Sunday, March 25, 2012

Kiblat dan Ka'bah Asy-Syarifah.

Pembinaan Ka'bah:
Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan rukun Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.


KA'BAH ASY-SYARIFAH

Kiblat kaabah dan Fungsinya:
Kiblat atau juga dieja qiblat, merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem, namun pada tahun 624M diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah. Kiblat
Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,

"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).
Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Kiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dan dengan itu dikenali sebagai Pertama dari Dua Kiblat). Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini.
Apabila seseorang Muslim itu mengerjakan solat dari dalam Kaabah, seseorang Muslim boleh menghadap dimana-mana dinding keluar yang terdapat dalam Kaabah semasa solat namun disunatkan untuk solat pada tapak dan arah dimana Nabi Muhammad SAW bersolat di dalam Kaabah, manakala bagi mereka yang berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana dinding atau penjuru pada binaan Kaabah untuk bersolat kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.
Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.
Kiblat menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi berbentuk seperti bebola, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (di 21° 25' 24" N, 39° 49' 24" E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.
Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.

Sedikit perkongsian dari artikel sahabat yang prihatin:
Firman Allahu Taala: "Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan rumah ini (Kaabah) tempat tumpuan bagi manusia dan tempat yang aman; dan hendaklah kamu semua jadikan Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang, dan Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail “ Bersihkanlah rumahKu (Kaabah) untuk orang-orang yang bertawaf, orang-orang yang beriktikaf, dan orang-orang yang rukuk dan sujud”.(al-Baqarah: 125).

Dalam surah al baqarah ini, ALLAH menyatakan kaabah menjadi tempat tumpuan 'manusia'. ALLAH menggunakan perkataan manusia dalam ayat ini. bermaksud bahawa kaabah di mekah akan menjadi tempat tumpuan bagi semua manusia, bukan sahaja umat islam bahkan yang bukan Islam pun sama. buktinya?? sebenarnya segala-galanya bersandar kesana. bukti paling dekat, anda ada astro di rumah? lihat piring astro anda menghala kemana? ya.. kearah kiblat, atau lebih tepat, KAABAH. tidak percaya? lihatlah sekarang.

Mengapa demikian? ini kerana Kaabah merupakan pusat bumi. bayangkan ada satu garisan panjang kutub utara dan selatan, kaabah terletak ditengah2, jadi tarikan dikedua kutub ini sama kuat. kehebatan bumi mekkah telah pun dibuktikan oleh angkasawan pertama dunia, Neil Amstrong yang tiba ke bulan pada 20 julai 1919, sewaktu dibulan, radar beliau dapat mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi, dan bila diamati, rupanya radiasi itu datang dari mekkah, malah ketika beliau sampai ke marikh pun, radar beliau masih dapat mengesan radiasi itu yang amat jelas dan bersifat infiniti, yakni, tidak berpenghujung! maka benarlah al Quran mengajar kita, ada hubungan diantara kaabah di bumi, dengan kaabah dilangit untuk para malaikat iaitu baitul makmur yang terletak betul2 selari diatas kaabah kita didunia.

saudara sekelian, oleh kerana kaabah terletak di pusat bumi, kaabah atau mekkah merupakan zon megnastisme sifar. jadi, disinilah tarikan graviti paling tinggi, sebab tulah air zam-zam tidak pernah kering walau telah membekalkan kepada jutaan umat sejak dari dahulu kala hingga ke hari ini. mengikut kajian sains, appbila seseorang berada di zon yang medan magnetnya sifar, haegmolobin yang mengalir keseluruh badan akan berjalan dengan lebih lancar, sebab itulah orang yang tidak sihat, bila mengerjakan haji di mekkah menjadi sihat dan mampu menyempurnakan semua rukun haji dengan baik., begitu juga bila kita berada di depan kaabah, kelenjar pineal yang terletak di tengah otak kita akan meransang dengan baik hingga kita dapat melakukan ibadat sebaik mungkin.

mengapa kaabah tempat makbul doa? kerana disinilah graviti paling tinggi dan tiada tarikan magnet bumi menyebabkan apa sahaja yang dihajati oleh hati kita walaupun belum diucapkan, sudah dapat di 'scan' gelombangnya oleh kaabah. begitu juga bila kita berada dimana sahaja tempat didunia ini, pabila sesuatu perkara kita niatkan, biarpun di malaysia, kaabah sudahpun dapat mengesan getaran gelombang itu, sebab itulah kiblat kita adalah kaabah, dan sebab itulah piring astro juga menghadap ke kaabah!

Tahukah kita bahawa Mekkah merupakan tempat paling selamat didunia ini. hal ini kerana pertama ia terletak betul2 di tengah bumi, seterusnya kerana ia nya terletak di lokasi ini, maka tidak ada mana-mana gelombang radio mampu mengesan lokasinya. saudara fikir musuh islam tidak pernah berusaha untuk menghancurkan Kaabah? Kebanyakkan muslim yakin 100% mereka telah ribuan kali mencubanya, tetapi GAGAL. misalnya jika mereka ingin menghantar peluru berpandu dari Amerika terus menghala ke kaabah, mereka tidak akan barjaya kerana radio mereka tidak akan mampu mengesan kedudukan kaabah. sebab? kerana tarikan magnetisme di kaabah adalah sifar, bagaimana gelombang radio mereka ingin mengesan frekuensi kedudukan kaabah. malah, satelit juga tidak mampu meneropong apa jua yang ada didalam kaabah, kerana sifat megnatismenya itu, serta ketinggian tarikan graviti di mekkah khususnya di Kaabah itu. kerana itulah Mekkah merupakan tempat paling selamat di dunia ini. demikianlah ALLAH memelihara tempat yang paling dirahmatinya.

Kesimpulannya ialah Makkah Mukarramah merupakan tanah haram bahkan tanah yang disucikan Allah, kerana tempat ini diharamkan terjadinya peperangan, pembunuhan, dan diharamkan bagi orang yang bukan Islam memasukinya. Dan Masjidil haram adalah tempat yang paling suci di muka bumi. Segala persoalan yang bermain di minda, seperti kenapa sholat menghadap kiblat ( ka'bah ) dan sebagainya, simpan dan cuba bertanyakan orang yang lebih mengetahuinya.. kerana arah kiblat tempat yang kita menghadap ketika sholat adalah atas perintah Allah subhanahu wa Ta'ala, setiap apa yang Allah perintahkan pasti mengandungi hikmah dan pengajaran. Seperti sholat, kenapa Allah suruh sholat? tutup aurat? tunaikan zakat dan mengerjakan Haji di Baitullah? kenapa bukan di kampung halaman sahaja?

Saudaraku, segala persoalan yang seumpama ini adalah permainan fikiran yang menyebabkan kita suka bertanya soal terhadap perintah Allah, Kerjakan sahaja perintah Allah tanpa perlu mempersoalkannya. InsyaAllah suatu hari nanti persoalan yang seumpama itu akan  terjawab dan tersingkap hikmahnya apabila kita sudah melaksanakan suruhan dan perintahnya insyaAllah biiznillah.

" Kerana setiap apa yang Allah perintahkan, Dan setiap apa yang Allah anugerahkan tidak akan sia-sia bahkan akan menambahkan pahala, darjat serta taqarrub kita kepada Allah subhanahu wa taa'ala."


 Wallahu Subhanahu Wa Taala Wa A'lam.
( Semoga Artikel ini dapat menjawab persoalan hamba Allah yang bertanyakan tentang Masjidil Haram dan Ka'bah asy-Syarifah, amin ! Segala kekurangan dan kelemahan harap dimaafkan dan diberikan teguran secara berhikmah, semoga Allah redha akan artikel ini amin !!! )

Rujukan:

Al-Quran Al-Karim.
Kitab Khosoisil Kubra Imam Jalaluddin As-Suyuti Rahimahullah Taala.
Kitab Jami' As-Shagir Fi Basyir Al-Nazhir Imam Jalaluddin As-Suyuti.
Sejarah Kota Madinah Munawwarah Dan Tempat-tempat bersejarahnya.
Zikri al-Haramain ( Mekah Dan Madinah Munawwarah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails