Friday, March 16, 2012

Al-Haramain Yang Membahagiakan

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Shalli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wassalam…
Alhamdulillah segala puja dan puji hanya tertentu milik Allah subhanahu wa Taala yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan tercinta Rasulullah al-Mustofa insan agung yang mulia memiliki akhlak al-quran dan penutup sekalian anbiya' alaihimussholatu wassalam.
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wassalam bersabda, Janganlah bermusafir ( ke tempat tertentu kerana keutamaan tempat tersebut ) kecuali untuk pergi ke tiga masjid. Masjidil Haram, masjidku ini,  ( Masjid Nabawi ) dan masjidil aqsa." Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim.

Dan Nabi shallallahu alaihi wassalam bersabda lagi yang bermaksud: " Rasulullah SAW bersabda " Satu kali shalat di masjidku ini lebih baik darpada seribu kali shalat di masjid-masjid yang lain,kecuali Masjidil Haram.Sedangkan satu kali shalat di Masjidil Haram itu lebih utama dari pada seratus ribu kali shalat di tempat lain.


Alhamdulillah pada 4-3-2012 bersamaan hari ahad kami dijemput Allah untuk mendatangi dan menjadi tetamu dalam beribadah di Masjidil Haram Makah al-mukarramah dan Masjid Nabawiyah asy-syarifah Madinah al-Munawwarah.
Allah SWT berfirman: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (diantaranya) maqam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa menginkari kewajipan haji, maka sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam (surah Ali 'Imran: 96,97).
 
Bersama Keluarga Tersayang
Permusafiran kami kesana bersama Travel Kembara Barakah selama 11 hari. 7 hari di Mekah al-Mukarramah dan 4 hari di Madinah al-munawwarah. Dan saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah menjemput saya sekeluarga yakni isteri dan anak saya qurratul ain. Sungguh nikmat ini terlalu besar bagi saya dan yang tidak terhingga dariNya, sungguh membahagiakan ya Allah, asykruruka ya Robbana. 

Kerana Tiada lain tujuan kami datang kesana melainkan untuk beribadah kepada Allah agar semakin dekat dan rapat kepada Allah dan mencari keredhaanNya semata-mata.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala Yang bermaksud : " Sempurnakanlah Ibadah haji dan umrah kerana Allah ."

Hari pertama kami sampai di airport yanbu' Madinah sekitar jam 6 petang, bertolak dari cairo airport Mesir jam 3.30 petang.

Kemudian kami bertolak ke Mekah al-mukarramah yang dalam perjalan selama 6 jam. Dan kami singgah di masjid jahfah tempat miqat yakni tempat memulakan niat ihram untuk melaksanakan ibadah umrah ( bagi yang datang dari Mesir ). Disanalah kami mandi sunat Ihram dan memakai pakaian Ihram dan berniat kerana Allah untuk mengerjakannya. Setelah berniat kami bertalbiah dalam bas sehinggalah sampai ke Mekah al-mukarramah.

Lafaz Talbiyyah :لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك  
Maksudnya : HambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah, hambaMu dating menyahut panggilanMu ya Allah. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaanMu yang tiada sekutu bagiMu."
Sesampainya kami di Mekah dalam pukul 2.30 pagi kami diingatkan agar berdoa kepada Allah kerana kami sudah sampai ke destinasi dan berada di Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah.

" Ya Allah ini adalah tanah haramMu dan tempatMu yang aman, Maka, haramkanlah dagingku, darahku, rambutku dan kulitku daripada nerakaMu, dan amankanlah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan WaliMu dan orang yang taat kepadaMu."

" Ya Allah, sungguh aku datang dari negeri yang jauh semata-mata untuk mendekatiMu, dan aku datang dengan penuh maksiat untuk memohon keampunanMu, dan aku datang dengan penuh masalah agar Engkau menyelesaikan masalahku dan aku datang dengan penuh keaiban maka Engkau tutupilah keaibanku."

Kemudian terus menuju ke hotel menyimpan beg dan makan makanan yang telah dihidangkan. setelah semuanya selesai dalam kira-kira jam 4.00 shuboh kami bersiap untuk menuju Masjidil Haram bagi melaksanakan ibadah Umrah. Perjalanan dari hotel Manazilil Khoir wal Barakah yang kami menginap ke masjidl haram lebih kurang 450 meter jaraknya. tak jauh dan tak dekat tapi memuaskan dan pahala serta darjat pula ditingkatkan. Keluar sahaja dari hotel kami memulakan dengan doa dan ada sebahagian bertalbiah. sepanjang perjalanan aku aku hanya berzikir Allah, Allah, dan bersama zaujah dan zuyyin. Aku lihat dan dengar sendiri yang zuyin juga turut berzikir Allah, Allah seperti apa yang kuzikirkan. Aku teruskan zikir begitu juga zuyin, aku terus mengajarkannya untuk menyebut kalimah Jalalah itu supaya lidahnya sentiasa berzikir dan sentiasa mengingati Tuhannya walau apa jua keadaan dan walau dimana berada. hal ini dapat disaksikan oleh seorang jemaah dari Malaysia, beliau tersenyum dan suka melihat zuyin... aku dan zaujah hanya bersyukur dan kekadang bertasbih memuji Allah atas perubahan dan peningkatan yang Allah berikan kepada zuyin. Subhanallah... itulah permulaan peningkatan yang ketara buat kali pertama kami meletakkan kaki di bumi Haram Makah.

Sampai sahaja di Masjid Kami terus memasuki pintu Babus Salam yang mana pintu ini adalah pintu yang dimasuki Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam. Tapi pintu ini sudah ditukar namanya dan diganti dengan nama  Bab Malik Abdul Aziz. ( Disini ada tempat yang menjadi sejarah dan menjadi nostalgia buat kami bertiga, yang mana sebelah kiri babussalam menjadi tempat pertemuan dan perjumpaan buat kami bertiga. Oleh kerana jutaan Ummat menjadi tetamu Allah maka terkadang kami terpisah di dalamnya, terpisah sewaktu menunaikan sholat fardhu kerana tempat sholat bagi wanita dan lelaki tidak sama, dan itu yang menyebabkan kami terpisah. Saya beritahu dekat zaujah lepas sholat kita jumpa di hadapan babus salam sebelah kiri. Dan alhamdulillah, setiap kali lepas sholat disitulah tempat yang menjadi pertemuan kami. InsyaAllah tempat ini akan kami kenangkan sampai bila-bila kerna kami berharap disitu ada barakah disisi Allah. )

Doa memasuki Masjidil Haram : Allahumma antas salam wa minkassalam fahaina robbana bissalam wa adhilna jannata Darussalam tabarakta ya zaljalali wal ikram. Allahummaftahli abwaba rahmatika wa magfiratik. Wa adhilni fiha bismillah walhamdulillah wassolatu wassalamu ala Rasulillah shallallahu alaihi wassalam.
Masuk sahaja melalui pintu ini kami terus melihat ka'bah asy-syarifah… terasa kerdil... seperti mahu memeluk sahaja ka'bah yang mulia itu, memeluknya dengan erat dan kemesraan seperti pelukan seorang ibu kepada anaknya yang sudah lama berpisah.. subhanallah... disinilah lidah dan mulut serta seluruh anggota badan bertasbih dan memuji sebanyak-banyaknya kepada Allah subhanahu wa Ta'ala. Sangat teruja dan dapat merasakan kebesaran Allah, seolah2 Ka'bah sudah menanti kedatangan kami. Subhanallah, Alhamdulillah Allahu Akbar WaLillahilhamd. Kemudian melafazkan doa dilidah dan hati dengan doa ini :


 " Ya Allah, Engkau yang bersifat sejahtera dan daripadaMu datangnya kesejahteraan, maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami kedalam syurga Darussalam. Ya Allah, tambahkanlah rumahMu ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, anugerah, ketinggian darjat dan kebaikan, Dan tambahkanlah orang2 yang mengerjakan haji dan Umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, ketinggian darjat, anugerah dan kebaikan Kerana mereka memuliakan dan mengagungkannya."



Ka'bah Asy-Syarifah Juga dinamakan Al-Bait Al-Haram
Dinamakan demikian kerana Allah mengharamkan
peperangan di dalamnya. Ka'bah adalah tempat
yang paling suci dimuka bumi.




Setelah itu kami tawaf tujuh keliling sehinggalah selesai.

" sungguh siapa yang sudah kesana pasti mahu dan sentiasa mahu lagi datang kesana... itu lumrah dan magnet yang Allah berikan... (",) ka'bah itu umpama magnet dan akan menarik siapa yang dirinduinya.. moga kita dirindui ka'bah dan akan memeluknya bila smpai kesana.. amin !!! "

Alhamdulillah kami dapat mengerjakannya sebelum sholat shuboh dan selesai melakukan Umrah dengan sempurna sekitar jam 6.30 pagi.

Sungguh sangat membahagiakan apabila dapat berpijak di Bumi Barakah Makah al-mukarramah.


Sabda Nabi shallallahu alaihi wassalam  dari Abdulllah bin Zaid radhiallahu anhu yang bermaksud: " Sesungguhnya Ibrahim telah menjadikan kota Mekah sebagai tanah Haram. dan berdoa meminta barakah bagi kota Mekah. Dan aku menjadikan Kota Madinah sebagai Tanah Haram sebagaimana Ibrahim menjadikan Mekah sebagai tanah Haram. Aku mendoakan barakah bagi Kota Madinah pada Mudnya dan sonya seperti doa Ibrahim bagi kota Mekah. riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Hanya melafazkan syukur kepada Allah, bertasbih memujinya dan bertakbir membesarkannya, kerana Dialah Allah yang memberikan nikmat, rezeki dan kekuatan sehingga dapat sampai ke tempat yang mulia tempat yang diidam-idamkan oleh semua Umat Nabi shallallahu alaihi wassalam.

Setelah selesai bertawaf sembahyang 2 rakaat dihadapan Hijr Ismail dan setelah itu niat untuk bersujud syukur atas nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan. Air mata menitis, tertumpah dengan titisan syukurnya hingga membasahi pipi yang dalam keadaan kesejukan dan kegetaran. Bibir hanya mengucap tasbih " subhanallah ". kerana keindahan yang Allah nampakkan serta perlihatkan sepanjang berada di Masjidil Haram.

Ya Allah sungguh indah dan sangat-sangat membahagiakan, Ku mohon cintaMu ya Allah dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan segala amalan yang bisa mendekatkan diriku padaMu. Ya Allah berikanlah padaku kemanisan dalam melakukan ibadah di Masjidil Haram ini ya Allah agar aku semakin dekat padaMu dan semakin cinta yang amat sangat padaMu Ya Allah !!!


( Kemudian saya bawa zaujah dan zuyin serta beberapa sahabat pergi merasai kelazatan air zam-zam mukjizat Nabi ismail Alaihissalam. Bismillah... Allahumma inni as'aluka ilman nafia'a wa rizqon wasia'a wa syifa'an min kulli da'.. Ya Allah kurniakanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang luas dan penawar dari segala penyakit.. amin !!! air zam-zam yang kuminum menghilangkan dahaga yang kurasai. keletihan bertawaf hilang dengan seteguk air zam-zam yang masuk kedalam mulut dan kerongkongku... subhanallah.. sungguh kumerasakan seperti meminum telaga khausar Nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam... Ya Allah rezekikanlah kepada kami untuk merasai minuman haudh Rasulullah shallallahu alaihi wassalam diakhirat nanti, sepertimana engkau merezkikan kepada kami meminum air zam-zam mukjizat NabiMu Ismail alaihissalam didunia ini.. amin Ya Allah !!! ) kemudian kami terus ke rukun yang seterusnya yaitu sa'i di bukit safwa dan marwa.

Aku melihat zaujah tidak henti-henti menitiskan air mata, bermula dari tawaf sehinggalah selesai melakukan tawaf. Zaujah mendukung zuyin kami membawanya tawaf bersama sehingalah selesai dan begitu juga dengan sa'I di safwa dan marwa. Aku lihat zuyin tertidur aku mengambilnya perlahan-lahan dan membawanya bersama untuk mencukupkan rukun Umrah yaitu sai' di safwa dan marwa sebanyak 7 pusingan.
Firman Allah subhanahu wa Ta'ala : " Sesungguhnya safwa dan marwa sebahagian dari syiar agama Allah, Maka barangsiapa berhaji ke baitullah atau berumrah tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. dan barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan Maka Allah maha mensyukuri, Maha mengetahui." al-baqarah 158.
Alhamdulillah hikmahnya kami dapat merasakan bahawa anak adalah permata yang sangat berharga, dan kami dapat merasakan yang Siti hajar berlari2 dari safwa dan marwa kerana mahu mencari air untuk diminumkan kepada Nabi ismail alaihissalam, sanggup berlari 7 pusingan walau merasa keletihan demi anak kesayangannya, akhirnya memberikan natijah yang membahagiakan apabila air ajaib keluar daripada bumi yang dikenali sebagai air zam-zam sehinggakan dapat diminum oleh jutaan Ummat Nabi shallallahu alaihi wassalam bermula dai zaman Nabi Ibrahim alaihissalam sehinggalah zaman Nabi Muhammad shalllallahu alaihissalam air itu tidak pernah kehabisan bahkan memiliki kelebihan yang tiada tara bandingannya. Subhanallah!!! Dan Nabi shallallahu alaihi wassalam bersabda yang bermaksud :" Air zam-zam adalah minuman menurut apa yang diminum untuknya." Maksudnya apa yang kita niatkan untuk kebaikan ketika meminum air zam-zam maka ia akan tercapai biiznillah.


 di bukit safwa dan marwa




Dan Nabi shalallahu alaihi wassalam ketika meminum air zam-zam Nabi shalllallahu alaihi wassalam berdoa dengan doa ini: " Ya Allah aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang luas dan penawar dari segala penyakit."

Kami berharap agar ibadah Umrah dan segala amalan yang dilaksanakan ketika berada di Masjidil Haram diterima Allah subhanahu wa ta'ala. Dan kami juga berharap agar dapat melakukan apa sahaja untuk anak dan zuriat kami supaya mereka boleh membesar dengan keimanan serta kasih sayang dari Robbul Izzati seperti Nabi Ibrahim dan Siti Hajar  dan Nabi Ismail alaihissalam insyaAllah biiznillah Ta'la.

Kemudian kami mencukupkan rukun umrah yang terakhir yaitu mencukur rambut atau mengguntingnya. Disana ada disediakan kedai khas menggunting dan mencukur rambut yang mana bayarannya berjumlah 15 Riyal.


Setelah semuanya selesai kami bergegas ke hotel kerana bas sudah menantikan kami yang ingin membawa kami ke Jabal Rahmah dan sekitar mina dan padang Arafah serta tempat jamratul aqabah... bersambung... insyaAllah !!! (",)

Group Jemaah Kembara Barakah ( Umrah Tarbawi  2012 )

No comments:

Related Posts with Thumbnails