Hari ke-empat di Makkah al-Mukarramah...
Alhamdulillah hari ni kami bermusafir ke ladang unta dan tempat perjanjian Hudaibiah.
beri makan unta la camel ( inilah kenderaan yg dinaiki Rasulullah saw ketika berhijra ke madinah al-munawwarah.. comel kan??? |
Disini kami hanya bermain-main dan bergambar dengan unta. Dan sempat membeli susu unta yang asli dan rasanya seperti susu 'buhairah' yang ada dijual di Mesir.
Susu Unta.. sedap !!! |
Allah sebut dalam al-Quran... " apakah kamu tidak melihat bagaimana unta diciptakan??? ( al-Ghasyiah 17 )
.................................
Kemudian kami ketempat perjanjian Hudaibiah untuk menelusuri sejarah dan ibrah perjanjian Islam dengan puak kaum kafir musyrikin...
Perjanjian Hudaibiyah ( bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani
Kawasan Perjanjian Hudaibiyah |
Sebab berlakunya perjanjian
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah shallallahu alaihi wassalam untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam menghantar Uthman bin Affan Radhiallahu anh ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan Radhiallahu anh ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan Radhiallahu anh dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah".
Isi Perjanjian Hudaibiyah
- Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
- Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
- Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
-
- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
- Berkembangnya syiar Islam.
- Kehidupan masyarakat aman dan damai.
- Pengiktirafan Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan negara Islam di Madinah.
Kesan Perjanjian Hudaibiyah
Rencana Pembukaan Kota Mekah
- Musyrikin Quraisy semakin lemah.
- Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
- Rasullah shallallahu alaihi wassalam mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
- Corak politik Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.
Wajah sayu at masjid Hudaibiyah |
Bersambung insyaAllah Biizinillah Wa Bimasyiatillah... (",)
No comments:
Post a Comment