Monday, May 24, 2010

Selamat Datang Wahai Puteriku !

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Ahlan Wa Sahlan Ya Binti.. Inilah ucapan yang selayaknya saya ucapkan buat  permata hati saya yang pertama ni. 

Hari Ahad, Jam 6.00 pagi, 23.5.2010 ( selepas solat shubuh ), anak sulung saya selamat dilahirkan. Inilah nikmat anugerah Allah s.w.t yang wajib saya dan isteri syukuri .. Apa yang bestnya... Hari Ahad ini adalah hari saya mengambil imtihan syafawi Al-Quran & Tauhid, selepas solat zhohor. Alhamdulillah saya dapat menjawab dengan mudah dan menjawab Al-Quran sejuzuk dengan lancar..(Rezeki Syafawi ) Berkat Rezki kelahiran anak pertama saya... Moga najah, insyaAllah, amen !.

Ya Allah engkau telah mengurniakan anak kepada kami dengan selamat.. Maka aku mohon padamu ya Allah, berilah kekuatan kepadaku dan isteri agar mendidiknya dengan didikan kasih sayangmu, agar menjadi anak yang solehah, yang mentaatimu Ya Allah Dan Rasulmu Muhammad s.a.w..Serta mentaati kami berdua.. Jadikanlah puteriku ini sebagai penyejuk hati & perhiasan indah buat kami .. Dan aku memohon padamu ya Allah, Jauhkanlah puteriku dan zuriatku dari godaan syaitan yang direjam.. Ameen !



Boleh jadi Mujahidah Islamic suatu hari nanti kan ? 
InsyaAllah Abi akan berusaha dan memohon inayah Allah s.w.t  agar mendidik kearah fitrahmu wahai puteriku.. !

p/s Kepada semua Penuntut Ilmu Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM  ) & penuntut ilmu Sabah Mesir ( BKPSM ) Dan semua yang telah membantu/sedang membantu dan bakal membantu, walaupun imtihan sedang berjalan, Saya Ucapkan terima kasih banyak-banyak.. semoga lulus dalam Imtihan Fasa 2 ini.. Dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat rakan facebook di Malaysia, kerana mendoakan saya & isteri... Hasil berkat Doa kalian puteri sulung saya ini selamat dilahirkan.. Allah jua yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua, Amen ! Syukran..Syukran. :)
 ........
Terima Kasih Ummi kerana melahirkan saya .. :)

 " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut Ibumu tanpa mengetahui apapa pun. Dan ( kemudian ) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur, Berterima Kasih. "
-Maksud Ayat 78, Surah an-nahli

No comments:

Related Posts with Thumbnails