Thursday, July 15, 2010

Sedekah 5 digandakan 20 jumlah 100


" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Terhadap Hamba-Hambanya Di Dunia Dan Yang Maha Mengasihani akan hamba-hambanya Yg Mukmin Samada Di Dunia Mahupun Akhirat "

Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad s.a.w dan keatas Keluarga Baginda dan sahabat-sahabat baginda Amnya dan para pengikut baginda yang ikhlas sehinggalah ke hari kiamat.

Maha Suci Allah Yang Mengurniakan Rezeki kepada hambanya pada jalan yang tidak di sangka dan di duga...

Alhamdulillah, selepas sahaja Syeikh menyampaikan Kuliah Maghrib Di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif Bumi Para Nabi Alaihimussolatu Wassalam.. Syeikh bangkit dari tempat duduk beliau, maka para jemaah yang berada di hadapan turut bangkit untuk megambil kesempatan bersalam dengan beliau, saya pun turut bangun untuk tujuan yang sama, yakni bersalaman dengan Syeikh.. sewaktu saya bersalam dengan syeikh, Syeikh bertanya khabar apa khabar ya sohibul karim ? Alhamdulillah ya Syeikh... Selepas dari itu syeikh bersalam dengan seorang lelaki tua yang duduk dibelakang saya dan sedang bersandar dibalik salah satu tiang Masjid Al-Azhar Asy-Syarif, Insan tua yang memakai cermin mata hitam dan ditepinya ada satu batang kayu tongkat itu menghulurkan minyak wangi dan disapunya diatas tapak tangan Syeikh tersebut. Syeikh mengucapkan Syukran atas kebaikan yang dilakukan oleh orang tua itu.


Sudah Pergi Makah ?

Saya kembali ke tempat duduk saya kerana beg dan segala kitab n buku kajang yang saya gunakan menulis n memetik ilmu-ilmu hikmah masih berada di tempat yang saya duduki tidak berganjak sama sekali, kerna tujuan saya bangkit hanya untuk bersalam dengan Syeikh sahaja. ( Kata-Kata Tok Guru Pondok Kita Dulu Kalau Bersalam Dengan Para Masyaikh atau Tok Guru, maka kita boleh mendapatkan keberkatannya, insyaAllah, wallahu alam ) , Alhamdulillah kalau dapat keberkatannya Syukur.... Tapi tujuan saya bersalam dengan Syeikh adalah sebagai simbol hormatnya saya kepada beliau kerana mencurahkan ilmu kepada para jamaah yang hadir, soal berkat atau tak, itu saya serah kepada Allah, kerna Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. sebab keberkatan itu datang dengan sebab kita beradab dengan para Ulama ( masyaikh ) dan keberkatan itu juga kata Nabi s.a.w ada bersama-sama dengan orang yang tua dari kamu ( yakni orang yang berpengalaman ).

Setelah saya duduk, terdetik hati saya untuk menyampaikan salam Assalamualaikum kepada orang tua itu, maka saya pun mulakan salam, Assalamualaikum ya Syeikh, Waalaikumsalam... Syeikh bertanya saya, kamu sudah datang makah ? belum lagi, jawabku sambil aku memberitahunya yang insyaAllah saya akan datang ke Makah bila dah ada kecukupan nanti. Org Tua itupun menghulurkan minyak wanginya seperti yang dilakukannya kepada syeikh tadi, saya pun menadah tangan, disapunya minyak wangi tersebut sebanyak dua kali, Alhamdulillah syukran ya Syeikh... Barakallahu Fik.



Indonesia atau Malaysia ?


Syeikh teruskan pertanyaannya, kamu Indonesia atau Dari Malaysia, aku jawab Malaysia Alhamdulillah. Bermusafir atau penuntut ilmu di Universiti Al-Azhar ? saya penuntut ilmu di Universiti Al-Azhar.


Wang Itu L.E 100 kah


Orang tua itu mengambil sesuatu di dalam begnya, dengan perlahan beliau mengeluarkan satu bentuk berwarna hitam (Dompet duit) beliau mengeluarkan wang dari dompet tersebut sebanyak L.E 20 (L.E ni adalah matawang mesir selain pound) kemudian beliau memberikan kepada saya, saya menolaknya dengan mengatakan tidak perlulah wahai syeikh, ambillah sedekah hadiah buat kamu, ambillah !, saya lihat wajah beliau seperti ikhlas dalam memberi, maka saya pun mengambilnya (dalam hati berbisik sekurang2nya saya dapat membantunya untuk menjadi pemurah dengan bersedekah), Syukran jazakallah ya syeikh, moga2 Allah membalas kebaikan Syeikh dengan setimpalnya. Berapa wang yang saya beri kepada kamu, 100 genih ka ? tak, 20 genih. kenapa? beliau mengambil semula wang tersebut (mungkin dalam hatinya berbisik aku salah bagi agaknya) syeikh ambil wang itu kembali kemudian ditukarnya kepada 100 genih, n dhulurkannya kepada saya, Subhanallah ya syeikh banyak ni, tak perlulah.. Syeikh kata ambillah hadiah buat kamu...

Alhamdulilah dengan hati yang penuh syukur dan lidah yang tidak henti2 mengucap ikrar memuji Allah, saya pun mengambil wang tersebut, Syukran ya Syeikh. Syeikh kata doakan saya, insyaAllah, semoga Allah memanjangkan umur syeikh didalam kebaikan, ameen ya Allah !

Setelah itu saya pun menulis apa yang berlaku antara aku dan Syeikh tersebut... Alhamdulillah, rezki Allah datang dalam keadaan yang kita tidak menyangka dari arah mana terbitnya, tidak mengenal usia ataupun masa, sekiranya sudah ditentukannya kita memperolehi rezki sebanyak mana, maka ianya pasti terlaksana walaupun kita hanya seorang pelajar dan bukannya pekerja. Alhamdulillah Asykuruka ya Allah ! (",)


Tapi kenapa, syeikh tak perasankah 

Saya mula terfikir kenapa syeikh tak bagi ja terus yang LE 100.... Dan kenapa syeikh memakai cermin mata hitam serta ada tongkat disebelah kanan beliau.... bila ku amat-amati n renungi rupanya Syeikh seorang yang tak sempurna mata zahiri... subhanallah... Walaupun buta mata zahir namun celik mata hati boleh lagi menyumbangkan harta yang dikurniakan ilahi untuk disedekahi kepada mereka yang menuntut ilmu ilahi.. moga Syeikh celik mata hati di dunia dan di akhirat, ameen ya Allah !

" Mata hati yang celik itu lebih baik dari mata hati yang buta... kerna mata hati yang celik lahir dari ilmu nurani hati yang bersih mengharap redha ilahi n rahmat diukhrawi, manakala mata hati yang buta ianya lahir dari ilmu dicampuri dengan hati yang telah dikotori dengan noda n dosa kerna mencintai perhiasan duniawi..." 



Sedekah 5 digandakan 20 jadilah 100
Saya juga terfikir Sebelum saya datang dan sampai di masjid Al-Azhar, saya ada sedekahkan wang sebanyak L.E 5 kepada seorang ibu yang memegang anaknya duduk ditepi dinding berdekatan tempat parking motor, anaknya ku lihat sedang mengusap jari seolah-olah teringin memakan sesuatu, bila anak itu melihat saya parking motor, anak itu pun datang cuba mendekati, dan saya sambil tersenyum memanggilnya, mari sini nak... nah, ambil ni wang L.E 5 , dia mengambil dengan senang hati setelah membelek2 motorku yang juga hadiah dari insan yang pemurah dari Malaysia, moga Allah merahmatinya, ameen !

mungkin sebab saya sedekah sebanyak L.E5 Allah ganti dengan 20 kali ganda... subhanallah... dengan bersedekah sebanyak 5 genih Allah gantikan dengan sebanyak 100 genih, masyaAllah, Pemurahnya Allah... Alhamdulillah syukur ya Allah. sungguh aku sedekah untuk aku mengharap redhamu dan dapat membantu ibu dan anak kecil itu, tak lebih dari itu ya Allah. Walaubagaimanapun Allah sudah berjanji : Yang apa sahaja yang kamu infaqkan kerana mengharap keredhaanku nescaya aku akan ganti... subhanallah... sahabat, marilah sama-sama kita jadi insan yang pemurah, bukan untuk meraih dunia tapi untuk meraih kebhagiaan yang kekal abadi di akhirat dan disisi Rahmat Ilahi... marilah jadi pemurah sahabat !!! (",)


Nikmat Rezeki Pemberian Ilahi,
Bukan Untuk Disombongi dan di takabburi,
semuanya itu Allah nak menguji,
sejauh mana iman hambaku yang berkualiti (",)

" Tajdidu Imanukum Bizikri La Ilaha Illallah "


Kamarudin Toyo
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif 
Bumi Anbiya' Ardhul Kinanah, Kaherah Mesir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails