Friday, February 19, 2010

DIA MUHAMMAD

       Dalam hadis Qudsi Allah menyebut " Demi kebesaran dan kemuliaanku aku tidak akan mengazab mereka yang sama namamu ( MUHAMMAD ) dengan api neraka " dan dia berkata lagi,

" Aku tidak akan memasukkan ke neraka mereka yang menamai nama mereka dengan nama  MUHAMMAD atau AHMAD " ( KITAB KAWAKIB AD-DURRIYAH )

      Siapa yang menghidupkan sunnahku dikala rosaknya ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid "

             Bersempena hari keputeraan baginda SAW tahun ini, diharap ummat terbaik yg tercatat dalam Al-Quran surah Ali-Imran :

" Kamu adalah ' khoir al-ummah ' yang mengeluarkan manusia, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah ",

Mula sedar bahawa kewajipan umat Islam selepas menyintai Allah adalah menghidupkan sunnah Rasulullah SAW sedaya yang termampu. Boleh dikatakan semua umat terbaik ini mengetahui bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah warisan dan peninggalan Rasulullah SAW buat ummat yang disayanginya,

 " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya, yaitulah Al-Quran dan Sunnah. ( riwayat Imam malik ) "

        Tapi berapa ramai ummat Islam yang membela dan mengamalkan kedua-dua peninggalan Rasulullah SAW itu ? Dan berapa ramai yang mengetahui bahawa Rasulullah SAW menyintai dan menyayangi mereka ? Dan berapa ramai yang mengetahui yang sunnah Rasulullah SAW penyelamat buat mereka di dunia dan akhirat ?

        Hurm... kalau difikirkan semua ini adalah tanggungjawab insan yang bergelar Ulama' ( orang yang memiliki ilmu dalam bidang tersebut ), dan bagi mereka yang mengaku cinta dan sayang mereka pada Islam, tidak kiralah mereka itu kecil, ataupun besar, muda ataupun tua, keluarga ataupun tidak, kaya ataupun miskin, ada kuasa ataupun tidak, memiliki ilmu yang banyak mahupun sedikit, yang penting mereka sedar itu adalah tanggungjawab mereka yang mesti mereka usahakan dan yang akan bakal ditanya di Akhirat kelak.

         Hushhh... apalah ko nak jawab wahai badan bila ditanya oleh Allah yang menciptakanmu ?
di dunia kau bolehlah berdolak dalik, tapi disana namanya Akhirat, yang berkuasa adalah yang maha berkuasa. Kekayaanmu, kepandaianmu, kekuasaanmu masa didunia ini tidak ada ertinya lagi, tidak ada satu pun yang dapat menyelamatkanmu... lainlah kiranya jika sunnah NABImu kau sunnahkan dalam akhlakmu ataupun hati sanubarimu kau ZIKIRKAN dengan kalimah tuhanmu yang ESA ' ALLAH '.. kalaulah begitu, terselamat juga engkau dari siksaan dan pertanyaan yang bukan sahaja bisa menggegarkan jiwa ragamu bahkan bisa menggugurkan daging-daging di wajahmu... 

           Alahai kesiannya kau badan... sebelum terlambat cepat-cepatlah bertaubat... jangan pula disana nanti baru kau nak minta syafaat...( pembelaan ), bila ditanya dengan siapa kau nak minta syafaat ? apa kau nak jawab ? DIA MUHAMMAD...! Ohh tidak.. aku rasa Muhammad yang kau maksudkan itu tidak mengenalimu... DIA MUHAMMAD yang kau maksudkan itu bukan untuk dikenang dikenali bila kau berada di sana tapi DIA MUHAMMAD yang engkau maksudkan itu WAJIB kau kenali disaat kau masih berada di bumi yang nyata ini....! Apa lagi yang kau tunggu wahai badan.....? jawapan ada padamu.



KAMARUDIN BIN TOYO
KULIAH USULUDDIN 
U-AZHAR CAIRO.

No comments:

Related Posts with Thumbnails