Syeikh Dr Yusri Al-Hasani Hafizahullah
sedang mentahnik puteriku
29/5/2010 Sabtu. Alhamdulillah.. hari ini adalah hari ke-tujuh buat puteriku Qurratul Ain @ Zuyyin alkausar... Hari ini juga merupakan hari yang begitu indah buat saya dan isteri. Alhamdulillah, Apa tidaknya, segala proses tahnik dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Hari ini jugalah sahnya nama anakku, yaitu ' Qurratul Ain '. Dari nama Zuyyin Alkausar bertukar ke Qurratul Ain... . Kedua-dua nama tersebut begitu sedap dan memiliki maksud yang begitu indah bila di tafsirkan.. Walaubagaimanapun keindahannya, saya & isteri kena memilih satu diantara dua. Jadi, kami memilih nama Qurratul Ain.. Nak tahu kenapa ? erm, Kena baca sampai habis... Sebab ini sejarah pertukaran nama anak saya ! bila sebut sejarah mesti panjang ceritanya, kan... hehehe... tapi insyaAllah saya akan ringkaskan sedaya yang mampu... maaf ya mak/family/sahabat2... saya tidak pernah bermaksud untuk menipu kalian dalam soal nama, tapi ini kebetulan dan ketentuan Tuhan... semua ada hikmahnya..
Nama Zuyyin Alkausar ...
Nama ini memang cantik kan ? Nama ni saya ambil dalam ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 14. Alkausar pula dalam surah Al-Kausar ayat 1. Zuyyin ni bermaksud dihiasi@perhiasan. Alkausar bermaksud telaga kausar Nabi saw @ memiliki nikmat yang sangat banyak. Saya dan isteri memang berkenan sangat nama ni, & nama ini saya dapat ketika menunaikan solat sunat hajat di rumah, ketika itu saya sedang membacanya.. Dan kedua-dua ayat ini saya suka baca dalam solat, samada solat nawafil mahupun fardhu. Sekiranya saya membaca surah ini saya selalu menangis dek kerana menghayati isi maksud yang tersirat dalam surah tersebut. Tue yang berkenan letak nama dengan nama tersebut.
Walaubagaimanapun. saya akan panggil nama anak saya dengan gelaran zuyyin alkausar. walaupun sudah berubah ke nama Qurratul Ain. So, gelaran namanya sangat banyak, saya boleh panggil zuyyin/ain/kausar/qurrah/becek/cek ( panggilan kampung penang ) hehehe.. becek tu mak saya panggil...hehehe.. nama manja orang kampung saya di tawau, Sabah. Tak kisahlah nak panggil nama apapun, janji panggilan itu panggilan manis&manja yang didasari Iman & persaudaraan Islam.
Sejarah pertukaran nama puteriku
Mulanya macam ni, hari pertama zuyyin dilahirkan, saya bagi nama dengan nama zuyyin alkausar...
keesokan harinya, saya pergi sholat asar di masjid walidain yang berdekatan dengan rumah, belakang rumah jak. Selepas sholat, kebetulan saya melihat seorang Ust yang memang diakui ilmunya, ( Ust dari Malaysia, jurusan Master Usul Fiqh, sudah 10 tahun lebih menuntut ilmu di bumi Mesir ). Ust juga menyewa rumah se'area dengan saya. se'taman'lah... Alhamdulillah, seronok ada pelajar kita macam ni kan? dengar ceritanya, Ust kita ni sibuk bertalaqqi jaa.. insan yang sentiasa haus & dahagakan ilmu yang tak pernah putus-putus. Memang benar... di mana syak saya pergi talaqqi, samada di Masjid al-asyraf@Masjid al-Azhar asy-Syarif, di situ dia ada. Rajin menuntut ilmu, panjang masa menuntut ilmu, cerdik, ada kewangan, berkawan dengan Ulama' dan seronok dengan ilmu adalah antara sifat-sifatnya. Subhanallah...Moga dia bermanfaat pada Ummah. ameen.
Itu atas dasar penilaian saya, yang baru beberapa bulan mengenalinya. ternyata prasangka saya terhadapnya adalah benar2 belaka. ( ilmu dapat bila duduk bersamanya ). Ust yang saya maksudkan ni ialah Ust Hairul Nizam Mat Husin ( Mantan Presiden PMRAM ).
Saya memberitahu dia yang saya dah dapat cahaya mata, dia juga mengetahui yang zaujah pregnant, saya dah bagitahu sebelum ni.
Mabruk ! bila ? semalam jawabku.
Anak apa ? Perempuan. ( Anak akhir zaman ) hehe... dia sempat bergurau.. maksudnya perempuan lebih banyak dari lelaki akhir2 zaman ni.
Namanya siapa ? jawabku : Zuyyin alkausar.
Tanpa bersembang panjang saya menjemputnya datang ke rumah. Buat pertama kali ziarah ke rumah... selepas sekali dari itu dia datang 4@5 kali rasanya, dengan membawa zaujahnya & puteri kesayangannya Fathimah An-Nabawiyah.
Dia offer supaya anak saya ditahnikkan oleh Syeikh. Jadi, saya minta tolong agar dia meminta izin kepada Syeikh terlebih dahulu, Dia jawab, InsyaAllah Khoir tiada masalah.
' Selepas solat zhohor berjamaah, saya bertanya kepada Ust, macam mana ? Syeikh kata apa ? Ustaz jawab,
Alhamdulillah ok, tahnik sabtu ni syeikh kata. Cuma, Syeikh bagi cadangan agar kalimah Zuyyin di tukarkan kepada Zinah maksudnya perhiasan. ( dari Zuyyin Alkausar ke Zinatul kausar ). Tapi itulah, di Malaysia kita bunyinya macam pelik...risau tue jak la.. kalau di Arab no hal.. takda masalah, sebab bahasa diorang. Apapun Ust fikirlah dulu. '
'Apa masalahnya Ust ? saya bertanya.'
'tidak adalah masalah besar pun, cuma kalimah zuyyin jak, kalimah zuyyin adalah kalimah FE'EL, amat jarang orang bubuh nama dengan menggunakan kalimah fe'el. Kalimah Zuyyin alkausar tu bukan tidak ada makna, ada, cantik maknanya... tidak salah kalau ust mahu memakai nama tersebut. Syeikh pun tidak menegahnya, cuma beliau bagi cadangan tukar ke zinah jak, itupun kalau ust nak pakai kalaimah zuyyin tue.. sebab di Arab Mesir ni memang macam tue, kalau kita Malaysia tiada masalah. '
' Menurut pandangan Ust macam mana ? Adakah saya tidak beradab dengan Syeikh sekiranya saya tidak mengambil nama yang dicadangkannya itu kepada anak saya ? saya risau jugak, kalau-kalau ada orang yang menafsikan saya seperti itu ?'
' Ustaz jawab : InsyaAllah tiada masalah, nama yang syeikh bubuh tue memang kalimah isim.. maknanya sama, cuma Malaysia kitalah. Jangan risaulah...'
Ya Allah aku memohon padamu ya Allah, ampunkanlah dosaku di atas keterlanjuran kesalahanku, samada yang aku sendiri tahu ianya dosa ataupun tidak, samada yang aku nampak ataupun tidak, samada yang zhohir mahupun bathin... Engkaulah yang maha pengampun ya Allah. Dan Ya Allah aku mohon padamu ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk memelihara hubunganku denganmu dan hubunganku dengan para Masyaikh dan Ulama' Al Amilin, insan yang kau pilih di dada nya sebagai tempat tersimpannya ilmu dan makrifat/syariat/ dan hakikat. Sungguh aku memerlukan semuanya itu ya Allah, perkenankanlah ! Ameen !!!
Begitulah setiap kali berjumpa di Masjid ( tempat menyuburkan ukhuwah Islamic ), kami berbincang pasal nama ini, dia selalu tanya macam mana, macam mana ? Saya kata saya pening dah masih memikirkannya lagi Ust, tawakkal ilallah jak. masih nak pakai nama tersebutkah @ nak tukar ? masa ni selepas sholat shubuh. Saya jawab:' nantilah saya bincang dengan zaujah macam mana. Ust Doakanlah agar dipermudahkan dan nama yang bakal saya berikan padanya mempunyai makna keperibadiaanya. InsyaAllah, sama-samalah doakan, jawab Ust.'
Jadilah nama puteriku 'Qurratul Ain'
Sampai jak di rumah, saya & zaujah terus menjenguk Zuyyin dengan pandangan penuh kasih dan sayang... kami mengamat-amati raut kejernihan wajahnya... kecomelannya ( layaklah sebab baby ) maka saya melihat zaujah dan zaujah pun melihat saya... nama masih lagi mencari-cari apa yang sesuai buat puteri kami... jenguk punya jenguk, amati punya amati, hayati dan hayati... kami tersenyum... saya pun bertanya ' sejuk mata memandang tengokd diakan sayang ??? tanyaku dengan sopan'. ya... jawab zaujah sambil tersengeh dan tersenyum manja :) '.
saya terus bertanya zaujah, amacam kalau kita bagi nama ' Qurratul Ain ' bermaksud penyejuk mata. ianya juga dari ayat Al-Quran ?, a'ah boleh jugak, nama tu pun sesuai dengan dia, maksudnya pun menarik, yang penting kita ambil daripada kalam Ilahi ( Al-Quran ). Maka, disinilah tercetusnya idea Islamik berkat syura ummi&abi. Sahlah nama anak saya Qurratul Ain.
Ya Allah jadikanlah anak saya penyejuk mata yang memandangnya, samaada saya dan zaujah atau sesiapapun yang memandangnya dengan Nur di Hati ( pandangan nur iman & Islam ) dan jadikanlah setiap amalannya yang sholehah menjadi penyejuk hati buat ummi & Abinya, agar ia terdidik mengasihimu ya Allah, dan mencintai Rasulmu Muhammad s.a.w. engkaulah yang berkuasa atas segala sesuatu ya Allah, Ameen ya Allah !!!
Saya beritahu Ust Hairul yang kami sudah pun menjumpai nama yang sesuai buat zuyyin. iaitu Qurratul Ain. Alhamdulillah, sejuk juga maknanya. Ust doakanlah moga namanya sesuai dengan keperibadiannya, ust kata insyaAllah sama-samalah.
Nama Qurratul ain ini juga merupakan nama yang mana diakui oleh Syeikh Dr Yusri Alhasani hafizahullah, hal itu saya perasaan ketika Syeikh selesai mentahnikkan puteri saya, Syeikh mendoakan agar Qurratul ain diberkati Allah s.w.t dan bersifat dengan sifat seumpama namanya. Saya gembira sangat-sangat bila mendengarnya. Alhamdulillah.. syukur padamu ya Allah. :)
Ada masalah pula lagi yaitu masalah nama yang sudah tertulis (Zuyyin alkausar ) dan sah dalam surat lahirnya. Surat lahir Zuyyin dah siap 4 hari selepas lahir. masa tu jugaklah saya uar-uarkan dalam laman facebook. Saya kol family di Malaysia, beritahu yang nama anak saya Zuyyin Alkausar.
Penyelesaian
masalah nak tukar pulak lagi. Saya jumpa dan meminta pandangan Ustaz ? Ustaz Hairul jawab Begini, kalau sekiranya sukar yakni tak boleh tukar di maktabah sohhah (pendaftaran nama) maka cuba tukar di kedutaan Malaysia. Sekiranya tidak boleh jugak, atau boleh..tetapi kerja penukaran sangat rumit sehingga ke angkat sumpah, maka tawakkal pada Allah, guna nama asal dalam surat lahir. Sekiranya boleh Alhamdulillah la jawabnya.
Alhamdulillah lega...
Selepas tahnik Zuyyin, jam 9 pagi ada temu janji dengan Maktabah sohhah, maka Ust Adlan tidak jemu menolong kami, Ust tolong tanya kaunter hajat kami... so jawapannya... tiada masalah.. dan boleh tukar.. dia suruh saya datang membawa surat lahir pada hari isnin untuk proses pertukaran nama. Huh.. Alhamdulillah selesai.... lega rasanya... tak sabar mahu cerita dekat Zuyyin bila dah besar nanti.. hehe. Cepat besar nak ya .....
Ditemani Presiden PMRAM & EXCO
Sebelum kami pergi ke masjid al-Asyraf, Muqattam... saya, zaujah, zuyyin di jemput oleh ust Adlan ( lajnah dakwah PMRAM. gambar kopiah hitam ) dua hari sebelum hari tahnik ust Adlan datang ke rumah bersama exco-exco yang lain, antaranya ust Farhan, Ust Zuhaili dan Ust Hidayat, sekaligus ziarah & mengucap mabruk tahniah pada saya kerana mendapat cahaya mata. Masa tu dia memberitahu yang dia mahu bawa saya menggunakan keretanya shubuh sabtu ( hari tahnik ) pergi ke Masjid Al-Asyraf. HEWI PMRAM juga menziarahi kami sehari sebelum itu. Saya pun tak tahu siapa yang atur semuanya ini, mungkin juga tugas mereka menjaga kebajikan @ pun ziarah dek kerana sifat ihsan ukhuwah Islamiyyah, apapun syukran sangat-sangat.
Sabtu... selepas solat shubuh Ust Adlan datang menaiki kereta merah bersama 2 orang... rupanya salah seorang darinya ialah president PMRAM iaitu Ust Shahrizan (gambar kopiah putih ). Tak sangka jugak, apapun inilah ketentuan Ilahi. Syukran ya... Moga Allah membalas kebaikan yang PMRAM lakukan pada kami dengan setimpalnya. ameen !.
Di Tahnikkan oleh Syeikh Dr Yusri Alhasani
Hari ini hari tahnik zuyyin alkausar... cukup bertuah kerana bakal ditahnikkan oleh insan yang memiliki Cahaya Nur Ilmu yang memang Allah letakkan dihati mereka berkat Nur Rahmat utusan Nabi Kita Muhammad s.a.w. Insan yang saya maksudkan ini ialah Syeikh Dr Yusri Alhasani, Berdarah Rasulullah s.a.w ( Ahlul Bait Nabi s.a.w ). alhasani: di nisbahkan daripada Saidina Hasan cucu Nabi Muhammad s.a.w, anak kepada Saidatina Fathimah Azzahra & Saidina Ali Karamallhu wajhah.
Sekiranya Rasulullah s.a.w ada, tentu sekali saya akan memohon pada Allah s.w.t, agar dapat ditahnikkan oleh insan mulia yang memiliki akhlaq al-Quran ini... namun, saya bersyukur kerana yang mentahnikkan puteri saya ialah insan ahli bait bersalasilah dari Baginda s.a.w... ini sudah memadai.. syukur sangat2. Asykuruka ya Robbi !!! 'Allahumma solli ala saidina muhammad s.a.w wa ala alihi wa sohbihi wa sallam '..
Bertuahnya anakku kan ? kecil-kecil sudah kenal Syeikh... abi ni dah berumur seperti ini baru kenal... semoga anakku dapat mengikuti jejak keperibadian Rasulullah s.a.w dan ahlul bait Baginda s.a.w. suatu hari nanti.. Abi akan memohon inayah Allah s.w.t agar mendidikmu ke arah itu insyaAllah... ameen !
Sampailah kami di masjid al-asyraf, ( Masjid Syeikh Dr Yusri Alhasani ). kuliah shubuh masih berjalan. Kebiasaanya selepas sholat shubuh Syeikh mengajar kitab Hadis Sunan Abi Daud, dan membaca Al-Quran dari ayat ke ayat. Saya juga lazim mengikuti kuliah beliau, cuma dalam seminggu saya tidak datang kerana menjaga zaujah dan Zuyyin.
Syeikh Dr Yusri Alhasani Mendoakan Keberkatan ...
Syeikh mendoakan semoga Qurratul ain diberkati Allah s.w.t... dan menjadi penyejuk mata buat ummi & Abinya.. serta peribadinya menyamai menamanya, amen !. Di Amen kan oleh Sahabat2 talaqqi yang hadir. Alhamdulillah, Ini juga Rezeki Zuyyin ( Rezeki Anak Sulung ) yg mesti anakku syukuri bila dah mengerti nanti, InsyaAllah.
Jadi anak yang selalu bersyukur kepada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada orang lain suatu hari nanti nak ya... :)
Syeikh Dr Yusri Alhasani bertanyakan Khabar Qurratul Ain ...
30/5/2010 Ahad. hari ini Syeikh Dr Yusri Bertanya khabar mengenai Anakku 'Qurratul Ain' .. Ana Jawab Alhamdulillah Khoir.. dia baik. Sudah cukur kepalanya dengan sempurna ? Jawabku sudah, Alhamdulillah... Saya & Ust Hairul Nizam Yang Sempurnakan... :)
Untuk keluarga di Malaysia boleh lihat Tahnik Ringkas Qurratul Ain di sini :
Terbitan seterusnya ialah lagu untuk Qurratul Ain @ Zuyyin alkausar yang ku ciptakan khas buatnya... :)
No comments:
Post a Comment