Saturday, March 24, 2012

Jodoh Bertemu Artis at Mekah Mukarramah

Hari ketujuh dan Malam terakhir di Makkah al-Mukarramah.

Makan Di Restoran Malaysia

Alhamdulillah hari ni kami breakfeast di mat'am restoran Malaysia. Alhamdulillah memang sedaplah makanan disana. Dengar ceritanya breakfeast ni dibelanja oleh insan yang dirahsiakan orangnya, semoga Allah membalas dengan rezeki yang luas kepada orang tersebut, amin !.


Bertemu Artis ( Terserempak... ) Dah Jodoh.


Hari ini juga merupakan hari yang sangat bertuah sebab dapat bertemu dengan artis-artis terkenal di tanah air dan negara jiran Indonesia. Diantaranya ialah penulis novel terkenal Habiburrahman El-Shirezi. Beliau merupakan penulis novel 'Ketika Cinta Bertasbih', Ayat-ayat Cinta', Sejadah cinta dan banyak lagi. Ketika terjumpa dengan penulis novel terkenal ini, dia ketika itu bersama dengan Isterinya yang ketika itu sedang berjalan menuju pintu Bab Malik Abdul Aziz salah sebuah pintu di Masjidil Haram. Saya sempat bersalam dan beramah mesra dengannya, dan beliau sempat bertanya dari Mana? Saya jawab dari Sabah. " Oh, saya baru aja dari Sabah " katanya. Terus saya minta izin untuk bergambar bersamanya. Alhamdulillah.


Bersama Kang Abib
 ( Menjalarla sikit ilmu penulisan beliau, hee  )



Bersama Mas Azam
Artis Kedua: Artis terkenal Indonesia yaitu Kholidi ( Mas Azzam ) pelakon utama 'Ketika Cinta Bertasbih'. Orangnya memang ganteng dan tinggi… nasib baik bergambar duduk kalau berdiri ntahla... ter'coverla ckit kan.. Alhamdulillah rezeki dan ada jodoh disisi Allah. Saya juga sempat bersembang mahabbah bersamanya, dan dia bertanya dari mana? Saya kata dari Sabah dan belajar di Universiti al-Azhar asy-Syarif. Ohh katanya, dia tersenyum. Saya Tanya mas azzam buat apa di Mekah, ada pengambaran ya? Tak da la, buat umrah bersama mak dan ayah dan bersama kang Abib. Allah.. saya memang sangat teruja sebab terjumpa artis-artis yang sepertinya. Alhamdulillah. Saya juga sempat bergurau dengannya ketika saya memanggilnya 'mas azam'.. beliau pun mengulangi lagi panggilan tersebut, " Mas Azam " terus mas azam senyum dan ketawa. hihi.. :)
Mas Azam Bersama Si Kechil Cilik ( Zuyin )


Artis ketiga: Didi… dia merupakan artis Malaysia, seorang pelakon. Saya terserempak dengannya ketika dia keluar dari hotel  bersama 2 lagi rakannya yang sedang mengusung beg pakaian menuju ke kereta Merc yang sedang menunggu mereka untuk menghantar ke airport. Saya ingatkan Chef wan sebab Nampak rambut kawannya berdiri semacam chef wan. Bila saya amati, rupanya bukan. Ada orang dari Malaysia datang bersalam dengannya dan meminta izin untuk mengambil gambar bersamanya. Saya pun teruslah pergi bersalam dengannya dan meminta yang sama. Disinilah dia minta pada saya untuk tersu mendoakannya. Dia kata," Doakan didi selalu ya ! " , jawabku insyaAllah sama-sama kita doa mendoai. Akhir sekali hanya doa agar ibadah yang dilakukannya diterima dan mendapat umrah yang mabrur. amin !

Bersama Didi

Tazkirah Dari Ust Kamal Asy'ari

Malam selepas isya' pula kami ada pengisian tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Kamal Asy'ari. Dan pada mala mini juga adalah malam penutup dan terakhir kami di Bumi Barakah Makkah al-Mukarramah. Memang mala mini makanan sedap-sedapla.. ikan tu, besar-besar macam buat majlis parti besar-besaran… macammanapun Alhamdulillah semua rezeki daripada Allah.



Antara pengisian yang menyentuh dari Ustaz Kamal ini ialah, beliau menceritakan yang bumi makkah ini adalah bumi tempat menumpahkan air mata, bumi menangis. Beliau mengambil kalam Syeikh Sya'rawi yang mengatakan," kita tidak tahu atas dasar apa Allah memilih kita menjadi tetamunya di Makkah ini? Dan bumi ini adalah tempat menangis, itu sebablah kita melihat ramai hamba Allah yang beribadah di Masjidil Haram menangis sepuasnya, lebih-lebih lagi ketika mahu berpisah ( tawaf wida' ) dan kalau air mata kita tidak keluar maka ada sebab lah tu.  Kena taubat banyak-banyak. Dan beliau selalu menceritakan bahawa kita ini belajar apapun, medicka, pengajian Islam kah yang penting adalah apabila kita pulang kitalah pejuang yang bakal menghidupkan Islam dan memperjuangkannya di Tanah air nanti. Orang bukan nak tengok kita ni ambil bidang apa, tapi orang akan tengok yang kita ni pulang dari Mesir, itu ja pandangan orang terhadap kita.


Alhamdulillah begitulah malam terakhir kami sebelum bertolak ke Madinah al-Munawwarah. InsyaAllah bersambung. Lepas ni konsi cerita pasal tawaf wida' insyaAllah wa Bimasyiatillah.


2 comments:

muslimah said...

bestnya... dapat jumpa mas azzam... :):):)

Ustaz Kamarudin Toyo said...

Alhamdulillah dah rezki di tanah suci dan sudah tercatat sejak azali lagi akan pertemuan ini.. (",)

Related Posts with Thumbnails