Friday, March 25, 2011

Sua Rasa Dan Percutian Di Malaysia

Alhamdulillah....

Sudah lama rasanya tidak menulis dan menerbitkan cerita terbaru... ala kulli hal sibuk dengan tugasan dakwah dalam menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman dengan sahabat handai dan masyarakat... sejak saya balik dari Mesir saya banyak mendapat jemputan mengajar samada melalui kuliah, forum, khutbah dan ceramah.

Di Sabah ...

Ketika saya berada di Sabah saya dijemput oleh sahabat saya ustaz Hisyam untuk berceramah " Maulid Ar-Rasul " sempenan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam. Kemudian pihak madrasah Darul Hidayah meminta dan mengamanahkan kepada saya untuk mengajar pelajar-pelajar madrasah tersebut selama berada di Sabah, Alhamdulillah, saya sempat mengajar mereka dan berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada sedaya yang termampu.

Di Pulau Pinang...

Ketika berada di Pulau Pinang pula, Jadual kuliah dan pengajian begitu padat sekali, sehinggakan tiada masa untuk berehat dan bersantai-santai bersama keluarga terutama zuyyin dan zaujah tercinta, namun mereka cukup memahami keadaan saya, Alhamdulillah. Bukan hanya ceramah di Pulau Pinang sahaja, bahkan di Kota Damansara dan Pelabuhan Klang serta Kulim Kedah menjemput untuk menyampaikan kuliah dan ceramah. Semuanya ketentuan Allah... Saya sebenarnya berpegang kepada nadi keyakinan yang tinggi terhadap sabdaan Nabi Muhammad shallallahu Alaihi wa sallam yang mana sabda baginda yang bermaksud, " Siapa yang menuntut ilmu nescaya dijamin Allah rezekinya " dan " siapa yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya maka Allah akan mewarisi ilmu yang belum diketahuinya " dan lagi " sampaikan apa yang kamu tahu dariku walau seayat ", semoga semuanya bermanfaat dan diberkati Allah insyaAllah (",)


 
Sebenarnya tiada perancangan untuk membuat demikian disebabkan kami pulang dalam keadaan yang darurat selepas krisis di Mesir ekoran revolusi rakyat Mesir bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis presiden Hosni Mubarak yang menuntut agar Hosni meletak jawatan.

Alhamdulillah, oleh sebab ajk masjid-masjid dan surau-surau yang pernah menjemput saya ceramah dan kuliah sebelum sambung belajar ke Mesir 2 tahun lepas dapat tahu yang saya pulang dan berada di Malaysia, maka mereka pun menghubungi saya dan mempelawa serta menjemput untuk menceritakan pengalaman dan berkongsi ilmu yang sedia ada. Tanpa menolak dan memikir panjang saya pun bersetuju dengan pelawaan mereka, kerana ia merupakan kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai penuntut ilmu Allah warisan para anbiya' alaihimussholatu Wa Sallam,

Sepertimana kata Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam " Sampaikanlah apa yang kamu tahu daripadaku walau seayat "

Dan lagi firman Allah yag bermaksud " Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." - Surah At-Taubah [9] : 122"

Di Putrajaya ...

Selepas sibuk berceramah dan bekuliah, saya mencari masa yang sesuai untuk membawa anak kesayangan saya Qurratul Ain dan isteri tercinta untuk pergi berjalan dan bersantai-santai melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah. Saya bawa mereka pergi ke Kuala Lumpur dan disekitarnya termasuklah Putrajaya. Semuanya saya lakukan agar hubungan kami bertambah erat dan mesra dalam kasih sayang Allah subhanahu wa taala, dan saya berharap hubungan kami bahagia sehingga ke Jannah Allah subhanahu wa taala, ameen ya Allah !!!

Di Putrajaya ni selain saya ada urusan di Pendaftaran Negara JPN, saya sempat ziarah masjid putrajaya dan disekitarnya, dan saya melihat ramai pengunjung yang datang berkunjung di masjid tersebut, mungkin sebab masjid ini cantik dan tersergam indah yang mana landskap masjid tersebut begitu mempesonakan mata yang memandang, dan ukiran-ukirannya yang unik dan cantik, bukan itu sahaja malah ditepi masjid tersebut ada tasek yang menjadikan masjid tersebut nampak sungguh mendamaikan jiwa yang menyebabkan orang ramai tertarik melihatnya.

Di Putrajaya ni juga saya sempat membeli belah di gerai Islamik, saya membeli Kopiah dan Jubah yang harganya RM115 berjenama Al-Haramain, katanya jubah ni dia beli dekat Dubai, dan bentuknya memang lawa dan smart. erm... saya beli jubah ni bukannya apa, memang dah minat saya, walaupun sudah mempunyai jubah lebih dari sepuluh saya masih juga mahu membelinya, ini disebabkan bukan jubah ini hanya pakaian sunnah Nabi Muhammad Shalllallahu alaihi wa sallam, bahkan saya memang meminati pakaian tersebut terutamanya ketika nak pakai time sholat dan berkuliah atau dalam pengajian, pakaian ni lah yang menjadi pilihan utama saya... moga-moga pakaian ini menjadikan saya semakin dekat dengan Allah yang maha indah dan maha jamilah, dan berhias serta bercantik-cantik dan smart keranaNya... firmanNya yang bermaksud " Ambillah perhiasan kamu di setiap sisi masjid " makna kata pakailah pakaian kamu yang cantik-cantik dan berwangi-wangilah ketika hendak melakukan sholat... erm, nak pakai pakaian lawa-lawa ni untuk siapakan, selain Allah tuhan yang maha Rahman atas semua hambaNya... ok sampai di sini dan jumpa lagi... salam mahabbah wa ma'as salamah (",)

Gerai Islamik Masjid Putrajaya..
Alhamdulillah... Zuyyin pakai tudung, comel tak...
Erm, tudung ni saya belikan untuk Zuyyin.


Zuyyin Di Tangga Masjid Putrajaya...


Zaujah Tercinta Dan Zuyyin Di Gerai Makan Segi 3 Emas
 Kampong Baru Kuala Lumpur. Ada Menara Berkembar KLCC


Zuyyin Baru Lepas Makan Nasi Ummi Suapkan, Bubur Tinggal Kat Hotel,
Comotnya Zuyyin .. huhu


Stesen Erl Nak Ke Putrajaya



Ha, yang ni restoran tepi panyai dekat Quensbay Penang...
sampai ja kami di Penang,  
saya bawa zaujah dan zuyyin makan petang di sini,
kami makan ikan bakar siakap merah sambil menghayati
 keindahan ciptaan Allah di tepi pantai dan jambatan Pulau Pinang


Insya"Allah dalam masa terdekat ni nak bawa zaujah dan zuyyin ke RFC Sungai Petani pula...
InsyaAllah siiru ala barakatillah (",)

No comments:

Related Posts with Thumbnails