Perancangan yang tertangguh…
Setiap manusia pasti mempunyai perancangan,
Samaada perancangan buat dirinya atau keluarganya atau untuk orang lain.
Ada bait lagu yang menyebut bahawa : " Kita mampu merancang hanya Tuhan menentukan tak perlu dikisahkan ".
Kata-kata ini sebenarnya memberikan pengertian yang sangat mendalam bahkan ada terselit unsur ilmu tauhid dan kepercayaan kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Allah sebut dalam al-Quran : " mereka merancang, dan Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah Subhanahu wa Taala".
Dan seperti yang saya sebutkan dalam terbitan sebelum ni bahawa " sebenarnya perancangan Allah itu adalah perancangan yang paling indah dan membahagiakan buat semua hambaNya".
Apa yang ingin saya tuliskan disini ialah berkenaan perancangan yang saya rancang untuk melaksanakannya sebelum ini namun disebabkan perancangan itu tidak seperti apa yang dirancang Allah sejak azali lagi maka ianya tidak terlaksana dan tertangguh, dan saya redha dengan apa yang berlaku ini. Mudah-mudahan hikmah disebaliknya memberikan ketenangan buat hati yang kian gundah suatu hari nanti. Amin !!!
Sebenarnya saya merancang untuk pergi menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga pada 22.2.2012 namun ditunda oleh syarikat yang kami daftarkan ke tarikh 26-2-2012 atas masalah yang tidak dapat mereka elakkan iaitu masalah VISA di kedutaan Saudi Arabia Malaysia. Menurut apa yang saya tahu semasa kursus umrah pada 23-2-2012 masalah ni disebabkan kami semuanya anak-anak muda dan tiada orang tua yang ikut jamaah kami, tapi masalah ini dapat diatasi apabila ada 2 orang tua mendaftar dan akan bersama jemaah kami. Tapi apa yang terjadi keputusannya tetap sama… juga dikatakan masalah VISA ( passport kami tidak mendapat Visa dari kedutaan Saudi Arabia). Sehinggalah sekarang ini kami masih menanti dan menunggu keputusan bilakah kami akan pergi menunaikan ibadah Umrah di Makkah al-Mukarramah dan menziarahi maqam Rasulullah s.a.w di Madinah al-Munawwarah??? Baru-baru ini ada sebuah syarikat yang membuat pakej umrah melalui Mesir tak dapat berlepas disebabkan masalah yang sama iaitu masalah VISA sehingga mereka menundanya ke tarikh yang lain, namun sebahagian pesertanya menarik diri untuk menyertainya.
Persoalannya, Apakah pelajar Malaysia di Mesir ni sudah tidak boleh menunaikan ibadah Umrah melalui Mesir seperti Haji yang sudah tidak boleh dilaksanakan dari sini ??? Persoalan yang belum bisa terjawab… Hanya menunggu keputusan dan perancangan dariNya… Hanya mampu bersabar …. Kerana sabar itu sesuatu yang indah.. mungin kami masih diuji … dan mungkin ini salah satu ujian sebelum ke Makkah. Wallahu A'lam.
Persoalannya, Apakah pelajar Malaysia di Mesir ni sudah tidak boleh menunaikan ibadah Umrah melalui Mesir seperti Haji yang sudah tidak boleh dilaksanakan dari sini ??? Persoalan yang belum bisa terjawab… Hanya menunggu keputusan dan perancangan dariNya… Hanya mampu bersabar …. Kerana sabar itu sesuatu yang indah.. mungin kami masih diuji … dan mungkin ini salah satu ujian sebelum ke Makkah. Wallahu A'lam.
Betullah orang kata : " mahu pergi makkah ujiannya sangat banyak ".
Walaubagaimanapun kami masih berharap agar urusan VISA UMRAH ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya, dan kami juga berdoa semoga segalanya dimudahkan. Amin!
" Setiap kesulitan mesti ada kemudahan "
Mohon doa dari sahabat semua, supaya urusan ini dimudahkan dan diselesaikan dengan sebaiknya… amin !!!
" Masalah VISA yang Tertangguh Entah Bila Kesudahannya Hanya Berserah Kepada Allah Kerna Dialah Yang Maha Berkuasa Diatas Segala-Galanya."
Sekiranya tidak dapat menunaikan ibadah Umrah pada tahun ini kami redha kerana itu adalah ketentuan Allah s.w.t kerana kita sebagai hambanya hanya mampu merancang namun Tuhan Dialah yang Maha menentukan samaada perancangan itu berlaku atau sebaliknya.
"Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil Wa La Haula Wa La Quwwata Illa Billahil Aliyyil Adzim".
( Perancangan yang tertunda ini saya isikan dengan menghadiri majlis tafaqquh fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang berlangsung selama 2 minggu di rumah negeri kedah Haiyyu Sabiek. )
وّ إِلَى الله تُرْجَعُ اْلُأمُوْر
وّ إِلَى الله تُرْجَعُ اْلُأمُوْر
Kamarudin Toyo As-Sabahi
Cairo Egypt.
No comments:
Post a Comment