Thursday, September 16, 2010

Ramadhan Kau Pergi Lagi !

Ramadhan Kau Pergi Sekali Lagi Meniggalkan Kami,
Banyak Pengalaman Berharga Ketika Bersama,
Kau Pasti Akan Kurindui Selama-lamanya,
Kau Ku Hargai Kerana Sudi Menjadi Tetamu Istimewa Tahun ini,

Kedatanganmu Dinanti-Nanti Ummatnya Nabi,
Pemergiaanmu amat di tangisi hamba yang cinta Ilahi,
Adakah Kita Boleh Berjumpa Lagi Selepas Ini,
Kalau Dapat Bersua Lagi Tentu Kau Akan Ku Rai,

Ramadhan, Kau Bulan Penyuci Jiwa,
Pemergiaanmu Dikhuatiri Jiwa Kotor Semula,
Syaithan Terbelenggu Dilepaskan Meronda,
Nafsu Yang Tunduk Bangkit Bermaharajalela,

Oh Ramadhan, Kau Bulan Penghapus Dosa,
Dosa Banyak Diampunkan Allah Menurut Kehendaknya,
Bagaimanakah Selepas Ketiadaanmu Bermula,
Adakah Dosa Tertimbun Banyaknya,

Ya Allah, Sungguh Dunia Melihatkan Wajahnya,
Ramadhan Berlalu Tanpa Terhapusnya Dosa,
Sifat Takwa Tidak Menjadi Pakaian Perilakunya,
Lindungi Aku Dari Kejahatan Dan Kegoncangannya,

Aku Risau Hanya Di Ramadhan Aku Jadi Hamba,
Sedang Bulan Lainnya Aku Menjadi Hamba Dunia,
Hipokrit Dan Dusta Berkalang Bercampur Amalannya,
Sudah Tidak Mengenal Erti Dosa Dan Pahala. Nauzhubillah !

Bagaimana Aku Hendak Istiqamah Ya Allah,
Kalau Di Bulan Mulia Syaithan Tiada,
Senang Aku Mujahadah Berkat Puasa,
Selepas Ini, Adakah Aku Mampu Melakukannya.


Sungguh Bulan Ramadhan Lahirnya Jiwa,
Jiwa Yang Merdeka Dari Nafsu Dan Dunia,
Walau Ianya Datang Melanda Berganda-Ganda,
Jiwa Bertakwa Takkan Mampu Di Tumbanginya.


Ayuh Jiwa-Jiwa Hamba Yang Maha Esa,
Jangan Leka Dan Lalai Dengan Nikmat Dunia,
Di Sisi Allah Ganjaran Berlipat Ganda Banyaknya,
Disediakan Bagi Orang-Orang Bertakwa Kepada Tuhannya.

Ramadhan Pergi Pasti Akan Meninggalkan Kita,
Jika Dikehendaki Pasti Ketemu Buat Kali Yang Berikutnya,
Ramadhan Akan Datang Dan Pasti Datang Semula,
Cuma Kita Entah Sampai Kah Kepadanya.







Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails