Bismillah Walhamdulillah... Syukur kupanjatkan kepada Tuhanku yang maha Murabbi dari segala murabbi, dan yang maha guru dari segala guru, dan yang maha mursyid dari segala yang mursyid, dan maha raja dari segala raja, serta yang maha kuasa dari segala yang berkuasa di atas muka buminya.
Selawat dan salam buat junjungan Nabiku Muhammad s.a.w pemimpin ummat kebenaran, membawa risalah Tuhan sekalian alam, untuk diterjemahkan kepada semua alam, dialah Muhammad Rasulullah s.a.w, indah namanya seindah akhlak pingat kepujian buatnya, sesuai dengan ilmu dan mukjizat yang Allah kurniakan khas padanya. Dan keatas keluarga baginda s.a.w dan para sahabat Ridwanullah ajmain wattabiahum biihklas ila yaumiddin.
Tidur, Sebagai Istirahah (rehat)
Hari ini Tuhanku memilihku untuk menghadapnya dan mengingatinya... bangkit saja dari tidur sebagai istirehah buat anak adam a.s setelah penat melakukan kerja suruhan agama, maka Allah s.w.t menjadikan tidur itu sebagai tempat untuk merehatkan segala-galanya yang ada dalam jawarih pancaindera jasmani dan rohani. Bangkit saja dari tidur aku menadahkan tangan memuji kesyukuran diatas nikmat nafas yang diberikan, Alhamdulillahillazi ahyana ba'da ma amatana wa ilaihinnusyur... segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menghidupkan kami setelah mematikannya dan kepadanyalah kami akan kembali. Aku terus gerakkan badanku untuk menuju ketempat penyucian untuk berwhudu', dengan azam bahawa aku mahu melakukan solat malam dikeheningan, menyembah sujud di hadapan tuhan, memuji kebesaran al-Hannan walmannan, mahu bermunajat mengadu panjang, dengan harapan mohon dikabulkan dan diberi keberkatan segala amalan harian.
Zaujah Sujud Dulu Dariku
Alhamdulillah.... aku tengok zaujahku sudah awal sujud daripadaku, subhanallah... maha suci Allah yang memilih sebahagian hambanya untuk bersujud padanya... aku mohon padamu ya ilahi moga apa yang dilakukan oleh zaujahti kau berkati dan kau redhai... kerna tiada seorang pun hambamu yang bersujud dan bermunajat memohon keampunan maghfirahmu melainkan ianya sudah ada dalam catitan suratan azalimu, maha suci engkau ya ilahi yang berkuasa atas segala sesuatu.
Serikandiku, Mahu Bersolat Bersamaku
Aku melihat serikandiku, subhanallah... comel sungguh wajahnya...(layaklah sebab baby) seolah-olah senyum padaku walaupun tidur diatas bantal dan tilam buatan ibu. Ketika aku mengambil jubah dan serban putihku, tiba-tiba suara kecil tangisan sayu seolah-olah memanggilku, aku pergi menuju arah itu, owh, puteriku bangun di awal waktu, dia menangis kerana nak sesuatu ( tanyaku dalam hati, mungkin dia pun mahu menghadap tuhanku ) Aku mendiamkannya dan terus membawanya ke bilik solatku, aku letakkan dia di sebelah kiri sejadah zaujahku, bila aku letakkan disitu dia diam macam tahu, owh, mungkin ini mahunya, zaujah selesai solat, aku bagitahu zaujah, zuyyin mungkin mahu bersolat malam bersama dengan kita. syukur Alhamdulillah.
Doa Mohon Benar Dalam Mencontohi Rasul Junjungan s.a.w
Aku terus takbiratul Ihram... sampai lah habis selesai salam... mengikuti syarat-syarat dan rukun-rukun dalam solat tersebut. Kemudian aku berdoa memohon kebaikan dan benar dalam dakwah dan wadah mencontohi Rasulullah s.a.w dan segala apa yang berkaitan dengannya...insyaAllah ameen ya Allah !
Aku melihat zaujahku, pun juga berdoa memohon apa yang dia hajatinya, khusyu' nampaknya dia berdoa, dalam hati kecilku berbisik semoga Allah makbulkan permintaanmu wahai isteriku... ameen !
Sholat Sunat Shubuh Lebih Baik Dari Dunia Dan Seisinya
Allahu Akbar Allahu Akbar !!!
Laungan azan sudah kedengaran...
Selesai azan aku berdoa, doa khusus untuk azan : " Ya Allah Tuhan yang telah mensyariatkan suruhan azan dan sembahyang yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad s.a.w akan kedudukan yang terpuji dan kurnia pangkat darjat serta maqom yang tertinggi sepertimana yang telah engkau janjikan sesungguhnya engkau tidak pernah memungkiri janji." ameen !
Aku bangkit untuk solat sunat shubuh.... " solat sunat shubuh itu lebih baik dari dunia dan seisinya "
Derajat Kelebihan Solat Berjemaah
Aku pergi masjid dalam keadaan tenang mahu menghadap Tuhan... sepanjang jalan ku ingat kepada Tuhan agar aku tidak tersesat jalan... aku terfikir, beruntunglah mereka yang dapat datang ke masjid solat shubuh berjamaah, sebab setiap langkahan diampunkan dosa, diangkatkan derajat, dan diberikan pahala... cuba kira berapa langkahan kita, kalau jauh rumah kita, maka dapat banyaklah, kalau dekat maka dapat sikitlah, apapun masing-masing ada kelebihannya tersendiri... tapi sangat banyak kelebihan berjamaah, salah satu diantaranya darajat dingkat sebanyak 27 derajat dan dalam riwayat yang lain sebanyak 25 derajat, dan derajat-derajat ini ialah darjat tingkatan di yaumul qiamah dan dalam syurga kelak. Moga kita mendapatkannya ameen ya Allah !!!
Imam, Bacaan Sedap Dan Lunak, Mengalir Air Mata
Sampai masjid, solat shubuh jamaah.... Imam yang biasa jadi imam, suaranya sedap dan lunak, aku pernah menangis mendengar bacaannya ketika mana dia membaca surah al-Insan yang selalu dibacanya setiap shubuh jumaat, imam itu menyebut ayat yang berbunyi : " Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata kami tidak meminta balasan dari kamu ataupun ucapan terima kasih ".
subhanallah... kadang-kadang aku terasa dengan ayat Allah yang dalam ayat yang lain juga mafhumnya :
" sesungguhnya kami telah berikan hidayah petunjuk kepada manusia (yakni jalan-jalan yang jelas mana satu benar dan salah ) adakalanya manusia itu syukur dan adakalanya manusia itu kufur ingkar ".
Allah... tersentak hatiku, seolah-olah Allah mahu beritahu padaku bahawa manusia itu ada 2, ada yang sentiasa bersyukur dan ada juga yang kufur... ya Allah kami mohon padamu golongkan kami dikalangan hambamu yang sentiasa bersyukur diatas segalan nikmat yang kau berikan, jauhkan kami dari kalangan hambamu yang ingkar dan kufur terhadap nikmatmu, kami lemah ya Allah, bantulah kami bagaimana cara menggunakan nikmatmu diatas jalan hidayahmu dan kami berlindung padamu daripada salah menggunakan nikmatmu.. ameen ya Allah !
Menghadiri Majlis Ilmu 2 tempat dalam Jalan yang Satu
Aku dan ustaz Hairul Nizam berjumpa lagi... dengan tujuan yang sama, iaitu mahu pergi menuntut ilmu di masjid Muqattam pengajian Syeikh Yusri Al-Hasani sehinggalah selesai... Alhamdulillah... moga-moga kami istiqamah dengan majlis raudhatul jannah tersebut kecualilah kalau ada uzur yang syar'ie yang tidak dapat kami elakkan. amen !
Setelah selesai kuliah tersebut kami pergi ke rumah-rumah negeri Malaysia hayyu asyir, Ustaz Nizam tujuannya mahu ke rumah Selangor, manakala aku pula mahu ke rumah Terengganu, kerna di situ ada kuliah ilmu yang disampaikan oleh exco-exco PMRAM... Setiap hari mereka membuat pengajian tersebut, dan program ini adalah bertujuan mengisi lapang dan memberikan ilmu kepada anak-anak tempatan yang masih belum arif dalam berbahasa arab khasnya dan umum kepada semuanya pelajar-pelajar Malaysia untuk mengisi ruang program di musim panas dan musim cuti imtihan. Alhamdulillah, aku lazim menghadirinya... syukur ya Allah, itu semuanya inayah taufiqmu yang wajib kusyukuri. Moga aku dapat manfaatkan diriku menghadiri majlis tersebut... Bila duduk di majlis tersebut aku dapat mengenali sahabat-sahabat dari negeri lain sebagai ukhuwah fil Islam dan dapat menambahkan ilmu yang bermanfaat serta dapat melihat peningkatan-peningkatan pelajar-pelajar Malaysia negaraku, bahawa mereka semua adalah bijak dan berilmu serta mengamalkan ilmu mereka.. Alhamdulillah, sejuk hatiku tengok, sudah banyak ilmu yang mereka berikan dan aku sudah menganggap mereka sebagai guru-guruku, moga Allah merahmati kamu wahai insan berjasa padaku, ameen !
Salam, Doa Kesejahteraan Untuk Ahli Rumah
Sampai di rumah, aku beri salam... assalamualaikum keatas ahli rumahku... agar dengan salam tersebut membawa rahmat dan kesejahteraan buat ahli rumahku iaitu isteri dan serikandiku... Zaujah sambut dengan salam dan senyuman manja... syukran sayang !
Nasi goreng kegemaranku sudah pun siap dan disediakannya... syukran sayang ! Moga Allah merahmati hidupmu, ameen !
Pesanan-Pesanan Sopan Dari Kenalan Facebook
Aku membuka laptop, periksa mesej pesanan ringkas dari ummi-ummiku, sahabat-sahabat ikhwah wal akhawat fil Islamku... Alhamdulillah, bila ku baca mesej-mesej komen mereka sangat-sangat sopan dalam berkongsi ilmu... syukran ya sahabat, semoga Allah memberkati hidup kita dan merahmmati kita semuanya, ameen ya ilhai !
Kongsi-Kongsi Ilmu Dengan Zaujah
Kadang-kadang ilmu yang kudapati dalam majlis ilmu aku kongsikan kepada zaujahku ketika sampai di rumah... Alhamdulillah kami seolah-olah bersyura diantara satu sama lain, namun dia lebih banyak diam dan patuh mendengar serta khusyu' memberi perhatian diatas setiap bait-bait kalamku, aku tahu mesti dia memahami apa yang aku mahu sampaikan, moga Allah kurniakan kefahama Islam pada kita, dan mudah untuk mengamalkannya serta menyampaikannya kepada org lain.. ameen ya Allah !
Tidur Qailulah, Sunnah Rasulullah s.a.w
Aku mahu berehat sebentar... aku ambil masa yang ada untuk rehatkan minda dan badan, aku mengajak diriku untuk mengikuti sunnah Nabiku Muhammad s.a.w dengan tidur sebelum zohor (Qoilulah) tidur seperti ini aku sudah membiasakannya sewaktu duduk di bangku sekolah pondok dan tahfiz lagi, Alhamdulillah,
" moga ianya jadi amalan yang sederhana buatku agar aku bisa mengamalkan sunnah junjunganku satu persatu supaya aku mudah bangun di sepertiga malam menyambut rahmat dan keampunan tuhanku serta menyahut segala apa yang mahu diberikannya kepada hamba-hambanya yang bangun dan bersujud diketika itu. ya Robbi ! ringankan tulangku untuk bangun dan beramal ibadah pada malam-malam seperti itu, sungguh enak rasanya bila dapat bersama denganmu dikala manusia lain enak bersama fantasia bulan madu, biarlah aku selalu menangis pada mala seperti itu daripada aku menangis tiada tujuan dan tak menentu, biarlah aku nangis kerana aku rindu padamu daripada aku nangis kerana kematian kekasih gelapku, biarlah aku nangis di dunia penjara mukminmu daripada aku nangis di akhirat tempat kebahagiaan para kekasihmu, sungguh aku mahu kebahagiaan yang kekal abadi di negeri yang abadi, bukan dinegeri yang fana dan dunia fantasi, apapun engkau sudah berjanji pada hambamu yang taat setia dengan perintahmu bahawa mereka mendapat dua kegembiraan maqam al-Muttaqin, satu maqam jannah di dunia dan satu lagi maqam di yaumul qiamah..masukkanlah kami dalam golongan ini, ameen ya izzah wal azizun alim !
Istighfar, Taubat Atas Kealpaan Dan Ketiduran
Sungguh tidurku pada ketika itu terlajak sehingga azan berkumandang aku tidak sedari, zaujah dan serikandiku juga sama sepertiku....aku terus bangun dan mengucap istighfar kepada Robbku, astaghfirullah al-azhim, aku bergegas mengambil air whudu' menyucikan zahir diriku dari hadas kecil, kemudian aku lakukan solat zohor dibilikku, setelah itu aku bangkit solat sunnat taubat 2 rakaat menebus kesalahan dan dosa-dosa telinga dan anggota badanku yang terus leka dengan buaian tidurku sehinggakan azan dan solat jamaah zohor meninggaliku, Astaghfirullah al-azhim.. rugi rasanya, Aduh! oh Tuhan, aku hamba yang lemah dan hamba yang memang memiliki sifat ketiduran sedang Allah Tuhanku memiliki sifat ketuhanan dan kesempurnaan tidak pernah lupa dan tidak pernah tidur, itu sebablah adanya sujud sahwi yakni sujud ketika lupa, ( subhanallah man la yashu wa la yanamu ) maha suci Allah yang tidak pernah lupa dan tidur. supaya kita ingat bahawa kita adalah hamba kepada tuhan yang mencipta hamba, kita adalah pelupa dan tidur sedang hambanya lupa dan tidur, ingatlah saudara jangan sesekali melawan Allah, kerna kehebatannya mencakupi segala-gamanya, takutlah kepadanya sebelum kematian menjemput kita !.
Aku sudah memasang azam dan bermohon kepada Tuhan agar aku istiqamah berjamaah di masjid yang disediakan, kalau boleh tidak mahu tinggal walau satu jamaah bersama imam walaupun aku sesekali lewat datang kerna menuju masjid setelah iqamat di laungkan, tak mengapa ! pujuk hatiku aku boleh memperbaiki amalanku kerna aku adalah aku, takkan dapat merubah diriku melainkan aku merubahnya selalu diatas jalan takdir Tuhanku.
Azan berkumandang, Allahu Akbar, Allahu Akbar !!! Azan asar...
Lawan, Lawn Dan Terus Lawan !!!
aku terus bergegas pergi ke Masjid... aku tidak mahu lewat lagi... aku mahu mengqhada' solat jamaahku, mudah-mudahan aku tidak tertipu dengan mainan syaithan dan nafsu yang sering mengajak manusia kejalan yang tidak sehaluan dengan fitrahku... lawan ! lawan ! dan terus lawan ! kemenangan menanti di hadapan !!!
Setelah selesai solat asar, aku bersiap untuk pergi ke kuliah ilmu di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif yang jarak perjalanannya mengambil masa selama 40-50 minit gitu... Alhamdulillah aku sudah biasa melakukannya di Malaysia dulu, aku pernah berjalan sejauh lagi dari itu secara berulang alik.. berkat tarbiyyah itu maka terbiasa hingga ke negara Mesir walau aku pelajar baru... kawan pernah kata, tak takutkah naik motor, panas ni, jauh tu dan macam-macam lagi seruan kawan yang prihatin denganku.. Aku cuma mampu tersenyum dan menjawab InsyaAllah semuanya selamat, doakan sahaja...
Allah Sentiasa Bersamaku
sahabat, siapa yang pernah buat dia dapat rasa, siapa yang tidak pernah buat maka dia tidak akan dapat tahu apapa kecuali mentafsir ikut suka... walaubagaimanapun itu semuanya ujian buatku, agar aku selalu bertawakkal disepanjang perjalananku, sekiranya Allah takdirkan perjalananku selamat kerana mahu menuntut ilmu maka tiada seorang pun yang bisa menumbangiku walaupun ianya Israil yahudi hati keras macam batu... kerna Allah sentiasa bersamaku.
Sahabatku, tiada yang dapat memudaratkan dan memberi manfaat kepada kita melainkan ianya sudah termaktub dalam suratan amal kita, ajal, maut, jodoh, pertemuan, keselamatn, bahaya semuanya dalam genggamannya, kita tiada apapa kecuali hanya berniat mekakukan amalan kerananya, disamping berdoa dan berusaha ikhtiar, itu sahaja... selebihnya serah pada yang Esa menentukannya... insyaAllah semuanya khoir, percayalah ! senyum sahabatku (",). setiap apa yang berlaku, pasti ada kebaikan disitu.
maaf kalau aku merisaukan kalian dengan perbuatanku, aku tidak pernah bermaksud seperti itu. moga Allah permudahkan segala apa yang kita perlukan..ameen ya Allah !
Bertalaqqi Di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif & Kalimah Habibi
Sampai masjid Al-Azhar Asy-Syarif... Aku terus menuju ke kelas talaqqi Syeikh Jamal Faruq, Beliau mengajar kitab Tauhid. Alhamdulillah ada ramai juga penuntut-penuntut ilmu bertalaqqi dengannya, samada Orang Arab atau Ajam (Org bukan Arab). Aku duduk dalam majlis itu sehinggalah masuknya waktu solat maghrib.
Allahu Akbar, Allahu Akbar !!! ila khatimah Azan, La ilaha Illallah !!!
Aku dan semua jamaah merapatkan saf, kebiasaannya aku berada di saff hadapan, Alhamdulillah, aku akan cuba dapatkannya sekiranya mampu, jika tidak itu juga kehendak Tuhanku, redha ya Robbi.
2 orang pakcik memandangku, aku hulurkan tanganku padanya sambil tersenyum dia mengatakan sesuatu kepada pakcik yang satu itu, katanya " Habibi ".(Maksudnya kekasihku, Panggilan mesra Arab Gitu) Alhamdulillah... sakinah telingaku mendengarnya... syukran lillah... Selesai sholat maghrib berjamaah, maka penceramah jemputan mulakan kuliahnya iaitu Syeikh Athiah Imam Khatib Masjid Soleh Al-Ja'fari dengan mengajarkan kitab Muwatto' karangan imam Malik Rahimahullah ta'ala alaih dalam bab al-Azan ( An-Nida' ). Aku mendengarnya dan mencatit sebahagian kalam-kalam nasihatnya, sungguh aku hanya menulis ayat-ayat Quran, Hadis Nabi s.a.w dan kalam-kalam Ulama' Alimin seperti Syeikh Ibnu Athoillah Assakandari. Moga-moga bermanfaat ilmu mereka pada kami di dunia dan akhirat, ameen ya barakatillah ya arhamarrahimin walhamdulillahi Rabbil alamin !.
Kuliah itu berjalan sehinggalah masuknya waktu sholat isya'... Alhamdulillah... selesai sahaja sholat berjemaah isya' saya pergi bersalam dengan Syeikh Athiah sebagai tanda terima kasihku padanya atas ilmu yang disampaikannya, " moga bermanfaat ilmunya pada kami, ameen ya Allah ! semoga engkau memanjangkan umurnya didalam ketaatan serta zikir padamu, dan menambahi ilmu yang bermanfaat untuk mendekatkan dirinya padamu agar ia bisa memanfaatkan ilmunya itu pada kami penuntut ilmu warisan para Nabimu... ameen ya ilahi Robbi ameen, Walhamdulillahi Robbal alamin !."
Ya Robbi pilih lagi aku untuk datang esok hari , please ya ilahi... !!!
Kamarudin toyo
Penuntut Ilmu Warisan Nabi
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah Mesir.
No comments:
Post a Comment