Bismillahirrahmanirrahim
Washholatu wassalamu ala saidil Mursalin
Rukhsoh (Keringanan) dalam
permainan anak patung.
Soalan: apakah hukum meletakkan
patung atas kek yang di belikan untuk anak-anak sebagai makanan dan hiburan ???
Hukumnya HARUS….. jika
untuk dimakan dan patung tersebut buat permainan dan hiburan untuk anak-anak, kerana Rasulullah shallallahu
alaihi wa sallam tidak melarang Isterinya Saidatina Aisyah Radhiallahu anha
bermain dengan anak patung yang pada ketika itu umur Saidatina Aisyah
Radhiallahu anha masih sangat muda. Akan tetapi jika tujuan patung tersebut untuk
disembah maka hukumnya jatuh kepada HARAM.
Cuba jawab soalan saya ni.
Anda ada anak? pernah belikan kek untuk anak anda? pernah kan....? gembira tak anak kita tu ketika kita belikan kek untuknya? pastilah gembirakan, bahkan lebih gembira kalau ada gambar dan anak patungnya... selalunya kalau anak-anak kecil berhadapan dengan kek yang nak dipotong selalu mereka kata apa? "aku nak coklatnya! aku nak gambarnya! aku nak patungnya! riuh suasananya.... pernah tak kita dengar anak-anak itu sebut yang aku nak patungnya sebab nak sembah akan dia! confirm tidak ada kan.... tak pernah dengar lagi lah... kalau ada pun mungkin bukan orang Islam... nauzubillah min zalik. jadi persoalannya dimanakah haramnya patung yang berhias kek tersebut??? pada keknya kah? atau pada gambarnya kah? atau pada patungnya kah? atau di mana???
Kalau dikatakan pada keknya maka jawabnya kek itu asalnya tepung,susu,gula, coklat dll... maka hukum asalnya adalah harus.
gambar??? maka khilaf ulama' tentangnya, asalnya ialah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya contohnya gambar2 yang disembah selain Allah. contohnya salib dll.
|
PatungBarbie Muslimah bersalut kek |
Patungnya??? maka jawabnya khilaf Ulama' yakni berbeza pandangan Ulama tentangnya. jika patung tersebut untuk anak-anak supaya mereka boleh berhibur dan terhibur atau dengan patung itu mereka boleh bermain dengannya maka hukumnya HARUS dalilnya hadith Saidatina Aisyah radhiallahu anha pada huraian berikutnya insya'Allah biiznillah. jika patung tersebut mereka jadikan sembahan maka Haram hukumnya secara ijma'.
Kalau patung itu sesudah keknya habis dimakan kemudian patung itu di buang ke dalam tong sampah, maka itu lagi dibenarkan di dalam Islam. kerana mereka tidak menjadikannya sebagai pujaan dan tidak mengangkatnya sebagai makhluk yang bernyawa.
Bagaimana boleh HARUS? Cuba baca penjelasan di
bawah ini:
Kalau macam daripada patung itu
tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak
ada suatu unsur larangan, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada
dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak
berupa patung pengantin, haiwan dan lainnya, maka patung-patung ini hanya
sebagai lukisan untuk permainan dan sebagai hiburan buat anak-anak.
Oleh kerana itu Kata Saidatina
Aisyah Radhiallahu anha: " Aku biasa bermain-main dengan anak-anak
perempuan ( patung perempuan ) di sisi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.
Dan teman-teman saya datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan
patung-patung tersebut kerana takut kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallam, tetapi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam ( tidak marah ) malah
merasa senang dengan kedatangan teman-temanku itu, kemudian mereka bermian-main
bersamaku." ( Riwayat Bukhari & Muslim )
Dan Saidatina Aisyah radhiallahu
anha juga menerangkan pada riwayat yang lain dengan katanya: " Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam suatu hari bertanya kepada Aisyah : Apa
ini? Jawab Aisyah radhiallahu anha ini anak-anak perempuanku ( anak patung ). Kemudian
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya lagi. Apa yang tengahnya itu? Jawab
Aisyah radhiallahu anha: Kuda. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya
lagi, apa yang diatasnya itu? Jawab Aisyah radhiallahu anha, itu dua sayapnya.
Kata Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah
radhiallahu anha: belumkah engkau mendengar, bahawa Nabi Sulaiman bin Daud
alaihissalam mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam tertawa hingga Nampak gigi gerahamnya. Allahumma shalli ala saidina Muhammad! (
Riwayat Abu Daud )
Yang dimaksudkan anak-anak
perempuan di sini ialah ( patung pengantin ) yang biasa dipakai bermain dan
menjadi permainan oleh anak-anak kecil sedang Aisyah radhiallahu anha waktu itu
masih sangat muda.
Al-Imam asy-syaukani rahimahullah
mengatakan: Hadith ini menunjukkan bahawa anak-anak kecil boleh bermain-main
dengan boneka (patung).
Al-Imam Qadhi Iyad rahimahullahu
ta'ala berpendapat bahawa anak-anak perempuan dibolehkan bermian-main dengan
patung perempuan dan itu merupakan satu rukhsah ( keringanan ).
Termasuk sama juga dengan
permainan anak-anak iaitu patung-patung yang terbuat dari ( tepung ) kuih-muih,
kek dan sebagainya dan dijual di pasar-pasar atau pada hari besar seperti hari
raya dan sebagainya kemudian tidak lama setelah itu mereka memakan kuih muih
tersebut. (Kitab Al-Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi)
Alhamdulillah selesai masalah kuih atau patung yang berhias kek... jelas hukumnya Harus, kecuali tujuan untuk pemujaan dan sembahan maka hukumnya Haram.
Cuba baca pula pandangan Ulama' berkenaan tentang Orang Islam yang memiliki patung, samaada di rumah, kedai butik pengantin etc... diantara mereka ialah Syeikhul Azhar Syeikh Atiyyah Saqor, Syeikh Jadul Haq, Syeikh Yusof Al-Qardhawi, dan Ustaz Azhar Idrus Daie sejuta Ummat... semoga beroleh pencerahan dan kemanfaatan. amin!
|
Kek Barbie Patung untuk anak-anak kecil
Kerana ia bisa tertarik dan terhibur dengannya.
Tapi nampak menepati syariat
jika bertudung seperti kek diatas. |
Mengenai hukum orang Islam
memiliki patung???
Para Ulama' berbeza pendapat
mengenai perkara ini, cuba lihat pandangan Ulama' di bawah ni:
Syeikh Dr Yusor al-Qardhawi di dalam
;fatawa muassarah' berkata: Islam mengharamkannya samada patung manusia mahupun
binatang, pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk
yang disanjung tinggi seperti raja, nabi seperti nabi Isa alaihissalam dan
Ibunya Mariam dikalangan orang kristian dan lembu dikalangan orang hindu
(kerana maksud mereka membuat patung tersebut adalah untuk disembah). Menurut beliau ada satu
jenis patung sahaja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki iaitu patung
mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah shallallahu alaihi
wa sallam di atas yang menceritakan bahawa isteri Baginda yaitu Sadatina Aisyah
radhiallahu anha yang masih kecil ( lingkungan 9 tahun umurnya dalam riwayat ) Saidatina
Aisyah Radhiallahu anha cenderung dan suka bermain patung.
Kata Saidatina Aisyah Radhiallahu
anha dalam hadith: " Aku biasa bermain-main dengan anak-anak perempuan (
patung perempuan ) di sisi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Dan teman-teman
saya datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan patung-patung tersebut
kerana takut kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, tetapi Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam ( tidak marah ) malah merasa senang dengan
kedatangan teman-temanku itu, kemudian mereka bermian-main bersamaku." ( Riwayat
Bukhari & Muslim )
Dan Saidatina Aisyah juga
menerangkan pada riwayat yang lain dengan katanya: " Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam suatu hari bertanya kepada Aisyah : Apa
ini? Jawab Aisyah radhiallahu anha ini anak-anak perempuanku ( anak patung ). Kemudian
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya lagi. Apa yang tengahnya itu? Jawab
Aisyah radhiallahu anha: Kuda. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya
lagi, apa yang diatasnya itu? Jawab Aisyah radhiallahu anha, itu dua sayapnya.
Kata Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah
radhiallahu anha: belumkah engkau mendengar, bahawa Nabi Sulaiman bin Daud
alaihissalam mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam tertawa hingga Nampak gigi gerahamnya. ( Riwayat
Abu Daud )
Pendapat Bekas Syeikhul Azhar
Syeikh Jadul Haq rahimahullahu ta'ala, mempunyai pendapat yang sama dengan
syeikh dr Yusof al-Qardhawi, beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti
burung mainan anak-anak dan berpendapat HARUS hukumnya bagi patung separuh
badan. Dan mudah rosak yang diperbuat daripada tepung atau bahan-bahan lembut
spt polistrin dll…. ( Mungkin kerana ianya mudah rosak dan dibuang serta bukan
bertujuan untuk diagung dan disembah)
Pandangan Syeikhul Azhar Syeikh
Atiyyah saqor rahimahullahu ta'ala dalam fatwanya, membolehkan patung mainan
anak-anak, patung cepat rosak ( pakai buang ) dan patung separuh badan. Selain
itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga
boleh dimiliki oleh orang Islam, tetapi hukumnya adalah makruh.
Menurut Syeikh Atiyyah saqor
rahimahullahu ta'ala lagi: Imam Malik menganggap HARUS hukumnya memiliki patung
yang lengkap seperti seorang manusia tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. untuk
mencacatkannya. ( mungkin seperti patung manusia di kedai-kedai pakaian butik
baju pengantin dan jubah. Cuba tengok patung di butik ada tu berlubang-lubang
bahkan terputus-putus yang berhajat utk disammbung2 diantara lengannya,
kepalanya kakinya dll ) Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti
mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk
juga patung2 yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan
syarikat2 pakaian.
|
patung butik (harus menurut pandangan Syeikh Atiyyah saqor)
walaupun lengkap macam manusia, tapi ada kecacatan pada badannya
seperti berlubang2 dll) |
( Nah! Apakah patung di butik itu mereka
sembah? Tak kan.., takkanlah keras sangat sampai kita hokum orang tersebut
haram dan menyembah patung disebabkan ada patung dalam butiknya, cubalah
berlapang dada dan kaji teliti betuk-betul baru disebar… kan Islam ajar semua itu… jadi kalau sudah
begitu tengok apa tujuan dan maksudnya??? Jika bukan tujuan sembahan maka itu
dibolehkan sehinggalah ada bukti menunjukkan keharamannya )
Ustaz Azhar Idrus jawab:
Assalamualaikum ustaz, betulkah kalau kita menyimpan anak patung teddy bear tu
dalam rumah, malaikat tidak akan masuk rumah? Jawabnya: ya, jika dijadikan
perhiasan adapun jika untuk permainan kanak-kanak tidak mengapa.
Apa hukum lukis gambar wajah
orang? Ustaz Azhar Idrus jawab: Bergantung atas tujuan, jika tujuan yang
dilarang seperti untuk dipuja, disembah, didewakan atau seumpamanya maka
hukumnya HARAM.
Ustaz, apa hukum kita jual patung
kemudian letak dalam kereta etc?
Ustaz Azhar idrus jawab: Harus jika dimainkan oleh kanak-kanak, dan
haram kalau dijadikan perhiasan. Kalau tidak tahu untuk apa di beli, maka harus
di jual. Kalau sudah tahu untuk perhiasan maka haram jual.
Ustaz, anak patung mainan yang
diyakini tidak menjadi bahan sembahan bolehkah disimpan?
" Malaikat tidak akan masuk
rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung….." ( Riwayat Muslim )
|
contoh lukisan/ukiran |
Hadith menyebut bahawa malaikat
tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung… merujuk kepada hadith tersebut
ialah patung sembahan atau tujuan ibadat, bagaimanapun Islam menggalakkan
mainan patung kepada kanak-kanak sebagai didikan untuknya menjadi ibu dewasa
kelak. Yang HARUS ialah patung tersebut buat mainan kanak-kanak tetapi jika
dijadikan perhiasan, hukumnya menjadi HARAM seperti disusun dalam almari
selepas dibuat bermain. Patung mainan kanak-kanak yang disimpan selepas bermain
tidak menjadi halangan bagi masuknya malaikat dalam rumah sebagaimana kata Alim
Ulama'.
Kesimpulannya,
" Ulama' bersepakat bahawa
patung dianggap HARUS jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dianggap HARAM jika digunakan untuk perhiasan
dan penyembahan."
Sekarang! Tanya diri, apa
tujuan buat kek patung dan belikannya untuk anak? Adakah untuk mengajar anak
bahawa patung itu ada kuasa dan untuk disembah ataupun untuk sekadar
bermain-main dan menjadi hiburan buatnya? Takkanlah suruh anak sembah patung tu
kan? Sudah semestinya utk dimakan dan bila melihat dan main dengannya boleh jadi
hiburan…. Maka jika niat tujuannya sudah jelas yaitu utk makan dan bermain-main
maka hukumnya HARUS. Jika tujuan utk disembah maka HARAM.
" Jika ada yang menghukumnya haram meskipun kepada kanak-kanak yang masih kecil maka itu terserah padanya, mungkin beliau ingin berhati-hati takut terjatuh kepada syubhat, jika benar begitu maka itu sifat yang terpuji, namun begitu beliau janganlah mencela dan menghukum orang lain yang berbeza pandangan dengannya dengan mengatakan apa yang kamu lakukan adalah haram, sedangkan di sana ada dalil yang mengharuskannya."
berlapang dadalah...soal rezeki Allah dah tentukan buat hambaNya... tinggal kita usaha, ikhtiar tawakkal kepada Allah insya'Allah pasti tenang hidup kita, bersih jiwa kita, dan baik segala tingkah laku kita serta diterima amal ibadah kita di sisi Allah, insya'Allah biiznillah.
Wallahu Ta'ala Wa A'lam…
Sekiranya saya ada kesilapan
mohon dimaafkan dan diperbetulkan….saya juga insan yang lemah dan masih kurang ilmunya bahkan
masih berlajar lagi dari alim Ulama'… artikel ini saya tulis sebagai menjawab soalan
yang diberikan, moga-moga perkongsian dan pencerahan ini mendatangkan faedah
buat kita semua… amin!
p/s: Jika kita ada kemusykilan
agama rujuklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah Ijma' dan Qias yang menjadi sumber
utama ahlus sunnah wal jama'ah serta rujuk Para Alim Ulama' yang memahami Hukum
Hakam tersebut berdasarkan bagaimana mereka mengeluarkan hukum tersebut
lebih-lebih lagi masalah KHILAFIAH yang adakalanya menjadi hukum WAJIB/HARAM/SUNAT/HARUS/DAN
MAKRUH yang bergantung kepada kondisi keadaan dan suasana. Kerana Ulama' Ahlus
Sunnah Wal Jamaah itu adil dan amanah terhadap Ilmu mereka Mereka lebih arif
tentang khilafiah hukum hakam di dalam Islam bahkan mereka itu kalau mahu
menetapkan sesuatu hukum Haram atau Halalnya mereka sangat-sangat teliti dan
terperinci kerana mereka khuatir jika tersalah. Bukan dengan sesetangah orang
yang mendakwa diri mereka Ulama' yang hanya berpegang dengan satu pandangan
saja jika hukumnya HARAM maka haramlah yang mereka pegang tanpa menghiraukan
pandangan Ulama' lainnya yang jauh lebih alim dalam bidang tersebut … tapi
mereka berpegang dengan fahaman mereka dan menghukum orang yang tidak
sependapat dengannya sebagai terkeluar dari quran dan sunnah…. Contohilah Ulama' ahlus sunnah wal jamaah yang sentiasa berlapang dada dengan pandangan yang berbeza insya'Allah pasti ada rahmat, keberkatan dan keredhaan daripada Allah.
Haza… Wa Billahi Taufiq !!!
Semoga Allah memberikan hidayah
petunjuknya pada kita semua dan rahmat Allah sentiasa tercurah buat kita semua
insya'Allah… amin ya Robbal alamin!
Wal Hamdulillahi Robbil Alamin.
Sengaja Saya tambah video Ustaz Azhar Idrus... & Dr Asri...