Sunday, March 18, 2012

Hikmah Tangisan Zuyin Dan Mujarabnya Zam-Zam

Hari kedua dan malam ketiga di Masjidil Haram.

Pada malam ini kami semua merasakan kepuasan masing-masing. Dan boleh dikatakan sudah kenal laluan dan keindahan Masjidil Haram.

Selepas sahaja makan malam. Saya hantar zaujah dan zuyin ke bilik untuk berehat dan tidur. Saya pesan untuk kunci jam dan bangun awal seawal pukul 3 atau pukul 4 pagi.

Alhamdulillah kami bangun sekitar jam 4 pagi. Kami bersiap membersihkan diri dan memakai pakaian sholat. Saya seperti kebiasaannya memakai pakaian jubah dan berserban. Manakala zaujah pula memakai telekung.

Dengan rendah diri kami berjalan menuju Masjidil Haram. berisitighfar sepanjang jalan. dan berharap supaya Allah memberikan kekuatan untuk melaksanakan apa-apa jenis ibadah pada hari ini. Alhamdulillah semuanya seperti yang dirancang. Masuk sahaja Masjidil haram zaujah terus ke tempat sholat wanita. Zaujah meletakkan zuyin dicarpet yang dalam keadaan ketiduran disebabkan letih yang belum hilang dan tidur yang mahu diqhada'kan. Saya cium zuyin kemudian terus menuju ka'bah dan bertawaf sunnat 7 keliling.

Alhamdulillah… sangat indah dan membahagiakan… habis sahaja tawaf sunnat. Sambung dengan sholat-sholat nawafil dan berdoa sepuasnya kepada Allah. Kerana inilah masanya mengadu dan merintih apa sahaja kepadaNya. Sebab tempat ini adalah tempat untuk berdoa, tempat untuk mendekatkan diri kepadaNya, tempat untuk bermunajat, tempat untuk menangis, dan tempat untuk apa sahaja permohonan buatNya dan untukNya dan segala-galanya.


" Ya Allah !!! aku mohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan segala amalan yang bisa mendekatkan diriku padaMu "

" Ya Allah !!! jadikanlah aku dari kalangan hambaMu yang sholeh, anak yang sholeh, ayah yang sholeh, seorang lelaki yang sholeh, pemimpin yang sholeh, pelajar yang sholeh… dan golongkanlah aku dari kalangan hambaMu yang kau sayangi dan yang Kau cintai, dan tiliklah aku dengan tilikan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah.. " amin Birahmatika ya arhamarrahimin amin !!!


……………..


Hari ini ustaz majdi pergi ke Jeddah membawa rombongan jemaah mantap travel ke airport Jeddah. Kerana mereka akan berangkat pulang ke tanah air. Pulang ke mekah pula diwaktu maghrib. Dan beliau memberitahu yang petang nanti ada pejumpaan. Tapi ditukar selepas Isya'. Pertemuan itu diadakan dihadapan masjidil haram, berdekatan dengan jam menara kecil diantara masjidil haram dengan hotel safwah. Ustaz majdi membawa sahabat-sahabat yang lain ke sekitar masjidil haram seperti maktabah ( rumah tempat kelahiran junjungan tercinta Nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam ) dan perkenalkan pintu-pintu yang ada disekitar masjidil haram dan yang lain-lain.

Saya dan zaujah masa ini masih dalam keletihan. Lebih-lebih lagi zaujah kerana pregnant. Perlu banyakkan berehat dan istirehah. Zuyin pula dah mula demam dan batuk-batuk. Sungguh pada tika ini memang benar-benar meletihkan dan benar-benar merasakan yang Allah berikan ujian.

Selepas sahaja makan malam saya hantar zaujah dan zuyin ke bilik untuk rehat dan tidur. Tiba-tiba beberapa minit kemudian zaujah call dan beritahu yang zuyin nangis dan tidak mahu tidur, Nangis pula tidak henti-henti. Saya naik risau dibuatnya. Saya terus ke bilik zaujah untuk melihat zuyin dan cuba untuk menyenangkannya dan mendiamkannya. Ternyata zuyin masih juga tidak berhenti menangis. Saya istighfar banyak-banyak. Saya risau kalau zuyin menganggu jemaah yang lain, sebab semuanya masih letih dan perlukan rehat yang banyak untuk beribadah di masjidil Haram.

Zuyin masih juga tidak berhenti menangis. Saya suruh zaujah bersiap. ( saya minta kebenaran dengan ustaz majdi untuk terus beriktikaf di masjidil haram bersama zaujah dan zuyin. Alhamdulillah ustaz majdi yang baik hati membenarkannya... dan adakalanya aku lihat dia risau atas kesihatan zuyin... begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain terutamanya dikalangan doktor dan doktorah pelajar medic yang bersama dengan kami. Seorang sahabat saya Dr Lukmanul Hakim selalu memberikan nasihat dan memberikan cadangan supaya beli ubat di farmasi ( Alhamdulillah saya ada membelinya dan beri zuyin rasa walau sikit ). dan dia juga memberikan kepada kami ubat vitamin yang dibawanya dari Mesir. begitu juga dengan ustazah Atieqah yang memberikan madu supaya zuyin boleh makan dengannya. Tapi zuyin... semuanya dia tak nak. bahkan dia suruh kami yang memakannya.. masyaAllah.. begitulah karenahnya )

Kalau begini keadaannya kita bersiap dan kita tidur ( iktikaf ) di Masjidil haram sahaja malam ni. Alhamdulillah… sungguh menghairankan keluar sahaja dari hotel zuyin dah tidak menangis bahkan dia tertidur dalam perjalanan sebelum sampai ke Masjidil haram. Subhanallah… Ku berbicara dengan zaujah.. subhanallah.. zuyin tidur.. mungkin dia mahu duduk di Masjidil haram.. mungkin dia lebih tenang disana… mungkin inilah hikmahnya dia menangis supaya Allah ilhamkan kepada kami untuk tidur di Masjidil haram dan berikitikaf.

Sampai masjidil haram kami letakkan zuyyin di karpet… Alhamdulillah.. dia tidur dengan senang dan nyenyaknya… kami sholat tahiyyatul masjid. Kemudian tidur ditepi zuyin. Sebab waktu begini orang mulai kurang lebih kurang jam 12 ke pukul satu pagi… jemaah akan mula memenuhi saf sekitar jam 3 pagi. Tapi ka'bah tidak pernah kosong dari hamba-hamba Allah yang sentiasa bertawaf memuliakannya. Begitu juga dengan Hajar al-aswad yang sentiasa ada mengucup memuliakannya. 

Bermula malam ke tiga ini sehinggalah malam ke enam di Masjidil haram, saya, zaujah dan zuyin berterusan iktikaf  dan tidur di masjidil haram. Apa tidaknya setiap kali balik ke hotel zuyin pasti menangis. Kekadang tidak mahu masuk bilik hotel. Asyik nangis dan duduk diluar sahaja.

" tak nak…  " tak nak…

itulah perkataan yang sering keluar dimulutnya jika dimasukkan ke dalam bilik. Bila fikir semuanya ada hikmahnya… ku ajak zaujah untuk bersangka baik kepada Allah atas ujian yang Allah berikan terhadap zuyin.

Kami pergi lagi ke Masjidil Haram. Setiap malam seperti itu.. katil kosong dengan jasad kami hanya berisi beg-beg dan pakaian salinan sahaja.

Bila kufikir dan cuba muhasabah… rupanya Allah mahu yang kami ni tidur dan iktikaf di masjidil Haram sahaja.. sebab setiap kali bawa zuyin ke masjidil Haram dan belum sampai lagi ke Masjidil haram, zuyin pasti tertidur. Dan bila berada disana saja dia tidak nangis dan kalau nangis pun hanya sekejap dan senang pula untuk mendiamkan dan menenangkannya.. subhanallah… semua ada hikmahnya hanya Allah yang mengetahui segalanya kerana semua aturan dan perancangannya. Ku terus ajak zaujah untuk bersangka baik kepada Allah dan terus berbisik dengannya agar sabar dengan semua dugaan ini, kerana pasti ada kemanisannya dihujung nanti.

Alhamdulillah… saya mencium zuyin lagi.. dan pergi mengambil air whudu' dengan berwhudu'kan air zam-zam… subhanallah indahnya.

Setelah itu saya dengan zaujah melakukan ibadah masing-masing. Zaujah di tempat muslimat manakala saya pula pergi beribadah dihadapan ka'bah setelah bertawaf sunat 7 keliling. kemudian sholat sunat di hijr Ismailalaihissalam dibawah pancuran emas Ka'bah asy-syarifah.. di sini saya mengadu kepada Allah sehingga menitis air mata, menangis sambil berdoa kepadaNya, merintih dan memohon agar Allah menyembuhkan zuyin, dan tunjukkan hikmah disebalik ujian dan dugaan ini..

Bila saja zuyin bangun.. saya dan zaujah berikan minuman zam-zam kepadanya dengan niat agar Allah menyembuhkannya. Setiap hari bagi dia rasa minuman air zam-zam, kerana air zam-zam adalah minuman yang menjadi penawar dari segala penyakit. Seperti dalam doa Nabi kita Muhammad shallallahu alaihi wassalam ketika minum air zam-zam Baginda shallallahu alaihi wassalam berdoa dengan doa ini, " Ya Allah sesungguhnya aku mohon padamu ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang luas dan penawar dari sekalian penyakit."

Dan lagi sabda Baginda : "  مأ زمزم لما شرب له

yang maksudnya : Air zam-zam adalah minuman menurut apa yang kita minum untuknya.

……………

Pada suatu hari tu Saya beli botol air zam-zam berwarna emas yang boleh memuatkan 2 liter air. Saya isikan dengan penuh air zam-zam di dalamnya, kemudian saya membawa zaujah dan zuyin bertawaf 7 keliling bersama dengan botol berisikan air zam-zam tersebut. Setelah selesai saya beri zuyin minum dan sapukan ke muka dan kepalanya, kemudian sapukan ke dada dan kakinya. Selebihnya pula saya dan zaujah minum dengan niat dan hajat yang baik untuk mencari keredhaan Allah. Alhamdulillah.. keesokan harinya zuyin sembuh, Alhamdulillah… hati saya dan zaujah jadi senang dan riang apabila melihat zuyin sudah mula bergembira dan tersenyum seperti kebiasaannya… dan dia sudah mula bermain-main dengan anak-anak kecil di masjidil haram.. dan sudah mula bisa bermanja-manja dengan ummi dan abinya.

Aku terus sujud syukur kehadrat Allah atas nikmatnya ini… subhanallah. Aku mengambil zuyin dan menciumnya lagi dan berkasih sayang serta bermesra dengannya.. ku cuba buat apa saja supaya dia nampak gembira dan bahagia. Ku berdoa kepada Allah,


" Ya Allah Sungguh Engkaulah yang Maha Penyembuh tiada yang dapat menyembuhkan melainkan dengan izinMu ya Allah... Ya Allah golongkanlah kami dikalangan hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur diatas segala nikmat dan fadhilatMu ya Allah " amin ya Allah Birahmatika ya Arhamarrahimin !!!


Bersambung InsyaAllah !!! (",)


………………….


zuyin di Masjidil Haram ( " silakan menuju ka'bah )

No comments:

Related Posts with Thumbnails