Friday, March 23, 2012

Sujud Tilawah Dan Kesyahduan Bacaan Imam Juhany

Hari ke enam di bumi makah al-Mukarramah ( saiyyidul ayam )


Hari ini adalah hari jumaat. Yang menariknya hari ini ada dua : yang pertama azannya dan yang kedua sholat shubohnya. Yang pertama ialah ketikamana azan dikumandangkan… tidak disedari air mata ini menitis dan merasakan yang alunan azan ini seperti biasa didengari. Ya, suara alunan azan ini adalah alunan azan yang biasa diputar di radio IKIM dan yang selalu menjadi ringtone dan muzik pada telefon bimbit. Memang syahdu dan menggemersikkan. Tak sangka dapat dengar secara real di Masjidil haram ini. Subhanallah.  Sebenarnya azan shuboh di Makkah dikumandangkan sebanyak dua kali, pertama sejam sebelum azan masuknya waktu sholat shuboh. Azan kedua pula setelah masuknya waktu sholat . Pada malam pertama iktikaf dan hari mula mendengarnya terkejut juga sebab azan awal, dan lama sangat menanti iqamatnya. Rupa-rupanya azan itu adalah azan pertama mungkin bertujuan  untuk membangunkan jemaah agar bersholat tahajjud dan bersiap sedia untuk datang ke Masjidil haram. wallahu a'lam.

Yang kedua pula ketika Imam Masjidil Haram yang bernama Imam Juhani Hafizahullah Taala Meng'imamkan sholat shuboh. Beliau membaca surah yang biasa dibaca Rasulullah shallallahu alaihi wassalam setiap minggu shuboh jumaat. Yaitu surah sajadah dan surah al-Insan. Ketika beliau membaca surah sajadah ini seluruh anggota badan saya rasa lain macam, bergetar-getar, dan seolah merasakan angin rahmat datang menghembusinya. Ayat quran yang dibacanya saya hayati dan saya tadabburi satu persatu. Tanpa disedari air mata membasahi pipi. Tak dapat saya menahannya, menangis tidak henti-henti lebih-lebih lagi ketika sampai ayat sajdah. Ku terus sujud merebahkan badanku, kepalaku, kakiku dan seluruhnya agar sujud kepada Tuhannya. Subhanallah… disaat ini, tersangat indah dan tersangat nikmat. Lebih-lebih lagi saya berada diposisi hadapan ka'bah. Memang saya mencari kawasan dan saf dibahagian hadapan ka'bah supaya benar-benar khusyu' dan merasai benar-benar sholat dihadapan Allah subhanahu wa Taa'la. Alhamdulillah, ternyata bacaan Quran Imam Juhani ini dapat menggetarkan jiwaku dan seluruh anggota badanku untuk merasai kenikmatan ayat suci al-quran di Masjidil Haram. Subhanallah.

Inilah sholat shuboh hari jumaat bersamanya di Masjidil Haram:
                                  Mari dengar bacaan Syeikh Juhani
******************

Menuju ke Masjidil Haram untuk sholat fardhu jumaat.

Saya pesan kepada zaujah untuk bersiap awal ke Masjidil haram kerana hari jumaat adalah hari yang mana para jemaah akan datang awal kesana. Sekitar jam 9.30 saya dan zaujah sudah bersiap. Kami datang awal kemasjidil haram. Bila sampai dimasjid saya hantar zaujah di tingkat dua tempat muslimat. Selepas tu saya pergi bertawaf sunat 7 keliling. Setelah selesai saya pergi mencari tempat sholat yang sesuai. Disini juga saya pergi saf paling hadapan berdepan dengan ka'bah. Saya cari posisi tempat Imam membaca Khutbah Jumaat supaya saya boleh lihat secara dekat mimbar jumaat dan khatib yang membacakan khutbah. Alhamdulillah. Semuanya seperti yang saya niatkan, saya dapat tempat yang memang Allah takdirkan. Sungguh Allah, Dia mengetahui niat kita, dan sekiranya niat itu baik untuk kita dan ada manfaatnya maka Allah pasti akan mudahkan dan berikan menurut cara dan kehendakNya. Maha Suci Allah yang berkuasa atas segala sesuatu dan yang mengusai hati hamba-hambaNya.

Mimbar Putih Dihadapan Ka'bah Asy-Syarifah

Cuba bayangkan panas terik dihadapan ka'bah, matahari diatas kepala... ( Cuba tengok jam didinnding menara tu ). Ramai yang memilih tempat untuk berteduh dan tempat ber'aircond, tapi ada segelintir hamba-hamba Allah tetap memilih untuk duduk di saf hadapan ka'bah. Pada saat ini saya hanya memikirkan kehidupan di akhirat, yang mana matahari diatas kepala hanya berjarak sejengkal diibaratkan. Saya melihat ada sebahagian yang bertawaf berpeluh dan berkeringat sehingga membasahi kain ihram mereka. Hal ini saya hanya mengingati hari akhirat lagi yang mana ada hamba-hamba Allah yang akan berdiri dan berpeluh apabila dihimpunkan di padang mahsyar kelak, sehingga peluh mereka itu membasahi mereka dan ada yang sampai peluhnya sendiri menenggelamkannya, subhanallah !.. Tapi diantara semuanya itu ada beberapa golongan yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, mereka mendapat belaan dan naungan disisi Allah sedangkan tiada naungan dan perlindungan melainkan hanya daripadaNya sahaja. Diantaranya ialah: Imam yang adil, pemuda yang beribadah kepada Allah start dari kecil hinggalah bertemu Tuhannya, Seorang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dan dua orang yang berkasih sayang kerana Allah bertemu berpisah juga kerana Allah, seorang yang diajak melakukan zina oleh perempuan yang cantik tapi dia menolaknya dan mengatakan 'inni akhofullah', seorang lelaki yang bersedekah tangan kanan sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukannya, dan seorang pemuda yang berzikir mengingati Allah berseorangan hingga mengalir air matanya. Mereka inilah 7 golongan yang mendapat naungan ARASY Allahu Taala, Moga kita mendapatkannya. amin ! Saya hanya berdoa kepada Allah agar mendapatkan naungan arasyNya di padang mahsyar walaupun terpaksa berpanas dibawah panas terik matahari, kerana Allah tidak kisah apa yang terjadi asalkan mendapat rahmat dan keampunannya didunia dan diakhirat nanti.



                                                               ****************
Menuju Gua Hira

Selepas asar ni kami ada perjumpaan dengan ustaz Majdi. Ustaz Majdi akan membawa kami ke Gua Hira. Gua HIra adalah gua yang menjadi sejarah besar buat Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Gua ini tersangat mahsyur dikalangan umat Islam. Gua Hira ini adalah tempat yang mana Rasulullah shallallahu alaihi wassalam mendapat wahyu yang pertama dari Allah subhanahu wa Taa'la melalui perantaraannya Malaikat Jibril alaihissalam.

Surah itu ada tercatit dalam al-quran dan surah yang diberi nama dengan surah al-alaq. Manakala ayatnya pula berbunyi:

إقرأ بسم ربك الذي خلق. خلق الإنسان من علق. إقرأ وربك الأكرم. الذي علم بالقلم . علم الإنسان مالم يعلم.

Sampai sahaja kami dikaki bukit ini, kami berhenti sholat maghrib disalah sebuah Masjid. Setelah itu kami bersiap untuk mendaki bukit yang mana untuk mendaki bukit ini sangat mencabar. Zaujah beritahu yang dia tak larat dan tak dapat meneruskan pendakian ini. setelah diberikan nasihat oleh Ust Majdi, Maka saya pun buat keputusan untuk tidak mendaki bersama shaabat-sahabat yang lain. ( Tentu ada hikmahnya itu saja yang terngiang difikiran ). Saya ambil keputusan untuk menjaga kekasih saya ( zaujah ) dan puteri serikandi pilihan saya ( Zuyin ). Walaupun pada mulanya saya bersemangat. Tapi apakan daya semua takdirnya yang wajib kita redhakan. Semuanya kehendak Allah, saya hanya bersabar dan redha dengan takdirNya. Rezki saya tiada untuk kali ini mungkin kali yang akan datang dengan izin Allah insyaAllah. Untuk sampai ke Gua Hira itu mengambil masa lebih kurang sejam. Disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk pergi ke Masjidil Haram terlebih dahulu. Saya call sahabat saya yang ikut mendaki agar beritahu kepada ustaz yang saya pergi ke Tanah Haram terlebih dahulu, Alhamdulillah beliau membenarkan. Saya Cuma pesan agar mendoakan saya bila sampai ke Gua Hira nanti.
Saya, zaujah dan zuyin menaiki teksi untuk pergi ke Masjidil haram. Alhamdulillah sampai sahaja di Masjidil Haram kami sempat berjemaah sholat Isya disana.

Bahaya Syiah !
Yang menariknya ketika dalam teksi ialah ketikamana salah seorang penumpang yang berasal dari Iran memperkenalkan dirinya. Pemandu teksi itu bertanya adakah kamu syiah? Orang Iran itu menjawab, ya, saya syiah katanya. Saya terkejut, dalam hati beristighfar kepada Allah.. dan memohon kepada Allah supaya dijauhi dari pemahaman syiah ini. Pemandu itu terus mengatakan bahawa yang dia adalah sunni. Terus si Iran itu berkata, takpa ( dalam bahasa arab la ) sunni atau syiah, kita tetap sama-sama Islam. Dalam hati saya mungkin ini syiah yang baik, bukan syiah yang jadi-jadian yang rakus memamah dan membunuh umat Islam yang berfahaman sunni ( ahli sunnah wal jamaah ). Seperti yang berlaku di Syiria sekarang ini. " semoga Allah melindungi dan memenangkan Umat Islam yang berjuang kerana mempertahankan akidah dan agama Allah yang suci terutamanya di syiria, amin !!! ."

(( Sedikit yang ingin saya kongsikan dalam artikel ini tentang syiah, sebelum saya berangkat bermusafir ke Haramain, saya sempat menghadiri kuliah tafaqquh fiddin bersama Syeikh Nuruddin Marbu Banjari al-Makki. Dalam satu kuliah beliau, beliau ada mengatakan yang bahayanya syiah. Dan syiah sudah melebar luas dimana-mana hatta di negara Malaysia. Dan syeikh juga mengatakan bahawa Syiah sangat bergembira apabila dapat menziarahi kubur Abu Lu'Luah. Abu Lu' Luah adalah manusia yang membunuh Saidina Umar al-khattab Radhiallahu anh dengan benda tajam.  Dan lagi bahaya syiah ini melemparkan tuduhan jahat dengan mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wassalam yang mulia wafat disebabkan oleh keracunan yang dikomplot oleh saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab Radhiallahu anhuma. ( Nauzhubillah min zalik ). Mereka menuduh dan mengatakan bahawa Saidina Abu Bakar Radhiallallahu anh menggunakan Aisyah Radhiallallahu anha manakala Saidina Umar al-Khattab pula menggunakan anaknya Hafsah radhiallahu anha untuk meracuni Kekasih kita Rasulullah al-Musthofa shallallahu alaihi wassalam. Astaghfirullah.. Cubalah lihat betapa jahatnya tuduhan mereka terhadap para sahabat radhiallahu anhum ajmain, sedangkan para sahabat adalah insan yang telah dijanjikan syurga oleh Baginda shallallahu alaihi wassalam bahkan manusia yang paling akrab dan dekat dengan Baginda shallallahu alaihi wassalam. Manusia yang paling banyak berkorban untuk Islam, yang banyak berkorban untuk keselamatan Baginda shallallahu alaihi wassalam. Tergamak puak syiah ini melemparkan tuduhan-tuduhan jahat ))

Semoga Allah membalas apa yang telah puak syiah ini lakukan menurut kehendak dan kuasanya, amin ya Allah !!!

Sungguh, Dialah Allah, Tuhan yg memberikan hidayah kepada siapa yg dikehendakinya dan mengetahui siapa yang sesat dari Jalannya. Ya Muqallibal Qulub Stabbit Qolbi ala dinik Wa Thoatik !!!.


Jodoh Bertemu Sahabat Lama Ust Asyraf
Kembali pada cerita asal saya… Alhamdulillah selepas sahaja selesai sholat isya' di Masjidil Haram ini Allah pertemukan saya dengan sahabat saya Ust Asyraf, Alhamdulillah kami hanya bersalaman dan bertanyakan khabar kerana beliau masih berpakaian ihram, mungkin baru selesai melaksanakan Umrah agaknya rasa-rasanyalah ). Tiada siapa sangka akan pertemuan ini. Tapi kami ada chatting di facebook yang jika ada rezki akan bertemu di Makkah. Ternyata rezeki dan jodoh menyebelahi kami berdua, moga persahabatan kami sentiasa diberkahi Ilahi, amin !!!

Saya beritahu kepada zaujah yang mungkin inilah hikmahnya .. dapat bertemu dengan sahabat lama di Masjdiil haram, sudah jodoh dan tertulis di lauh mahfuz. Alhamdulillah.

Bersambung insyaAllah… (",)

2 comments:

muslimah said...

subhanallah akhi..
sungguh brtuah akhi sekeluarga krn dpt mnziarahi makkah..
akhi juga brtuah sungguh krna dpt solat di hadapan kaabah..
subhanallah..
may Allah bless us all.. Insya-Allah.. :)

Kamarudin Toyo said...

Alhamdulillah.. semuanya nikmat yg Allah anugerahkan, n yg wajib disyukuri.. :)

Related Posts with Thumbnails