Thursday, April 22, 2010

Tolong Kawan Ibarat Darling, Syukran !

Alhamdulillah.... Hikmah disebalik ujian Allah adalah untuk menguatkan syakhsiah peribadi hambanya, yang juga boleh kita simpulkan sebagai Tarbiyyah Kesolehan Hati bagi mereka yang sabar dan tidak putus-putus berdoa serta mengharap keredhaan dan keampunannya.. Rahmatnya sangat Luas... Keluasan yang mengatasi kemurkaanya. 

" Rahmat Allah Dekat Kepada Mereka Yg MUHSININ ".

Dia menyukai hambanya selama mana hambanya berusaha untuk melakukan kebaikan tersebut. Bagi mereka yang belum merasakan Rahmatnya yang sangat meluas, Cukuplah dia tahu bahawa kehidupannya di dunia ini merupakan satu rahmat dari Tuhannya.. Dan bagi mereka yang sudah merasakannya, diharap ianya berterusan dan bukan hanya sekadar dipinggiran.. " Yang Bila kaya lupa daratan, Bila senang kufur pada Tuhan, Bila berilmu sombong pada rakan, Bila Hebat dan Berkuasa lupa orang bawahan... Nauzhubillah Min Dzalik ( Aku Mohon Pelindung Pada Allah Dari Semuanya Itu )... Akan tetapi sampai ke pertemuan dengan Tuhannya.

Salah satu rahmatnya ialah kegembiraan dan Berlemah lembut yakni beradab kepada semua makhluknya.. Samada dari Kalangan Manusia mahupun Haiwan.

" Katakanlah wahai Muhammad saw, Dengan sebab rahmat daripada Allah lah yang menyebabkan kamu bergembira. Dan itu adalah lebih baik dari apa yang mereka himpunkan " 

" Maka dengan sebab Rahmat dari Tuhanmu lah kau berlemah lembut dengan mereka, Kalaulah kau berkeras hati dengan mereka nescaya mereka melarikan diri ( menjauhkan diri ) dari kau.." Maka maafkanlah mereka, dan mohonlah keampunan utk mereka, dan bermesyuaratlah kepada mereka...... ila akhir Al-ayaat...".

1) Kegembiraan. Semua orang pernah mengalaminya, kegembiraan yang kita rasakan ianya daripada Allah itu adalah lebih baik daripada kegembiraan yang kita buat-buat samada utk diri sendiri ataupun orang lain.

2) Lemah Lembut. Sifat ini juga salah satu sikap muslim mukmin yang terbaik," Saidina Umar Al-Khattab Radiallahu anhu penah kata bahawa kebaikan itu mudah, iaitulah perkataan yang lemah lembut dan muka yang berseri-seri. Dan Nabi saw juga mengakui bahawa orang seperti ini adalah orang yang beriman. " Jika gembira dengan kebaikan, sedih dengan kejahatan, maka ketahuilah DIAlah orang BERIMAN.

Ini cuma sekadar pembuka bicara.. Apa yang ingin saya maklumkan ialah ada 3 perkara :

1) Bermula hari ini saya sudah tidak lagi berkampung di Dukyah, Saya sudah berhijrah sekaligus bermukim di Walidain, Hayyu Asyir. Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membantu mempermudahkan segala proses pemindahan barang petang tadi. ( Syukran Ust Ikram Penang/Ust faizi/us Ghani/Us Rahman/Us Pokju Trengganu/Ust Tamin dll ) Allah jualah yang dapat membalas kebaikan kalian semua.. 

Berat sama dipikul Ringan pula sama di jinjing, 
Duit banyak dalam sampul, Tolong kawan Ibarat Darling 
 Itulah perumpamaan Ku ciptakan buat kalian.. huhu.. moga tersenyum.

" Allah akan membantu hambanya selama mana hambanya membantu saudaranya ", 
 
Tolong menolong didalam kebaikan itu adalah merupakan kebaikan yang Allah nyatakan dalam Quran, 

" Bertolong bantulah kamu di dalam kebaikan dan takwa..., Dan janganlah kamu bertolong bantu dalam melakukan dosa dan permusuhan ".

" Tidak sempurna Iman salah seorang dari kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri " ...

2) Peperiksaan Semester 2 yang bakal tiba, doakan agar saya dipermudahkan menjawab.. InsyaAllah saya juga akan mendoakan kalian.. dan jangan lupa doakan untuk kengkawan sama.. " Doa saudara kepada saudaranya 'makbul' diterima Allah swt, dgn syarat tidak memberitahunya yang aku sudah doakan kau... utk mengelak riak dan penyakit2 hati mazmumah lain.. Bila kita berdoa misalnya " Ya Allah Rahmatilah si Karim..... maka Malaikat juga turut mendoakannya 'Engkau pun sama'.. maksudnya apa yang kita doakan utk org lain samalah kita doakan utk diri sendiri.. So, Doa lah yang baik2 ! 

Baik untuk orang lain, baik juga untuk kau, Jahat untuk orang lain, jahat juga untuk kau..

3) InsyaAllah, mengikut kiraan dan jangkan, sekiranya tiada aral melintang, Zaujah akan bersalin sekitar bulan Jun/8 hari bulan... Allah jua yang maha tahu dari segala pengetahuan hambanya... mungkin awal dari jangkaan ataupun lewat sedikit.. itu kehendak dan kekuasaannya, Saya/zaujah tiada apa yang boleh kami tentukan, melainkan hanya mampu bersedia dari 'Alif ila Ya' @ Dari  'A to Z'. Kemungkinan tarikh bersalin itu akan bertembung dengan jadual exam, Wallahu A'lam... 

Bagi mereka yang sudah berpengalaman, diharap dapat berkongsi pengalaman tersebut ! . 

Ketahuilah wahai saudaraku !, nombor 3 ini adalah pengalamanku yang pertama 'First Time'... Banyak juga kawan  yang bertanya, Apa perasaan ndak lama lagi jadi Abi ? huhu.. saya rasa sama jak dengan perasaan ibu n ayah kita sewaktu first time Ibu melahirkan anak...

"Ermm Indahnya Hidup jika Syurga Perhiasan Dunia  ditaati, 
terpancar sinar Nur Ilahi di wajah Ibu Mithali... 
Anak solehah semua mesti miliki, 
Agar menjadi permaisuri hati ummi dan Abi, 
Semuanya Bukan untuk di tandingi atau di sombongi, 
Tetapi mendidik menjadi perhiasan duniawi Wa Ukhrawi serta cintakan Nabi, 
Agar mendapat ihsan dan kasih sayang Ilahi, 
Untuk menuju Syurga yang hakiki  kekal abadi..."


"Ya Allah Engkau yang mengetahui dan menentukan segalanya, semua kehendak dan kekuasaanmu, Jika engkau jadikan sesuatu itu mudah tentu ianya mudah walaupun sukar pada nazhor al-ain(pandangan mata). Dan jika engkau ingin menjadikan sesuatu yang mudah itu sukar maka engkau juga boleh melakukannya menurut kehendakmu.. Maka Ya Allah aku mohon padamu Mudahkanlah...!".  Ameen!

Ya Allah kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh solehah, yang sejuk mata memandang dan yang mentaatimu ya Allah dan RasulMu Muhammad saw, serta mentaati kedua ibubapanya. Jadikanlah kami orang2 yang bertakwa, dan imam pemimpin yang Adil, yang meletakkan Al-Quran dan sunnah didahulukan sebelum akal kami sendiri.. Ameen !


KAMARUDIN TOYO
KULIAH USULUDDIN
UNIV AL-AZHAR ASY-SYARIF





No comments:

Related Posts with Thumbnails