Monday, July 30, 2012

Tahnik Muhammad Habibullah & Kisah Namanya


Alhamdulillah Muhammad Habibullah sudah selesai ditahnik dan semuanya seperti dalam perancangan...

Muhammad Habibullah lahir pada hari ahad 22/7/2012 bersamaan 2 ramadhan 1433 H.
Tahnik pada hari sabtu 28/7/2012 bersamaan 8 ramadhan 1433 H. 

Muhammad Habibullah ditahnikkan oleh seorang Tok Guru Ulama Muda Pulau Pinang iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdul Mutallib Makruf ( Pengasas Yayasan An-Nahdhoh Inn ).

Saya selalu menghadiri kuliah pengajiannya yang berlangsung setiap hari sabtu jam 9 pagi sehingga jam 11 pagi bertempat di Madrasah an-Nahdhoh inn.

Tujuan saya mentahnikkan Muhammad Habibullah kepada al-Fadhil adalah untuk mengambil keberkatan ( Littabaruk ) dari Ulama yang sholeh. Kerana lidah dan mulut mereka selalu menyebut nama Allah ( Zikrullah ) membaca al-Quran, mengajarkan ilmu dan selawat keatas Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan atas sebab itulah disunatkan bertahnik. Dengan harapan agar anak saya nanti menjadi orang-orang yang sholeh, Ulama yang beramal dengan ilmunya dan bertakwa kepada Allah asbab barakah dari para alim Ulama kepadanya.

Dan pada malam tersebut jugalah nama anak saya sah dengan dengan nama Muhammad Habibullah. Ini berdasarkan kisah yang saya paparkan sebelum ini iaitu kisah di Mekkah dan kisah selepas kepulangan kami dari Madinah Al-Munawwarah.

Kisah Pertama:

Bismillah... Semasa kami berada di Makkah Al-Mukarramah,
Bayi kami baru 4 bulan dalam kandungan Ummi,
Ada seorang orang Arab Mesir istimewa duduk diatas kerusi roda,
Bersholat dan berdoa dihadapan pintu Masjidil Haram,
Setelah beliau selesai bersholat dan berdoa,
Kami berkenalan dan berta'aruf dengannya,
Beliau suka melihat Zuyin dan beliau memanggil Zuyin dengan panggilan Aisyah.

Dipendekkan cerita.. kami beritahu yang zuyin bakal mendapat adik,

Beliau pun kata insyaAllah anak itu laki-laki,
lalu dia pun terus berikan nama, dan nama yang beliau berikan ialah 'Muhammad'
Kami tersenyum... lalu kami tanya dia kalau anak perempuan?
beliau menjawab, tak anak itu laki-laki.. berulang kali beliau menstabitkan jantina tersebut.

Kisah Kedua:

Malam pertama di Mesir selepas pulang dari Madinah Al-Munawwarah,
Ummi bermimpi dengan seorang kanak-kanak lelaki,
Berjubah putih dan memakai kopiah putih,

Anak kecil itu memegang tangan Ummi dan mengajak ummi:
" Nak duduk di Madinah! nak duduk di Maqam Nabi! "


*******************

Begitulah kisah dan ceritanya. Muhammad Habibullah membawa maksud Muhammad Kekasih Allah. ( Nisbah kepada nama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam sebagai kekasih Allah ). nama Muhammad itu kami ambil sempena kisah tersebut, dan saya menambahi murakkabnya dengan Habibullah yakni kekasih Allah. Saya cuma meminjam nama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dengan harapan semoga anak saya boleh mengikuti dan mencontohi keperibadian serta tingkah laku akhlak Baginda Muhammad shallallahu alaihi wassalam samaada perbuatannya, perkataan mahupun amalannya. insyaAllah biiznillahi taala.

Sekitar gambar tahnik Muhammad Habibullah bersama Al-Fadhil Ust Abdul Mutallib Makruf.


Ustaz Abdul Mutallib Memasukkan Kurma Ke Dalam Mulut Muhammad


Ust Mutallib Memberikan Minuman Zam-Zam Kepada Muhammad

Abi Dan Muhammad Habibullah


Selepas Tahnik Bergambar Bersama Al-Fadhil Ust Mutallib Makruf


" Ya Allah jadikanlah anak hamba anak yang barakah di dunia dan di yaumil qiamah, dan jadikanlah dia hambaMu yang sholeh yang beriman dan bertakwa serta cinta kepadaMu ya Allah agar dia selamat di dunia dan akhirat. Ya Allah pimpin dan bimbinglah hatinya kejalan yang Engkau redhai kejalan yang penuh kebenaran lagi penuh ketakwaan. Ya Allah jadikanlah anak hamba bersifat seperti namanya ya Allah dan yang mencontohi keperibadian Rasulullah shallallahu alaihi wassalam serta lindungilah zuriat keturunan  hamba dari godaan syaithan yang direjam, dengan berkat rahmatMu  ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Perkenankanlah ! amin ya Allah !



Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi
Taek Gelugor Spu Pulau Pinang

No comments:

Related Posts with Thumbnails