Sunday, September 19, 2010

Wahai Ummat Rasulullah Buktikan Kecintaanmu !



Berbekal Dengan Bekalan Takwa,
Berpakaianlah Dgn Pakaian Takwa,
Kerna Bekalan Dan Pakaian Ini sahaja,
Bisa Menyelamatkan Manusia.

Wahai Ummat Rasulullah,
Kembalilah Kepada Fitrah,
Fitrah Agama Yang Suci Mulia,
Demi Mencari Redha Tuhan Yang Esa,

Kembalilah Kepada Quran Dan Sunnah,
Peninggalan Rasul Yang Mulia,
Kerna Baginda Sayang Kepada Kita,
Di Wasiatkan Dua Perkara,

Beramallah Dengan Al-Quran,
Kerna Ia Bisa Menyelamatkan,
Dengan Peribadi Sunnah Baginda,
Kita Contohi Dan Perjuangkannya.

Ayuh Sedarlah Ummat Baginda,
Janganlah Leka Dan Teralpa Di Dunia,
Dunia Hanya Sementara Saja,
Akhirat Kekal Selamanya.

Wahai Ummat Rasulullah,
Buktikan Kecintaanmu,
Bukan Hanya Di Bibir Sahaja,
Tapi Dengan Amalan Dan Takwa.


Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails