Sunday, May 22, 2011

Sajak : Diriku HambaMu (",)

( Diriku HambaMu )


Tuhan Maafkan Diriku Yang Lemah TanpaMu
Ku Tidak Terdaya,

Tidakkanku Merasa Manisnya Hidupku,
Yang Sering Terleka...

Bahawa Akulah HambaMu,
Yang Menagih Kasih SimpatiMu Tuhan..
Yang Hina Tidak Sempurna.....

Sesungguhnya Diriku HambaMu,
Diciptakan Dari Tanah Yang Hina...

Seringkali Menerima Ujian Keimanan, DariMu Tuhan,
Ku Kan Cuba Menerimanya ..

Tuhan Ku Menangis lagi, 
Mengenangkan Nasib Yang Akan Menimpa,

Di Hari Perhimpunan Di Mahkamah Mahsyar
Yang Pasti Kan Tiba,

Adakah Aku Di Syurga Mendapat Nikmat,
Atau Sebaliknya,

Ku Bimbang Jika Tak Selamat,
Kerana Dosaku Menggunung... Oh Tuhan Maafkan Diriku...

Sesungguhnya Diriku HambaMu,
Mengabdikan Diri Hanya UntukMu,

Yang Sering Mengharap CintaMu,
Mengharap RedhaMu.. Mengharap RahmatMu...

Kerana Kau Maha Sempurna 
Mengasihi Hamba-HambaMu..

Oh Tuhan Maafkan Diriku....


Alhamdulillah.... Sajak ini merupakan lirik lagu nasyid yang sudah lama ana buat cuma ana belum terbitkan dalam blog. " Diriku HambaMu " ini adalah menceritakan perihal seorang hamba yang terlalu alpa dan terlalu banyak lupa kepada Tuhan yang menciptakannya sehingga hanyut jauh dari merasakan kehadiran Allah dalam hidup dan perbuatannya, Apabila dia menyedari yang dirinya sudah jauh dari rahmat tuhannya dan mengenangkan kedahsyatan di hari kiamat yang akan menimpa dirinya, maka diapun kembali dan menginsafi diri dengan menitiskan airmata sebagai penyesalan diatas kelpaan yang telah dilakukannya. begitulah seorang insan yang bergelar hamba. Wallahu A'lam Bisshowab !!! (",)

Hamba Ilahi Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails