Alhamdulillah segala puja dan puji itu tertentu hanya milik Allah Subhanahu Wa Taa'la yang telah memberikan kemudahan, kesenangan, kegembiraan, ketenangan, keceriaan dan kenikmatan serta keselamatan. Dan selawat serta salam keatas Junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w serta keluarga baginda dan sahabat2 baginda amnya.
Alhamdulillah misi dakwah dan perkongsian ilmu serta ziarah ke bumi Iskandariah semuanya berjalan dengan baik. Selama saya berada di Mesir belum pernah saya menjejakkan kaki ke bumi Iskandariah bahkan tidak pernah langsung keluar dari bumi kaherah, inilah kali pertama menjejakinya. Subhanallah. semua dalam rencananya dan sudah tentu ada hikmahnya disebaliknya.
pada hari khamis 8 haribulan 12 baru2 ini saya mendapat undangan dan jemputan untuk berceramah dalam sebuah forum sempena Ma'al Hijrah yang dianjurkan oleh 'PCI' Perubatan cawangan Iskandariah.
Saya dan se'family yang ditemani oleh Ust Haris pergi ke sana dengan menaiki kereta api dari Ramsis. Yang mana perjalanan mengambil masa selama 2 atau 3 jam. kami bertolak jam 2 petang dan sampai di Iskandariah hampir jam 5 petang. Sampai sahaja di Iskandariah kami dijemput oleh Dr Munzir, yang menjadi pengurus dalam segala urusan kami disana. dan pada jam 6.30 pula akan menyampaikan forum di dewan masrah Iskandariah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. cuma sedikit gugup bercampur segan kerana sudah lama tidak berforum dan berceramah di pentas yang dihadiri oleh ramai orang. Maklumlah pertukaran cuaca dan tempat, sejuk pulak tu... huhu alasan… walaubagaimanapun semuanya berjalan menurut apa yang dikehendaki Allah.
Habis sahaja forum kami pergi ke asrama pelajar tajaan MARA. di sana kami dihidangkan sedikit jamuan. disamping bersembang2 dan berkenal-kenalan diantara ahli panel dan sahabat2 lainnya. Kemudian kami pun menaiki teksi untuk pergi ke asrama pelajar di rumah negeri Sabah. yang terletak berhampiran dengan pantai. disitulah kami bermalam.
Keesokan harinya pula kami pergi berziarah di qal'ah dan maqam2 yang berdekatan dan yang sempat sebab hari ini kami akan pulang semula ke kaherah menaiki kereta api tepat pada jam 6 petang. sebelum keluar dari rumah sabah saya sempat melayari facebook dan sempat meng'update status yang bebunyi:
Bersama ahli panel dan hadirin doktor dan doktorah,
Bertempat pula di dewan Masrah Iskandariah,
Ku kongsikan menurut apa yang dikehendaki Allah,
Ku singkatkan hanya 5 T Menjadi Ibrah,
T yang pertama ialah Pengorbanan 'Tadhiyah',
Bertempat pula di dewan Masrah Iskandariah,
Ku kongsikan menurut apa yang dikehendaki Allah,
Ku singkatkan hanya 5 T Menjadi Ibrah,
T yang pertama ialah Pengorbanan 'Tadhiyah',
T yang kedua 'Tagyir' perubahan dan berubah,,
T Yang ketiga 'Tawakkal' berserah kepada Allah,
T yang keempat iaitulah 'Tarbiyah',
T kelima Taat dan 'Takwa' Kepada Allah,
Sekarang ni berada di rumah negeri Sabah,
Kejap lagi mahu berjalan berziarah,
Oleh kerana hari ini hari jumaat yang penuh barakah,
Maka selayaknyalah kita selawat, berzikir serta berfikir kebesaran Allah.
Sekarang ni berada di rumah negeri Sabah,
Kejap lagi mahu berjalan berziarah,
Oleh kerana hari ini hari jumaat yang penuh barakah,
Maka selayaknyalah kita selawat, berzikir serta berfikir kebesaran Allah.
Salam Jumaat semua (",)
Diantara maqam yang sempat kami ziarahi ialah maqam Syeikh Abul Abbas Almarsi dan Imam Busyairi. Ziarah maqam maqam para auliya' dan orang2 sholeh serta menziarahi para Ulama' ni sudah menjadi kebiasaan dan kalau tidak menziarahinya rasa lain dan seolah2 ada yang tidak kena kerana ia merupakan satu adab yang mensti ada kepada seseorang lebih2 lagi yang bergelar penuntut ilmu.
Selepas daripada itu kami pergi mendengar simaul hadis di masjid al-amru yang mana pembacaan hadis diketuai oleh Syeikh Ibrahim Al-Kittani hafizahullah taala, dan Alhamdulillah kami sempat mendengar beberapa hadis dari Ulama' yang hadir disitu dan sempat juga bersalam dengan syeikh Ibrahim al-Kittani. Alhamdulillah syukur pada Allah.
Begitulah kenangan terindah berada di sana walau sehari tapi rasa macam lama.. huhu, rindu nak kesana lagi sebab banyak tempat yang belum diziarahi. InsyaAllah ada rezeki dan jika ada rencananya sejak azali lagi tentu akan kesana lagi suatu hari nanti insyaAllah.
Ini sedikit gambar yang boleh menjadi titipan buat kenangan.
Keretaapi yang kami naiki |
Sahabat yang setia menemani, ust haris dan dr munzir moga Allah sentiasa menyayangi kalian dan moga hubungan yang terbina hingga sampai ke syurga |
keluarga Islamik di asrama MARA |
Tengah berforum dewan Masrah Iskandariah |
Rumah Sabah |
Syeikh Ibrahim Al-Kittani |
Masjid tempat pembacaan hadis syamail Muhammadiah |
di qal'ah |
zuyin takut ngan meriam |
budak arab ni nak bergambar ngan zuyin |
keluarga Islamik |
zuyin dan ummi di tepi pantai |
Alhamdulillah... ' First Time Ke Destinasi Iskandariah '.
No comments:
Post a Comment