Pujianku Padamu Wahai Bulan Mulia, Ramadhan ! (",)
(",) Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan !!! (",)
Wahai ramadhan, ingatkah lagi dengan hamba-hamba Allah?
Berkatmu ramadhan...
Ameen ya Allah birahmatika ya arhamarrahimin
wal hamdulillahi Robbil Alamin !
(",) Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan !!! (",)
Wahai bulan ramadhan
Engkau adalah sebaik bulan di dalam Islam
Engkau datang dengan penuh kerelaan
Kerana engkau adalah bulan yang penuh dengan kesetiaanRamadhan, engkau bulan rahmat Allah
Engkau bulan maghfiratullah
Engkau bulan mulia, bertuah dan barakah
Engkau bulan lailatul qadr dan bulan kalamullah
Setiap tahun engkau datang dengan ketenangan
Engkau disambut dengan penuh kemeriahan
Kerana engkau adalah hadiah daripada tuhan yang maha Rahman
Buat hamba-Nya yang beriman mengharap keredhaan
Ramadhan,
Engkau adalah bulan yang paling mulia diantara semua bulan
Sehinggakan kemunculanmu dirindui oleh jutaan ummat Islam
Bukan itu sahaja malah Allah memilihmu untuk menurunkan Al-Quran
Menugaskan malaikatnya yang mulia turun menghitung amalan.Wahai ramadhan, ingatkah lagi dengan hamba-hamba Allah?
Yang selalu mengucapkan ahlan wa sahlan marhaban ya ramadhan?
Kedatanganmu, ketibaanmu sangat dirindui ummatnya Rasulullah
Menunjukkan mereka sangat mengalu-alukan kehadiran dan kedatanganmu ramadhan
Ramadhan...
Engkau bulan maghfirah keampunan
Buat hamba-Nya yang beriman dan bertaubat dari dosa dan kesalahan
Engkau juga bulan istimewa buat hamba-Nya yang pemurah
Engkau juga bulan mulia yang dapat melahirkan hambanya yang sholeh dan bertakwa.
Ramadhan...
Engkau bulan barakah dan bulan mulia
Mereka yang beribadah di bulanmu digandakan pahala
Doa mereka diterima Allah berkat pengharapannya
Padamu juga ada malam lailatul qadr yang paling istimewa
Ramadhan, ummat Nabi Muhammad s.a.w sangat merinduimu
Kerana mereka tahu ganjaran yang ada padamu
Mereka sangat mengharap keampunan dan rahmatnya Tuhanmu
Mereka ruku', sujud, dan bermunajat kepada Tuhan yang maha rahman
Mereka memperbanyakkan hasanah kebaikan
Disiangnya mereka berpuasa dan bersedekah
Di malamnya mereka bertarawih berselawat dan berqiamullailAl-Quran pula mereka baca sambil bertadarus seperti Rasulullah s.a.w
Mereka bertakbir bertasbih dan bertahmid memuji Allah
Semata-mata mahu dekatkan diri kepada sang pencipta
Dan juga mahu memuliakanmu ramadhanRamadhan, kedatanganmu menyebabkan syaithan dibelenggu
Syurga Allah terbuka luas buat para hamba-Nya
Pintu neraka pula dikunci ditutup serapat-rapatnya
Sedang di bulanmu mereka bergembira dengan rahmat yang maha esa.
Berkatmu ramadhan...
Moga setiap jiwa diberikan keampunan-Nya
Moga setiap hamba sibuk memperhambakan diri dengan beribadah
Moga setiap jiwa mendapat barakah di bulanmu ya ramadhan
Ya Allah sungguh hamba-hamba-Mu bersyukur dengan adanya ramadhan
Sungguh ramadhan adalah rahmat yang sangat besar dari-Mu
Sungguh bulan inilah melahirkan hamba-Mu yang sabar penuh kesetiaan
Yang penuh keimanan dan ketakwaan pada-Mu.
Maha suci engkau ya Allah, tentu hamba-Mu tidak putus berdoa
Menadah tangan memohon sesuatu yang indah
Mereka pasti banyakkan ibadah, berdoa dan zikrullah
Serta iktikaf di masjid-masjid mengamalkan sunnah
Semata-mata mahu taqarub pada-Mu ya Allah.
Moga kami menjadi hamba-Mu yang sholeh dan sholehah
Serta bertakwa berkat bulan ramadhan yang mulia !
wal hamdulillahi Robbil Alamin !
(",) ...Marhaban Ya Ramadhan... (",)
Hamba Allah : Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
Ardhul Anbiya' Kaherah, Mesir.
No comments:
Post a Comment