Wednesday, February 1, 2012

Perancangan Terindah

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillahirrobbil alamin…
Imtihan semester satu tahun ketiga sudah pun selesai… Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun banyak ujian dan rintangannya. Sekarang ni musim cuti, dan saya merancang dengan azam yang bermacam-macam. Memandangkan zuyin sudah besar dan sudah pandai berjalan, maka saya beazam untuk membawanya berjalan-jalan, bahkan yang lebih utama mendidiknya menurut fitrahnya dengan kasih dan sayang. Zaujah pula pregnant untuk adik sulung pertama zuyin. Maka sudah selayaknya saya merancang sesuatu yang baik dan walaupun yang bukan terbaik buat mereka berdua.
Diantara perancangan saya pada tahun ini ialah:

  1. Bawa Zaujah dan Zuyin ziarah Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah untuk melaksanakan ibadah Umrah.
  2. Bawa zaujah dan zuyin pergi Maarad Kitab ( Pesta Buku ). Ada beberapa buah kitab rujukan yang mahu dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
  3. InsyaAllah akan pulang ke Malaysia awal bulan tujuh sebelum ramadhan tahun ini untuk menyambut kelahiran bayi kami yang kedua insyaAllah biiznillah yang mana tarikh due'nya pada bulan ramadhan al-mubarakah. Mohon doanya ya supaya dikurniakan anak yang sholeh ataupun sholehah penyejuk hati buat ummi dan abinya serta menjadi pemimpin yang beriman dan bertakwa yang mentaati Allah dan RasulNya dan kedua Ibu bapanya.. amin Ya Allah, perkenankanlah!!! " Robbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyatina Qurrata A'yun Waj'alna LilMuttaqina Imama !!! amin Ya Allah Birahmatika Ya Arhamarrahimin, amin !!!

Perancangan pertama: Menunaikan Ibadah umrah di tanah suci mekah al-mukarramah dan menziarahi Maqam Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang tercinta. Ini azam saya yang sudah sekian lama ingin saya laksanakan, Alhamdulillah kini masanya sudah sesuai dan rasa terpanggil untuk menuju ke permaidani yang bercahaya di dua tanah suci al-haramain yang menyenangkan dan yang membahagiakan. Saya berharap semoga semuanya dimudahkan Allah dan dberikan kemanisan dan kelazatan dalam melaksanakannya. Dan semoga dengan ini keluarga saya mendapat barakah dan kasih sayang dari yang Maha Esa Ameen !!!
InsyaAllah 22,2,2012 kami akan menunaikan ibadah Umrah bersama TRAVEL 'KEMBARA BARAKAH'.

Mohon doanya ya !!!
" Ya Allah kurniakanlah kami rezeki untuk menunaikan ibadah Umrah pada tahun ini begitu juga dengan keluarga kami, saudara kami, sahabat-sahabat kami dan semua umat Islam yang Engkau sayangi dan terimalah amal ibadah yang bakal kami lakukan di sana nanti.. Amen !!! "


zuyin berangan nak ke Madinah!

Perancangan Kedua: Membawa zaujah dan zuyin pergi maarad Kitab ( pesta buku ) Yang berlangsung di kaherah Mesir.  Pesta buku ini setiap tahun diadakan dan selalunya selepas imtihan semester pertama Al-Azhar. Alhamdulilllah saya sudah pun membawa zaujah dan zuyin ke sana. Kalau tahun pertama kedatangan saya di Mesir saya hanya membawa zaujah sahaja dan zuyin masa itu belum lahir lagi dan masih dalam perut umminya,  sekarang zuyin dah pun besar dan boleh berjalan. Tapi kini tak disangka yang sekali lagi saya bawa zaujah yang dalam keadaan pregnant anak kami yang kedua. Begitulah perancangan Allah siapapun tiada menyangka.

Mengimbas kenangan yang lalu…
Zaujah: Bang! Dulu kita pergi sini yang masa tu zuyin dalam kandungan, sekarang ni adik zuyin pula. Zaujah tersenyum… J
Saya: Alhamdulillah! semua perancangan Allah. Abg pun tak sangka sebenarnya. Dulu kita berdua berpimpin tangan datang kesini, Hari ni pula kita bertiga, siapa tahu tahun akan datang dengan izin Allah kita berempat pula berpimpin tangan datang kesini, Manalah tau.. Hehe… sikit ceria terukir di wajah.

Maarad Kitab



Perancangan Ketiga : InsyaAllah akan pulang ke Malaysia awal bulan tujuh sebelum menjelangnya bulan ramadhan insyaAllah. Perancangan yang ketiga ni bergantung kepada keadaan kesihatan zaujah dan lain-lain termasuklah kewangan. Ini semua perancangan yang belum tentu ianya dapat dilaksanakan, kerana perancangan yang sudah teratur rapi dan sudah semestinya terjadi semuanya sudah termaklum di sisi Robbul Izzati. Kami hanya berserah kepadaNya itulah lumrah sebagai seorang hamba, kami berharap semoga semua perancangan yang kami rancang sama seperti apa yang dirancang dalam takdirNya. jika tidak maka sebagai seorang hamba harus pasrah dan redha dengan ketentuanNya, kerana tiada seorangpun hamba Allah yang sebenarnya menafikan kebaikan yang terkandung di dalam takdirnya, kerana perancanganNya adalah perancangan yang paling membahagiakan dan menyenangkan buat semua hambaNya dengan syarat hamba itu sabar dan redha kepada takdirNya.

ini adalah perancangan yang saya kira terindah buat diri saya dan zaujah serta zuyin yang saya sayangi, lebih-lebih lagi kami akan pergi ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah, Kota Haramain yang saya gelarkan sebagai Kota cinta nan bercahaya. Moga di sana nanti bisa melakarkan puisi yang terindah dalam kehidupan saya dan keluarga dan dapat memekarkan cinta yang sudah tercurah sekian lama  kepada yang Maha Esa serta dapat melepaskan rindu yang kian membara kepada Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang tercinta.. InsyaAllah. Amin !!! 
" Sebenarnya Perancangan Allah itulah perancangan yang paling indah dan membahagiakan buat semua hambaNya."

Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Hayyu Asyir, Cairo.

Mari lihat video terbaru zuyin yang semakin membesar ... video zuyin dan gelagatnya !!! (",)

Untuk tatapan keluarga di Malaysia dan sahabat2 yang merindui zuyin...

No comments:

Related Posts with Thumbnails