba merinduinya… sehinggakan dapat melakarkan sedikit puisi mengenai kerinduan ini yang hanya tidak seberapa namun hamba ingin sentiasa membaca untuk mengingati kenangan bersamanya. Puisi itu berbunyi seperti dibawah ini:

Merindui Masjidil Haram Makkah al-Mukarramah.


Sehingga Ke Hari Ini Masih Terbayangkan Makkah Al-Mukarramah..
Setiap Kali Melelapkan Mata Hanya Ka'bah Dan Sekitarnya Menjadi Fantasiah..
Setiap Kali Azan Berkumandang Kurasakan Berkumandangnya Di Bumi Barakah,
Setiap Kali Berjalan Kaki Seperti Sedang Berjalan Menuju Ka'bah ..


Subhanallah.. Maha Suci Tuhan Yang Menciptakan Alam Duniawi
Kerinduan Yang Kualami Sama Seperti Merindui Nabi,
Mimpi-Mimpi Yang Dijelmakan Seperti Benar Ianya Terjadi,
Hanya Engaku Ya ILahi Yang Menjadi Saksi..


Ya Allah, Sungguh Hamba Merindukan Tanah Suci,
Rindu Ingin Beribadah Sepuas Hati
Rindu Berdoa, Merintih, Menangis, Bermunajat KehadratMu Ilahi,
Rindu Untuk Mengucup Hajaratul Aswad Yang Suci,


Rinduku Pada Ka'bah Yang Mulia, Ingin Bertawaf Lagi Memuliakannya,
Rinduku Pada Safa Dan Marwa, Rindu Dengan Air Zam-Zamnya,
Bila Berada Disana Umpama Berada Dalam Syurga Dunia,
Nikmatnya Terasa Tidak Seperti Yang Dibicara,


Ya Allah… Kegetaran Jiwa Mula Melanda, Damaikannya Dengan Cahaya Redha.
Sungguh Hati Qudus Dan Jawarih Murniku Sangat Merindui Tanah SuciMu…


Bersambung InsyaAllah wa Bimasyiatillah !!! (",)

3 comments:

muslimah said...

assalammu'alaikum akhi..
sekali lg ana mau tnya soaln.. tp kali ini ana mau tnya ttng Masjidil Haram...

ana mau tau.. knpa nama nya Masjdil Haram..?? Akhi tau kisah, cerita n sejarah di sebalik nya?? Mohon prkongsian nya ya???

maaf skiranya soaln ana nie mnyushkan akhi... tp ana sngt curious... sbb itulah ana mau tnya.. tlong bls ya comment ana... supaya trjwb prsoaln di minda ana..;)

muslimah said...

assalammua'laikum akhi..
ana mau tnya satu lg soaln... tp sblum itu... ana harap soaln ana ini tidak mnyinggung hati mana2 pihak.. klu ada yg terasa atau trsalah faham ana minta maaf... ana msih mentah n kurang ilmu.. ana harap... btulkn ana klu ana silap...

semasa ana read isi blog akhi... ana trfikir 1 lg soaln... mohon di jauhkn salah faham dr soaln ana...

ana mau tnya...
knpa kiblat kita di kaabah...? apa sbnr nya fungsi kaabah...?

ana mohon pnjelasn.. moga2 soaln ana... tdk mndtngkn fitnah...

Ustaz Kamarudin Toyo said...

waalaikumsalam. :) saudari ble layari artikel seterusnya. http://kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com/2012/03/kiblat-dan-kabah-asy-syarifah.html

Related Posts with Thumbnails