Alhamdulillah.... Hari ini banyak juga keindahan yang saya rasai dek kerana merasai Rahmat Tuhan yang maha Penyayang. Allah sebut dalam Al-Quran yang bermaksud :
" Katakanlan (wahai Muhammad s.a.w) dengan sebab Rahmat dari Tuhanlah yang menyebabkan kamu bergembira, dan itu (yakni kegembiraan yang dirasai dengan sebab Rahmat Tuhan) lebih baik dari apa yang mereka himpunkan".
Subhanallah... maha suci Allah yang telah menggembirakan hamba-hambanya dengan belaian kasih sayang Rahmatnya, moga berterusan Ya Lathifun Ya khabir... ameen ya Allah !
Hari jumaat (penghulu hari) Alhamdulillah terpilih untuk solat shubuh berjamaah di Masjid Al-Walidain yang berada di belakang syaqqah (apartmen). Selepas sahaja sholat berjemaah,saya terlihat Ustaz Hairul Nizam berada di belakang saff (mungkin beliau berzikir dan berwirid agaknya). Saya terus menuju kearahnya dan bersalam, Assalamualaikum Ustaz, Waalaikumsalam jawabnya, Dia bertanya, mahu pergi majlis ilmu Syeikh Yusri Al-Hasani ka? insyaAllah, ya mahu pergi, tanyaku, Ustaz ? saya pun mahu pergi juga.. Kalau macam tu kita pergi sama-sama, boleh ? Alhamdulillah boleh. (saya dan Ustaz Hairul Nizam memang kebiasaanya bersama-sama pergi talaqqi di muqattam, Masjid al-Asyraf Syeikh Dr Yusri Al-Hasani, bermula saya pindah ke rumah baru di Walidain).
Ok, kita jumpa ditempat biasa ustaz ya... insyaAllah baik, jawab Ustaz... (",)
Alhamdulillah saya pulang memberitahu zaujah yang hari ini saya akan pergi majlis Ilmu bersama Ustaz Hairul (sebab sebelum ni saya tak dapat pergi bersama-sama dengan Ustaz sebab Ustaz mentahqiq yakni menyemak sebuah kitab Karangan Syeikh Idris Al-Marbawi, Ulama' Malaysia satu ketika dulu, dan nama beliau masih disebut-sebut oleh penuntut-penuntut ilmu Malaysia di pelosok jamiah, pondok-pondok dan madrasah-madrasah,salah satu kitab beliau ialah Bahrul mazi dan kamus Marbawi versi tulisan jawi).
Muzakarah atas motor
kami pun dalam perjalanan menuju ke Masjid al-Asyraf, seperti kebiasaannya saya dan Ustaz Hairul selalu bermuzakarah (berbincang n berdiskusi ) perihal sesuatu permasalahn ilmu dan apapa sahaja ilmu tentang duniawi dan ukhrawi. Walaupun kami berada di atas motor yang sedang bergerak, ianya tidak menjadi penghalang untuk membicarakan ilmu. (beruntungkan duduk dengan org berilmu). Setelah sampai, kami dapati yang Syeikh dan sahabat-sahabat sampai awal bersama-sama berselawat memuji Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w khatamannabiyyin. Alhamdulillah... sejuk hati tengok dan dengar. Moga kita mendapat syafaat al-a'zhom Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak, ameen !
Syeikh memulakan pengajiannya seperti biasa, dan sekarang telahpun masuk tajuk Ar-Radha'ah (penyusuan) dalam bab Munakahat bab nikah dan segala yang berkaitan dengannya. Begitulah sehingga habis pengajian beliau... dan disambung dengan bacaan Quran mengikut Maqro' kelazimannya.. serta sholat dhuha dan bersalam-salaman diantara penuntut-penuntut ilmu dengan Mursyidnya. Alhamdulillah moga-moga hubungan Syeikh dan kami selaku penuntut ilmu akrab dan diberkati Allah..ameen !
Bersiap solat Jumaat
Sunnahnya sebelum solat jumaat, disunnatkan mandi sunnat jumaat, datang awal ke masjid dengan hati yang khudu' dan tawadhu' dan memakai jubah putih dan serban serta minyak wangi sebagai pewangi dan pengharuman pakaian, agar insan muslim yang berjamaah bersama-sama dapat merasai bau harumnya. Saya mengambil jubah putih dan serban putih yang berada dalam almari (kemas sudah di gosokkan oleh zaujah, syukran ya sayang ! ). Saya beritahu zaujah yang saya mahu bersolat jumaat di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif hari ini, zaujah pun izinkan n persilakan.. syukran sayang.. (",), moga Allah merahmati hidup sayang dan abg, dan mempereratkan lagi hubugan kasih sayang antara kita berdua, ameen !.
Tilik Niat Tujuan
Sekitar jam 12 lebih saya bersiap untuk pergi, melihat cermin kutilik niat dan tujuanku agar sentiasa ikhlas mengharap redha Tuhanku samada dalam memakai serban atau jubah atau memandang cermin, kerna Nabi Muhammad s.a.w ajar satu doa dan merupakan sunnah Nabi s.a.w yaitulah doanya : " Alhamdulillahi kama hasanta khalqi fahassin khuluqi". maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengelokkan kejadianku (manusia sebaik-baik ciptaan) maka aku mohon padamu ya Allah elokkanlah juga akhlak perilakuku..ameen !
Dan seterusnya melangkahkan kaki kanan menuju ke tempat parking motor yang kutambat dengan rantai di bawah apartmenku. Dengan rendah hati dan lembut lidah ku baca satu doa yang diajar oleh Rasulillah s.a.w ketika hendak pergi ke masjid :
Allahumaj'al fi qolbi Nur, wa fi basori Nur, Wa fi sam'ie Nur, Wa An yasari Nur wa an Yamani Nur, Wa An syimali Nur Wa Fouqi Nur Wa Tahti Nur Wa amami Nur Wa Khalfi Nur,Wa a'zimli Nur Allahumma a'tinni Nur... Ya Allah kurniakanlah kedalam hatiku Nur pada mata penglihatanku Nur Pada Telingan Pendengaranku Nur dan pada sebelah kananku Nur pada sebelah kiriku Nur dan diatasku Nur dibawahku Nur Dihadapanku Nur Dan dibelakangku Nur dan besarkanlah pancaran Nur kepadaku. ..Ya Allah kurniakanlah aku Nur... ameen ya Ilahi ! "
Kunci Dengan Syariatillah, Tawakkal
saya parking motor di sebalik bangunan yang berdekatan dengan Universiti Al-Azhar. Saya mengunci tengkuk motor dengan kunci khasnya dan kunci syariatnya iaitu tawakkal ilallah azza wa Jalla, Dengan namamu ya Allah tolong jaga motorku ini, engkaulah pentadbir dan pengawas seluruh sekalian alam ini. lindungi ya Ilahi, ameen !
Saya dengan rendah diri berjalan diatas muka bumi mahu menghadap ilahi di masjid Al-Azhar ini, sungguh perjalanan setiap langkahku kuserahkan padamu Ilahi, aku tenteram dan jiwaku tenang dengan begini, Alhamdulillah. Allahu Akbar, Allahu Akbar !! Azan bergema menandakan masuknya sudah waktu untuk berkhutbah... aku masuk ke ke ikut gerbang Masjid dengan niat yang suci mengharap rahmat ilahi... 2 orang pengawal menahanku dan meminta untuk membuka beg dan apa yang terisi didalamnya, bila pengawal itu membukanya dia dapati cuma ada 5 buah kitab didalamnya, mereka pun mempersilakan masuk.
" Ya Allah bukakanlah pintu-pintu rahmatmu padaku, ameen ya Allah !. "
Solat Tahiyyatul Masjid
Aku terus berjalan masuk ke dalam masjid, aku lihat sudah ramai yang memenuhi ruangan solat di bahagian hadapan, Alhamdulillah mereka sudah mendapatkan kebaikan yang sangat banyak kerana Malaikat berselawat kepada mereka yang berada di saff hadapan.. namun semua yang hadir juga mendapat pahala seumpama sebiji telur kerana mendatangi masjid untuk bersolat jumaat, Alhamdulillah. Saya melihat ada saff yang masih kosong di belakang, saya pun cuba mendapatkannya dengan hati yang tenang dan langkahan kaki yang sopan... Alhamdulillah, bisik dalam hati, mungkin tempat inilah yang Allah takdirkan aku untuk menyembah sujud padanya. Aku terus meletakkan beg galas dihadapanku, dan berdiri Qiam untuk melaksanakn solat tahiyyatul Masjid 2 rakaat.
Khutbah sedang berjalan, aku memerhatikan setiap bait kalam yang keluar dari Khatib Khutbah, berbisik didalam hati subhanallah... bertuahnya aku dapat solat jumaat di Masjid ini, syukur padamu ya Allah, kerana menggerakkan hatiku untuk menghadapmu di Masjid yang penuh barakah dan yang sudah ramai Alim Ulama' menadah kitab bertalaqqi di sini... Alhamdulillah... aku merajinkan mataku untuk melihat khatib penyampai khutbah, sungguh aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dilindungi oleh satu cahaya lampu yang betul-betul mengena wajah khatib tersebut aku cuma dapat melihat badannya sahaja, wajah tidak.. subhanallah.. apa yang bermain difikiran dan hati sanubariku ialah, cahaya tersebut membuatkan aku mengenangkan pada hari akhirat nanti kerana hamba Allah yang beriman dan beramal sholeh wajah mereka terang benderang disebabkan melihat zhat Allah Robbul Alamin... subhanallah... maha suci Allah..firmannya yang bermaksud :
" wajah-wajah beriman pada hari ini terang benderang, kerana melihat Tuhannya. (inilah setinggi-tinggi nikmat di jannah kelak ) mudah-mudahan kita Allah memilih kita mendapatkannya.. ameen !
Nabi s.a.w sebut : " Kelak, kamu akan dapat melihat Tuhan kamu sepertimana kamu melihat bulan purnama"
" wajah-wajah beriman pada hari ini terang benderang, kerana melihat Tuhannya. (inilah setinggi-tinggi nikmat di jannah kelak ) mudah-mudahan kita Allah memilih kita mendapatkannya.. ameen !
Nabi s.a.w sebut : " Kelak, kamu akan dapat melihat Tuhan kamu sepertimana kamu melihat bulan purnama"
Tapi manusia adalah hamba Allah, dan takkan sama sekali bisa menyerupai ilahi samada melalui perbuatannya, sifat-sifatnya dan zatnya.. maha suci Allah dari semuanya itu. laisa kamislihi syai'.. wa huwassamiul alim.. dan Allah s.w.t memiliki sifat Mukhalafatuhu lilhawadis, yakni bersalahan Allah dengan yang baharu.. makna kata Allah bersifat dengan qadim tidak akan sama dengan yang baharu. sebab segala yang baharu itu ciptaannya, mana boleh sama yang mencipta dengan yang dicipta... umpama produk HPA yang kita cipta, mana sama dengan yang pencipta. ataupun umpama kek yang kita cipta mana sama dengan org yang menciptanya.. ini cuma perumpamaan sahaja, adapun Allah tidak sama sekali kita boleh samakan dengan makhluknya. wallahualam.
Selesailah khutbah jumaat yang pertama dan khutbah yang kedua denga mengikuti segala rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Iqamat, menandakan solat jumaat sudah mahu ditunaikan. Para jamaah termasuk saya merapatkan saf-saf yang masih renggang untu dipenuhi dan diketatkan agar syaithan tidak boleh menyerang melalui celah-celah antara dua badan. ternyata bacaan imam n bilal tersebut seolah-olahnya sama seperti di Makah, yakni ada imam membacakan Qurannya dan segala takbiratul ihram dan takbiratul intiqal setiap perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain dan dari satu pergerakan kepada pergerakan yang lain sehinggalah selesai sholat dan diikuti suara bilal menjadi muballignya.
Bersalam Dengan Syeikh Yang Tidakku duga tibanya, subhanallah
Kemudian sebahagian para jamaah makmun berdiri dan menuju kehadapan tempat sujudnya imam dan barisan hadapan solat jamaah ( dalam persepsi ku ada apa agaknya ) ahh, aku pun bangkit, tapi bangkitku bukan untuk menuju kedepan, tapi bangkitku mahu menghadap Tuhan dalam solat taubat memohon keampunan. sebanyak 2 rakaat kulakukan diakhir sujudku ku lambatkan kerana doa munajat yang kupanjatkan kepada Tuhan, dengan harapan agar diperkenankan segala permintaan.... sesudah itu aku salam ke kanan assalamualaikum wa Rahmatullah ( aku tujukan salamku kepada semua hamba yang muslim dan mukmin para jamaah serta para Malaikatul a'la yang ditugaskan Tuhan untuk menghadiri serta menaungi masjid jamaah solat jumaat). kemudian salam kekiri dengan tujuan yang sama. Saya terus mengangkat tangan berdoa hadrat Allah dengan khusyu' menutup mata, entah berapa lama aku berdoa, tapi apa yang kudoakan adalah untuk kemanfaatan keduniaan dan keakhiratan yang dilandaskan dengan syariat Islam Al-Quran dan Sunnah Junjungan s.a.w. bila saya membuka mata saya saya melihat ramai orang sedang bersalam dengan seseorang, insan itu dikerumuni oleh para jamaah yang datang, subhanallah... tentu orang ini baik pada Tuhan sehinggakan ramai yang mahu berdekatan. Saya dengan tenang dan duduk diam sambil bersandar di sebelah tiang, tiba-tiba insan itu berada dihadapan, sungguh aku terkejut lantas aku berdiri memberi penghormatan tanpa adanya sekatan aku terus menghulurkan tangan bersalaman, wajahnya tenang dan ucapannya sopan, beliau mengucapkan Ahlan Wa Sahlan padaku... subhanallah... syukran ya Syeikh, aku tak menyangka.
Syeikh Mahmud At-Tablawi, Sedang dihormati oleh orang-orang Mesir
( Kalau Nak Lihat Bacaan Quran Syeikh sahabat boleh llayari Youtube )
( dalam fikiranku, walaupun aku tidak merebut salam bersama jamaah yang lain di hadapan namun dengan kekuasaan Tuhan yang maha penyayang insan tersebut datang dan timbul didepan pandangan, subhanallah..) mungkin inilah hikmah seorang pakcik tua menyuruhku datang untuk bersolat jumaat di Masjid Al-Azhar ini. Setelah aku bersalam dengannya, ramai lagi jamaah datang dari arah belakang menghulurkan tangan dengan tujuan bersalam dengan insan tersebut... subhanallah....
" Sekiranya Allah s.w.t sudah takdirkan kita bertemu dan bersalaman nescaya tiada seorang pun yang bisa menghalang. Begitulah juga bagi orang-orang yang mendapat hidayah dari Tuhannya, maka tidak ada seorang pun yang bisa menyesatkannya "
Siapa nama Syeikh itu, dan Syeikh Azhar ka?
Aku mula bertanya diriku, siapakah dia insan mulia ini ? aku ambil beg dan aku teruskan perjalananku menuju keluar pintu, insan itu masih dikerumuni oleh para jamaah hadirin sehinggalah ke pintu bilik tetamu. ramai yang mengeluarkan henset ambil gambar insan tersebut, masih lagi bermain difikranku, siapakah insan tersebut? aku melihat 2 pemuda Arab sedang berjalan menuju keluar pintu sambil bergembira rasa kepuasan, aku memberi salam, Assalamualaikum ya habibi, waalaikumsalam ya habibi... siapakah insan itu ? mereka menjawab Qori' Mesir. seorang Ulama' Besarka? mereka jawab ya, Syeikh seorang Pembaca Quran dan penceramah di televisyen mesir. Siapa nama syeikh tu? Syeikh Mahmud At-Tablawi Al-Azhari. Subhanallah... ada gambarnya ? mereka jawab, ada, ni.... boleh aku tengok ? boleh silakan... subhanallah... boleh aku bluetooth masuk dalam henset, silakan ya akhi... Alhamdulillah... tak sangka insan itu sungguh mulia seorang ahlullah (ahli Allah di muka bumi yang sibuk membaca Quran dan Menghafalnya serta membaca dan mengamalkan isi kandungannya).
Aku terus keluar masjid dengan langkah kaki kiri sambil berdoa dan berselawat :
" Ya Allah aku mohon padamu kurniakanlah aku kelebihan-kelebihan karuniamu.." ameen ya Allah ! Allahumma solli ala saidina Muhammad s.a.w.
Menuju Raudhatul Jannah at Muqattam
Kemduian aku terus menuju ke masjid Muqattam Syeikh Dr Yusri Al-Hasani Hafizahullah kerana disana adanya majlis ilmu, dan Alhamdulillah aku sudah melazimi diriku untuk menghadirinya... sehinggalah habis 3 kitab yang dibaca oleh sahabat-sahabat talaqqi yang berbeza negara pilihan Syeikh sendiri sdan setiap kitab yang dibaca oleh sahabat-sahabat, maka syeikh Dr Yusri akan hurai satu persatu sehinggalah habisnya kuliah tersebut. moga-moga bemanfaat.. ameen ya Allah.
Pulang Ke Rumah, Jatuh Cinta dengan Majlis Ilmu
Selepas solat asar berjamaah di Masjid al-walidaini... saya pulang ke rumah untuk berehat sementara, memandangkan harini tidak ada kuliah khusus di Masjid Al-Az-Azhar, tapi firasat saya mengatakan walaupun mungkin tidak ada kuliah khusus tapi mungkin ada kuliah umum yakni kuliah maghrib yang sudah mula aku jinak-jinakkan diriku menghadirinya, kerana sejak mula-mula aku menghadiri kuliah tersebut aku sudah jatuh cinta dan gemar berada di dalamnya, subhanallah... mungkin sudah terbiasa di Malaysia dan terbawa-bawa ke Mesir ini... Ala kulli hal... itu semuanya Rahmat dan kurnia ilahi yang wajib saya syukuri.
Aku keluar dari rumah dengan membaca doa yang diajar oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w :
" BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAHI WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIM.
WA BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH MIN ADILLU AW ADOLLU WA MIN AZILLU AW AZALLU WA MIN AZHLAMA AW AZHLAMU WA MIN AJHALA AW YUJHALU ALAIYA.. AMEEN !
Maksudnya,' Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah dan tidak ada kekuatan dan daya melainkan dengan kekuatan serta inayah Allah yang maha tinggi (mulia) lagi maha agung.
Bersambung....... insyaAllah jumpa dalam hikayat seterusnya.... syukran ya sahabat... moga bermanfaat pada saya khasnya dan ummat Islam Umumnya... ameen ya Allah !!! (",)
Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Di Bumi Para Anbiya,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah, Mesir.
No comments:
Post a Comment