Tuesday, July 20, 2010

Seloka Nasihat FB (",)


SeLoKa NaSiHaT FB


Org kata dalam FB banyak sosialisi,
Mencari kekasih pasangan Isteri,
Tapi bila aku da isi dan ikuti,
Tak kudapati pun yg seperti ini, 


 
Huh, Mungkin aku tak pasti,
kalau ada di laman lain alam maya ini,
Boleh jadi mereka bersembunyi,
Sebab mreka tahu kita suka menasihati,

Ataupun mungkin mereka sudah menginsafi,
Kesalahn n keterlanjuran mereka kesali,
Bersangka baiklah sesama insani,
Agar kita hidup aman harmoni,

Aku suka koreksi diri,
Bermuhasabah disepanjang hari,
Bukan aku nak bersendirii,
Tapi aku nak motivasi nafsi,

Kawan aku ramai dalam FB,
Yg ku tak kenal dapat ku kenali,
Rupanya senang nak hubungi,
Dengan menggunakan teknologi ini,
 
Setiap hari ada ja yg add FB,
Tak kira tua, dewasa remaja muda mudi,
Bila ku tanya untuk apa kamu add FB ini,
Dia jawab banyak ilmu nak kongsi,

Oh, rupanya itulah tujuan hati yg suci,
Nak kongsi ilmu saling menasihati,
Kalau ku tahu dari dulu lagi,
Confirm aku akan cari sahabat sebegini,

Bestnya bijak guna FB ini,
Kalau kita salaing berkongsi n menasihati,
Aku rasa kita takkan rugi,
Sebab kita buat kerna Ilahi,

Bukankan itu tujuan hidup duniawi,
Buat ibadah utk bekalan diri,
Bukan nak dipuji atau disombongi,
Tapi nak cari Redha Ilahi,

Caranya mudah n senang sekali,
Kongsi ilmu yang kamu miliki,
Bukan saja kamu dah berbakti,
Walhal kamu akan dikasihi,

Siapapun boleh menasihati,'
Asalkan ada ilmu yg dipelajari,
Tak kira org atasan ataupun org gaji,
Semuanya boleh kongsi ilmu di sini,

Bukan Ustaz saja yg wajib mendidik diri,
Bahkan semua yg bergelar Islami,
Sebab ianya bukan kewajipan fardhu kafa'ei, 
Tapi ianya fardhu aini diri sendiri,

Kamu boleh petik ayat Quran N hadis Nabi,
Untuk kamu statuskan dalam ruangan FB,
Ataupun kalam-kalam mendidik diri,
Bolehlah sama2 kita berkongsi,

Takpun, ambil mana-mana video atau CD,
Masukkan ceramah dalam video FB,
Tentulah ada yg sukai,
Sebab keybord lazim dipetik jari,

Sebarkan senyuman (",) dalam FB, ...
InsyaAllah kamu akan temui sahabat yg sebati,
Kerna itu akhlak perilaku Nabi,
Kalau cinta pada Nabi kenalah ikuti "

Marilah sama kita bersatu hati,
Wahai Muslim Mukmin Sejati,
Itukan tuntutan Ilahi,
Juga Sunnah Perjuangan Nabi,

Banyak mutiara hikmah nak beri,
Tapi amat kurang mereka yang mengerti,
Segala nikmat kena syukuri,
Barulah anugerah ilahi akan diberkati,

Kawanku kata haram guna FB,
Entah dimana dia ambil dalil ini,
Kalau haram guna FB, 
Kenapa ramai alim Ulama' Ikuti,

Buka minda wahai insan insani,
Jangan menghukum ikut suka hati,
Tak pasal-pasal kau menyesal nanti,
Esok lusa kau rugi sebab tak manfaati,

Huhu... Sampai sinilah sahabat-sahabat FB,
Lain kali kita bersua n berbincang lagi,
Aku pun baru balik dari majlis syurga duniawai,
Yakni majlis ilmu yg manfaatnya banyak sekali,

Esok lusa senang cubalah hadiri,
Pasti kamu akan dapat ketenangan diri,
Sebab malaikat sentiasa menaungi,
Kerna suka amalan zikir hamba ilahi,

Maafkan aku sekiranya terhiris hati,
aku cumanya mahu menasihati,
Agar manfaat ilmu yang dipelajari,
Barulah senang hidup ini,

Ok lah sahabatku yg sejati,
Aku ingin mengundur diri,
Doa-doakanlah Ummat Nabi,
Agar kita semua di Rahmati Ilahi..

Ameen ya Ilahi !!!

senyum (",)



Abdullah Kamarudin Toyo
Penuntut Ilmu Warisan Nabi
Bumi Anbiya' Alaihimussolatu Was Salam
Kaherah Mesir.


Artikel Ini di keluarkan di ' i Luv Islam':
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3224-seloka-fb.html

No comments:

Related Posts with Thumbnails