( Malam Hari Wuquf Di Padang Arafah )
Firman Allah, " Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran yang tiada keraguan padanya menjadi petunjuk hidayah bagi orang yang bertakwa."
( Al-Baqarah. 1-2 )
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
( Hadis Riwayat Muslim )
Dari Abu Musa R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum, tetapi berasa pahit.”
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)
By: Kamarudin Toyo
No comments:
Post a Comment