Kita sering mencari siapa dia pejuang agama di zaman ini,
Dan Sering mencari siapa sebenarnya pendakwah yang sejati,
Pernah tak kita mencari siapa dia hamba Allah yang sejati?
Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wassalam melengkapi semuanya itu,
Fikirkan jika semua sifat itu menghias peribadi,
tentu akan bisa menjadi manusia yang bukan hanya sebagai pejuang agama
dan pendakwah malah menjadi hamba Allah yang sejati.
Untuk menjadi pejuang agama dan pendakwah boleh saja
bahkan sudah mudah di zaman ini kerna kita ramai dan berkumpulan
namun untuk menjadi hamba Allah yang berjiwa damai,
berseorangan melawan hawa nafsu dan syaithan yang membelai,
itu belum bisa kita kecapi dan laksana dalam diri.
Hakikat manusia sememangnya tidak sempurna,
Melainkan kesempurnaan manusia hanya ada
pada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam,
Namun manusia itu mestilah saling lengkap melengkapi,
Seperti bangunan yang mencakar langit yg tinggi,
Takkan bisa ia berdiri teguh melainkan ada kesatuan yang jitu,
diantara pasir, simen, batu bata, dawai dan besi,
ada pula yang menyusunnya satu persatu lalu kelihatan nampak bersatu,
Begitulah juga manusia, jika inginkan Islam kembali gah dan mulia seperti dulu,
hendaklah pejuang agama, pendakwah dan pengabdi diri kepada Allah itu bersatu,
yang saling lengkap melengkapkan untuk membina jiwa nan teguh.
Yang mana pendakwah dan pejuang agama tidak menghina pengabdi diri kepada Allah,
Manakala pengabdi diri mendoakan kejayaan pejuang dan pendakwah selalu,
Lantaran dekatnya pengabdi itu kepada Allah Yang Maha Tahu.
Jika ini yang berlaku... tiadalah di sana Islam sesama bergaduh,
Menjatuhkan satu demi satu.. walhal akan bangkit dan megah seperti dulu.
~Peringatan peribadi mukmin yang mengerti~
Sekiranya kita bermusuh-musuhanan dan bersengkataan sesama Islam.. maknanya kita masih belum mengenal hakikat manusia itu dijadikan... Sekiranya Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam hidup di zaman kita dan melihat kelakuan umat pilihan yang berkeadaan bermusuh-musuhan sesama Islam.. tentu Rasulullah berasa sedih dan kasihan.
"Ya Allah! Sangat rindu dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam.. tiada insan yang amat menyayangi insan selain Baginda shallallahu alaihi wassalam, Dialah insan yang membawa insan kenal tujuan, Dan Dialah Insan yang kerap membawa insan kepada Tuhan..." Allahumma shalli ala saidina Muhammad!!!
Mungkin kita pada hari ini tidak membawa insan kenal tujuan tetapi membawa insan mengenal permusuhan sesama Insan.
Permusuhan dan persengketaan ini akan sampai ke penghujung dunia... ia akan berterusan... hinggalah kemunculan al-Imam al-Mahdi al-Muntazar dan turunnya Nabi Isa alaihissalam.
Maka apakah yang mesti kita lakukan sekiranya ia berterusan? tidak dapat tidak, kita mestilah berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wassalam, serta kita bersama dengan mereka yang menyokong dan memperjuangkan Islam sehinggalah kita mati dalam keadaan Islam yang diperjuangkan.
Manusia dijadikan berperanan... boleh membawa kita kepada redha Tuhan. Ada yang menggunakan manusia kepada Tuhan dan ada yang menggunakan manusia kearah kemurkaan Tuhan.
Wahai hati, dengar bisikanku ini: " Dalam syurga nanti tiada ucapan permusuhan... sebaliknya hanya ada ucapan salam persaudraan... Salamun alaikum... salamun alaikum... salamun alaikum!!!"
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'la: "Sahabat-sahabat pada hari itu akan bermusuhan sebahagian dengan sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang muttaqin."
Jika begitu... Bagaimanalah kita mahu mendapatkan syafaat di hari pembalasan... lantaran kita disibukkan dengan perbicaraan dan perdebatan sesama insan yang kita musuhi semasa kehidupan di dunia?
Ya Allah... astaghfirullah...!!!
"Ya Allah.. lindungilah kami dari permusuhan dan persengketaan sesama Islam.. sebaliknya satukanlah hati kami supaya dalam kasih sayang dan persaudaraan sesalam Islam Seperti halnya Baginda Shallallahu alaihi wassalam dan para Sahabat yang dimuliakan.." Ameen Ya Allah!!!
Muhasabah Diri Sendiri
5 Syawal 1432 Hijrah,
Ardhul Kinanah, Kaherah Mesir.
No comments:
Post a Comment