Hari kedua di bumi barakah makkah al-mukarramah.
Setelah selesai menunaikan ibadah umrah kami bergegas menuju hotel. Dalam keadaan keletihan tapi membahagiakan… belum tidur… sebab kami sampai sahaja di mekah terus bersiap untuk melaksanakan ibadah umrah sebab kami masih dalam keadaan berihram.
Ada dua bas sedang menanti ketibaan kami. Kami menaiki bas yang bahagian hadapan. Sahabat-sahabat yang lain dan jemaah yang lain sudahpun berada dalam bas, semua menunggu kami. Alhamdulillah walaupun kami agak lewat mereka tetap sabar menunggu. Di sini kami bergabung dengan jemaah Mantop travel yang diketuai oleh Ustaz Farhan ( Mantan Pengasas Kembara Barakah ) yang datangnya dari Malaysia. Mereka membawa kami pergi bermusafir melihat sejarah dan kisah serta ibrah di
Jabal RAHMAH ( Tempat Pertemuan Nabi Adam Dan Siti Hawa |
Saya, zuyin dan zaujah tak dapat turun dan tidak ada rezeki mendaki jabal rahmah ini hanya duduk dalam bas sahaja yang dalam keletihan. Bahkan kami tertidur dalam bas. Disinilah tempat jemaah dibolehkan menaiki unta tapi dengan berbayar sebanyak 15 riyal.
Kemudian mereka membawa kami ke sekitar Mina dan padang arafah dan tempat melontar jamrah. Semua hanya dapat melihat dari bas sahaja, dan tidak dibenarkan turun ke kawasan tersebut ekoran kesuntukan masa. Kami hanya mendengar tazkirah tentang cerita kisah-kisah sejarah yang berlaku di sekitar Mina dan padang Arafah. Dikatakan bahawa tempat Mina yang pergi pergi adalah tempat yang menjadi sejarah berlakunya kehancuran tentera Abrahah. Yang mana ketika itu Abrahah mahu meruntuhkan Ka'bah, tetapi Allah menyelamatkan dan memelihara rumahnya dari tangan-tangan manusia yang durjana. Hal ini dirakamkan dalam al-Quran surah al-Fil ayat 1-5.
" Apakah kamu tidak melihat apakah yang Allah lakukan terhadap tentera bergajah?
" Allah menjadikan pekerjaan mereka itu sebagai sia-sia."
" Dan Allah mengirimkan kepada mereka burung ababil yang berbondong-bondong."
" Kemudian Melontarkan mereka dengan batu panas yang berasal dari sijjil."
" Lalu jadilah mereka seperti daun yang dimakan ulat."
Di Mina |
Kemudian kami dibawa lagi ke Masjid Jar'anah tempat miqat yakni tempat berniat ihram bagi yang mahu melakukan ibadah umrah sekali lagi.
Masjid Jar'anah Tempat Miqat |
Ditempat ini saya sempat membeli sebuah cincin dan tasbih kuoka yang mana harganya sangatlah murah walaupun pada awalnya peniaga itu meletakkan harga yang mahal. Murah disebabkan peniaga tersebut menyukai jemaah kami yang pandai berbahasa arab sedangkan kami dari Malaysia. Dan beliau memberikan hadiah berbentuk gelang dan cincin kepada saya, zaujah dan zuyyin sebagai tanda kenangan bersama dengannya.
Setelah semuanya selesai kami dibawa pulang ke Hotel. Makan… dan rehat membersihkan diri. Disinilah kami mengambil kesempatan untuk tidur sebelum memulakan ibadah-ibadah lainnya di Masjidil Haram kerana kelebihan yang ada padanya. Memang tak sabar untuk pergi ke Masjidil Haram, nak pergi juga walau keadaan macam mana sekalipun… kerana masjidil Haram adalah tempat ibu segala ibadah, tempat baitullah, dan tempat berhadapnya seluruh ummat Nabi shallallahu alaihi wassalam. Siapapun pasti mengidamkannya…
Setiap masa yang ada kami isikan dengan ibadah-ibadah fardhu dan sunat seperti buat umrah sekali lagi dan tawaf, solat sunat taubat, solat hajat, solat sunat syukur, baca quran, berzikir dan lain-lain. Hari malam pertama ini kami hanya disibukkan dengan ibadah masing-masing supaya dapat merasakan kemanisan dan ketenangan di Masjidil Haram. Begitu juga Musyrif kami Ustaz majdi membawa sebahagian jamaah berjalan-jalan disekitar masjidil Haram untuk mengenali Masjidil Haram dengan lebih dekat.
Zuyin sedih dan sayu |
Alhamdulillah… semua jemaah sudah bisa mengenali dan merasakan manisnya berada di Masjidil Haram… InsyaAllah selepas ni saya ceritakan tempat-tempat sejarah yang kami lawati dan para artis yang saya temui di sana nanti insyaAllah biiznillah... bersambung InsyaAllah. (",)
No comments:
Post a Comment